Skip to main content

BYDC - BAB 6


Kini aku berada di rumah merehatkan badan setelah mandi dan menunaikan solat maghrib tadi. Petang tadi Encik Hakimi sendiri secara sukarela menghantarku pulang ke rumah. Malu bukan kepalang apabila teman-teman sepejabat mula mengusik-ngusik. Ada juga yang mencebikkan bibir tanda tidak puas hati atau pun marah kerana seorang CEO dengan rela hati dan baik hatinya menghantar pekerjanya pulang ke rumah. Salah ke kalau seorang majikan menjaga kebajikan pekerjanya. Tak salahkan. Itulah persepsi orang Melayu. Terlalu berdengki dan terlalu banyak prasangkanya.
Dan bila tiba di rumah, apalagi mulalah soal jawab cik Intan kita tu. Tergamam dia sekejap tadi apabila ternampak kelibat Encik Hakimi menghantarku pulang tadi. Siap dibukakan pintu untukku tadi tau. Lagilah ternganga mulut si minah tu. Hehehehe..Intan..Intan....
Dan kini, Intan dihadapanku menagih jawapan pada setiap persoalan yang bermain dibenaknya sebentar tadi. Dan soalan pertama yang keluar dari bibirnya adalah.....
“Jenna, siapa mamat handsome tu tadi. Gila kacaklah mamat tu. Ish, tergoda Intan dibuatnya tau.” Kata Intan sambil memeluk bantal kusyen berbentuk hati berwarna pink itu dengan eratnya. Macam tengah peluk Encik Hakimi je gayanya tu. Intan..Intan..pantang tengok lelaki handsome. Ada je peel dan karenahnya yang kadang kala gedik tu. Tapi apa yang aku tahu, Intan tetap setia dengan pujaan hatinya tu, Razlan.
“Eh..eh..minah ni. Mengelamun pulak dia. Soalan kita tadi dia dengar ke idak entah.” Jerit Intan sedikit sambil mencuit lenganku. Terperanjat aku seketika. Tu lah..sempat lagi aku berangan. Nasib baik tak kena cubitan berbisa si Intan ni. Kalau tak mahu berbirat merah lengan aku ni.
“Ye..Jenna dengarlah Intan.” balasku memberi respon.
“Dah tu jawablah soalan Intan ni cepat. Siapa lelaki yang hantar Jenna tu tadi.” Tanya Intan lagi masih menagih jawapan dariku.
Aku melengahkan sekejap pertanyaan Intan dan mencapai remote tv untuk menukar channel lain. Bosan pulak tengok berita perdana TV1 ni. Hehehe...
“Ish...Jenna..cepatlah. Saje je tau kasi Intan tertanya-tanya.” Kata Intan mula merajuk.
Aku memandang Intan sambil tersengih menampakkan barisan gigiku yang putih. Perasan betullah kau ni Jenna. Baik aku jawab soalan si Intan ni. Kang bertambah panjang muncung si itik ni. Bukan Razlan je penat memujuk si Intan, aku pun sama payah tau nak pujuk si Intan ni kalau dia merajuk.
“Yang hantar Jenna tadi bos tempat kerja Jenna.” Itu saja jawapan yanga ku berikan pada Intan. Intan nampaknya tidak berpuas hati dengan jawapanku. Dia akan melancarkan lagi satu soalan.
“Bos Jenna. Baiknya dia. Siap hantar Jenna balik rumah. Ada apa-apa ke ni?? Aik..baru Jenna kerja situ, Jenna dah tambat hati bos besar?” kata Intan mengeyitkan matanya sambil tersengih.
Intan ni betullah...pandai-pandai aje buat andaian..baik aku explain betul-betul kat dia..kalau tak, apalah tanggapan nakal dia tu nanti.
“Intan nak tau..tadi masa Jenna sampai awal kat pejabat Jenna kena kacau tau.” Kata ku membuatkan Intan nampak lagi pening.
“Jenna kena kacau? Siapa kacau Jenna? Ish, Jenna buat Intan seram sejuk la.” Kata Intan mula rasa tak sedap hati sambil merapatkan badannya ke arahku.
“Tak tahulah. Tadi masa Jenna sampai pejabat, Jenna macam dengar bunyi kat pantri. Jenna pergilah jenguk kot-kot ada orang ke apa kan. Tapi, bila Jenna buka je pintu pantri ada satu lembaga hitam sergah Jenna. Arghh!!!!” sergahku tiba-tiba membuatkan Intan menjerit kuat lalu memeluk badanku dengan erat. Hehehe...kasihan pulak aku tengok Intan.
“Eh...takde papelah Intan. Jenna saje je. Sorry buat Intan terperanjat.” Kataku cuba meredakan ketakutan Intan. Nampak benar wajah Intan pucat.
“Ish..betullah Jenna ni. Buat terperanjat Intan tau. Pastu apa jadi??” tanya Intan setelah keadaan terkejutnya reda.
“Nak tahu apa jadi pada Jenna??” tanyaku lagi membuatkan Intan bertambah suspen.
“Jenna pengsan kat pejabat. Tak sedarkan diri sampailah Encik Hakimi sendiri sedarkan Jenna.” Kataku lagi membuatkan Intan terperanjat.
“Maksud Jenna, bos Jenna ada kat situ ke masa Jenna pengsan and then bos Jenna yang bantu Jenna?” tanya Intan lagi dengan kerutan di dahi.
“A’ah la. Dialah yang bantu Jenna. Kalau dia tak ada tak tahulah apa yang akan terjadi pada Jenna. Mesti sampai pukul sembilan Jenna duk pengsan kat situ.” Kataku pada Intan lagi. Betullah. Kalau tak ada Encik Hakimi memang aku akan terus pengsan sampailah ada staf lain menemuiku terbaring kaku di tepi pantri. Lupa aku nak ucapkan terima kasih pada Encik Hakimi.
“Wah, dah macam cerita sleeping beauty. Encik Hakimi dapat menyedarkan kembali Jenna dari alam mimpi. Hahaha.” kata Intan tiba-tiba membuatkan aku teringat kembali mimpi yang aku alami tadi ketika pengsan. Mungkin dalam sleeping beauty sang putera memberikan ciuman pada sang puteri untuk sang puteri kembali sedar. Tapi dalam kes aku ni, sapuan air dimukaku membuatkan aku kembali sedar. Hehehe...
“Tapi kan Intan. Dalam Jenna pengsan tadi, Jenna mimpikan Hisyam. Jenna nampak Hisyam pergi tinggalkan Jenna dengan perempuan lain. Wajah Hisyam nampak sedih. Sehinggakan Jenna menangis tersedu-sedan. Sedih sangat Jenna rasa saat tu.” Jelasku pada Intan mengenai mimpiku tadi.
Sejak akhir-akhir ini aku banyak termimpikan Hisyam. Mimpi aku akan kehilangan Hisyam. Apakah tandanya itu aku sendiri tidak tahu.
“Jenna rindukan Hisyam ni tak.” Teka Intan. Dan tekaan itu memang tepat. Sejak aku menerima panggilan dari perempuan yang mengaku tunang Hisyam, aku cuba melarikan diri dari Hisyam. Panggilannya tidak ku jawab. Kedatangannya juga tidak aku endahkan.
Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit Intan berbunyi. Menandakan ada panggilan masuk. Lalu terus Intan mengangkat panggilan itu. Aku hanya mendiamkan diri sambil menatap kaca tv.
“Jenna, Hisyam ada kat luar tu. Dia nak sangat jumpa Jenna. Pergilah jumpa dia sekejap.” Kata Intan kepadaku.
Hisyam ada kat depan rumah?? Elokkah kalau aku berjumpa dengannya sekarang?? Ya...Aku perlu berjumpa dengannya sekarang untuk meleraikan segala kekusutan yang melanda diriku kini.
Tanpa membalas kata-kata Intan, aku terus berlalu kearah pintu. Intan hanya memandangku berlalu pergi. Aku melihat seorang lelaki bersandar di tepi pintu sambil memeluk tubuhnya. Ye...cuaca agak sejuk sekarang ni. Dari jauh kulihat wajah itu sedikit berserabut dan tidak terurus. Aku rindukan wajah itu sebenarnya. Aku perlahan-lahan bergerak kearah lelaki itu.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam. Hisyam nampak sedikit terperanjat lalu menoleh kearahku.
“Waalaikumusalam.” Balas Hisyam dengan senyuman manis dibibir. Aku rindukan senyuman manisnya itu. Aku hanya memandang wajah lelaki yang kurindui ini. Lama benar tak berjumpa dengan lelaki ini. Kini terubat rasa rindu di hati.
“Jenna, Hisyam terlalu rindukan Jenna tau. Kenapa Jenna buat Hisyam macam  ni?? Panggilan Hisyam tak berjawab...kiriman sms tak dibalas..kenapa Jenna??? Hisyam ada buat salah pape ke??” kata Hisyam bertubi-tubi. Kasihan Hisyam. Aku tak sepatutnya buat Hisyam jadi begini. Kalau benar pun aku marah, aku patut berbincangkan hal ini dengan Hisyam sendiri. Aku tidak boleh berbuat sesuka hati. Kini aku telah merisaukan kati kekasih yang sangat kurindui.
Aku hanya memandang wajah Hisyam dengan senyuman manis dibibir.
“Maafkan Jenna. Jenna tak patut buat Hisyam macam tu. Jenna salah.” Kataku menagih kemaafan dari Hisyam. Air mata telah lama laju menitis dipipiku.
“Hisyam maafkan Jenna. Tapi lain kali jangan buat Hisyam macam ni tau. Hisyam ingat bila Hisyam balik hari tu, orang pertama yang Hisyam nak jumpa adalah Jenna. Tapi tiba-tiba aje Jenna hilangkan diri dari Hisyam. Hisyam rasa sedih sangat sayang.“ kata Hisyam mengenggam erat jari-jemariku meleraikan rasa rindunya padaku. Ku biarkan sahaja kerana aku juga begitu merindui Hisyam. Kini, aku benar-benar tidak mahu kehilangan Hisyam.
“Lagi satu..kenapa Jenna tak beritahu Hisyam Jenna dah dapat kerja kat KL ni?? Sampai hati tak beritahu Hisyam kan.” Tanya Hisyam rajuk.
Aku hanya tersenyum memandang wajah kelat Hisyam yang sengaja dibuat-buat.
“Sebenarnya, Jenna nak bagi kejutan pada Hisyam.” Kataku sambil mengenggam erat jari-jemari Hisyam. Dan dikala itu, Hisyam terperasankan cincin pemberiannya padaku dahulu. Hisyam memandangku meminta kepastian. Aku hanya menganggukkan kepala dan terus menunduk kepala ke bawah. Tidak sanggup menahan pandangan mata Hisyam.
“Terima kasih sayang. Hisyam benar-benar bahagia sekarang.” Ujar Hisyam membalas genggaman tanganku.
Dia tersenyum gembira. Riak wajahnya benar-benar bahagia. Dan aku juga begitu. Kini aku sedar yang aku tidak mahu lagi kehilangan Hisyam. Mengenai panggilan daripada seorang perempuan yang mengaku sebagai tunangannya aku lupakan dahulu buat seketika. Hal itu akan aku bincangkan dengan Hisyam di lain hari. Aku tidak mahu merosakkan saat indah kami berdua hari ini.
*********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...