Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

All the best lovely sistaaaa..❤❤

Algamdulillah, selesai dah hantar adik Pika masuk UPSI pagi tadi. Finally, Pika dapat menyambungkan pelajaran dia di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Kimia. Hampir tercapai hasrat mak ayah nak tengok salah seorang anak mereka bergelar seorang pendidik. Lagipun Pika memang suka bab-bab chemistry ni. Suruh amik Medic tak nak. Katenye tak suka Biologi. Subjek yang paling die suka selain Kimia ialah Fizik. Suruh amik engineering tapi tak minat pulak nak jadi jurutera. Tak kisah lah dik Pika oii. Asalkan kau happy dengan apa yang kau pilih tu. Perjalanan ke Tanjung Malim bermula  dari rumah aku. Aku awal-awal lagi dah ngajak depa tido je rumah aku. Tak ade lah jauh mane pun Setia Alam dengan Tanjung Malim. Ade lah dalam sejam lima minit perjalanan. Tapi last minute ayah kate nak sewa je homestay yang ada kat Tanjung Malim. The problem is sume homestay, hotel dah sold out. Memang tak ade yang available lah kalau di saat-saat akhir nak booking. Ayah sebenarnya risau

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Happy Birthday Mr Law ❤❤

Happy Birthday To You.... Happy Birthday To You..... Happy Birthday to Mr Law... Happy Birthday To You.... Pada 14 September yang lalu, weolss semua telah meraikan hari jadi our big boss, Mr Law yang ke-52. Makin tua makin awet muda pulak bos besar kitorang ni. Tak nampah aiihh umur dah 50 lebih. 🤭🤭 Majlis sambutan hari jadi Mr Law ini diadakan pada pukul 11.30 pagi macam tu bertempat di area Gain Green. Well, semua duk berhimpit menyorok dari ternampak Mr Law. Masuk je Mr Law dalam kawasan Gain Green tu semua menyanyikan lagu happy birthday untuk beliau.  Sedikit ucapan diberikan oleh Mr Law sebelum kitorang melantak kek. Sedap weii kek nye. So yummmyyy...😋😋😋 Secret Recipe chuollsss... Semoga our big boss kami stay healthy, stay young and more success... HAPPY BORN DAY MR LAW..... . . . . . Masing-masing eksaited bergambo Mr Law with finance team but apasal tetibe ade budak baju pink dari Purchasing tu...🤭🤭   Big Boss Make a Wishh   Boss dapat kad lahhh Macam berjanji pulak sum

Cik CT nak buat ape minggu ni???

Assalamualaikum.. Hai..Selamat Petang... Tengah keje ke tu? Cik CT ade kat opis ni ha. Well, hari ni hari Jumaat dan Cik CT sangat sukakan hari Jumaat. Sebab apa? Sebab, esoknye hari Sabtu. Cik CT boleh tido sampai ke tengah hari. Hahahahaha... Tak lah, Cik CT suka Jumaat sebab Cik CT dah boleh start berehat. Cik CT boleh buat apa yang Cik CT suka pada waktu hujung minggu. Cik CT boleh mengemas rumah, Cik CT boleh memasak, Cik CT boleh mengemas bilik, Cik CT boleh mendobi baju..Pendek kata, Cik CT boleh buat semua benda lah bila datangnya hari Sabtu tu. Cik CT boleh keluar dengan kawan-kawan. Cik CT boleh dating....Ehhhh!! dating?? Hahahaha. Rasenya semua orang tak sabar-sabar menantikan hari Jumaat kan. Even, hari Khamis lagi Cik CT dah start rasa teruja. Pergi kerja pun dengan wajah yang ceria je. Tapi bila start hari Ahad je semua orang dah kemurungan kan? Sebab apa? Sebab esok, Isnin dah kene keja. Kemurungan bermula pada hari Ahad tu.Hahaha. Lemau je. Dalam hati terdetik, " C

Mari Mewarna Bersama Cik CT

Assalamualaikum.... Selamat Malam... Dah tido ke? Cik CT lum tido lagi. Baru tutup lampu landing atas katil. Amik mood nak tido. Dalam pada nak amik mood tu, Cik CT update lah dulu blog untuk malam ini. Cik CT nak story aktiviti Cik CT di waktu malam sebelum tido. La ni Cik CT gian mewarna tau. Hahaha. Entahlah, mungkin bosan sangat kot hidup Cik CT ni sampai tak tahu nak habiskan masa malam tu dengan ape gamaknye. Tu yang gian mewarna. Sebelum ni habis 1 buku mewarna Cik CT kaler. Semalam pergi Ninso dengan hosmate Cik CT beli lagi 1 buku mewarna. Dan malam semalam sebelum tido aktiviti Cik CT adalah mewarna. Hahahaha. Seronok ape mengaler ni. Terasa macam budak-budak gitu walaupun dah tua bangka sebenarnye. Kihkih. Cik CT rase seronok bila mewarna ni. Cik CT lupa segala rasa penat, rasa stress pd kerja yang tak siap2 lagi kat opis tu. Bila mewarna, Cik CT akan fokus pada mewarna je. Lagi2 sambil dengar lagu. Hilang semua masalah. Cik CT rasa happy bila buku mewarna yang pada mulanye