Skip to main content

Sesal sesesal-sesalnya.....(SINDIKET PENIPUAN ONLINE)

Hurmm...kalau dulu ade lagu rindu serindu-rindunya kan...Alaa, lagu jiwang karat dendangan kumpulan SPOON tu. Layan beb... Tapi sekarang ni, aku bukan nk bercerita pasal lagu tu. Aku nak describe kan diri aku ni yang sedang sesal sesesal-sesalnya...kenapa?? Sebabnya sepanjang 28 tahun aku hidup didunia ni, ini lah kali pertama aku buat sesuatu tindakan yang agak bodoh. Aku rasa bukan agak bodoh, tapi memang bodoh pun. Huhuhu...Pada mulanya tak dapat nk dibayangkan betapa sedih dan terkilannya hati ni dengan apa yang dah berlaku. Sepanjang malam aku tak dapat nak lelapkan mata. Berjaga sepanjang malam sebab asyik terfikir-fikirkan perkara ni.

Begini ceritanya.....First, aku nk cakap yang aku ni dah terjebak dan terkena dalam SINDIKET PENIPUAN ONLINE. Yes, aku sememangnya dah tertipu...huwahuwahuwa...Tak percaya kan?? Tak ada yang mustahilnya, kalau itu yang telah ditetapkan oleh Allah untuk aku lalui dugaan ini. Aku yakin orang diluar sana pasti juga pernah merasai apa yang aku rasa ni. Ramai lagi yang dah terjebak dalam sindiket yang sudah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Menggunakan laman sosial untuk menipu orang-orang Malaysia. Dan sememangnya orang Malaysia ini mudah tertipu ya. Termasuklah aku. Hehehe....

Panjang benar mukadimahnya...Cerita tak masuk lagi ni.

Repeat semula. Begini ceritanya.....

Perkenalan aku dengan seorang lelaki, biarlah aku gelarkan dia sebagai J.A je yang katanya berasal dari Dublin, Ireland membawa aku terjebak ke dalam sindiket penipuan ini. Sepanjang perkenalan aku dengan J.A, dia seorang lelaki yang baik..(Hurmm, baik ke??) Actually, aku jarang sekali berchatting dengan J.A ni. Adalah sekali dua dia bercerita mengenai isteri dan anak-anaknya kepada aku. Apa pekerjaan dia. Bercerita mengenai Malaysia. Katanya banyak cerita-cerita panas yang didengarinya mengenai Malaysia.(Faham-faham sendirilah ye..) Aku tak beri banyak komen apa-apa pasal tu pun. Sebab aku pun tak tahu nak bercerita apa pasal Malaysia ni. Datanglah sendiri dan rasainya sendiri. Ceh, dah macam slogan daaa....

Dan pada suatu hari, J.A menghantar satu mesej kepada aku. Katanya, dia akan mengadakan sambutan hari lahir untuk anak lelakinya, Alex yang berusia 19 tahun pada hujung minggu. Aku sekadar beri ucapan selamat kepada J.A sahaja. Katanya lagi, dia keluar membeli-belah bersama anak perempuannya bagi menyediakan hadiah untuk anak lelakinya dan membeli sedikit barang-barang untuk majlis tersebut. Dan katanya lagi, dia ada membeli juga beberapa hadiah untuk diberikan kepada aku. Wah, aku terkejut. Aku reply, kenapa nak beri saya hadiah sebanyak ini. (Hadiah yang dikatakan J.A itu ialah notebook Apple, iphone, jam tangan, perfume, beberapa helai kasut dan juga baju..mak aii..banyakkan??) Katanya lagi sebagai tanda persahabatan dan untuk sama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran anak lelakinya. Pada mulanya, aku menolak. Aku tak nak hadiah-hadiah tu semua. Tapi dengan yakinnya dia kata dia bukan bagi hadiah ini pada aku seorang jer. Dia bagi hadiah ni juga pada kawan-kawan online dia from a different country. Yess...dengan bodohnya aku mempercayainya. Tanpa rasa was-was dan ragu-ragunya, aku berilah alamat dan no phone untuk proses penghantaran hadiah-hadiah itu. Mujurlah aku hanya beri alamat tempat aku bekerja.

Memang aku langsung tak syak apa-apa. Rasa teruja tu memang ada. Al-maklumlah ada orang yang baik hati nak bagi hadiah kat kita. Sape yang tak nak kan. Tapi sememangnya, aku langsung tak terpikir siapalah yang baik hati sangat sampai nak bagi hadiah pada orang yang baru dia kenal. Itu lah silapnya. J.A send satu gambar parcel, katanya dia dah arrange satu penghantaran ke alamat yang aku beri tu. Lagi sekali aku tak aware langsung coz aku x mintak pun tracking no shipment tu. Yang aku tanya just courier apa yang dia guna. Itu pun aku tak search google langsung. Ish3...Sebab apa aku langsung tak aware pasal benda-benda ni semua? Sebabnya aku lebih teruja nak balik kampung coz waktu tu nak sambut hari raya bersama-sama family. Iyolah..time benda ni jadi, time kaum muslimin dan muslimat sedang menyambut hari raya. Memang aku dah tak terfikir apa-apalah. Just nak tunggu barang tu sampai Malaysia je.

Tak silap seminggu lepas tu J.A send satu mesej kat FB mengatakan barang dah sampai Malaysia. Pihak courier service kat Malaysia call aku banyak kali tapi tak dapat. Aku tak angkat. Barulah aku teringat yang aku bagi no. Maxis aku yang mana phone no tu aku tertinggal kat Subang. So, lagi sekali dengan tak ada rasa ragu-ragu aku bagilah no phone Celcom aku pada J.A untuk orang courier tu call aku. Dan petang tu, tengah aku layan movie best kat tv, aku dapat satu panggilan dari line Digi. Rupa-rupanya dari Efficient Express Delivery Services. (Entah ade ke tidak courier ni..) Nama perempuan tu Noormahidah Ibrahim. Katanya parcel aku dari UK dah sampai tapi pending custom coz ade duty tax kene bayar. Perempuan tu kata lagi aku kena bayar dulu RM2800 untuk parcel tu release. OMG....RM2800?? Mane aku nk cekau duit sebanyak tu. Duit dalam simpanan tak cukup lagi RM500. See, aku memang ada niat nak bayar. Ya Allah..apalah yang ada dalam kepala hotak aku waktu tu. Sekali lagi aku tak syak apa-apa. Aku inform J.A yang aku perlu bayar RM2800 untuk release barang tu. J.A kata try to pay that payment. Nanti dia akan gantikan balik duit yang aku bayar tu semula. Lagi sekali aku percaya dengan kata-kata si lahabau ni.

Nak dipendekkan cerita, aku dengan bodoh dan dungunya pergilah bank masukkan RM2800 pada akaun si Noormahidah tu. Lagi satu benda yang patut aku perasan yang benda ni semuanya menipu ialah akaun yang digunakan adalah akaun personal bukan company akaun. Ya Allah, sememangnya Allah berkehendakkan aku melalui semua ini. Aku tak aware langsung. Dan aku langsung tak minta pada pihak courier tu apa-apa dokumen daripada kastam untuk pembayaran tax pun. Langsung aku tak terpikir nak mintak. Padahal aku memang bekerja dalam sektor import eksport ni. Selalu deal dengan kastam dan Fedex. Tapi apa yang aku boleh kata sekarang aku langsung tak aware dengan semua tu. Kesudahannya, RM2800 selamat masuk ke akaun perempuan tu.....

Time tu aku dalam bus on the way nak balik Subang Jaya, aku dapat lagi satu panggilan dari perempuan yang sama. Dan kali ni apa yang dia cakap memeranjatkan aku dan aku dah start jadi risau dan resah. Perempuan tu inform, parcel still pending kastam lagi dan yang lebih memeranjatkan lagi bila dia kata kastam dapat detect ada satu sampul surat berisi USD30,000 dalam tu. So, nak dijadikan ceritanya lagi menarik bila dia kata aku kena bayar lagi RM8K untuk proses pelepasan barang tu. Ya Allah, terperanjatnya aku. Apa motif si J.A ni tetiba nak bagi aku duit pulak. Adoiii...Aku mesej dia kat FB bertanyakan hal tu then dia minta maaf sbb bagi aku duit tu. Katanya untuk memudahkan aku menjalani hidup kat sini. Selama ni aku hidup susah ke kat Malaysia ni??? Aku jadi sedih. Tak sangka benda ni sampai boleh jadi macam ni sekali. Si J.A minta jugak aku carik duit RM8K tu. Aku kata aku tak ada duit sebanyak itu. Dia still push aku cari jugak duit tu supaya barang yang dia hantar tu lepas kastam. 

Dan start dari situ lah baru aku inform kawan-kawan aku. Itu pun sebab aku tak tahu nak cari duit kat mana lagi. See, aku still lagi ada niat nak bayar RM8K tu. Betapa bodohnya aku waktu. Aku berterus-terang dengan kawan-kawan aku. Aku call kak Haiza dan Mun bercerita pasal hal ni. Kak Haiza marah aku sebab terlalu percayakan orang. Dia yakin yang aku sememangnya dah kena tipu. Daripada cerita yang aku cerita pada dia, dia dah memang agak dan yakin aku dah terkena sindiket penipuan online. Katanya, banyak benda yang mencurigakan daripada cerita aku ni.

1) Mana ada orang yang terlampau baik hati sampai sanggup nak bagi hadiah kat kita mahal-mahal. Baru kenal pulak tu. Even, member atau family sendiri pun takkan nak bagi hadiah sebanyak itu.

2) Mana ada orang yang memang baik sangat sampai sanggup nak bagi duit USD30,000 pada kita. Pulak tu bagi dalam bentuk cash. Gila ker. Kalau betul dah kaya sangat pun dan dah tak tahu nak buat apa dengan duit yang berkepuk-kepuk tu, bagilah dalam bentuk bank draft. Takpun, bank in je terus. Lagi senang. Dalam hati aku mula terdetik "Betul jugak tu".

3) No akauan yang diberikan adalah no akaun personal, bukan dari akaun company.

4) No phone perempuan courier service tu jugak adalah no phone personal. Bukan no telefon pejabat.

5) Yang ni memang kak Haiza bengang, mana ada kalau orang yang hantar kita hadiah tapi kita pulak yang kena tanggung kos penghantaran tu. Supposely, orang yang menghantar tu lah yang bare semua kos.

Pendek cerita, memang kak Haiza tak percaya dengan semuan ni. Dan kesimpulannya, memang aku dah kena tipu. Aku tak aware dengan perkara-perkara yang di atas ni.

Aku buat solat sunat istikharah. Aku minta pada Allah, kalau benda yang aku lalui ni baik untuk aku, permudahkanlah urusan aku untuk menerima barang tu. Dan kalau benda ni buruk untuk aku, permudahkan lah jugak urusan untuk aku jauhi benda-benda ni. 

Alhamdulillah, akhirnya aku yakin dan sedar yang aku sememangnya dah tertipu. Mun pun yakin yang aku memang dah kena tipu. Kak Haiza siap send kat aku satu link blog ni pasal sindiket penipuan online.



Aku baca berulang-ulang kali artikel blog ni. Modus operandi sebijik sama dengan apa yang aku lalui ni. Barulah aku tahu benda ni dah lama menapak kat Malaysia dan rupa-rupanya ramai lagi orang-orang Malaysia yang dah tertipu.

Kak Haiza dan Mun suggest aku buat police report secepat yang mungkin. Ya, aku tekad esoknya aku kena buat police report. Malam tu aku memang tak boleh tidur. Aku sedih dengan apa yang dah jadi pada diri aku ni. Aku drop juga satu comment dalam blog Encik Hairul berceritakan  pasal kes aku ni. Dia kata better buat police report dan ignore je panggilan daripada penyangak2 tu lepas ni. Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu.

Esoknya, aku call Ms Yau inform dia yang aku tak dapat masuk opis. Aku nak pergi buat police report. Ms Yau surprising. So, aku ceritalah pada dia apa yang dah terjadi sebenarnya. Dia terperanjat besar. Dia kata setelkan dulu problem aku ni dan tak payah masuk kerja hari ni. Thank you Ms Yau. Sue teman aku pergi buat police report pagi tu. Sue, Ina dan Arina lagi lah terperanjat besar bila aku cerita benda ni kat dorang. Huhuhu..Tak sangka aku boleh kena tipu.

So, aku pun buatlah police report. Officer tu ambil segala maklumat yang aku berikan. Dia tersenyum je bila aku cerita semuanya pada dia. Dia kata, aku ni kira bernasib baik sebab hanya hilang RM2800. (Tapi banyak tu cik hilang RM2800...). Dia kata ada yang lesap berbelas-belas ribu. Nak dijadikan cerita, perempuan courier service tu call aku time aku buat report tu. Aku tunjukkan pada officer tu. Dia kata ignore je. Tak payah angkat. Tapi perempuan tu still keep calling. Before tu, aku memang send satu mesej pada perempuan tu kata yang aku memang tak dapat nak bayar RM8K tu. Dan aku nak dia send semua dokumen-dokumen yang mengatakan aku perlu bayar duty tax pada kastam. Tapi perempuan tu senyap dan tak reply mesej aku pun. Tapi sampai kat balai polis, perempuan tu keep calling. J.A pulak start call aku. Before ni dia tak pernah call aku pun. Menyesal sungguh bagi no phone tempoh hari. Tapi aku tak angkat. Aku jadi paranoid dan takut. Aku boleh menangis kat balai polis tu. Officer tu suruh aku relaks dan jangan gelabah. Officer tu suruh aku send satu mesej kat J.A kata aku dah transfer pun RM8K tu. Then, tak sampai beberapa minit aku dapat call dari perempuan tu. Aku still tak angkat jugak. Officer tu kata kat aku. "See, cepat kan dorang berdua communicate. Dia kata dia duk UK". Bila aku tak angkat call perempuan tu, J.A pulak call aku. Aku still tak nak angkat. Then, masuk lagi satu mesej kat FB. J.A mintak aku send slip receipt transaction. Nampak sangat dorang berdua berkomplot. Officer tu terus kata ignore je semua ni. Blok no-no dorang ni. FB pun blok. Aku pun buatlah seperti apa yang disuruh. Even aku deactivate kan akaun FB aku. Aku jadi takut dan paranoid. Even no pelik-pelik yang masuk pun aku jadi takut nak angkat. 

Alhamdulillah, hampir 2 minggu kejadian ni dah berlaku dan aku tak dapat lagi sebarang panggilan dari mangkuk dua orang ni. Aku tak cerita pun hal ni pada mak dan ayah aku. Aku tak nak dorang jadi risau. Biarlah aku yang tanggung sendiri. Aku yang buat silap kan. So, aku lah yang kena tanggung akibatnya.

Tapi aku sangat-sangat bersyukur sebab ada kawan-kawan yang banyak membantu dan beri aku sokongan dan dorongan. Dan aku tahu silap aku sebab aku tak berterus terang dengan dorang semua. Kalau aku cerita hal ni pada dorang lebih awal, mesti takkan jadi benda ni. Tapi, memang benda ni ditakdirkan untuk aku laluinya jugak.

Sekarang, aku redha dengan semua yang berlaku. Duit RM2800 tu mungkin bukan untuk aku. Mungkin ada lagi rezeki yang lebih besar yang Allah nak berikan pada aku lepas ni. Tapi apa yang buat aku sedih tu bila orang kita sendiri yang bersengkongkol menjayakan sindiket ni. Sedihh....

Banyak pengajaran yang aku dapat dari kejadian ni..

1) Jangan terlalu mudah percaya dengan orang. Lebih-lebih pada orang yang kita baru kenal.

2) Jangan terlalu bersangka baik dengan orang.

3) Jangan terlalu cepat terima pelawaan friend dekat laman FB. Selidiki dulu latar belakang orang tu.

4) Jangan pendam masalah tu sendiri. Berceritalah dengan kawan-kawan kerana kawan-kawan ni dia lebih cepat perasan akan sesuatu benda yang mencurigakan.

5) Yakin pada Allah. Mintak pertolongan daripada dia dengan bersungguh-sungguh.

6) Bila benda ni jadi, barulah kita rasa kita lebih dekat pada Allah.

7) Menjadi peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain tentang sindiket ni agar tak terjebak lagi in the future

Kalau nak diikutkan memang banyak pengajaran yang diambil dari apa yang dah berlaku kat aku ni. Kalau benda ni tak jadi, mesti aku leka lagi dengan laman-laman sosial ni. See, sekarang aku memang tak ada masalah pun kalau tak ada FB. Still boleh hidup lagi. Hehehe...Kuranglah sikit anti sosialnya tu.

Satu pengalaman pahit yang banyak meninggalkan kesan pada diri aku sendiri supaya lepas ni aku lakan sentiasa lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Supaya aku tidak lagi terjebak dalam jenayah penipuan online ni.
 
Di harap orang-orang diluar sana jugak akan lebih aware dengan jenayah online yang banyak berlaku sekarang ni...

Sekian...

Comments

  1. baru je lepas kena kes mcm ni 1900 jgk kena byar kt boss balik..hehehe...btol2 bg pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol2...sy cukup serik kene bende ni...x pecaya sy boleh tertipu...huhuhu...tp memang satu pengalaman yg x dpt nk dilupakan....

      Delete
  2. ni my email fb sunrextor@yahoo.com...bole la kongsi pengalaman terkena hidup2..

    ReplyDelete
  3. saya sedang terkena ! Ya Allah . macam mana nak handle ni! 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dah buat report polis? Better buat report polis and putuskan semua perhubungan dengan dorang. Mase saye kene dulu memang esoknye sy terus buat report polis. nangis-nangis sy kat balai tu. Hehehe..duit tu memang takkan dapat..tp sekurang2nya dorang dah x kacau kite lagi. trauma jugak saya ri tu..smpi sy deactivetekan acc fb and tak nak angkat langsung no yang tak dikenali. Mudah-mudahan lepas ni kite semua lebih berhati-hati..sy harap awak banyakkn bersabar dan tabah menerima semua dugaan ni..

      Delete
  4. saya sedang terkena ! Ya Allah . macam mana nak handle ni! 😭

    ReplyDelete
  5. Sy pun terkena...bodohnya sy....tp sy xpegi wat report lg...dokumen ape yg nk bawak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan bersabar...jgn lagi contact depa tu...x payah bawk pape dokumen...hari tu sy just bg no phone penyangak2 tu n tunjuk mesej2 tu pd officer tu je...

      Delete
    2. Banyakkan bersabar wak...sy paham ape yg awk rase tu..x perlu bawak pape dokumen..just ceritakan semua pade officer tu....

      Delete
  6. Sy pun terkena...bodohnya sy....tp sy xpegi wat report lg...dokumen ape yg nk bawak ye

    ReplyDelete
  7. Sy pun terkena...bodohnya sy....tp sy xpegi wat report lg...dokumen ape yg nk bawak ye

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Pengalaman yang boleh dikatakan berharga lah bg saya..Hahaha..

      Delete
    2. Dah kena dah dgn penipu parcel scam 24hb 8 2017

      Delete
    3. Boleh tlong saya tak..nk tnya pasal ni

      Delete
  9. Benarke ada kerani wanita melayu rakyat Malaysia kerja di syarikat penghantaran di UK? HONEY I DO NOT WANT MY MOTHER TO KNOW ABOUT THIS MONEY Lynna Farid 7/19/15 to me Hi darling i don't know if i have told you what is inside the parcel of the gift before,,,,, hummmm do you know what i put inside the parcel i put the sum of 230,000pounds,a model HP laptop,a gold wristwatch,model Samsung, Nokia phone communicator ,flowers,pictures,and M U jersey iphone6 also heheh ,,,,,,,...darling you will take 100,000pounds from the 230,000pounds and buy the house for me keep 130,000pounds for me that is the money that i will use to start the project when am in MALAYSIA with you,then from my 130,000pounds.But there is more money inside the box please do not tell anybody about this money please Honey ,I love you from my heart.You have to take some money inside and book a hotel for me a place where i will stay when I come over i hope you understand me honey i love you so much please as soon as you receive the parcel from the diplomat delivering agent just let me know so that we make more plans because i really want to enjoy my self with you hehe have a nice time i love you hummkisss... the delivery officer MR.RAYMOND HILTZ will deliver it to the Address you gave to me: NAME OF RECEIVER: Zulfikri bin Abdul Latib. ADDRESS:No.19, Taman Uda Sofiah, Jalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak. MOBILE CONTACT:+6019-5944523 He will deliver it to you as soon as possible , you will receive the parcel ON MONDAY 20TH JULY 2015 i already put all my money inside the parcel ,So please pay them for the clearance but do not let anybody even your friends know ok? Honey i will come next month ok? If You receive the parcel ON MONDAY 20TH JULY 2015 next Month i will be there to meet you in MALAYSIA. please understand that am a virgin ok? if you want to make love to me take it easy slow slow OK i really love you so much with all my heart. I wish you good luck honey hummmkisss... please as soon as you receive the parcel call me this is my hand phone numbers +447509759260 I LOVE U SO MUCH. Please honey do not tell the DIPLOMAT what is inside the package please ,because that is all my money and do not tell any person about it please ok? This is the Reference:NO : WPP99TA you have to copy it and keep for him whenever he asks, you give it to him .DO NOT TELL ANYBODY ABOUT THIS MONEY OK? I LOVE YOU HONEY.Please give them some money for the clearance ok? You can borrow from money lenders if you do not have money please I am on a training this month ,I love you from my heart .
    Honey pay the money here ok? HAYATI BINTI KHALID Maybank Acc. No. 151061172047
    Pay them in this account he sent to me .Cimb Siti Maawa. NO. 7613623293

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama yang msg awk tu nama ape..mcam msg saya je

      Delete
    2. Sama2 tulisannya nama nabila farid sya dpt pda 26aug 2016 penipu semua duit lesap

      Delete
  10. kakak saya pun dah terkena. memang mende ni macam haram jadah..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..memang haram jadah sungguh..jangan layan mesej dorang tu dah...

      Delete
  11. Ramai dah kena tipu dgn parcel scam ni

    ReplyDelete
  12. Boleh tak nk tnya sesuatu lebih kurang macam ni..tapi aku belum kena..masih tengah chat..can i contact orng yang berpengalaman..balas comment ni please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk stop je berhubung dgn die wak....memang dorang ni penipu...tak pun, awk terus direct buat report.mane tahu pihak polis boleh trace kegiatan dorang ni.

      Delete
  13. I blm terkena tapi i rsa crta i lbh krg mcm awk je.dia siap bg gmbr lugage and drop some cash money in the lugage.dia ckp i kna byr some money to kastam utk dptkn brg tu.at the same time i tgh bca psal scammer.i kta klau i x byr mcm mna,and he answer nnti jdi serius kes sbb kastam akn jmpa cash money yg dia bg.tlong mcm mna i nk handle ni.i xtau nk bt apa.klau i stop chatting him,akn ada bnda srius jdi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stop je chatting u. Tak pun u kene kan die balik. Tak de benda jadinye kalau awk stop chat ngan die. Die bukan boleh wat ape pun. Nak ajak jumpe, boleh..awk bwk sekali polis...ishh..geram nye sy. Still lagi ade ea lahabau2 mcm ni...sabar ye awk..sebaiknye awk ignore them..

      Delete
  14. Lbh krg crta sy skrg.tpi sy x trkna lg,cma dia pksa jga sy byr dkt kastam utk dptkn brg tu.dia siap ambik gmbr lugage and some cash money.sy ckp klau sy x byr mcm mna,dia kta kna byr tkt kastam cek and dpt tau cash money,bnda jdi srius trs sy rsa tkt,nsb sy smpt bca psal scammer.dri hritu lg sy dh rsa lain bila bru knal trs ajk lawin bgai and nk bgi hdiah mhl2.klau sy ignore je no yg call sy utk parcel tu,akn ada bnda srius ke jdi kt sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ignore je wak. Dorang memang scammer. Takde bende jadi kat kite pun kalu kite ignore phone dorang. Saje je nak takutkan kite tu. Tak pun, awk takutkan dorang balik. Ckp je senang2 deal je lah dgn pakcik sy yg keje kat kastam. Confirm lepas tu dah tak contact kite lagi dah. Hahaha.

      Delete
  15. Tapi bila sy mnta tracking number bgai,dia ckp hntr bt plane yg dia krja.oh ya mamat ni kte dia kje pilot. Sy bg almt ofis je.tlong sy mcm mna nk hndle.sy rsa tkt sgt skrg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk dah ade buat any transaction pd die ke? Jika belum, try mainkan dorang semula..kalau boleh dptkan info dr dorang utk siasatan polis nnti. Jika dah wat transaction, sebaiknye g lah report polis. Then block dorang ni.

      Delete
  16. Saya pun dapat nie kak...dia bagi tracking number+resit pos nama pos dia Smart express logistic & delivery company

    Fastfedexlogistics
    No. Tracking boleh lacak...nanti klo dia mnta tax saya lgsg blokir, klo ternyata barang betul2 sampai tanpa tax saya akan update...
    Terima kasih for info

    ReplyDelete
  17. Tahun 2012 saya hampir tekrkena seorang perempuan org putih message kat fb menyatakan nak beli rumah Dia na courier duit kat saya saya pun berikan alamat office saya dua hari lepas ckp tersangkut minta duit rm 2500 saya ckp tak ada duit gaji hanya rm 1500 Dia ckp boleh bayar rm 1500 dulu atau Tanya kawan saya tak bayar langsung perempuan itu CL dalam 2 minit sahaja tgk Dia berkomunikasi cepatnya siap merayu plz thina plz thina nasib baik saya kerja bank saya dpt sedar benda ini menipu Sgt sedih utk sister harap bersabar ambil pengajaran

    ReplyDelete
  18. Hrm nyaris terkena juga tapi alhamdulillah Allah masih sayang.modus operandinya masih sama.dalam kelam kabut asalnya dok mikir mana nak cekau 3500 mcm yang dia minta,saya cakap kt dia nanti saya fikir lepas solat.nak solat dulu.saya mohon pada Allah,tunjukkan jalan.lepas solat,saya nampak ada 1 chat masuk dalam whatsapp.saya bertenang.saya buka google,research,cari maklumat berkaitan surcharge kiriman parcel from overseas dari satu kisah ke kisah yang lain sampai la ke artikel pasal scammer ni kat blog.then after thats, saya reply satu-satu whatsapp dia.time tu,apa lagi,saya sekolahkan dia balik.nak main game sangatkan,ok.sebelum aku kena game,aku game kau dulu.hahahahahaha..macam2 la alasan scammer bagi pada saya itu ini begitu begini.siap sumpah guna nama Allah scammer tu.saya cakap kat dia,jangan gunakan nama Allah kalau awk tak tau apa yang Allah boleh tunjuk.at last,dia chat saya by messenger tanya knp saya block dia kt ws.kebetulan pulak line phone tak berapa ok hari ni.sy reply tak lepas-lepas.hahahha...tak lama lepas line ok tu,saya ingat nak sekolahkan lagi tapi malangnya,tengok-tengok saya dah kena block dgn scammer.dkt whatsapp pun dia dh block sy lepas sy hantar macam-macam ayat sekolahkan dia.alhamdulillah,saya syukur tak rugi apa-apa dan Allah masih sayangkan saya.saya tak cerita modus operandi sbb caranya sama je dia kenakan kita.bezanya scammer yg scam sy ni katanya kerja sebagai marine engineer.duda anak sorang.tinggal di Glasgow scotland,UK.katanya ayahnya dulu orang Sabah.mak dia bawa dia balik scotland lepas ayah dia mati.muslim katanya.katanya la.banyak keraguan dah sebenarnya dari awal yang saya nampak.hari ke-5,Allah tunjuk buktikan lagi kebenaran kesilapan-kesilapan kecil yang saya boleh detect dia tu scammer.haram jadah sungguh scammer ni.berhati-hatilah kita semua ya. Kejadian baru berlaku 18 November 2020.serius trauma sekejap tapi alhamdulillah,Allah bantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan