Hurmm..rasenya tak terlalu lambat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua umat Islam yang meraikannya Setelah sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan, kita meraikan kejayaan kita kerana telah dapat menahan lapar dan dahaga serta nafsu.
Baru Syawal ke-15. Sudah hampir separuh bulan. Tinggal lagi berapa hari je lagi Syawal bakal meninggalkan kita semua. Syawal tempoh hari juga disambut secara bersederhanaan. Seperti biasa sambutan macam tahun-tahun yang sebelumnya. Cuma raya tahun ni adik lelaki aku si Faiz tak ikut sama balik kampung Endau. Tak muat kereta. Adik kedua aku pula, Fazlina menyambut 1 Syawal bersama keluarga mertua dia kat KL. So, memang tak dapatlah nak sambut pagi 1 Syawal macam dulu-dulu.
Apa-apa pun nikmatilah Syawal ini dengan penuh rasa gembira. Bersyukurlah selalu atas nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Bak kata TV3, Syukur Selalu Menzahirkan Kebahagian...Hehehe...
Kita layan sikit video clip lagu raya TV3 tahun 2015, Syukur Selalu nyanyian Black dan Dayang Nurfaizah..Boleh lah layan...hehehe..Syukur Selalu..Syukur Selaluuuu...........Hahahaha...
Comments
Post a Comment