Skip to main content

Singapore Daytrip 15 -17 Mac 2019

////Singapore Daytrip Pergi Bulan Balik Pun Bulan/////


Cuti hujung minggu baru-baru ni, aku dan Uji, kitorang berdua jalan-jalan ke Singapore. Uji beriya-iya beno nak pergi Singapore tu. Nak jejakkan kaki kat sana katanya. Nak tengok apa yang ada kat Singapore tu. So, aku usha lah pakej yang buat trip ke sana. Aku tanya agent Caravan Serai Holidays, Athirah Medan ade tak pakej trip ke Singapore. Athirah reply ade. Pakej daytrip. Gerak Jumaat malam tu, balik pulak Sabtu malam tu. Seharian hari Sabtu tu city tour Singapore. Harga pakej cume RM135/pax. Kira okay lah kan. Cuma agak penat dan rushing lah bila jadual padat dengat lawatan tapi tak dapat nak cover semua tempat pun since pergi sehari je kan. Mana nak dapat menghayati dan fokus pada satu tempat tu. Tapi kira okaylah. Sekurang-kurangnya bila datang lagi sekali, dah tahu tempat menarik yang mana yang boleh dilawati. Hehehe.

So, aku dan Uji decide nak ikut jer trip pakej Singapore Daytrip under Caravan Serai Holidays. Bayaran deposit RM50 dimintak semasa pendaftaran untuk lock tempat. Tak silap, aku buat pembayaran pada bulan Januari tempoh hari. Balance RM85 dibayar dua minggu sebelum trip. Senang berurusan dengan Athirah Medan ni. Tanya banyak mana soalan pun dia jawab jer. Hahaha. Dah tu memang kerja dia kan. By the way, aku dan Uji pernah jugak join trip under Athirah ni ke Hatyai tahun lepas. Tak siap-siap lagi entri trip tu sampai sekarang. Hahaha...

Aku kongsikan sedikit info mengenai trip ini:

KOD PRODUK : CSH SG 001 

*Pakej Singapore Day Trip*
bermula drp KL Sentral
...🇸🇬*Singapore Day Trip* 🇸🇬...
🌜Pakej Bulan balik Bulan 🌛

Senarai Harga Pakej
✅Dewasa : RM135 /pax
✅Kanak Kanak : RM135/pax
✅Bayi : FOC ( Tanpa Tempat duduk)

📌Deposit : RM50/pax

Lawatan ke Tempat Menarik seperti Berikut
📌Merlion Park
📌Bugis dan Arab Street
📌Masjid Sultan dan Kpg Gelam
📌Pulau Sentosa , Globe USS
📌Pahlawan Beach ,
📌Garden by the Bay
📌Marina Bay Sand Light & Water Show

Pakej Termasuk
.
🚎Pengangkutan ( bas persiaran)
KL- Singapore - KL
🍛sarapan pagi 1x
🍡Air Minuman + makanan ringan
💁🏻guide malaysia + singapore
👣city tour

Tidak Termasuk 📌❌

- Makan tgahri , makan malam
- Guide fees + Entrance to Pulau Sentosa  = ( 15dollar) 🐝 ( wajib)
- Travelling Insurans ( RM10/pax ) Digalakkan utk add ON

Menarik bukan??? Kalau nak join trip ni boleh roger2 aku, aku wassup nanti details agent Athirah Medan. Banyak trip under Caravan Serai Holidays. Setakat dua trip yang aku join dengan dorang ni memang best dan berbaloi lah. Hehehe.. Tak payah pening-pening pikir dah.

Aku nak share pulak iti kitorang kat sana.


Ni iti kitorang sepanjang berada di sana ~~ Tak ikut betullah, biasalah kan. Mesti ada yang terlambat, ada yang terawal. Masa nak gerak Jumaat malam tu pun bas lewat sikit. Tapi sampai R&R Gelang Patah awal dari yang sepatutnya. Dalam pukul 3.30 pagi macam tu. Mungkin sebab jalan clear dan driver bas bawak laju kot. Hehehe. Masa kat R&R kononnya nak mandi lah kan tapi bila tengok ramai orang dan lagipun dah mandi masa kat rumah sebelum tu so, aku dan Uji decide just nak tukar baju dan tudung jer. Lepas solat subuh dan makan breakfast yang telah disediakan penganjur, bas bergerak ke border tepat jam 6.30 pagi. Bukan apa ~ takut stuck kat border tu nanti. Banyak kot bas persiaran yang masuk Singapore pagi tu. Under Caravan Serai Holidays je dah tiga buah bas. Setel proses imigresen kat border dalam pukul 8.30 pagi kalau tak silap aku. Eksaited wehh masuk Singapore. Duduk berjiran tapi tak pernahnya masuk Singapore tu ha. Hahaha..

Overall, aku puas hati jugaklah dengan daytrip Singapore ni. Opppss!! Tak sangatlah sebab kitorang tak dapat pun tengok mercu tanda bagi negara Singapura ni iaitu Patung Merlion. Boleh pulak time-time ni lah ada proses pembersihan patung tu. Huhuhu. Sedih jugak lah sebenarnya. Datang sini tujuan utama nak bergambar berlatar belakangkan patung Merlion tu lah..Huhuhu. Patung yang boleh keluarkan air dari mulut dia tu lah. Namun apakan daya, tak ada rezeki kami nak tengok. Merlion tu duk lah dalam kelambu. Hohoho. Lepas aku google, memang betul patung Merlion tu ditutup untuk proses pembersihannya sampai bulan May 2019 ni. So, memang kene pergi sekali lagi ke??? Hahaha. Haruslahh!!

Tapi tak dapat bergambo dengan Merlion, kitorang leh bergambar dengan anak Merlion yang terletak di Merlion Park ni jugak. Belakang jer sikit dari patung Merlion yang keluakan ayo tu. Jadilah kan..Hahaha. penuh orang kat sini tau. Lagi satu kat Pulau Sentosa. Yang ni lagi besar. Ehan kata Patung Papa Lion. Tapi yang ni tak leh lah keluarkan air. Hehehe. Depa kata dalam ni muzium dan pengunjung boleh naik sampai ke puncak atas patung. Kirenya akan keluar dekat mulut Papa Lion tu nanti. Tapi nak masuk kena bayar lah. Berapa? Aku tak sure pulak.

Kira puas hati jugaklah dapat jumpe 2 patung Merlion ni walaupun tak dapat jumpa yang the real landmark of Spore. Huhuhu..

Gambar??? Usah di kata ~ memang banyak dong. Hahaha. Tapi nanti aku update gambo. Aku update dulu gambar-gambar kenangan bersama peserta Singapore Daytrip Caravan Serai Holidays.


Group photo berlatar belakangkan Merlion yang ditutupi kelambu 


Group photo berlatar belakangkan Marina Bay Sand



Group photo berlatar belakangkan Victoria Memorial Hall


Group photo berlatar belakangkan Malay Heritage Museum, Singapore


Group photo berlatar belakangkan Globe USS


Group photo berlatar belakangkan Papa Lion di Pulau Sentosa, Singapore


Group photo di Garden By The Bay

Satu percutian daytrip yang memenatkan namun cukup menyeronokkan. Memang tak terhabis nak cover semua tempat dalam masa sehari. So, confirmlah kene repeat semula. Kalau aku nak repeat Spore lagi, wajiblah masuk Universal Studio Singapore tu. Bergambo dengan mural-mural yang ada di sepanjang Haji Lane sambil duduk-duduk melayani secangkir kopi. Gitewww!!! Cuba bermacam-macam jenis murtabak sedap yang ada kat Restoran Zam Zam Singapore. Dan yang paling penting, kalau datang Singapore lagi wajib bergambo dengan Merlion yang keluarkan ayo tu. Hahaha...

Pendek kata, tak rugi jugaklah kalau nak melancong ke Singapore ni...Hehehe.

P/S: Entri ini akan diupdate dari masa ke semasa ~

Comments

  1. wah ramai jugak yang join day trip tu.. kalo sampai tiga bus kan.. menarik jugakla idea day trip ni sbb memang dekat sebelah kita je. cuma xdan nak explore habis2.. xpe nanti boleh pegi lagi.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..join lah..cume penat sebab rushing kan. Nak plan pegi lagi sebab x puas berjalan hari tu. Hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan