Skip to main content

Seronoknye dapat jumpa mak dan ayah - Part 2 -

Pagi ahad tadi, bangun lewat sikit. Mulanya malas sungguh aku nak bangun. Pagi tu baru lah lena tido aku. Semalamnya tak lena weii..bahang sungguh umah Angah. Huhuhu....

Tapi kene jugak bangun sebab nak bawak Cik Ani jalan-jalan Masjid Jamek. So, lepas siap-siap makan sarapan, aku, emak dan Fatihah bergerak ke LRT Cahaya dihantar oleh Angah. Kalau ikutkan nak je naik Grab tapi grab pagi tadi mahal weiii....so, nak jimat mintak je lah Angah antar. Ayah ngan pika x ikut. Depa duk rumah jer. Ibab pun, buat peneman Ismail sebab Lina nak masak nasi ayam penyet untuk makan lunch kitorang nanti.

Fuhhh..Cik Ani borong sakan ye. Dah siap beli tudung raya. Baju raya ayah pun dah siap beli. Sampai dua helai okay. Raya tahun ni kami sekeluarga akan pakai warna merah. Sempena hari jadi aku jugak, mak belanja aku beg kije. Hehehe. Ateh pulak belikan aku bawal chiffon sehelai. Aku yang paw depa berdua benonye. Kihkihkih...


Happy wajah Cik Ani nak berjalan yer....


Seronok berjalan dengan depa. Orang pun tak ramai sangat. Dalam kul 1 baru kitorang sampai rumah Lina semula. Lina dah siap masak semua. Lapar bhai..ape lagi, makan beramai2 lah kami. Lina masak special tadi. Nasi ayam penyet dengan sambal udang yang agak ceroi tapi sedap. Hahaha...ayah ngan mak kata sedapp... success Lina masak, boleh bukak kedai. Hahaha...

Lepas makan, tido sat. Berehat. Dalam lepas asar macam tu baru kitorang bersiap - siap nak balik. Aku balik Subang, famili aku balik Johor. Bestnye hari ni dapat habiskan masa bersama famili. Alhamdulillah , mereka semua dah sampai dalam pukul 10 malam tadi. 

Weekend yang sangat best. Alhamdulillah, masih diberi peluang, meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang. Moga mak dan ayah diberikan kesihatan yang baik-baik. In Sha Allah, lagi dua minggu aku akan jumpe mereka pulak kat Kampung. Hehehe...




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...