Skip to main content

Seronoknye dapat jumpa mak dan ayah - part 1

Weekend yg paling best...

Sebab ayah, mak, ateh, pika dan ibab datang KL rumah angah. Dorang actually dah sampai Jumaat malam tu tapi aku pulak tak dapat nak balik rumah Lina sebab Sabtu tu aku kije. Uhukuhukuhuk.....

Lepas kerja, berkejaran aku nak sampai rumah Lina. Mula-mula nak naik dengan Nabila tapi Nabila tak lalu pulak laluan ke LRT. Nak tumpang Yasirah, tapi last minute die ade meeting dgn Encik Amin. Cepat-cepatlah cakap dengan Izzati nak tumpang die balik tapi customer die pulak datang nak amik parcel. Bala pulak taknak tolong sampaikan. Huhuhu. Cepat-cepatlah aku call Nabila semula tanya dia dah jauh ke belum, mujurlah die tak jauh lagi. Dia buat u-turn amik aku kat opis dan hantar ke LRT usj21. 

Sampai pulak lrt usj21 nak topuplah touch n go, staff pulak ade hal urgent. Dah terpaksa tutup kaunter kejap. Aduhaiii..menunggu lagi. Dahlah aku nak cepat ni. Tak boleh jadi ni. Alih-alih aku beli je token. Huhuhu. Cabaran sungguh perjalanan nak jumpa famili ni. Hahaha. Last2 sampai rumah Lina pukul 3 ptg. Bestnye dapat jumpa mak ayah. Dapat peluk cium depa berdua. Perut pulak berbunyik giler. Pulak tu mak masak asam pedas ikan mayong weiii..Tak cara aku makan. Sampai bertambah pinggan. Hahahaha...

Petang tu beriadah dengan Lina, Ismail, pika dan ibab kat Taman Ulu Pudu. Mulanya tak nak pergi, mengantuk. Tapi dah aku datang nak bersama famili kan. Buat ape nak membuta pulak. Hahaha...Best bwk dorang jalan2 . Balik pulak singgah p beli kek. Kami ber4 kongsi2 beli kek untuk birthday aku bulan 4 ni nanti. Kire in advance celebration lah ni. Hahaha.



Malam tu, lepas solat mandi semua n bersiap, kitorang celebrate birthday aku jap. Hehehe. Kek haruslah aku yg pilih sendiri. Chocolate Tiramisu Cake. Sedappp...


Chocolate Tiramisu Cake for Faiross Birthday!!!! 

Lepas tu kitorang ke Melawati pulak, Lah nk belanja kitorng makan Sate Kajang Haji Samuri. Humakaiii..jalan jem wa cakap lu. Malam minggu bhai. What do you expect??? Ateh mula dah cencurut panjang. Minah tu memang, cepat gelabah. Stuck masa nak cari parking kat restaurant tu. Mujur lah ayah ada, ayah yang take over drive. Ateh dah cuak giler..tengah2 jalan die duk berhenti. Hahaha. Finally, dapat jugak parking. 

Dah dapat parking, dugaan nak cari tempat duduk pulak dalam kedai tu. Hahaha. Full House beb...mujur jugal ada satu famili ni dah nak habis makan da. Aku suh Lina cepat2 duduk kat situ time famili tu masih lagi makan ..hahaha. Famili tu pun dah habis makan pun actually. Mak dan ayah pun dah penat menunggu pada mulanya. Nak je kitorang beli je sate dan makan kat rumah. Mujur jugak ada tempt kosong dah lepas tu.




Sate Kajang Haji Samuri ~~~

Sedappp gak sate haji samuri ni. Gebu gebas daging satenye. Cume sate daging again liat. Payah beno nak mengunyahnya. Hahaha. Mak dan ayah pun puas hati. Mereka happy kitorang pun happy lah. Kitorang sampai rumah Lina semula dalam pukul 12 tengah malam. Mujur jugak dah solat isyak sume. Balik tinggal tido jer. Esok pulak nak ke jalan tar. Bawak Cik Ani Kita jalan2. Hehehe.... 

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...