Skip to main content

Review Movie: Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal

Movie: Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal

Cinema: Premium-X One City

Rate: "Nora bagi 5 bintang"
.
.
.
.


Pandangan peribadi:

Seriously sangat berbaloi-baloi tonton movie upin ipin yang terbaru ni kat pawagam. Korang akan rasa sangat kagum dengan bakat anak muda tempatan kita dalam industri animasi Malaysia. Tak berlebihan aku katakan, movie ni boleh dikatakan dah sebaris dengan movie animasi Hollywood sana. Malaysia boleh!!!! 

Lame giler kot pihak produksi Les' Copaque nak menghasilkan animasi yang superb macam ni. Perbelanjaan pulak bukan sikit anak tau. Banyak berhabis. Wang ringgit dan jugak masa. So, kita sebagai rakyat Malaysia support lah industri filem animasi kita ni. Ramai-ramai turun ke pawagam berhampiran rumah korang untuk tengok movie terbaru Upin & Ipin ini yang pastinya akan memberikan kalian semua satu kepuasan yang sangat maksima. Hahaha. Over kan!!!

Tapi seriously wehhh..best giler kot movie ni. Aku sanggup weh tengok sorang-sorang sebab tak sabar nak tahu apa yang bestnye movie ni. Lagi-lagi lepas habis baca review movie ni kat blog Hans Hanis.

rollodepelicula.com

Macam-macam perasaan ada bile tengok movie ni tau. Perasaan sedih, marah, geram, bangga dan tentu sekali terhibur. Aku siap mengalirkan air mata wei kat sesetengah scene tu. Tapi tak nak share lah scene yang mane satu. Korang kene lah tengok sendiri. Hahaha.

Untuk tahun ni saje, kita akan mengeluarkan 3 movie animasi iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal, Boboiboy The Movie 2 dan Ejen Ali The Movie. Aku paling tak sabar nak tunggu Boboiboy The Movie 2. Tengok trailer pun dah gempak weiii. Hahaha.

So, apalagi supportlah filem animasi kita okay. Ayuh, ramai-ramai kita turun ke pawagam tengok Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal dulu ea.




Trailer: Boboiboy The Movie 2




Trailer: Ejen Ali The Movie

Comments

  1. tengok trailer masa tengok Captain Marvel pun rasa teruja dengan Upin Ipin ni. bagus. semoga makin kembang industri animasi Malaysia =D

    ReplyDelete
  2. Sape ade fullmovie upin ipin ni... Semua duk post trailer.. Anyone

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...