Skip to main content

Tahniah Farah Afiqah!!!

Hari ni result SPM 2018 keluar!!!

Adik aku, Siti Farah Afiqah Shariff akan mengambil resultnya kat sekolah nanti. Aku dari semalam dah berdebar nak tahu result dia ni. Aikk, orang lain yang jawab exam, aku pulak yang berdebarnya. Hahaha....

Sebab ape aku berdebar?? Sebab aku kene tunaikan janji aku pada si Pikachu tu....

JANJI APA????

Janji nak bagi dia RM100 untuk setiap mata pelajaran yang dia dapat A. Dan, hari ni result SPM dia dapat banyak pulak A.. Hohoho... 7 Weii A dia. Masak aku!!!! RM700 kene keluar. Hahaha...

Tapi, takper lah. Duit tu nanti boleh dia guna untuk perbelanjaan dia nak masuk uni ataupun matrikulasi nanti.  Aku tak tahu lagi apa plan si pika tu. Tapi die memang tak nak masuk diploma. Dia nak masuk kolej matrikulasi. Mudah-mudahan hajat dia tercapai. Ameen!!!

Aku pun suggest untuk die masuk matrikulasi jer. Jimat masa dan juga duit. Takpun kalau nak lagi hardcore, amik form 6 Sains Tulen. Hahaha....

Untuk adik-adik diluar sana yang punya result SPM yang sederhana aje, dun worry. Perjalanan korang bukan berhenti setakat di sini saja tau. Banyak lagi dugaan, ujian yang korang kene tempuhi untuk ke peringkat seterusnya. Akak ni dulu pun result SPM bukan banyak sangat A pun. Tapi jadi jugak orang. Dapat kerja yang elok2. So, straight A tu bukan kayu pengukur pencapaian korang pada masa hadapan. Yang penting rajin berusaha dan jangan putus asa.  Result yang bagus tu satu bonus untuk korang setapak ke hadapan dan booster untuk lebih berjaya lagi.

Sekian sudah luahan rasa gembira bercampur sedih seorang kakak yang bakal duitnya keluar tak lama lagi. Kahkahkahkah.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...