Skip to main content

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku

Novelis: Siti Rosmizah

Rate: 9/10

Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020



"Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?"

Sinopsis Kulit Belakang:

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

"Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

"Lily sakit ma....Lily perlukan doa mama. Lily perlukan restu mama. Tolong Lily, ma. Lily tak nak mati jadi anak derhaka. Lily nak jumpa mama buat terakhir kali."

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka. Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humaira dipertikai!

Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri. Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

"Ambik balik cincin awak! Cincin yang layak dicampak dalam longkang aje!" Ya Allah. Remuk hati Amiruddin.

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.

"Maira minta ampun bang. Maira berdosa pada abang. Maira betul-betul menyesal. Maafkan Maira, bang."

"Saya masih lelaki kampung yang sama. Tak ada harta. Lelaki miskin yang tak mampu beri Cik Maira apa-apa. Walaupun secebis cinta."

Ya Allah, panjangkan jodohku dengan suamiku. Dia imamku, dia kekasihku hingga akhir nyawa. Mungkin ke hati Amiruddin sudah mati buatnya?
.
.
.
.
Jom kita baca review Cik Ct plak:

Alhamdulillah, mood membaca aku memang dah datang kembali. Lagi-lagi bila baca novel yang aku suka. Sehari jer aku boleh habiskan. Yeszza, selepas Panahan Cinta Mr. Agoraphobia, aku teruskan bacaan dengan Dia Imamku pulak, karya novelis yang memang aku suke giler iaitu Siti Rosmizah. I'm not sure, bile novel ni release tapi setahu aku novel ni memang yang paling latest. Dia Imamku.....Jom kite review sikit novel yang aku baca weekend yg lepas.

Well, novel karya Siti Rosmizah memang tebal. Kali ni, novel Dia Imamku berketebalan setebal 864 muka surat. Berpinar juga kepala dan mata nak perabihkan bacaan. Tapi, plot tengah seronok tak sabar pulak nak tahu ape yang berlaku seterusnya.

Dia Imamku adalah novel ke-12 Siti Rosmizah. Aku memang beli, baca dan simpan hampir ke semua novel-novel karya beliau. Walaupun, jalan cerita nampak macam hampir sama tapi aku tak kisah. Sebab aku suka. Kali ini, watak heroin cukup bongkak, menjengkelkan, annoying dan sangat biadap. Watak heroin dalam semua karya Siti Rosmizah memang macam tu. Sombong ya amat. Teringat kembali watak Mia Adriana, Intan Raihana...sape lagi ea??? Hahaha. Lupe dah. Tapi memang semua kategori perempuan mulut puaka. Hahaha. Samelah dengan watak hero novel beliau, kalau kejam tu kejam ya amat pada isteri. Sampai aku ni pikir apasal lah bodoh sangat ko sebagai isteri nak balik semula pada laki ko tu. Hahahaha..Aku kalau bace novel-novel Siti Rosmizah ni kalau tak emo memang tak sah.

Bersambung semula pada review kita, novel kali ini masih lagi berkisar tentang kisah percintaan antara dua latar belakang yang berbeza. Kisah anak yang merindui keluarganya selepas dibuang keluarga. Tapi kisah ini tidak pada watak hero dan heroin tau. Kisah anak yang merindui keluarganya adalah berkisah pada watak kak Lily, kakak kandung Humairah yang dibuang keluarga demi berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Tapi, bagi aku kan tak kisahlah anak tu nak berkahwin dengan siapa pun, kita sebagai ibu bapa restu kan je lah pernikahan mereka. Tapi, ibu mana yang tak sayangkan anak kan. Ibu mana yang tak nak tengok anak dia bahagia kan. Tapi...restu ibu ayah tu pentinggg..sebab tu lah aku kata mak ayah restukan jer lah pilihan si anak tu. Doa yang baik-baik untuk kebahagiaan rumah tangga si anak. Doa ibu memang tak de hijab. Betul kan???

Okay, ape kene kisah kak Lily dengan Humairah pulak??? Bila Lily tinggalkan rumah selepas dihalau ibunya, Datin Orkid, keluarga mereka jadi tak harmoni lagi. Datin Orkid masih lagi sakit hati pada Dato' Malik atas tindakan dia mengahwinkan Lily dan Amar. So, dinginlah hubungan suami isteri tu. Maira pulak rasa semua orang asyik fikirkan pasal kak Lily dia. Mama dan papa selalu duk sebut-sebut. Kalau dah rindu kenapa tak dicarik semula anak tu. Maira rasa dipinggirkan. Rasa diri tak diperlukan. Sebab tu karektor Maira berubah menjadi seorang yang pembengis. Membentak. 

Lagi-lagi bila jumpa si Amiruddin ni. Amiruddin pelik, bingung apasallah Maira, cucu Nenek Bunga yang seorang ni kalau jumpe dia ke, terpandang dia ke, mesti nak mengamuk. Ade je yang tak kene. Kalau ko pelik Budin, kami semua ni ha lagi pelik. Tapi biasalah, Maira tu kan anak orang kaya. Mana nak dipandang Budin yang miskin tu. Tapi dalam novel ni, orang kaya die memang baik dan pemurah. Bukan macam Puan Sri Zabedah tu. Dato' Malik dan Datin Orkid memang down to earth. Itu lah bezanya orang kaya yang start dari tak ade ape-ape berbanding dengan orang kaya yang memang kecik-kecik lagi dah dilahirkan dalam sudu emas. Tapi ade je orang kaya yang tak sedar diri. Dulu miskin, bila jadi kaya makin menyombong pulak dia. Oppsss....

Berkisar pada watak hero dan heroin, kalau dulu heroin terpaksa kawin dengan hero yang dia benci namatey demi menutup aib keluarga, tapi novel Dia Imamku watak heroin, Maira yang beriya-iya sangat nak kahwin dengan mamat yang die duk hina-hina tu. Nak tahu kenapa? Itu korang kene baca. Apasal Maira willing to berkahwin dengan Budin a.k.a Amiruddin.

Well, betullah..bila kite berkahwin dengan orang yang kite tahu yang dia takkan pernah suka kite sebab dia benci namatey kat kite, memang kite takkan cuba untuk buka ruang hati untuk dia masuk. Once dah bukak, kite dah boleh terima die tapi one day die cuma mempermainkan hati kita ni, rasa sakit tu memang lagi sakit ya amat. Itulah yang terjadi pada Amiruddin a.k.a Budin. Kesian dia. Dia tahu, sedar siapa diri dia. Takkan pipit nak bergandingan dengan enggang. Sebab tu dia tak cuba bukak pintu hati dia untuk Maira. Tapi, bila hati dia dah ade ruang untuk Maira, Maira buat taikk kat die. Agak kasar sikitt bahasa aku ekk..Hahaha. Iyer lah, aku sendiri mati-mati ingat Maira dah insaf, dah syg dan boleh terima Amiruddin. Namun....korang bace lah nanti. Kasihan tau Budin. Lemah ke seorang lelaki menitiskan air matanya??? Tak Budin..Tak Budin...Emo pulak aku. Hahahaha.

Well, korang agak ape ending die???? Mestilah happy ending kan. Ehh, belum lagi. Dalam satu kejadian, Maira baru tersedar, mane satu intan mana satu permata. Dia pinta ampun maaf dari Amiruddin tapi hati Amiruddin dah serupe es. Tapi kan, mulut je cakap tak sayang, benci tapi hati masih lagi cinta. Tapi bila teringat kata-kata hinaan dari orang yang kita sayang, hancur luluh hati beb. Terobek. Itu yang paling lambat nak sembuh.

Alright, aku suke sangat karektor Nenek Bunga. Dia kalau bercakap kelakar. Aku nak try bayang sape yang boleh bawak watak Nenek Bunga kalau Dia Imamku ni dilayarkan. Korang agak2 sape?? Hurm..nanti kite pikir ea. Nenek Bunga digambarkan seorang nenek yang garang dan tegas tapi sangat baik hati. Mulut je laser. Sayang betul die dengan Amiruddin. Bila Amiruddin tak jadi kawen dengan Dahlia, bersungguhlah hai dia nak carikkan calon untuk Amiruddin. Tapi finally, memang tercapai jugaklah hasrat die nak bermenantu cucukan si Amiruddin tu.

Ok, watak Amiruddin. Bila baca watak Amiruddin ni tetiba aku terbayangkan seseorang. Hehehe..ehh, malu lah kite. Jenis tak cepat melenting. Lantak ko ahh lah nak marah ke hape. Tapi sekali die melenting, nasiblah. Buruk padahnya. Tapi, pada orang yang disayang tak ahhh. Dulu masa tak sayangkan Maira, iye..tenang je wajah bila kene maki dek Maira. Tapi, bila dah start sayangkan Maira janganlah ade sesape yang berani kacau Maira, kak Lily dan anak-anak saudara dia. Amiruddin digambarkan sebagai seorang yang panas baran tapi panas baran dia datang bila ada yang mengusik keluarga dia. Tapi, tak berapa nak feel lah novel ni sebab penulis tak tonjolkan lagi bakat yang ade pada diri Amiruddin. Bakat apa? Ilmu di dada Amiruddin tak kosong okay. Diterangkan di dalam novel, Amiruddin di kampung adalah seorang yang sangat digeruni dan sangat mahir dalam dunia persilatan. Aku duk lah tunggu kalau ada scene Amiruddin tunjuk skill bersilat dia. Tapi tak ada pun. Huhuhu. Overall, aku suka watak Amiruddin a.k.a Budin.

Watak-watak lain pun best macam kak Lily, Amar, Razak, Rafiza, Hasnah, Rafiq dan Dahlia. Selain annoyed dengan watak Maira dan Puan Sri Zabedah, watak Dahlia dengan Rafiza jugak menjengkelkan. Watak Rafiq cool tapi tu ahh, terlalu ikut sangat telunjuk ibu dia. Tak salah nak jadi anak yang taat tapi biarlah berpada. Jangan kita ikut dan tengok je mak kita buat aniaya kat orang. 

Sememangnya banyak pengajaran yang ditonjolkan dalam novel ini. Antaranya, jangan terlalu ikutkan rasa marah, rasa sakit hati. Kelak akan memakan diri. Contoh, pada watak Datin Orkid. Punyer lah marah sangat kat anak tu sampai keluar ayat haramkan anak tu jejak kaki ke rumah dan haramkan sesen pun duit. Lepas tu, sedih bila anak tu pergi. Si anak pulak degil, demi rasa cinta dan sayang kat kekasih sanggup pergi meninggalkan keluarga. Huhuhu.

Pengajaran lain, kalau berkahwin lebih dari dua kene lah berlaku adil. Jangan berat sebelah. Masalah je sikit lari, balik rumah bini muda. Gaduh dengan bini muda, lari balik rumah bini tua. Kalau dah tahu tak adil dan tak mampu jangan mengada nak berbini dua. Tanggungjawab tu kena laksanakan. Jangan bila isteri tu dah terluka sangat hatinya, tiada lagi lah cinta yang tinggal untuk si suami. Watak Amar lah ni. Kecik besar kecik besar je aku bace watak Amar ni.

Ya, pengajaran lain...jangan suka sangat bawak mulut. Mengumpat, menabur fitnah pasal orang lain. Ciri-ciri ni ada pada watak Dahlia. Last-last kawen lah ko dengan mamat bangla tu. Hahahahaha. Nak sangat laki kaya kan.

Overall, aku puas hati dengan novel terbaru Siti Rosmizah ni. Cuma kurang sikit feel sedihnya tu. Nangis tu nangis lah jugak. Tapi takdelah sesedih novel-novel dia yang sebelum ni. So, aku recommended sangat-sangat korang beli dan baca novel Dia Imamku. Best. Tak rugi.

Sekian sudah review aku tentang Novel Dia Imamku. Maaflah kalau ade ayat aku yang tunggang langgang. Lame sangat tak mengarang. So, what's next novel?? Aku nak layan novel thriller pulak. Novel Haura...


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...