Skip to main content

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020

Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin

Starting Point : Alam Budiman Trail

Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik 

Total Jarak Pendakian : 13KM

Tahap Kesukaran : Easy to Moderate


Log perjalanan 

Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail. Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape yang nak join. Finally, Lydia & Keyrol ajak hiking sini. Tapi, antara kami tak ade sape yang tahu trail ni. Memang lah ramai hikers lain tapi kalau pergi dengan mereka yang tahu trail kan lagi bagus dan memudahkan. Tak gitu????

So, dipendekkan ceritanya Keyrol ajak member die, Oja dan Oja ajak jugak member-member dorang yang lain. Makanya, jadi lah kami 10 orang semuanya. Bukan kaleng-kaleng group aku follow ni. Semua budak-budak trail runner. Aduhai...salah ke keputusan aku follow depa semua ni? 🤣

Rabu pagi semua berkumpul di Rahmath Bistro. Mati-matilah aku ingat Rahmath Bistro Setia Taipan ni. Rupa-rupanya, Rahmath Bistro Alam Budiman. Oh ya, trip kali ini kami start melalui Alam Budiman Trail. Ada satu kawasan padang bola diantara kawasan taman perumahan di situ. Sampai-sampai situ je dah banyak kereta yang dah berparking. Actually, debar sebenarnya. Kate Keyrol dorang nak buat full trail yang merangkumi total perjalanan 22KM. 😱😱 Oh maii..aku dah cuak jugak time tu. Tapi tak pe, follow je dorang. Kalau tak boleh nanti, aku patah lah balik semula ke starting point. Sedikit sessi suai kenal dan warming up, dalam pukul 9 pagi macam tu kami start trekking. Seriouslah, awal-awal trek dia dah belanja pacak. Mental kejap aku. What the heck ni???? Aku mengah giler weiii 😂😂 Dapat aku rasa tahap stamina aku waktu tu berada pada tahap yang agak rendah. Tapi, still okay lagi lah. Tenang je aku melangkah. Slow jer...Finally, sampai ke Peak Garden. Boleh aku katakan starting point dr Alam Budiman Trail memang daki memanjang. 😅 So, aku serik nak ikut sini lagi.


Keindahan Tasik Cermin



Keunikkan Bukit Sapu Tangan

Sampai Peak Garden ramai giler manusia. Aku time tu pun rasa sangat penat tapi masih lagi mampu tersenyum. Bila dah ramai-ramai ni feeling nak bergambo tu tak ade lagi. Phone pun aku malas nak keluarkan. Kitorang meneruskan perjalanan ke Bukit Sapu Tangan. Trail yang kami ikut berpandukan seorang rakan yang dipanggil Dan ialah :

Alam Budiman - Peak Garden - Bukit Sapu Tangan - Tasik Cermin - Peak Garden - Alam Budiman

Kami sampai di satu kawasan lapang. Sebelah kanan terus menuju ke Bukit Sapu Tangan dan sebelah kiri menuju Tasik Cermin. Dan bawak kitorang ke Bukit Sapu Tangan dahulu. Perjalanan actually tak lama. Trail pun santai-santai jer. Aku orang terakhir yang sampai ke Bukit Sapu Tangan tu. Penat bak hang tapi masih tetap tersenyum. Fuhhh, di sini sekali lagi dipenuhi dengan manusia. Kitorang tak lama berada di sini. Bergambo kenangan dan terus menuju pulak ke Tasik Cermin. Trek agak mudak, turun je dan akan melalui satu kawasan tanah merah yang tengah on going construction. Tak lame lagi penuh dengan perumahan lah kawasan ni nanti. Huhuhuh. Habis pokok-pokok. 😥😥


Achievement unlocked Bukit Sapu Tangan
  
Tasik Cermin ~ terpegun seketika melihat keindahannya. Serasa aku ini bukan lombong. Katenye tasik semula jadi yang tersembunyi di kawasan hutan simpan ini. Ada aktiviti kayak chuolss. Boleh tahan luas tasik ni. Tasik berwarna seakan-akan hijau emerald. Nice. Kat sini pun ramai manusia. 😂 


Achievement unclocked Tasik Cermin

Kami actually belum sampai lagi spot view Tasik Cermin tau. Trekking ke depan lagi, masuk hutan sikit, turun bukit tadaaa...sampai dah Tasik Cermin. Ohhh..begini rupenye Tasik Cermin. Sekali lagi, terlalu ramai manusia di sini. Kitorang amik port melepaskan lelah masing-masing. Lame jugak kitorang lepak kat sini. Nak bergambo pun kene tunggu turn. Trip hiking kali ni aku tak teruja sangat keluarkan phone snap picture kawasan sekitar. Tak tahu lah mengapa. Mungkin penat sangat kot. Gambo & video semua bergantung harap pada phone Lydia, Keyrol & Adda. Hahahaha....

Lepas puas melepak kat Tasik Cermin kami start trekking ke starting point Alam Budiman. Pendakian turun inilah melalui ranjau onak durinya. Mental, barai semua ada. Trek pacak tak hengat. Izzati kepenantan yang amat sangat. Sampai menangis dibuatnye di tengah trek. Adda pulak pada mulanya ingat dah laju ke hadapan mengejar kawan-kawan yang lain rupe-rupenye berdepan dengan kesakitan kaki krem. Arghhh!! Sudah..teruk jugak penangan krem kaki si Adda. Agak membantutkan pergerakan pendakian turun kami. Last-last adik-adik trail runner terpaksa mengikut pace kami yang kakak-kakak ni. Adda terpaksa di sweep. Alhamdulillah, kami 10 orang semuanya selamat turun dengan jayanya. Dalam pukul 3 petang jugak lah sampai starting point semula. 

Personal, aku rasa tak ade lah susah mane trail ni tapi tak tahu lah nape kali ni aku rasa mental aku lemah, barai. Penangan kaki sakit pun masih terasa sehingga sekarang tau. In sha Allah, aku boleh cube pulak masuk ikut Setia Alam Community Trail lepas ni.

Alhamdulillah, kami berjaya tapau dua tempat viral ni dalam tempoh 4 jam 35 minit tak termasuk waktu rehat dan kecemasan. 

In sha Allah, pasti aku akan ke sini lagi. Tak puas lagi nak tengok view Tasik Cermin. 😍😍😍 Mungkin lepas ni pergi Tasik Cermin je. Hahaha....So, layan je lah gambo yang sempat di ambil by iphone Lydia....


Kekonon acah-acah cover magazine


Terkejut i is join dak-dak trail runner ni


Walaupun terkejut, dalam gambo tetap senyum


Photo group @ Bukit Sapu Tangan








Comments

  1. wah hahhahaha search tasik cermin jumpa kakak punya blog. kalau takmau pergi bukit sapu tangan, cuma nak ke tasik cermin. perlu melalui 22km tu ke kak?

    ReplyDelete
  2. nak taya...hiking sini nak kena da permit ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu permit.cume kene scan mysejahtera je nanti..

      Delete
  3. track yg mudah nak sampai tasik cermin , start point kat mana?

    ReplyDelete
  4. Baru-baru ni naik bukit sapu tangan dengan tasik cermin. Ikut kawan baru kenal. Alhamdulillah 7 jam jugak naik turun sekali rehat. 7 jam tu kira paling santai lah. Kena pakai kasut yang sesuai & tapak kasut yang macam tapak kasut getah. Salah pakai kasut memang boleh jatuh sebab laluan turun licin jugak, lagi-lagi bila hujan. Start dari setia alam turun pun setia alam. Trek ok lah. Bawak air yg cukup & bawak la gula2 ke kurma ke, coklat ke untuk cover tenaga. Sapa teringin nak berkayak boleh sewa kat tasik cermin. Seeloknya pergi lah dengan orang yang tau jalan, kalau sesat ke bandaraya Shah Alam turunnye karang. Haaa.. Ghisauuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...