Skip to main content

Mari Mewarna Bersama Cik CT

Assalamualaikum....

Selamat Malam...

Dah tido ke? Cik CT lum tido lagi. Baru tutup lampu landing atas katil. Amik mood nak tido. Dalam pada nak amik mood tu, Cik CT update lah dulu blog untuk malam ini. Cik CT nak story aktiviti Cik CT di waktu malam sebelum tido.

La ni Cik CT gian mewarna tau. Hahaha. Entahlah, mungkin bosan sangat kot hidup Cik CT ni sampai tak tahu nak habiskan masa malam tu dengan ape gamaknye. Tu yang gian mewarna. Sebelum ni habis 1 buku mewarna Cik CT kaler. Semalam pergi Ninso dengan hosmate Cik CT beli lagi 1 buku mewarna. Dan malam semalam sebelum tido aktiviti Cik CT adalah mewarna. Hahahaha.

Seronok ape mengaler ni. Terasa macam budak-budak gitu walaupun dah tua bangka sebenarnye. Kihkih. Cik CT rase seronok bila mewarna ni. Cik CT lupa segala rasa penat, rasa stress pd kerja yang tak siap2 lagi kat opis tu. Bila mewarna, Cik CT akan fokus pada mewarna je. Lagi2 sambil dengar lagu. Hilang semua masalah. Cik CT rasa happy bila buku mewarna yang pada mulanye putih je dah jadi colourful bila Cik CT dah siap mengaler. Walaupun Cik CT tahu Cik CT ni bukannye terer mewarna sangat. Hahaha.

Yang penting Cik CT happy dengan apa yang Cik CT buat. Cik CT tak kacau sesapa pun. Cik CT buat hal Cik CT jer. Setakat ni feel malam Cik CT lebih kepada mewarna. Novel Haura Cik CT tu still pending dari hari tu. Cik CT tak ade mood nak baca novel. Cik CT tengah tunggu mood datang. La ni mood mewarna Cik CT sampai, so kite mewarna lah. HAHAHAHAHA....







Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...