Skip to main content

Cik CT nak buat ape minggu ni???

Assalamualaikum..

Hai..Selamat Petang...

Tengah keje ke tu? Cik CT ade kat opis ni ha. Well, hari ni hari Jumaat dan Cik CT sangat sukakan hari Jumaat. Sebab apa? Sebab, esoknye hari Sabtu. Cik CT boleh tido sampai ke tengah hari. Hahahahaha...

Tak lah, Cik CT suka Jumaat sebab Cik CT dah boleh start berehat. Cik CT boleh buat apa yang Cik CT suka pada waktu hujung minggu. Cik CT boleh mengemas rumah, Cik CT boleh memasak, Cik CT boleh mengemas bilik, Cik CT boleh mendobi baju..Pendek kata, Cik CT boleh buat semua benda lah bila datangnya hari Sabtu tu. Cik CT boleh keluar dengan kawan-kawan. Cik CT boleh dating....Ehhhh!! dating?? Hahahaha.

Rasenya semua orang tak sabar-sabar menantikan hari Jumaat kan. Even, hari Khamis lagi Cik CT dah start rasa teruja. Pergi kerja pun dengan wajah yang ceria je. Tapi bila start hari Ahad je semua orang dah kemurungan kan? Sebab apa? Sebab esok, Isnin dah kene keja. Kemurungan bermula pada hari Ahad tu.Hahaha. Lemau je. Dalam hati terdetik, " Cepat nye lah hai dah habis Sabtu Ahad ". Walau apa pun, perjalanan hidup mestilah diteruskan. Tak kan lah selamanya nak Sabtu Ahad kan. Nak bersenang-lenang. Iye dok??

Ape Cik CT nak buat ye weekend ni?? Hurmm, petang ni lepas habis kerja opismate ngajak Cik CT main bowling. Okay jugak tu. Dah lame sangat tak jadi juara longkang ni. Lagi pun tak de benda nak buat kan. Sabtu ni pulak nak ke mana ye? Ajak si dia date, tapi busy katenye. Al-maklum lah, busy kalah pak menteri. Tak per lah kan, carik duit kahwin katenye. Ehhhh!!! Hahahaha. Bila tak jadi nak ngedate dengan si dia, kita cari lah kawan lain g dating. Hahahaha. Nak ajak sape ea g dating weekend ni. Ade yang nak dating ngan Cik CT tak? Hahaha..

Lama tak hiking memana...Hurmm, rasa nak hiking lah pulak weekend ni. Boleh lah kot ngajak Lydia ke, Keyrol ke hike bukit memana. Tak bukit, gunung pun okay. Hamboiii. 

Bosannye lah hai duk opis ni. Kerja serasanya sume dah siap. Tinggal lagi bape jam je habis waktu kerja. I is tak sabar nak main bowling ni. Untonglah bila opis dekat dengan mall ni. Ehh, rumah Cik CT pun dekat dengan mall. Kalau tak ade orang nak dating ngan Cik CT weekend ni, Cik CT jalan-jalan sorang masuk mall lah. Tengok movie kat GSC ke. Well, macam tak biasa masuk wayang sorang-sorang. Kat Subang dulu Cik CT selalu buat kan. Orang single memang begitulah gayanya. Hahaha. #hidupseorangsingle. Hahahaha.

Merapu ape lah Cik CT pepetang ni. Mentang-mentang lah hari ni boss Cik CT tak masuk. Meronggeng bukan main ye. Boss Cik CT la ni masuk opis alternate. Isnin, Rabu & Khamis je dia masuk opis. Kekadang tu Selasa dengan Khamis je masuk. Dia work from home sekarang ni. Tapi, okay je. Boss Cik CT sentiasa online. So, kalau ade ape-ape urgent matter, just Whatsapps or Skype her. Senang.. Teknologi dihujung jari kan. Hehehe.

Okay lah. Cik CT nak sambung kerja semula. Nanti kite bertemu kembali ya.

Bye..Bye..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...