Serasanya tak pernah terfikir untuk join half marathon mana-mana event larian yang diadakan kat Malaysia ni. Selalunya, larian yang takat mampu aku lakukan cuma 5KM jer. Sekadar fun run, suka-suka. Oh ya...paling jauh pun 10KM. Itu pun setahun yang lepas bila mana aku join 10KM The Performance Series yang masa tu diadakan di Setia City Convention Center.
So, nak dijadikan ceritanya, Amy ajak aku dan Uji join Penang Bridge International Marathon 2018 yang diadakan pada bulan lepas, 25 Nov 2018 bertempat di Queensbay Mall, Penang. Pada mulanya, aku bercadang nak amik 10KM jer. Uji pun agree. Tapi Amy kata dah alang-alang sampai sana apa kata amik jer half marathon 21KM, boleh lari atas Penang Bridge. Bila lagi kan...Hahaha. Akhirnya, termakan jugak hasutan si Amy. Betul jugak kata Amy tu, bila lagi kan. Lagipun jauh kami datang ni. Hehehe. So, masing-masing dah dapat kata sepakat, maka register lah kitorang berempat termasuk Along untuk Half Marathon 21KM PBIM ni. Masa beli tu tak pikir apa dah pasal training. Yang kami eksaitedkan sangat adalah food hunting kat Penang tu. Senang ceritanya, fokus kami ke Penang sebenarnya adalah untuk food hunting semata-mata. Mungkin boleh dikatakan penyertaan kami dalam PBIM ni sekadar alasan untuk ke sana. Hahaha....
So, aku ditugaskan beli tiket bas nak ke Penang nanti. Pada mulanya,kitorang check jugak tiket flight. Ohmaii..mahal bapak hang. Beratus saja untuk sehala. Tidaklah aku nak berhabis duit beratus untuk tiket flight ke Penang saja. So, aku check pulak tiket ETS. Tiket ETS pulak dua kali ganda tiket bas. So, bila dah discuss dengan yang lain diorang pun bersetuju untuk naik bas saja. So, aku belikan lah tiket bas pergi balik untuk aku, Uji dan Along. Amy pulak akan naik bas terus dari Manjung ke Butterworth nanti. Kitorang akan berkumpul kat sana je nanti. Tiket bas kami bertiga pada pukul 11.30 malam tanggal 23.11.2018. Aku dan Uji gerak dari USJ menaiki LRT Taipan pada pukul 7.30 malam. Berhenti solat dan makan malam di LRT IOI Puchong Mall. Tiba di TBS pada pukul 10.30 malam. Selang setengah jam kemudian Along sampai dari Putrajaya. Kitorang selamat bertolak naik bas Sri Maju Group on time pukul 11.30 malam. Bila dah naik bas tu , haruslah kene tido kan. So, seperti biasa aku kalau naik bas payah sikit nak start tido. Aku dengarlah lagu dan pandang kiri kanan, then lalu tertidur.
Sempat lagi berselfie dalam LRT ek
Kami dah dalam bas Sri Maju Group. Time to tido...
By the way, penginapan kami berempat di sana semua dah setel. Aku dah book kan kitorang berempat, Desa Bayan Homestay untuk tidur pada hari Sabtu tu nanti. Kos untuk semalam cuma RM180 jer. Okaylah kan untuk 4 orang. Rumah pun besar dan cukup selesa. Tapi agak jauh sebenarnya dari bandar Georgetown yang banyak tempat tumpuan pelancong tu. Tapi ape de hal, Grab kan ada. Hehehe...Untuk hari Ahad pulak, Amy dah book kan Hotel Muzium, Penang untuk penginapan kami. Cantek jugak hotel ni. Nampak classy. Harga pun memang boleh tahan. RM289 untuk satu semalam including semua charge. Okay lah untuk berempat. Bila lagi nak duduk hotel best-best ni. Hahaha...
Inilah homestay kitorang. Sampai-sampai rupenye sebuah apertment. Tingkat 5. Mujur jugak ada lift.
Museum Hotel, Penang
Berbalik semula pada perjalanan kami berempat ke Penang, kami selamat sampai di stesen bas Penang Sentral pada jam 4.30 pagi kalau tak silap aku. Dan nak dijadikan ceritanya kelakar pulak, Amy boleh terlajak bas die sampai ke Sungai Petani. Mujur Amy tak terus ke Alor Setar. Sebab asyik sangat tidor punya pasallah ni. Nak tak nak Amy terpaksa ambil teksi untuk ke Penang Sentral, dan tak pasal-pasalnya RM50 melayang untuk perjalanan yang hanya memakan masa setengah jam jer.
Singgah minum pagi kat satu restoran dalam Penang Sentral sementara tunggu azan Subuh masuk. Kat restoran ni kami memang agak terkejut lah bila harga untuk satu bungkus nasi lemak, 2 set roti bakar, Nescafe Ais dua, Neslo Ais dua ialah RM21. Humakkaiii..cekik darah sungguh. Tapi pakcik kedai tu jelaskan harga tu dah cukup murah dia bagi pada kitorang ni. Tapi tahukah pakcik, RM21 tu kitorang boleh dapat macam-macam kat restoran mamak yang lain. Hohoho. Tapi tak per lah. Bab makanan ni payah sikit aku nak berkira walaupun perasaan terkilan tu memang ada.
Wajah mesti ada senyum walaupun makanan yang dimakan tu mahal. Hoho...
Selesai solat subuh, kitorang terus menuju ke jeti feri nak ke Georgetown. Pagi tu kami dapat naik feri pada pukul 6.45 pagi dengan harga RM1.20 seorang. Murah jugakkan. Hehehe...1st time ni aku naik feri. Haha..Feri yang besar, feri yang boleh masuk kereta tu. Perasaan yang sangat teruja bila naik feri pagi tu. Hahaha..Perjalanan cume memgambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Pengkalan Weld Georgetown. Kami bernasib baik, owner homestay sudi mengambil kami dari jeti terminal pagi tu dan terus dibawaknye kami ke Desa Bayan Homestay. Jimat sikit tambang grab kami. Ternyata, jauh la jugak Desa Bayan Homestay ni untuk ke bandar Georgetwon ni. Huhuhu. Lebih kurang setengah jam jugak lah. Tapi tak aper lah. Itu je homestay yang aku dapat cari tempoh hari. Kami selamat tiba di Desa Bayan Homestay pada pukul 9 pagi. Apalagi dapat je kunci rumah, letak beg cabut tudung terus landing atas katil lah. Cuaca pulak memang lah sangat cun untuk buat tahi mata pagi tu. Hahaha.. Dalam pukul 10.30 pagi kami bangun siapkan diri masing-masing untuk mulakan rencana food hunting kami di Penang ni. Oh, tak lupa jugak kitorang kene amik race kit PBIM2018.
Wajah eksaited masing-masing naik Feri Wajah baru bangun tido memasing ni..
Sementara menunggu ketibaan Feri
Suasana dalam Feri Pulau Kapas. Time ni tak ada kereta yang masuk. Mungkin pagi sangat kot. Huhu
Tambang feri cume RM1.20 sahaja.
Wiew pagi yang sempat dirakam dari dalam feri.
Good Morning Georgetown.
Sementara tunggu Encik Ikram, owner homestay kitorang datang jemput.
Kemana agaknya kitorang pergi untuk hari pertama di Penang ni?
1) Transfer Road pekene roti canai ayam dan roti goyang
2) Street Art, snap gambar mural
3) Fruitmade, pekena aiskrim sedap
4) Queensbay Mal, amik racekit
5) Restoran Kapitan cuba Roti Nan Cheese with ayam tandoori, tapau nasi kandaq
Semua ni aku story dalam next entri ea....Hehehe
Comments
Post a Comment