Skip to main content

Bye Bye 2018, Welcome 2019

Bye bye 2018!!!!

Hi 2019!!!!

Tinggal lagi beberapa minit jer lagi, kita semua bakal melangkah ke tahun baru. Cepat kan masa berlalu. Pelbagai perkara suka dan duka kita lalui sepanjang tahun 2018 ini. Di harapkan untuk tahun 2019 nanti, kita semua berada di dalam keadaan yang lebih baik dan happy. Tinggalkan kenangan pahit duka di tahun 2018, jika ada. Jadikan ia satu semangat dan pendorong untuk kita lebih maju dan berjaya mengharungi tahun 2019 nanti.

Untuk diri aku sendiri, banyak kenangan manis yang terjadi sepanjang tahun 2018 ini. Kenangan yang akan sentiasa aku ingat sampai bila-bila. Mudah-mudahan untuk tahun baru ini, ada lagi sinar bahagia dan kegembiraan yang akan aku lalui dan hadapi. Tinggalkan kenangan 2018 dengan hati yang gembira, juga lalui hari-hari yang mendatang dengan hati yang terbuka.

Untuk semua, aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2019... Di tahun baru ini, aku sekadar menyambutnya di dalam bilik. Tiada konsert-konsert mahupun percikkan bunga api. Tapi tak tahu lah kot, jap lagi kawasan perumahan USJ ni kedengaran bingit dengan letupan bunga api. Hehehe....

Bye..bye...tahun 2019 ini, aku nak memeriahkan lagi blog aku dengan entri-entri yang menarik. So, aku kenelah rajin menaip....:) Jangan malas-malas!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...