Novel Review: 7 Warna Cinta
Penulis: Fida Rohani
Rate: 8/10
Tarikh Bacaan: 11 - 12/12/2018
" Aku mencari harumnya nafasmu di celah wanginya mawar merah. "
Sinopsis Kulit Belakang:
Cinta yang Kamilia lalui jauh berbeza dengan apa yang diimpikan. Dia diuji dengan derita dan kekecewaan. Hatinya menangis tidak berlagu bila Dani menghilang tanpa kata dan janji. Kerana kecea, dia serik untuk bercinta lagi.
Namun demi kasihkan ibunya, Kamilia rela menjadi isteri Zamri. Dia cuba membuka pintu cinta seluas-luasnya. Tapi lelaki itu terlalu cemburu atas alasan kerana sayang. Dia rimas bila hidupnya bagai remote control. Akhirnya, mereka berpisah.
Walaupun hati terluka, Kamilia terus mencari cinta sejati. Takdir yang tersurat, dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Nik Arif. Perkahwinan tanpa restu itu menyebabkan hidupnya lebih menderita kerana suami yang tidak mampu berlaku adil. Sekali lagi dia melangkah pergi.
Saat terkapai-kapai mencari bahagia, Kamilia bertemu semula dengan Dani. Mereka kembali mengikat janji. Sayangnya...ketika langit diterangi tujuh warna cinta, tiba-tiba petir menyambar. Cinta Kamilia dengan Dani gugur satu per satu.
.
.
.
.
.
Review Aku:
Alhamdulillah...sebuah lagi novel dapat aku habiskan. Aku ambil masa hanya sehari je untuk habiskan novel ini. Amazing bukan??? Hehehe..Bagi aku novel ini boleh tahan menarik jugak. Berjaya buat aku tak mahu meninggalkan naskhah itu. Dengan tekun dan seriousnya aku menyelak helaian demi helaian untuk mengetahui kesudahan kisah suka dan duka seorang yang bernama Kamilia. Berkisar tentang seorang isteri kepada seorang suaminya, kepada madunya juga, kepada anak-anak tirinya, dan jugak kepada mertuanya. Hasad dengki dan cemburu menjadi halangan terbesar untuk Kamilia mencapai kebahagiaannya. Serasanya macam terlalu sukar untuk dia merasainya nikmat bahagia itu.
Novel ini membawa tema tentang amarah. Amarah yang membawa kepada pertelingkahan, kepada rasa cemburu dan dengki yang teramat. Aku dapat merasakan, rasa marah yang melampau ditambah dengan cemburu yang membabi buta menyebabkan manusia hilang pertimbangan. Sampai sanggup memohon bantuan selain daripada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Sanggup menghancur dan mengucar kacirkan perjalanan hidup insan lain. Sememangnya rasa dendam itu tidak akan mententeramkan jiwa. Sakit hati melihat kebahagiaan hidup orang lain.
Dari novel ini jugak, penulis menyampaikan sesuatu bahawa kemarahan memang sukar untuk dikawal sebenarnya. Ramai orang yang melahirkan rasa marahnya dengan bertindak agresif. Yang paling menakutkan, ramai orang akan melahirkan rasa marahnya dengan menggunakan mulut sebagai penumbuk dengan menghamburkan caci maki.
Sebab itu jugak kadang-kadang kita tengok orang yang tengah marah akan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk didengar. Mereka yang tengah marah ni sometime tak sedar pun ayat yang keluar dari mulut mereka. Bila dah reda marahnya itu, baru lah menyedari ayat-ayat yang keluar itu telah melukai hati orang lain.
Oleh sebab itu jugaklah, bila kita dalam keadaan marah kita perlu bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan diam sahaja. Penulis jugak ada memberi beberapa tips untuk menangani kemarahan ini. Antaranya ialah, kenal pasti dan cuba elakkan situasi yang boleh membangkitkan kemarahan kita. Jauhi diri dari orang yang mudah marah dan naik angin.
Cari dan tanya kesalahan diri sendiri sebelum melabel, mencemuh dan menggertak orang lain. Jadilah empatetik iaitu yang cuba memahami pandangan dan situasi orang lain. Kita juga boleh kendurkan rasa marah itu dengan berjalan-jalan, berjogging, mendengar muzik ataupun shopping. Yeszzaa...aku suka kalau shopping. Hahaha..Hilang terus rasa marah tu.
Yang penting, perbanyakkan zikir dan selawat ketika kita sedang diuji dengan perkara yang menimbulkan rasa amarah kita. Ingat!! syaitan dan iblis sangat suka untuk menggoda orang yang sedang marah. Marah itu api!!!
Bgai aku, novel ini memang agak menarik dan tidak membosankan. Walaupun terkadang ada jugak ayat yang agak meleret namun itu tidak menganggu pembacaan aku.Terkadang aku rasa sedih dengan nasib yang menimpa Kamilia. Tidak boleh kah dia hidup dengan aman dan sentosa?? Terlalu banyak dugaan dan cabaran dalam dia mengecapi hidup bahagia berumah tangga. Emosinya ketika ditakdirkan untuk hidup bermadu. Lagi-lagi dia keseorangan pabila sedang mengandungkan anaknya. Mana suaminya Nik Ariff..Dayus giler si Nik Ariff ni...Jangan pandai-pandai nak berbini lebih dari seorang kalau tidak mampu berlaku adil. Hishhh..Emo sekejap aku baca novel ni tau...
Ada jugak part yang sedih dalam novel ini hingga membuatkan air mata aku menitik. Babak bila si ibu terlalu mengharapkan kedatangan anaknya untuk melihat dan menjenguk dia yang sedang tua itu. Sampai hati Nik Anwar buat ibunya begitu. Teringin rasa hati orang tua itu ingin melihat anaknya buat kali yang terakhir. Namun, sampai dia menutup mata, anaknya tak kunjung tiba juga. Tapi, tetap juga dia mengampunkan segala salah silap anaknya itu. Itu lah kasihnya ibu, membawa ke syurga.
Ada lagi satu, part bila tak ada sesapa sudi menjaga si ibu yang sedang sakit. Betullah kata pepatah melayu, ibu ayah boleh menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang pada sepuluh orang anaknya sehinggalah mereka dewasa dan berjaya, namun sepuluh orang anak itu belum tentu boleh menjaga dengan baik ibu dan ayahnya pula. Aku bermohon pada yang satu, moga aku diberi kesempatan untuk menjaga mak dan ayah aku sehingga mereka telah tiada. Kalau dorang sakit, aku dapat menjaga mereka dengan baik. In sha Allah. Mudah-mudaha. Aminn..
Serasanya, itu sajalah review ringkas untuk novel ke-6 yang aku baca ini. Next novel yang akan aku review maybe novel karya 3 novelis di mana ada 3 cerita didalam satu naskhah novel. Oh ya, by the way, kalau baca review novel Aku Duda Kau Janda, aku nak review novel 3 Hati kan?? Tapi tak jadi sebab novel tu tebal sangat. Hahaha. So, tu yang aku baca 7 Warna Cinta. Nipis sikit. Hehehe...
Tunggu next review: 3 Hati...
Bye bye...
BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
ReplyDeleteKami menyediakan berbagai macam judi online seperti :
- Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
- Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
- Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
- Fishing World
- POKER ONLINE
- Slot Games
- Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)
Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!
Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
Link Website Resmi kami :
www.bolavita.site
Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
Wechat : Bolavita
WA : +62812-2222-995
Line : cs_bolavita
BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete