Skip to main content

Gunung Ledang via Sagil 25 December 2018

Tertunai jugak hajatnya nak naik Ledang lalu trail Sagil.


Alhamdulillah, pendakian naik dan turun berjaya jua akhirnya tanpa ada sebarang masalah. Pergerakan yang agak slow tu memang dah biasa dah kalau aku yang naik gunung. Hahaha. Lagi-lagi yang jenis daypack ni. Berat benar rasanya kaki ini nak melangkah. 

Cuti Krimas baru-baru ni, aku dan Vajidah naik Gunung Ledang via Sagil. Sememangnya, aku memang dah lama teringin nak panjat ledang ikut laluan trail legenda ni. Last year, aku naik Ledang juga bersama Vajidah ikut laluan Asahan. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk merasai kedua-dua trail, Asahan dan juga Sagil.

Aku sememangnya dah berada di kampung tiga hari lebih awal. Hari Jumaat malam tu aku dah gerak balik Pontian naik bas. Actually, adik lelaki aku bertunang hari Ahad tu, so aku kene lah balik kan. Mujur jugak tak jadi buat hari Selasa tu, kalau tak memang tak dapat lah aku nak panjat Ledang via Sagil. Hehehe. 

Why aku sangat beriya-iya nak naik naik Ledang ni??? Padahal aku dah pernah naik, dah sampai puncak pun. Seperti apa yang aku taip kat atas tu, aku nak lah merasai kedua-dua laluan. Last year dah naik ikut Asahan, so this year naik lah pulak ikut Sagil. Nak merasa tahap adventure kedua-dua trek ni. Sememangnya tak dapat aku nafikan, aku sangat tak berapa berkenan dengan trek Sagil. Hahaha. Sebab apa?? Sebab trek Sagil buat aku penat. Buat mental aku koyak-sekoyaknya. Buat aku rasa nak menangis pun iya jugak. Hahaha. Giloslahh, bagi aku lah, trek Sagil memang sangat-sangat menguji tahap ketahanan mental dan juga fizikal aku. Lebih-lebih lagi bila kau dah masuk trek laluan KFC tu. Hazabedah oiii!! Treknya memang sentiasa mencanak naik. Tak ada diskaun dah dia bagi. Kalau ade pun berape persen lah sangat diskaunnya. Hahaha. 

Compare dengan trek Asahan, treknya ada turun dan naik. Bila part landai tu sememangnya akan membuatkan kau rasa nikmatnya seperti berjalan-jalan di supermarket. Tapi tidak kalau kau naik ikut trail Sagil. Kau rasa seperti telah membuat satu keputusan yang sangat salah. Hahaha. Over beno!!!

Lagi satu perkara kenapa aku nak sangat naik Ledang via Sagil ni adalah disebabkan ada ura-ura mengatakan bayaran untuk mendaki Ledang akan naik sekali ganda dengan harga asal pada tahun hadapan. Menurut sumber, next year berkemungkinan bayaran untuk seorang adalah dalam lebih kurang RM150. Ohmaiii..Awat mahai bebeno kan. Dan semestinya, bila mahal sebegitu aku memang tak akan naiklah. So, sebelum harga melonjak naik next year, ader lah molek sangat kalau aku naik tahun ini. So, nahhh..berjaya jugak aku naik Ledang via Sagil dengan harga cuma RM80. Siap ada breakfast dan juga lunch pack nasi putih lauk ayam masak kicap.

Aku, Vajidah dan seorang lagi rakan V, Faizul sama-sama bergerak menuju ke Taman Hutan Legenda pada pukul 3 pagi. Perjalanan tak silap aku ambil masa lebih kurang 2 jam ikut highway PLUS dan keluar susur Bukit Gambir. Singgah solat Subuh di masjid berhampiran Pekan Sagil dan terus menuju ke Taman Hutan Legenda. Kami bertiga sampai di kawasan Taman Hutan Legenda pada pukul 7 pagi seingat aku. Jumpa Kak D dan amik sorang satu lunch pack masing-masing dan menjamah sepinggan meehun goreng sebagai menu sarapan kami. Lunch pack tu masing-masing kene bawak naik lah. Tak ada orang nak tolong bawak naikkan. Hahaha...

Kalau naik Ledang ni, kene isi dulu borang isytihar barang apa yang kau bawak naik atas tu. Bukan apa, pihak taman tak mahu lah sampah dibiarkan merata-rata kat atas tu. Sape yang nak tolong kutipkan?  Kau ingat ada bibik rajin nak naik atas tu buang sampah-sampah yang korang tinggalkan kat atas tu? So, dah bawak naik atas kenelah pandai bawak turun bawah jugak. Kalau isytihar bawak 10 botol air mineral, turun kau kena bawak jugak 10 botol air mineral tu. Tertinggal 1 botol, denda bakal dikenakan untuk setiap satu barang yang gagal ditunjukkan. Tak silap aku dalam borang tu, hilang 1 barang yang diisytihar denda RM5.


Begini rupa form declare barang tu. Isi betul-betul bagi mengelakkan masa tidak terbuang begitu saja disebabkan borang yang diisi tak complete.

Lepas isi borang pengisytiharan barang, sedikit breifing diberikan oleh ketua guider aku kire. Sebab guider ni nampak sedikit berusia. Hahaha. By the way, trip Kak D yang aku ikut ni ada lebih kurang 60 lebih line up. Nama jer ramai line up. Tapi tak dan nak kenal sorang pun. Hahaha..Dibahagikan kepada 6 kumpulan. Satu kumpulan ada 10 orang dan akan dijaga oleh satu guider. Tapi bagi aku lah, biar lah pergi dalam satu kumpulan jer satu guider. Bila dah ramai-ramai ni, guider sendiri pun aku dah tak kenal yang mane satu dah. Guider pun aku kira tak kenal mana satu anak buahnya. Hahaha. Adoiii...So, sampai ke sudah aku tak jumpa sapa guider untuk group aku masa dalam pendakian tu. Sape ahli dalam group aku pun aku tak jumpa dah. Mujur lah jugak ada Vajidah dan Faizul ni ha yang sentiasa bersama-sama aku.


Mujurlah depa berdua ni ada.


Sedikit breif sebelum start mendaki. Nak tanya pape tanya kat sini.

Dengan lafaz bismillah, kitorang start mendaki pada pukul 9 pagi. Agak lewat kan?? Padahal kitorang dah sampai awal dan patutnye dah boleh start mendaki dah. Tapi, iyer lah kan. Bila dah ramai sangat line up nye, masa yang diambil pun lama lah jugak untuk setelkan itu ini. 


9 pagi - start mendaki Tangga Mahligai

Pendakian bermula dengan memanjat lebih kurang 720 anak tangga untuk sampai ke check point yang pertama iaitu CP1 - Bukit Semput. Tangga yang diberi nama Tangga Mahligai ini memanglah akan membuatkan kau bakal mengah dan semput bila dah sampai CP1 tu. Sesuailah sangat dengan nama di CP1 tu. Kirenya tangga ni macam sesi panaskan badanlah. Masa diambil lebih kurang 20 minit untuk sampai ke CP1. Berehat kejap 5 minit dan teruskan pendakian ke CP2 - Hentian Meranti.


9.20 pagi - tiba di CP1 Bukit Semput


Trek dari CP1 nak ke CP2 - Hentian Meranti lebih sukar dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Langkah kene berhati-hati sebab banyak akar-akar berselirat.


9.30 pagi - tiba di CP2 Hentian Meranti


Berehat lebih kurang 10 minit, makan coklat dan minum air barulah kitorang bergerak ke CP3 pulak. Perjalanan ke CP3 mengambil masa lebih kurang 30 minit. Pendakian masih lagi mengkehendakki kau memanjat. Bila bertemu kawasan yang landai, perasaan happy tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Hahaha. Nikmati sepuas-puasnya.

10 pagi -  tiba di CP3 Batu Orkid


Pun berehat lebih kurang aje kat sini. Check in amik gambo, minum air dan teruskan perjalanan ke CP5 Sg Segi Tiga. Kitorang tak lalu pun CP4 Kolam Gajah, just melalui laluan papan tanda dan amik laluan di sebelah kiri untuk ke CP5. Kata guider; aku tak tahu guider dari group yang mana satu, kalau kitorang lalu situ ade pulak yang sangkut tak nak berganjak dari air terjun. Tak pasal-pasal tak sampai puncak ler jawabnya.


Laluan belah kanan tu terus ke CP4 Kolam Gajah. Kami tak lalu situ dan terus amik laluan belah kiri untuk ke CP5.


Sebelum sampai ke CP5, kami akan melalui Simpang Pendita. Katanya di sini cut off time untuk ke puncak. Jika pendaki tak sampai di sini dalam jangka masa yang ditetapkan iaitu selewat-lewatnya pukul 11.15 pagi, mereka akan dibawa untuk melalui jalan alternatif lain menuju ke puncak. Jadinya, korang tak akan bertemulah Batu Hampar, Taman Bonsai dan Laluan KFC. Tak dapatlah nak menikmati view yang cantik. Bila guider dah cakap macam tu, aku lagi tambah bersemangat. Alhamdulillah, kitorang sampai Simpang Pendita dalam pukul 11 pagi, masih lagi dalam waktu yang ditetapkan dan meneruskan perjalanan ke check point seterusnya.


Kite kasi love cikitt...sebab dah sampai Simpang Pendita


Tiba jua akhirnya di CP5 Sg Segi Tiga. Kat sini merupakan sumber air (waterpoint). Bagi mereka yang dah kehabisan air boleh lah topup air disini. Airnya sejuk bangat donggg...Kat sini pun rehat dalam lebih kurang 10 minit bagi menghilangkan lelah dan penat. Bancuh air extrajoss anggur, terus bertenaga masing-masing. Hahaha. 



Pendakian diteruskan ke check point yang ke-6 iaitu Gua Kambing. Sebelum nak sampai ke CP6 ni lah, ketahanan mental dan fizikal diuji untuk melalui laluan KFC. Bukan Kentucky Fried Chicken ye kawan-kawan. Tetapi Killing Fitness Center. Bapaklah hai kat sini. Aku rasa nak menangis weii.. penat giler, mental koyak rabak semuanya. Kaki sakit...Rase nak menjerit pun iye tengah hutan tu. Hahaha. Berkat kesabaran dan dorongan V dan Faizul yang memberikan kata-kata semangat pada aku, akhirnya berjaya juga aku mengharungi laluan KFC itu.


Laluan paling hazabedah lah pada aku.


Tapi, bila dah melepasi laluan KFC tu rasa bahagialah pulak. 


See, wajah memang nampak happy kan. Tapi dalam hati tiada siapa yang tahu. Hahaha..


Aku tak ingat dah pukul berapa kitorang sampai ke CP6 Gua Kambing. Berhenti kejap amik gambo dan teruskan semula pendakian.


Sampai CP6 ni haruslah buat senyum kambing


Actually, kat sini aku dah tersangat letih dan penat. Stamina aku pun semakin menurun. Namun, aku dah sampai ke separuh perjalanan. Ada lebih kurang 350 meter lagi untuk sampai ke puncak. Kalau berlari dah lama aku sampai. Apa kan daya, aku ni mendaki. Pulak tu di trek yang berliku-liku dengan akar yang berselirat. So, memang tak lah kalau nak sampai dalam masa lebih kurang 10 minit ke CP yang seterusnya. Hahaha.

Perjalanan diteruskan lagi untuk ke CP7 Bukit Botak. Yeszaa...dalam perjalanan ke Bukit Botak ni lah kitorang jumpa Batu Hampar dan Taman Bonsai. Jumpa Batu Hampar dulu baru jumpa Taman Bonsai. Sampai je Batu Hampar, kita akan disajikan dengan pemandangan sebuah batu besar yang berkecerunan lebih kurang 80 darjah. Kita perlu memanjat batu itu dengan menggunakan beberapa utas tali. Di sini, kekuatan tangan dan upper body sangat diperlukan. Permerhatian yang berhati-hati dan teliti sangat diperlukan disini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah, aku dan yang lain berjaya mengharungi cabaran laluan Batu Hampar ini. Sampai je atas, toleh belakang kite disajikan dengan pemandangan yang cukup cantik. Tapi, jujur aku katakan, view di Padang Batu laluan Asahan lagi mengasyikkan pemandangan mata aku. Hehehehe...





Benti selfie jap kat sini. Marah orang belakang yang tunggu turn nak naik. Sorry!!


Settle Batu Hampar. Jalan ke depan sikit dah jumpa Taman Bonsai. Kat sini view memang superb. Banyak pokok-pokok bonsai yang tumbuh dikawasan sekitar sini. By the way, tang kat sini lame pulak kitorang stay, lebih kurang 15 minit jugaklah. Amik gambo view cantik, tetiba hujan turun rintik-rintik. Alamak, janganlah hujan lagi. Tetiba kaki rasa cream eehhh...krem. Kata guider yang ada kat situ, kat situ memang area pendaki kaki dorang krem. Iyerlah, dah panjat batu guna tali, tetiba stay pulak lama mana kaki tak krem. Patut tukar nama jadi Taman Krem. Hahaha..Bagi mengelakkan kaki aku krem, since aku dah rasa sakit pada bahagian tapak kaki dan betis , kitorang teruskan perjalanan. Pakai siap-siap poncho. Actually, hujan just lalu je kawasan situ. Bila aku rasa tak selesa, aku terus cabut poncho aku. Panas weii..




Untuk sampai ke CP7 Bukit Botak pulak ambil masa lebih kurang setengah jam. Tak sabarnya rasa. Trek pun tak susah mana dah. Banyak jugaklah diskaun yang dah diberi. Tapi yang merisaukan aku, bila jam ditangan dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Kata guider, kami kene sampai atas selewatnya pukul 2 petang. Sedihnya kalau tak dapat sampai ke puncak. Actually, aku dah redha dah kalau aku tak dapat sampai ke puncak. Tak ade lah rasa terkilan sangat sebab before ni pun aku memang dah sampai puncak bila lalu Asahan hari tu. Aku nak merasa trail Sagil jer tapi kalau dapat sampai ke puncak ia merupakan satu bonus lah pada aku. 



Yeayy..dah nak sampai. Lagi 200 meter jer nak sampai puncak.

Lepas melepasi CP7 aku mintak V dan Faizul teruskan jer perjalanan mereka sehingga ke puncak. Takkan lah disebabkan aku, dorang tak dapat sampai ke puncak. Kalau ada rezeki, jumpa lah kami bertiga kat puncak nanti. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan semangat, aku berjaya jugak sampai ke puncak. Yang terharunya, V dan Faizul tunggu aku jugak untuk sampai ke puncak sama-sama. So touching. Thanks korang!!!


Tangga menuju kejayaan. Sikit jer lagi...


Yeehhaaa..Sampai dah..


Sampai je atas berkabus weii. Tak nampak view ape dah. Hahaha. Hari dah nak hujan. Tapi sejuk. Besttt!!


Tempat wajib amik gambo bila sampai puncak ni. Yeszaa, 2nd time yus here.


Syabas buat kami bertiga



2.15 - tiba di puncak gunung ledang

Kitorang stay atas tu lebih kurang dalam 15 minit jer sebab hari macam nak hujan. Kilat pun dah kedengaran. Guider pun menasihati kitorang semua untuk tidak berada lama diatas puncak tu, takutlah kot-kot tetiba kilat datang attack kawasan puncak tu. Nyaya je nanti. So, tak dan lah nak makan tengah hari kat atas puncak tu. Iyer lah, kitorang pun dah sampai lewat kan. hahaha

So, turun kejap ke kawasan yang bertutup sikit dan makan makanan lunch kitorang. Actually, ramai lagi line up lain yang belum sampai. Kirenya, aku ni dalam kategori awal jugaklah kan. Hahaha.




3 petang - gerak turun.

Lepas siap-siap makan lunch, dalam pukul 3 petang tu kitorang dikehendaki untuk bergerak turun. Laluan turun tak sama dengan laluan naik tadi. Laluan turun ini adalah laluan alternatif bagi mereka yang telah melepasi cut off time di Simpang Pendita tadi. So, bila turun lalu sini nanti, kitorang akan bertemu dengan papan tanda Simpang Pendita dan akan meneruskan perjalanan ke check point seterusnya. 

Perjalanan turun seperti biasa memerlukan perhatian yang lebih dalam melangkah. Silap langkah mahunya tersadung akar kayu yang berselirat. Bila time turun tu memang trek sentiasa menurun. Giler ahh. Terdetik gak rasa kagum di hati, ini ke jalan yang aku daki pagi tadi. Hehehe. Hebat kan!! Perjalanan turun mengambil masa 3 jam setengah untuk sampai ke kaki gunung. Cepat kan!! Actually, aku benonye dah tak larat sangat nak melangkah turun. Sakit wei kaki. Walking pole tu aku dah heret jer. Ikutkan hati aku nak campak je tongkat tu. Tapi tak boleh lah pulak. Hahaha. Dalam lebih kurang pukul 6.30 petang kitorang selamat sampai ke kaki gunung dan pergi semula ke kaunter Taman Hutan Legenda untuk pengisytiharaan barang semula. 

Penat giler weii. Kaki dah start rasa sengal-sengal. Bersihkan badan dulu then lepas tu kitorang terus balik ke Rengit. Sampai Merlong dalam pukul 10.30 malam. Satu pengalaman mendaki yang menyeronokkan walaupun memenatkan. Tapi aku suka rasa penat tu. Puas. Hahaha. Disebabkan rasa puas itu jugaklah, kaki betis aku masih lagi terasa sakitnya sehingga sekarang. Hohoho. Iyer lah, dah lama tak hiking kan. Sekali hiking amekkaww tegang segala urat-urat.

Overall, dua laluan trek ni mempunyai keistimewaannya tersendiri. Personally, aku lebih sukakan trek Asahan compare trek Sagil. Repeat??? Tak nak dah lah naik Ledang lagi. Hahaha...


Wajah serius yus bile dalam hutan. Sebenarnya itu adalah wajah kepenatan.


Bila lah nak sampai puncak ni. Geramlah tak sampai-sampai. Orang dah la penat ni.


Kak Yus...say cheesee!!! Bila part bergambor haruslah senyum.


Antara laluan pendakian.


Penat weh naik tangga ni. On the way menuju ke puncak.


Ohmaiii!! tak sampai-sampai lagi ker??


Laluan yang ade sedikit diskaun.


Lets Go!!!


Sabo yus, sikit je lagi tu.


Kat batu ni pun jadi aku ngan V bergambo. Tukang amik gambonye wajiblah Faizul. Sian orang tu, dah ler penat. Disuruhnya pulak benti snap gambo minah dua orang ni. Disebabkan rasa sayangnya pada V, dengan rela hati amik lah jugak gambo kitorang berdua. Mujur tak gegor!!



Dah turun baru teringat nak bergambo kat depan ni ha.


V kata die suke sangat gambo ni. Aku pun...Hehehe..


Pejabat Taman Hutan Legenda Gunung Ledang. Ada resort dan chalet kalau nak menginap kat sini.


Laluan masuk nak ke trail Gunung Ledang via Sagil. Mati-matilah aku ingat start naik kat air terjun gunung ledang tu ha. Hahaha..

Setel sudah kembara mendaki Gunung Ledang via Sagil Krismas. Gambo group??? Gambo kitorang bertiga tu jer lah. Hahaha. 


Ada dahhh!!! V jumpa kat FB. Hahaha..

Kesimpulannya, aku berjaya sekali lagi menakhluki gunung yang tertinggi yang penuh lagenda di negeri Johor yang berketinggian 1276 meter ini. Perjalanan sejauh 21KM turun dan naik berjaya aku buat dalam masa 9 jam (5 jam naik dan 3 jam setengah turun) tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku. Okay lah tu kan...Hehehe..Syukur Alhamdulillah.


Nak story sikit...Sampai-sampai rumah terus eksaited bercerita dengan mak dan ayah pasal trip mendaki Ledang aku ni. Ayah aku cakap dulu masa dia dalam tentera, bertugas jaga pencawang kat atas tu, dia boleh naik 5 6 kali gunung ledang tu untuk training. Aduhai...tak cukup gigih lah aku nak berulang alik berkali-kali panjat gunung turun gunung tu. Next trip aku nak ajak Pak Sarip naik sekali lah. Hahahaha...

Comments

  1. Salam,

    Syarikat saya sedang menjalankan sebuah kajian mengenai Taman Negara Gunung Ledang. Kajian ini termasuk tinjauan pelawat dulu dan semasa untuk mendapatkan persepsi pelawat mengenai Taman Negara Gunung Ledang secara keseluruhan.

    Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila hubungi saya di sab@ere.com.my, terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan