Skip to main content

Novel Review: Aku Duda Kau Janda

Novel Review: Aku Duda Kau Janda

Penulis: Airis Dania

Rate: 6/10

Tarikh Bacaan: 26/11 - 07/12/2018



Melihat kebahagiaan orang yang kucintai adalah kebahagiaanku juga, walaupun bukan diriku yang mendampingimu...

Sinopsis Kulit Belakang:

Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah. Kerana janji itu jugalah yang menjadi penyebab kemalangan Adam Hasif sehingga dia lumpuh. Walau bagaimanapun, Adam Hasif tetap menuntut agar Nur Anisha menunaikan janjinya. Adam Hasif sudah berubah daripada seorang lelaki yang baik menjadi seorang lelaki yang obses dan cemburu. Pada waktu yang sama, hadir Imran Rifqi meluahkan rasa cintanya pada Nur Anisha. Nur Anisha bingung untuk memilih. Keresahan hati Nur Anisha bertambah dengan kehadiran Khairi. Khairi masih tetap setia menunggu Nur Anisha walaupun Nur Anisha sudah berkali-kali mengatakan dia tidak mencintai Khairi. Siapakah yang akan menjadi pilihan Nur Anisha? Sanggupkah Nur Anisha mengingkari janjinya pada Adam Hasif semata-mata untuk memilih Imran Rifqi? Adakah Khairi akan terus setia menunggu?

" Berilah Im peluang untuk mencintai Nisha. Memiliki semua cinta yang ada di hati Nisha." - Imran Rifqi

" Perasaan cinta itu boleh datang kemudian. Kita kan dah lama berkawan, tentu senang kita menyemai cinta bersama." - Khairi

" Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-MU. Tunjukkanlah aku jalan yang benar dalam menentukan pilihan. Bahawa sesungguhnya apa yang KAU berikan dan tentukan adalah yang terbaik untukku." - Nur Anisha
.
.
.
.

Review Aku:

Pertama sekali aku nak cakap yang novel ini agak membosankan dan terlihat sangatlah meleret. Ini dibuktikan dengan aku mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk aku tamatkan pembacaan novel ini. Bukanlah aku tak menyukai plot cerita novel ini, tapi aku kurang suka dengan gaya ayat yang ditulis. Tak kelihatan santai dan bersahaja. Novel ini boleh kukatakan adalah novel yang agak berat dari segi penyampaian, bahasa dan isi yang cuba disampaikan oleh penulis. 

Norma pun terkadang menegur aku pabila melihatkan aku terlalu berkerut dahi ini. Hahaha. Ya, aku cuba juga untuk menamatkan bacaan novel ini. Dan akhirnya, novel ini habisku baca pada malam semalam. Penat jugak tau nak habiskan. Pening-pening gak kepala ni. 

Actually, banyak pengajaran dan nilai murni yang aku perolehi dari pembacaan novel yang bertajuk Aku Duda Kau Janda ini. Antaranya ialah, ketentuan jodoh itu ternyata memang telah ditentukan sejak di Loh Mahfuz lagi. In sha Allah, jika kita rajin berdoa dan meminta padaNya pasti kita akan beroleh jodoh yang baik. Semestinya seorang perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Ternyata di dalam novel ini, jodoh di antara Nur Anisha dan Imran Rifqi tenyata sangat kuat dan kukuh. Sememangnya memang jodoh mereka walaupun masing-masing pernah mendirikan rumah tangga. 

Cinta tidak semestinya bersatu.. Ya, betul..Cinta antara Nur Anisha dan Imran Rifqi hampir saja tidak bersatu. Demi tidak mahu melukakan hati orang tua, tidak mahu Imran Rifqi menjadi seorang anak yang derhaka, Nur Anisha sanggup mengundurkan dirinya. Ternyata dalam novel ini, penulis menonjolkan karektor Nur Anisha seorang gadis yang sangat berpegang teguh kepada agamaNya. Seorang yang sangat baik hati, selalu bersangka baik, sanggup berkorban untuk orang lain, sabar dan sangat penyayang. Terkadang aku rasa agak sakit hati dengan karektor Nur Anisha ini, terlampau baik hati sampai orang lain menginjak-nginjak maruh dan harga dirinya. Tapi berkat kesabarannya itulah, Nur Anisha beroleh kebahagiaan.

Karektor Imran Rifqi jugak sangat menarik minat aku. Dari seorang lelaki yang playboy, yang suka mempermainkan hati perempuan, akhirnya dia terjebak dengan cinta seorang gadis alim dan solehah. Tapi cintanya sangat berliku dan penuh cabaran. Dari halangan ibunya, penolakkan cintanya oleh Nur Anisha disebabkan dia mengambil keputusan  untuk berkahwin dengan Adam Hasif, Imran Rifqi digambarkan seorang lelaki yang cukup tabah dan kuat. Walaupun dia masih lagi dalam usaha mencari dan ingin kembali kepada agama, dia tidak mejadikan kegagalan cintanya pada Nur Anisha satu penyebab untuk dia menjauhi semula Tuhan Yang Maha Esa. Ini kerana dia tahu, dia ikhlas, hijrahnya itu demi kerana Allah. Cintanya pada Sang Pencipta.

Aku sangat tak suka karektor Adam Hasif di dalam novel ini. Pengajaran yang lain, yang boleh aku nampak dalam watak Adam Hasif ialah jangan terlebih mencintai cintanya pada manusia selain daripada cintanya pada Allah. Adam Hasif terlalu obses untuk memiliki cinta Nur Anisha sehinggakan dia menjerumuskan diri kepada perkara yang memudaratkan dirinya sendiri. Demi untuk cepat-cepat meminang Nur Anisha, dia sanggup berlumba haram untuk mendapatkan duit dengan cepat. Sangat tidak bermoral apa yang dilakukan oleh Adam Hasif ini. Lagi satu, Adam Hasif sangat mementingkan dirinya sendiri. Sanggup dia memaksa Nur Anisha untuk menunaikan janjinya, sedangkan dia tahu tidak ada lagi rasa cinta di hati Nur Anisha. Nur Anisha yang baik hati bersetuju jugaklah berkahwin dengan Adam Hasif yang lumpuh itu. Bagi aku, kalau kita mencintai seseorang itu kita pasti nakkan yang terbaik untuk si dia. Jika dia bahagia dengan pilihan barunya, itu jugak adalah kebahagiaan kita. Macam apa yang Imran Rifqi lakukan.

Hawa Izzati pulak karektor yang sangat menjengkelkan. Annoying sungguh-sungguh. Aku agak ralat bila watak Hawa Izzati seperti tidak ada penamatnya. Paling kurang, penulis buat lah Hawa Izzati menerima akibat diatas semua perbuatannya itu. Namun, watak Hawa Izzati tetiba hilang macam tu jer. 

Seperti tajuk yang tertera di novel ini, jodoh Nur Anisha dan Imran Rifqi bersatu pabila masing-masing telah bergelar janda dan duda. Katanya dah seri. Satu sama. Kelakar pulak aku. Oh ya, camne watak Imran Rifqi bergelar duda kan?? Dia telah menceraikan isterinya Nor Laila selepas sebulan mereka bernikah. Tapi aku suka cara Imran Rifqi handle masalahnya dalam novel ini. Ternyata Imran Rifqi seorang yang berhemah dan lelaki yang baik. Walaupun ada perasaan marah disebabkan apa yang Nor Laila buat padanya, tapi dia menerimanya dengan redha.

Agak-agak ada ke lelaki seperti Imran Rifqi di dunia realiti ini??? Dan, ada ke gadis seperti Nur Anisha di dunia nyata ini??? 

Novel...hanyalah khayalan dan imaginasi sang penulis..Huhuhu...

Hurmm, tak boleh nak ku jawab soalan itu sebenarnya. Hahaha..Apa-apa pun aku okay lah dengan novel ini walaupun aku ambil masa lama nak menghabiskannya.

So, itu jer lah sedikit review aku untuk naskhah novel Aku Duda Kau Janda ni. Next review tunggu aku habis baca novel 3 Hati...

Daaa....

Comments

  1. BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
    Kami menyediakan berbagai macam judi online seperti :

    - Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
    - Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
    - Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
    - Fishing World
    - POKER ONLINE
    - Slot Games
    - Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)

    Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!

    Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
    Link Website Resmi kami :
    www.bolavita.site

    Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    ReplyDelete

  2. gan, disini ada tidak yang mengerti soal ayam laga bangkok berasal darimana ??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak ada sape y

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan