Skip to main content

Faiz dah bertunang 23 Dec 2018

Serasa macam tak percaya pulak adik lelaki aku yang sorang tu dah bertunang. Bila mak kata Faiz nak bertunang aku rasa macam "biar betik budak ni...kau ade duit ke nak buat majlis kahwin tu nanti? Apa ko nak bagi anak dara orang makan?" 

Faiz tu pun muda lagi benonye, tahun depan baru nak masuk 23 tahun. Kerja pun tak stabil lagi dah gatal nak kahwin. Akak ko ni ha yang tak kahwin-kahwin lagi ni relaks jer..Tapi iyer lah kan, dah jodohnya sampai dulu. Aku sebagai kakak doakan yang terbaik untuk Faiz. Harap-harap lepas ni lebih bertanggungjawablah, jangan main-main dah. Kerja kat bengkel tu betul-betul. Rajin-rajin. Warisi bengkel ayah tu sebaik mungkin.

In sha Allah, next year aku bakal dapat adik ipar perempuan satu-satunya lah. Hahaha. Mana taknya, si Faiz tu lah sorang je anak lelaki dan adik lelaki aku. Mungkin boleh aku katakan, mak dan ayah bakal sponsor majlis kahwin dia nanti. Hohoho. Takper lah, dah rezeki dia kan. Aku bantulah mana yang patut. Tapi, mane lah tahu terbuat sekali dengan majlis aku next year. Ahaksss!! Jimat sikit bajet. Hahaha..

Alhamdulillah, setel majlis pertunangan adik lelaki aku pada Ahad yang lepas. Aku dan Lina balik kampung bagi sama-sama meraikan majlis itu. Cuma mak ayah tak jemput pak sedara dan mak sedara aku lah. Buat kecil-kecil jer. Tunggu ada orang datang masuk meminang aku nanti. Pasti akan dibuat secara besar-besaran, Hahaha. Sebab mereka memang menantikan majlis aku yang masih belum kunjung tiba. Huhuhu.

Selalunya, yang si lelaki datang kan lepas setel majlis pertunangan tu kan? Tapi adik aku tak mai ler pulak. Punyerlah si Musliha tu dah siap buat dah ala-ala pelaminan nak duduk bergambo sama-sama. Korang jangan tak tahu, si Faiz ni nampak je muka macam mafia, macam nak mintak kene pukul tapi pemalu weii. Mak ayah aku suruh dia p rumah Musliha lepas majlis tu, tapi dibantainye buat kerja kat bengkel. Si Faiz ni bukan boleh dicakap banyak kali. Kang ade mengamuk kat situ jugak. Alih-alih dia p rumah Musliha malam tu. Iyer lah, family belah Musliha nak jugak tengok bakal menantu lelaki dorang tu. Nahhh!! pagi tu baru nampak muka kat rumah. Faiz tido bakal rumah mertua dia weii. Kau basuh periuk belanga ke hape. Hahahaha.


Dulang balasan dari pihak perempuan


Dulang dari pihak kami. Mak Yam yang gubahkan ni. Dulang recycle yang majlis Lina dulu.


Turn aku belum lagi yer..



Itu lah Musliha nyer. Putih melepak kau make up ye Musliha. Hehehe. Bila tengok Musliha ni, teringat pulak dengan Lina. Macam ni lah style make up nye. Sebijik macam Lina masa tunang dulu aku tengok. Hahaha...

Welcome Musliha to our family. Semoga urusan kalian berdua dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga majlis pernikahan. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...