Skip to main content

Novel Review : Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Novel: Panahan Cinta Mr. Agoraphobia

Novelis : Suri Ryana

Rate : 8/10

Tarikh habis baca : 27 Jun 2020 selepas beberapa bulan


"Aku mampu sembuhkan fobia si sombong muka ketat tu?" Biar betul?!"

Sinopsis Kulit Belakang:

Pertemuan pertama di antara Thalia Aysara dan CEO Al-Hayyan Group, Tuan Faleeq Al-Hayyan telah mencetuskan salah faham sehingga menyebabkan Tuan Falees menggelar Thalia pencuri manakala Thalia menggelar Tuan Falees sebagai penculik! Walaupun mereka saling bercakaran namun, Tuan Faleeq telah membantu membebaskan Thalia daripada cengkaman Abang Joe, lelaki hidung belang yang beristeri dua.

Kebakaran di kilang Al-Hayyan Group telah menyebabkan Thalia secara tidak sengaja menjadi penyelamat Tuan Faleeq. Dan mereka bertemu semula ketika Thalia menjalani latihan praktikal di Al- Hayyan Group. Kala itu Tuan Faleeq sedang menghadapi agoraphobia.

Lelaki itu kini diserang panik apabila berada di luar rumah dan tidak betah berada di khalayak ramai. Tapi, apabila berada dekat dengan Thalia, dia terlupa dengan penyakitnya itu membuatkan keluarga lelaki itu nekad untuk menjodohkan mereka berdua dengan harapan Tuan Faleeq sembuh seperti sedia kala.

Termakan budi dengan Tuan Faleeq sekeluarga menyebabkan Thalia rela disatukan dengan lelaki itu. Motif Thalia cuma satu. Mahu Tuan Faleeq sembuh dari penyakit agoraphobia yang dihadapinya.

Bahtera rumah tangga dilayari dengan rasa gugup dan kekok pada mulanya tetapi, bercambah menjadi hubungan cinta yang mengasyikkan. Bahagia yang terbina diuji saat rahsia silam yang melibatkan dua keluarga ini terbongkar.....
.
.
.
.
.
Review Cik CT:

Wowww...Novel Review Cik CT is back. Hi semua, pembaca2 blog Cik CT. Lame sangat rasenya blog Cik CT ni tak post entri baru. Bukan ape..lani memang malas sangat nak mengerah ayat-ayat. Oh ya, btw..kita dah berada di peringkat pemulihan Covid-19. Alhamdulillah, semua sektor dan kembali beroperasi seperti biasa cuma perlu sesuaikan diri dengan norma baru. Kena pakai pelitup muka sentiasa kalau keluar rumah. Jaga jarak sosial dan jangan lupa selalu sanitize tangan.

Actually, aku pun dah lame sgt tinggal xtvt membaca aku ni. La ni baru lah ade mood nak sambung novel karya Suri Ryana, Panahan Cinta Mr. Agoraphobia. Karya Suri masih lagi bergenre romantis story. Bila baca rasa diawan-awanan pulak kisahnya. Sweet sangat. Beruntong lah sangat Thalia bersuamikan Faleeq, si CEO kaya yang ada problem panik bila berhadapan dengan ramai orang. Berasa sangat terancam dan tidak aman bila berada di rumah. Rasa tak selamat dan berbahaya. Aku tak ade lagi berhadapan dengan orang yang melalui phobia jenis ni. Kalau ade tak tahu lah macam mane nak handle. Mungkin aku jugak sama-sama panic. Hahaha.

Sweet la hai Tuan Faleeq. Dah lah kaya, handsome, caring, romantik pulak tu. Amboiii...bukan main ye ko memuji ea Cik CT. Hahaha. Well, novel-novel Suri Ryana ni tak sah lah kalau tak buat para pembaca die termasuk sekali dalam dunia fantasi novel. Actually, ade je lelaki karektor seperti Tuan Faleeq kat dunia nyata. Mungkin tak sekaya Tuan Faleeq la tapi tetap menggoda. Kahkahkah.

Plot novel ni tak terlalu berat. Romantik santai. Tak banyak pun konflik orang ketiga ke, orang keempat kan. Cuma lebih terarah pada phobia yang dihadapi karektor hero dalam novel ni. Dan heroinya menjadi penyelamat pada si hero. Suspen sikit ahh pada rahsia yang terbongkar di akhir cerita di mana menjadi punca dan memori hitam buat karektor heroin, Thalia Aysara. Cuma tak meleret lah. Dalam 2 3 helai muka surat dah setel rahsia tu. Tak de lah gaduh, merajuk lama-lama. Kalau tak maybe lagi teballah novel ni. Hahahaha

Overall, aku seronok bace novel karya Suri Ryana ni. Tersengih-sengih bace sorang2. Cuma tak ade lah part sedih dan nangis-nangis. Pompuan jahat pun kureng dalam novel. Tak terlalu menonjol pun watak Cik Hanee dalam novel ini. Aku ingat Cik Hanee ngan Dr. Aliff sama-sama berkomplot nak pisahkan Thalia dan Tuan Faleeq. Sorry ya kawan-kawan. Novel ni TIDAK. Not so cliche mcm novel-novel yang ada. 

Applause a claps to Suri Ryana kerana berjaya membawakan tema phobia agoraphobia dalam karya beliau kali ni. Banyak jugak ilmi tentang phobia ini boleh kita dapat dalam karya beliau ni.

So, worth to read walaupun jenuh aku nak menghabiskan. Hahaha.

Mood membaca Cik CT dah datang chuolsss...

So, what's next????

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...