Skip to main content

Pengalaman ke Tasik Biru Kangkar Pulai

Tarikh: 01 Ogos 2020

                                                Tempat: Tasik Biru Kangkar Pulai

Starting Point: Not sure, follow je lah waze

Ketinggian: No idea

Tahap Kesukaran: Easy Peasy

Distance: Tak sampai kot 2 KM

Tempoh perjalanan: 20 minit je...Kalau langkah panjang & berlari pulak 10 minit je



Cuti raya haji tempoh hari aku balik kampung. I is naik kereta baru chuolss. Ohh...by the way, i is dah ade baby baru tau. Nanti i is kenalkan kat semua readers Blog Cik CT okay. Hehehe. Okay, aku balik kampung cuti raya haji tempoh hari. Aku cuti sampai hari Isnin, 03 Ogos 2020. Well, tak ke mana pun raya haji ni. PKPP kan. So, semua kene duduk rumah untuk memerangi virus Covid19. Tapi, bosanlah duduk rumah je manjang tanpa buat ape kan. So, Pika ngajak lah aku hiking. 

Wowww, so surprise bile adik aku yg sorang ni mengajak p hiking. Minah tu mane boleh buat xtvt2 outdoor camni. Minah tu puteri lilin. Mane boleh kene panas. Tapi, yang pelik nak pulak dia ajak aku hiking. Hurmmm..patutlah beriya-iya mengajak aku g hiking. Rupenye cik abg die pun ade sekali. Hareyyy! Hahaha. Pika..Pika...

At first, aku ajak Pika naik Bukit Soga kat Batu Pahat. Perjalanan dari Merlong pun tak jauh mane. Dalam 45 minit macam tu. Tapi, tetibe Pika ajak nak g Tasik Biru Kangkar Pulai. Ermm. Macam menarik jugakkan. Dah alang-alang ade kat kampung ni better g yang jauh dulu. Bukit Soga tu bila-bila masa boleh pergi. Perjalanan ke Tasik Biru mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Merlong. Sampai pekan Ayer Baloi, masuk jalan Parit Panjang dan masuk susur Sedenak. Pulak dah!! Masuk highway. Baki touch n go aku waktu tu ada dalam RM8 jer. Cukup ke tidak ea???

Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Pick up dulu Aiman kat rumah dia di Kampung Sg Kluang Laut dan kami terus shoot ke destinasi. Well, type je Tasik Biru Kangkar Pulai kat Google Maps. Tapi maps bawak kami lalu highway. So, aku dah cuak sikit takut tak lepas touch n go aku. Ingatkan ade lah kedai serbaneka di sepanjang jalan. Alih-alih dah masuk tol. Cehh!!!

Takpe..tawakkal jer. Kalau tak cukup topup jer lah. Finally sampai susur keluar Kulai. Nahh!! Kereta depan kami pun x cukup baki. Berkejaran lah beliau pergi topup. Turn kami pulak touch *Tettt*... Taddaa...lepass..Lah dua ringgit je kene. Cehh, buat penat je cuak. Hahaha.

Teruskan perjalanan ke destinasi. Sampai sini dah blurr. Maps bawak masuk kawasan construction perumahan. Dengan tanah merah, lecaknye, Baby O aku redah kan jua. Sampai terseret jugak lah bawah Baby O langgar lubang. Aduhaiii...habis Baby O aku. Sampai satu tempat tu, kitorang loss bila mane depan kitorang ade satu bumper yang aku kira agak tinggi. Depan kete aku ade 2 biji lagi kereta. Mereka redah jugak bumper tu. Nahhh..bunyi seretan bawah kete kedengaran bile langgar bumper yg tinggi tu. Ohhh maiii...aku tak nak Baby O aku lalu situ.


Entah mana-mana construction ntah Google Maps tunjuk. Ishh3.
 


Nampak tak lopak tu..Baby O aku terseret tang situ. Aduhaii....

Aku decide dan roger Pika untuk reversed. Aku tak nak lalu situ. Aku dah pikir tak de rezeki kitorang nak ke Tasik Biru Kangkar Pulai hari itu. Pika yang drive time tu reversed lah keluar dari tapak pembinaan perumahan itu. Dua biji kereta yang dihadapan kami tadi meneruskan perjalanan mereka. Tidak ku ketahui sama ada mereka sampai ke tidak.

Berpusing jugaklah kami kat area Kulai tu. Aku call kak Ija yang pernah ke sini before ni. Kata kak Ija aku dah salah masuk tu. Dia bagi aku video starting point. Tapi, aku still tak dapat petunjuk lagi. Teruskan pemanduan. Then, tetiba...ehhh, tempat dalam video kak Ija lah. Alhamdulillah, finally smpai juga kami. Kalau tak jumpa jugak aku memang nak ngajak Pika dan Aiman naik Gunung Pulai je. Paling tidak pun balik terus. Hahaha. Tapi, rezeki kami ada lagi waktu tu. 

Cuaca pada ketika itu dah menginjak ke angka 10 pagi. Panas bak hang. Trek ke Tasik Biru akan melalui kawasan ladang kelapa sawit. Dun wurry, ikut je jalan yang telah disediakan. Tapi memang menaik jer lah trek nye. Tak sampai 20 minit, akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Wowww...so syantekkk!!! Seriously weii, ade tempat cantik macam ni rupenye kat Johor ni. Hahaha. Actually, Tasik Biru ni adalah lombong kuari. Tak pulak diketahui kenapa biru airnya. Nanti aku google. Sorry, tak dibenarkan mandi ye. Sangat bahaya. Ni dah dapat naik pun dikira sangat bernasib baik. Actually, serasa aku Tasik Biru  tak boleh pergi. Kawasan larangan. Tapi, sejak-sejak viral tempat ni ramai pulak org yg datang. Maybe sebab tu, tempat dah dibuka untuk orang ramai. Oh ya, tiada bayaran yang dikenakan. Tapi, tak tahu lah kalau yang akan datang.

Well, Pika pun berjaya sampai ke puncak. Alahaii, bukannye jauh mane pun sampai berjam-jam. Tak sempat nak berpeluh sampai dah. Hahaha.





Dah sampai atas, ape lagi...bergambolah. Manusia memang agak ramai tapi dun wurry lah, banyak spot menarik. Just cuma hati-hatilah. Jangan sampai tergelincir. So, nikmati aja lah gambar-gambar di Tasik Biru Kangkar Pulai yang sempat disnap kami.











Alhamdulillah, kami bertiga selamat sampai parking around pukul 11.30 pagi macam tu. Panas lit lit wei. Shoot balik Rengit semula. Plan nye nak lalu jalan kampung, Pekan Nenas tapi masing-masing dah penat, mengantuk gilos. Turn aku pulak drive. Berdesuplah masuk highway. Balik-balik jer Pika dah terbongkang tido. Mak aii, baru naik sini. Dah pengsan. Urmmm. 

By the way, jejak jugak kaki ini ke sini. Hidden Gems yang selalu digembar-gemburkan. 

Tasik Biru Kangkar Pulai checked.....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...