Skip to main content

Trans Payung, Pt Sulong, Batu Pahat

Tarikh: 18 July 2020

Tempat: Trans Bukit Payung (5 puncak)

💗Bukit Botak - Bukit Berdiri - Bukit Alam - Bukit Bungkuit - Bukit Payung💓

Total Perjalanan: 8 jam pergi dan balik

Starting Point: Kg Kangkar Merlimau, Pt. Yusof



Gambar kenangan bersama line up Trans Payong x GH


Gambar kenangam bersama line up Trans Payong x GH

 
Gambar kenangam bersama line up Trans Payong x GH
 

Tentatif Bukit Payong💕

Day 0

10.00 pm - Meetpoint di HOA by GH

11.00 pm Pendaftaran dan Taklimat trip.

Sahaja masa menunggu) dan Bertolak ke destinasi.

Day 1

3:00am - Meet point Exit Yong Peng 

5:00am - Start tracking 

6:00am - Tiba di Puncak Satu (Subuh)

Sunrise

7:15 am - Puncak 2. 

8.30 am - Puncak 3.

9.00 am - Puncak 4.

10.00 am - Puncak 5.

11.00 am  - Tiba di parking 

12.00 am  - Makan tengah hari dan bertolak pulang

5.00 pm - Sampai di Meetpoint di HOA by Gununghub

*Tentatif sebagai rujukan. Kemungkinan akan berubah mengikut situasi dan keadaan semasa hari kejadian

          .

          .

Yesszaaa, finally Gunung Hub ke selatan jua. Kali ni aku join Gunung Hub mendaki bukit area Batu Pahat pulak. Tak ku tahu rupa-rupanya banyak bukit yang ada kat kampun halaman ku itu. Adoyaii Faiross!!!!

Kitorang tapau sekali 5 bukit wei..Wallawehhh!!! Bukit Botak, Bukit Berdiri, Bukit Alam, Bukit Bungkuit dan last sekali Bukit Payung. Sebab itu trip ini dinamakan Trans Payung. Well, macam biasa aku as Gunung Member just bayar RM45 jer untuk trip ini exclude transportation. Kalau bukan non-members, fee yang dikenakan adalah RM50 per pax. Alah..beza RM5 jerr...

What include together with this trip? Ecehh, kecek omputih. Hahaha...

Guide |  Meals 1x Breakfast, 1x Lunch | Sweeper | First Aid | Hand Sanitizer.

Bestt kan????

Did not include

Personal expenses. Yang ni kene sendiri lah. Takkan lah organizer nak kene sediakan jugak. Amboiii...

Trip mendaki kali ni 1st time bersama Baby O. Actually, minggu sebelumnya aku ngan adik bongsu aku, Pika bawak balik Baby O ke Setia Alam ni. Pika tak betah duduk lama-lama kat rumah sewa aku ni. Cukup seminggu dia dah tak sabar-sabar nak balik. Dan kebetulannya, aku memang ade trip hiking ke BP so Pika ikut balik sekali lah. Time ni aku takut-takut lagi nak drive. So, Pika jer lah bawak dari Setia Alam ke HOA, Bangi. Sampai HOA, aku pick up Lydia dan jugak Adda. Kali ni carpool dengan kereta aku.

Alhamdulillah, kami sampai exit Yong Peng pada pukul 130 pagi. Trip kali ni ramai, lebih dari 30 orang aku kira. Tapi kami tetap mempraktikkan penjarakkan sosial okay. Hahaha. Pika terus balik semula ke Merlong. Tak sabar-sabar dia nak balik. Risau jugak die drive sorang-sorang balik tu. Tapi, alhamdulillah sampai jugak.

Sedikit briefing dan regangan badan, kami memulakan perjalanan pada pukul 4.30 pagi. Well, jangan dipandang sebelah mata ye trek bukit-bukit ni. Boleh tahan mencanak jugak ahhh...oh ya, babi hutan memang ini kawasan dorang. So, letupan mercun bola pasti kedengaran untuk menghalau mereka dari menganggu perjalanan kami pagi itu. Kang tak pasal-pasal semua bertempiaran lari. 

Untuk trip ini, aku dah tak ingat log perjalanan kitorang. Serasanya kami solat subuh di Bukit Botak. Bukit Botak kawasannya agak limited. Tapi boleh lah untuk kitorang tunaikan kewajipan masing-masing pagi itu. Lepas siap solat subuh, kami semua bergerak ke Bukit Berdiri. Bukit Berdiri tak ambil masa yang agak lama. Kawasan trek pun dah landai dan kami sempat menikmati sunrise pagi tu. Cantikk woooo....

Lame jugakk ahh lepak Bukit Berdiri ni. Sampai kawasan dan jadi terang benderang. Sakan bergambo. Crew GH dah suruh kitorang move ke bukit seterusnya. Depa tak nak kitorang sampai Bukit Payung bila matahari dah naik atas kepala. Panas bak hang. Kami just melalui Bukit Alam dan Bukit Bungkuit. Actually, dua bukit ni tak ade view pun.

Kami semua sampai di Bukit Payung dalam pukul 10 pagi. Cuaca pada ketika itu dah panas bak hang. Terik nau nau. Nak bergambo pun dah tak rasa dah. Hahaha. Cari tempat redup dan makan lunch pack memasing. Mak aii, pedas namatey lunch pack pagi tu. Sedap dah memang sedap tapi tekak aku tak leh terima sebab pedas sangat. Terasa wei pijar tangan ni. So, surrender. Terpaksa buang je. Huhuhu.

Perjalanan turun memang dasat dari Bukit Payung ke bawah. Tak dapat bayangkan kalau kitorang naik dari Bukit Payung dulu. Toleh belakang mencanak weiii. Hahaha...Alhamdulillah, semua selamat turun pada pukul 12 tengah hari. Time tunggu Pika datang amik pulak. Lame weii tunggu dia. Sampai semua line up dah balik lah. Tinggal Roro, Omei, Faiq dan beberape crew GH selain aku, Lydia dan Adda. Rupa-rupanya mak dan ayah follow sekali. Patut lah. Hahaha. Jalan pulak jem. Sorry kengkawan. 

Aku ajak Roro dan Omei pergi rumah aku. Tapi dorang nak meneruskan perjalanan balik ke Bangi. So, aku, Lydia dan Adda meneruskan perjalanan balik ke Merlong. Home Sweet Home. Kesian depa berdua mengantuk bebeno. Hehehe. Sampai Parit Karjo kejut depa berdua, ayah ajak pekena cendol. Lega sikit tekak ni dapat ais. Alhamdulillah, sampai rumah dalam pukul 3 petang. Penat bhai. Adda dan Lydia pun memang dah barai habis. Ingatkan nak ajak dorang berdua lepak pantai, tapi petang tu hujan lebat selebatnya. So, bantai sambung tido lagi. Dorang berdua bangun untuk makan je. Hahahaha...

Memang pengalaman yang sangat menarik. Menawan 5 puncak bukit di Batu Pahat. Sape cakap Batu Pahat tak de bukit, tak de gunung? Ade ahhh..hahaha..

Esoknye bermula sessi recovery kami bertiga. Nak tahu ke mana? Sehingga aku dilabelkan sebagai scammer terunggul?? Nantikan di entri post aku yang seterusnya. Bye Bye...



1st trip hiking with Baby O..


Adik kesayangan ku, Pika. Ajak jugak hiking sama. Die lebih rela balik sorang2 pagi2 buta bhai. Aduhaiii...
 


Hiking Bukit Payong haruslah ade payungnye...


Bajet payung tu boleh bawak aku terbang lah..Memang idok lerr..


Panas lit lit di puncak Bukit Payung. Tak tahan sangat rasa panasnya tu. Surrender. Hahaha


Ke mane jugak lah Cik CT dengan payung nye tu


Hiking buddies yang sentiasa bersama


Andai dapat ku pegang matahari itu, akan ku berikan padamu cahayanya.


Terasa diri ini sangat kerdil 


Nikmat mana yang hendak kau dustakan lagi..


Bendera Johor tersergam indah di belakang ku..


Bendera Gunung Hub berkibar di Batu Pahat


Terus merenung dan menikmati keindahan alam selagi nyawa dikandung badan.


Antara denai-denai yang kami tempuhi


Ada trek yang memerlukan kami memegang tali untuk melaluinya.


Gambar kenangan di bawah batu besar


Wajah riang masing-masing


Sunrise di puncak Bukit Berdiri. So Syantekkk


Laju sikit gerak tu orang depan oiiii...


Hiking buddy paling setia ke mana aje trip, Adda.


Cantik giler sunrise pagi tu


Terus hilang penat mendaki bila disajikan dengan sebuah keindahan yang mengasyikkan di depan mata
 


View from Puncak Bukit Berdiri 


View from Puncak Bukit Berdiri 


By the way, ini budak sebenarnya demam tau. Sehari sebelum trip boleh pulak demam. adoiii.. 


Cer teka sape minah bertiga ni? 


Trek menurun dari Bukit Payong 


Trek menurun dari Bukit Payong  


Trek menurun dari Bukit Payong  


View bawah 




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...