Skip to main content

Mini Irau Yang Memukau Bersama Gunung Hub & ORL Ventures

 Tarikh: 05 July 2020

                                                              Tempat: Mini Irau

Starting Point: Mossy Forest Park

Ketinggian: 2,032 m (Mini Irau)

Paras ketinggian Cameron Highland: 1,829 meter

Tahap Kesukaran: Moderate

Distance: 2.4 KM sehala

Tempoh perjalanan: 6 jam



Yus, sebelum memulakan pendakian. Haruslah snap gambo kat sini 


Atototo, comel memasing ye. Tak sabo letuwww 


Photo Group ~ Dah turun memang idokler nak bergambo kat sini. Hujan lebat wei.. 


Kita akan melalui sempadan Perak dan Pahang 


Photo Group ~ Selagi ade spot yang menarik, kite snap lah 


Okay..dah start... 


Yus di Mini Irau 

Gunung Irau, one of my gunung list yang wajib aku daki. Terkenal dengan hutan berlumut dan menawarkan pemandangan yang sangat indah di sepanjang pendakian. Sayang seribu kali sayang apabila trek pendakian dari Mini Irau ke Puncak Gunung Irau ditutup pada 7 Februari 2018 sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian. Ini disebabkan kejadian tanah runtuh yang berlaku dan menyebabkan trek tidak selamat untuk digunakan. Better lah kite mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Kecewa tu tak dapat lah nak dikatakan. Tapi, nak buat macam mana lagi, dah tak ade rezeki nak sampai ke puncak. Mini Irau pun dah cukup memuaskan hati aku sebenarnya. In sha Allah, kalau Puncak Irau dah dibukak untuk orang awam, pasti aku akan ke sini lagi. 

Perjalanan kami ke Cameron Highland bermula pada petang Sabtu, 04 Julai yang lalu. Seramai 5 orang line up termasuk Lydia, sebagai wakil crew dari Gunung Hub menyertai pendakian ini. Actually, semua aktviti pendakian yang aku lakukan ni semuanya aku join under Gunung Hub. Dah lama dah aku join trip dorang ni. Sangat memuaskan hati. Semua trip yang aku follow dikendalikan dengan sangat baik. Kami tinggal bayar dan bawak diri. Hahaha. Aku time ni tak de Baby O lagi. So, aku shoot ride ke USJ12 park motor kat sana. Amik LRT dan berhenti kat TBS tunggu Adda yang datang dari Gombak. Kitorang carpool kereta Eqin, kenalan hiker baru. Aku pendekkan cerita lah ye. Kami berlima bertolak dari House Of Adventure Gunung Hub pada pukul 3.30 petang. Keyrol yang drive pada waktu itu. Rasa selamat lah sikit bila ada seorang lelaki dalam trip ni. Dah lah jalan nak naik Cameron Highland tu berliku-liku. Hehehehe.

Well, naik Cameron Highland tak sah kalau tak berdepan dengan jem. Kitorang lalu Tapah. Dari bawah tu dah start nak jem sampailah ke atas. Sudahnya kami sampai Hikers Sleep Port, Tanah Rata pada pukul 12 tengah malam lebih kurang. Giler ahh..Bencinta mengadap jem kat Cameron. Tapi, alhamdulillah kami berlima selamat sampai di atas tanpa sebarang masalah dan teruc check in dorm dan tido...Yeayyy.

Kami tido 1 malam kat Hikers Sleep Port. This is my 1st time stay sini. Not bad. Ala-ala dorm.  Nice dan sangat selesa. Kalau mengharapkan tempat stay yg mewah, maaf ini bukan tempatnya. Tapi bagi kitorang, ini dah sangat cukup memadai. Toilet macam biasa, kat luar dan kene berkongsi. 1 malam tak silap aku dalam RM35. Okay lah kan. 1st time masuk sini, environment look cozy dan classic. Tenang jer. Dorm terdiri dari dua bahagian. Tingkat bawah dan juga tingkat atas. Kami yang gegirls ni dapat tingkat atas. Ala-ala atas loteng tido. Disediakan setiap seorang tilam dan jugak locker. Well, dah penat kami tak kisah sangat tempat tinggal. Esok dah nak check out siap-siap. Gosok gigi cuci muka , terus lena. Mandi??? Lupe kan aje. Sejuk bhai. Lagipun kami memasing dah mandi sebelum bergerak petang tadi.


Group Photo ~ Time ni benti sat kat RnR 


Comel tak? 


Hikers Sleep Port. Recommended place to stay 



Tadaaa..ini lah rupe anak babi yang di canang-canang dalam entri ini 


Around pukul 6.30 pagi, masing-masing dah bangun. Alahaii, sejuknye Cameron. Rasa nak duduk dalam selimut lama-lama. Ehh, tak boleh. Kami kene gerak ke Mossy Forest Park dengan anak babi pada pukul 830 pagi. Nak tak nak kene jugak gagahkan diri ke bilik air, mandi. Fuhh, masuk bilik air die sejuk sangat bhaii. Kalau x ON heater, memang melompat-lompat lah ko menahan sejuk. Hahaha...

Around pukul 8 suku macam tu kami berlima turun ke bawah. Simpan semua bag2 dalam kereta dulu. Line up hari tu bukan kami saje berlima tapi ada lagi 5 orang yang akan turut serta. So, total line up 10 orang termasuk dua orang guide, Uteh dan Ja. Oh ya, by the way trip ni aku join under Gunung Hub tapi menggunakan khidmat guider dari ORL Venture Cameron, since nak naik gunung area Cameron ni kene pakai local guide. Beli lunch pack siap-siap untuk dimakan di puncak nanti. Sarap aku just pekena roti. Well, aku mane jenis makan sarapan pepagi ni. 

Yeayy, anak babi yang ditunggu telah tiba. Masing-masing teruja gile bile nampak anak babi depan mata. Comel weii anak babi die. Hahaha. Anak babi yang aku sebut-sebut tu sebenarnya powil yang akan bawak kami naik ke starting point Mossy Forest Park. Bukan powil lah actuallly, more to kereta yang orang penjara bawak banduan. Hahaha. Lebih kurang gitu lah. Jap g aku tepek gambo.

Perjalanan ke starting point, Mossy Forest Park cuma mengambil masa 15 - 20 minit je sebenarnya dari HSP. Namun, apakan daya jem teruk pulak pagi tu. Arghh, Cameron memang sokmo jem je. Kalau nak g Brinchang tu memang bercinta lah dlm kete. Pagi tu, dua jam lebih kurang jugak lah kami mengadap jem yg super slow untuk sampai ke starting point, Mossy Forest Park. Tak silap lebih kurang 930 pagi sampai ke atas. Well, actually boleh je naik kereta sendiri tapi bila melihatkan jalan yang agak rosak memang tidak lah nak bawak kete sendiri. So, better gunakan kemudahan sedia ada, iaitu powil. Pakej yang kami ambil ni termasuk sekali dengan powil pergi balik ye kawan-kawan.


Depan tu Puncak Irau. Depan kami pulak tu, Eqin yang tengah struggle. Hehe 



Inderaloka 


I is dah sampai okayy 


Anak babi yang ni tak perlu disamak okay 


Ape ekk name tempat ni?? Taman kot.. 


1st hiking dengan kawan baru, Eqin. Rindu nak hike sesame lagi. Baru je jumpe tapi die punye kamceng tu macam dah kenal lame. Hahaha





Port gambo kat sini cantik wooo..Tapi kat depan tu kalau hujan, main lumpur ler kome. 



























Guider yang masuk air. Hahaha 






Sedikit briefing dari Uteh as a ketua guider pada pagi ini. Uteh menerangkan serba sedikit bentuk geografi trek. Apa yang perlu dan tak perlu di buat ketika dalam hutan. Selepas itu kami memulakan sesi memanaskan badan. Pada ketika itu memang ramai pengunjung dan jugak hikers lain berada di situ. Meriah suasana. 

Pendakian dimulakan dengam Bismillah. Trek dipermulaan adalah tangga sambil disajikan dengan mossy yang indah. Kata Uteh laluan yang kami lalu itu ialah sempadan antara dua negeri iaitu Perak dan jugak Pahang. Sebelah kiri Perak dan sebelah kanan Pahang. Rasa teruja tu memang x dapat nak dibayangkan. Sentiasa tersenyum je bibir ni.

Lepas dari trek tangga dah start melalui trek hutan. Well, jangan dipandang enteng trek Irau ni. Kalau trek basah, memang main lumpur lah kome-kome semua. Bagi aku trek Irau cukup mencabar tapi rasa tercabar itu hilang apabila disepanjang trek tu mata korang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Kirenya lupe rasa penat tu sebab bila pandang depan je ade view mossy cantik. Benti, tangkap gambo. Jalan lagi ade lagi view cantik, benti lagi tangkap gambo. Kirenye trip Irau ni trip tangkap gambo jer lah. Hahaha. 

Ade ketika laluan trek memerlukan kite memegang akar kayu, memanjat tangga. Alhamdulillah, kata Uteh banyak dah pembaharuan dan pembaikpulihan trek dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Pada ketika posting ini ditulis jugak, pihak Jabatan Hutan Cameron sedang menjalankan proses baik pulih jalan nak ke Mossy Forest Park. Mudah-mudahan lepas ni no jalan lubang-lubang lagi.


Kata Uteh ade beberap spot bergambo yang menarik. Antaranya, Taman, Inderaloka, Avatar dan beberapa lagi yang aku lupa dah namenye. Tak kutahu pulak camne nama tu diberi. Hehehe. Sebab teruja nak bergambo je. Hahaha. Seriously weh, memang superb cantik. Memang x rugilah naik Irau ni walaupun x sampai puncak. 

Uteh menerangkan dan menunjukkan pada kami beberapa spesis Mossy yang ade di dalam Irau ini. Yang mengkagumkan kami bila Uteh inform researcher dari luar negara (orang putih) gelarkan Irau sebagai the craziest forest in da world. Sebab ape?? Sebab dengan kecantikkan lumutnye. Dan jugak sebab keunikkan pelbagai jenis mossy yang boleh hidup dengan satu perumah sahaja. Aku sempat upload video penerangan dari Uteh. Korang usha lah ig aku, cikctfaiross.pursuericious. Hehehe.


Christmas Moss


Lumut lagi 


Adoiii...lupe namanye. Tapi batang die boleh makan tau


Ape ekk nama pokok ni???Aduii..lupe pulak 


Lord Of The Rings 


Lord Of The Rings  


Anak periuk kera mungkin?? 



Luass 


Kawasan berehat Mini Irau 


Dalam 1 perumah ni kalau nak tahu banyak species mossy 


Penanda batu sempadan antara Perak dan Pahang 


Kami berempat berada di menara peninjau. Time ni hujan dah start rintik-rintik tapi tetap nak naik jugak 


View from menara peninjau 


Bergambo lagi 


Matlamat untuk menjahanamkan kasut berjaya!!! 


Alhamdulillah, kami sampai ke puncak Mini Irau pada pukul 1 petang. Apa lagi, lepak-lepak lu, ambil gambo lagi. Hahahaha. 
Dalam pukul 2 ptg macam tu, kami start turun. Perjalanan turun perlukan lebih pemerhatian sebab kaki dan lutut sangat diperlukan waktu ini. Jaga langkah dan lihat apa yang dipijak. Time turun cuaca dah start hujan rintik-rintik. Dan-dan kami sampai bawah pukul 4 petang hujan turun lebat selebatnya. Ya Allah, syukur kami sempat turun awal. Sejuk bak hang. Sampai bawah, anak babi dah ade dah menunggu kehadiran kami tapi driver anak babi tak nampak lagi batang hidungnya. So, kene lah tunggu sekejap. Sejuk sangat ni. Keyrol bukak dapur buat air. Sempatlah panaskan badan ni. Hehehe. 

Selang beberapa minit kemudiam driver anak babi sampai. Hujan pun waktu tu dah berhenti. Well, terus naik anak babi dan turun ke bawah. Penatnye. Nak turun ke Tanah Rata pun kene memgadap jem lagi. Teruk naww jem ni. Sampai tak bergerak. Sempatlah kitorang turun sat g KEA Farm beli sayur-sayur, strawberry dan sweet potato. Hahaha. 

Alhamdulillah, sampai Hikers Sleep Port pukul 6 ptg. Kitorang decide terus pergi Steamboat Grill & Cheese. Lapaq bak hang. Ape lagi, memang melantak tak hengat doniya. Sudahnya Keyrol yang habiskan semua makanan yang tinggal. Apa sudah jadi? Baru bakar lemak dah kumpul balik lemak. Hahaha.

Lepas makan kitorang terus shoot balik KL. Barai bhai. Mujur jugak ade Keyrol yang drive. So, Keyrol antar aku dan Adda balik USJ, lepas tu drop Lydia kat Bangi dan terus antar Eqin balik KLIA. Penat wei, mujur jugak aku memang amik cuti esoknye. Aku tido USJ dan balik Setia Alam keesokkan harinya. Memang barai. Balik terus membuta lagi.

Walaupun penat tapi pengalaman dan memori yang sangat berharga ini takkan pernah dilupakan. In sha Allah, one day pasti akan repeat semula ke Irau dan mengharapkan waktu itu kaki ini boleh sampai ke puncak Irau pulak. Aminn.

Tamat lah sudah ceritera aku mendaki Mini Irau pada 5 Julai yang lalu. Well, bulan selepasnya aku naik Cameron lagi. Nak baik Brinchang Barat pulak. Namun, tak kesampaian lagi. Tapi, yang bestnya terus naik 3 puncak gunung. Nak tahu aku naik gunung ape lagi kat Cameron?? Nantikan next entri aku ya.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada Gunung Hub & ORL Ventures yang mengendalikan trip pendakian yang menarik ini. Guider, Uteh & Ja memang ohsem. Ramah dan sangat membantu. Kirenye trip Mini Irau bukanlah sekadar trip ambil gambo tapi trip yang penuh dengan ilmu. Kalau readers Blog Cik CT nak join trip dengan dorang ni boleh PM aku. Hehehe.

Semoga terhibur dengan pengalaman aku dan gambo-gambo aku bersama rakan-rakan yang cantik ni. Hahaha.


Kopi di Mini Irau 


Puncak Irau di kejauhan, katanya nak ke sana ambil masa lagi lebih kurang sejam 


One of species lumut yang ada di Irau ni 


Sehijau warna lumut 



Segalanya bermula di sini 


By the way, aku main upload je gambo-gambo ni semua. Malas dah aku nak susun ikut timing. Ape-ape pun, naik Irau memang cukup memuaskan dan menggembirakan hati ini. Tercapai jua hasrat kaki ini nak jejak kaki ke sini. So, aku rasa tak rugi pun kalau nak ke sini untuk kali yang kedua. Mane tahu, kali kedua pergi ni dapat rasa trek lumpur dan view mossy lagi ohsem. Hahahaha...

Next trip after Irau ni actually nak ke Brinchang Barat pada 15 August. Memang dah baik punye plan. Namun, manusia merancang dan Tuhan yang menentukannya. Trip ke Brinchang Barat terpaksa dilupakan buat seketika. Namun, trip kami tak semudah berakhir di situ sahaja. Organizer GH beri kami peluang untuk tapau 3 puncak sekali gus di Cameron Highlands. Nak tahu puncak apa kami tapau?? Nantikan di entri Cik CT yang akan datang.

Stay Tuneddd!!!





Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...