Skip to main content

Recovery Session @ Gunung Lambak

Tarikh: 19 Julai 2020

Tempat: Gunung Lambak, Kluang

Starting Point: Hutan Lipur Gunung Lambak

Ketinggian: 510 m (1,673 ft)

Tahap Kesukaran: Easy to Moderate

Total Pendakian: 2 jam

 
Recovery session done ✔


Lydia di puncak paling tinggi


View yang dapat dilihat dari puncak Gunung Lambak


Gunung Lambak 3.0 checked



We are here kawan-kawan


Wajah ade banyak senyum lepas naik tangga hazabedah


Jumpe time nak turun...


Alhamdulillah, jejak lagi kaki ke puncak Gunung Lambak selepas 3 tahun yang lalu. Kali terakhir pergi adalah pada tahun 2017 bersama-sama dengan Vajidah dan Pika.

https://ctfaiross.blogspot.com/2017/07/pendakian-kali-ke-2-ke-gunung-lambak.html

Kali ni aku pergi pulak bersama kawan-kawan hiking aku, Lydia, Adda & Nabila. Actually pada hari semalamnya, 18 Julai aku join trip Trans Payong under Gunung Hub bersama dorang ni. So, bila dah alang-alang ade kat Batu Pahat balik lah kampung terus. Iye dok...

https://ctfaiross.blogspot.com/2020/08/trans-payung-pt-sulong-batu-pahat.html

Lydia, Adda & Nabila stay semalam kat rumah aku. Plannye nak mengajak lah deme bertiga jalan-jalan pantai petang tu. Namun tak kesampaian pulak bila mana petang tu hujan turun lebat selebatnya. So, sambung tido semula lah. Bestnye duduk rumah aku, makan je lah sokmo. Hahaha...

Family aku memang suka terima tetamu. Nak datang rumah aku sila lah. Hehehe.

Untuk recovery session, aku plan ngajak dorang bertiga naik Gunung Lambak. Dorang bertiga memang onz jer. Dah alang-alang sampai Johor kate mereka. Aku okay jer. Plan asalnye nak gerak awal pagi. Dalam kul 7 pagi macam tu. Tapi memang idok lah kan. Hahaha. Kitorang keluar rumah dalam pukul 8 pagi. Ajak dorang bertiga sarapan dulu. Pagi tu Cik Ani siapkan sarapan kitorang ala-ala western gitew, ayam goreng Ayamas Spicy with Fries. Pak Sarip pulak beli banyak nasi lemak. Mak siap bekalkan kami berempat ayam goreng ngan fries sorang satu untuk dimakan masa kat puncak tu nanti. Lap u lah Cik Ani. 😘😘😘

Aku drive Baby O sampai ke Kluang. Boleh tahan jugak jalan ke Kluang pagi tu. Agak jem. Tapi okay jer. Kitorang selamat sampai di kawasan Hutan Lipur Gunung Lambak pada pukul 9 pagi. Sedikit sesi panaskan badan then kami terus menuju ke Jambatan Gantung untuk ke laluan pendakian. Dorang bertiga memang sangat teruja. Hehehe. Namun........................................................

 
Sunkisses


Penamat trail simen

 
Time ni kat puncak. Duk lepak makan lunch pack ayam guring


Lydia, ayam guring & puncak Lambak


Dulu takde tu kayu penghadang tu.

Di sini, penderitaan bermula. Lepas dari jambatan gantung, ade laluan trail simen terus menuju ke starting point off-road trek Lambak. Kat sini okay lagi. Santai-santai. Huhahua. Hirup udara pagi, snap gambo. Lepas tu jumpa dah anak-anak tangga lepas dari kawasan air terjun kecil. Amekkaw, tangga die mencanak ye kawan-kawan. By the way, tangga dah nampak baru. Cantik. Dulu time pergi panjat batu. Kalau basah confirm licin. 

Starting off-road, naik tangga then terus mencanak sampai ke atas. Seriously, aku kene cop scammer paling terunggul oleh dorang bertiga. 😎😎😎


Hidangan lazat yang disediakan trek Lambak


Are u ready guys???


Sedappp...


Sedap sangat ni



Memang sedapppp...


Aduhai, sedap sangat...


Lazat sehingga menjilat jari


Tak cukup jari tangan, jilat jari kaki


Nak rasa lagi ke hidangan lazat Lambak???

" Kak Yus tipu. Kata senang!! Sejam je boleh sampai!! "

" Hahaha..Sorry sesangat korang. Actually, kak yus lupa dah trek Lambak camner. Dulu tak de lah secanak ini. Propaaa!!!! "

Kitorang naik dan terus naik. Actually, stamina kitorang okay je pagi tu. Cume sedikit slow lah. Lydia macam biasa terus di hadapan. Die dak-dak padu. Crew Gunung Hub kate kan. Hahaha. Tapi tu ahh, die bajet santai-santa sepak daun je trek Lambak ni. Rupa-rupanya mencanak sepanjang masa. No discount at all. Kitorang memang tertonggeng-tonggeng panjat. Pegang akar. Pegang tali. Well, best kan. Hahaha. Untuk recovery session, sebenarnya tak best lah. Ni namenye menambah penderitaan Trans Payong semalam. Adoiii. Kelakar bile ingat balik. 😂😂

Dalam mulut terkumat-kamit bila nak sampai, bila nak sampai, finally weolss sampai puncak around pukul 10.15 pagi. Tepat dalam jangka waktu yang aku inform dorang iaitu 1 jam. Cume treknye hazabedah lah sikit. Ala, aunty & uncle relaks je naik Lambak tu. Siap bagi semangat lagi kat kitorang. Hahaha.

Sampai atas, orang agak ramai. So, bagi peluang dorang ambil gambo dulu. Tapi, nampak je spot lengang tak de orang, terus kitorang masuk line nak bergambo. Haruslah bergambo bila dah sampai puncak. Alhamdulillah, sampai jua akhirnya. Dorang pun actually happy aku bawak dorang ke sini. Hehehe. Best kot trek Lambak!! Sempat lah jugak memasing panjat tiang batu yang boleh tengok view dari Puncak Lambak. Bergambo kenangan dekat menara pemancar yang ada kat situ. Actually, nak terus ajak dorang ke pokor gergasi tu tapi time tu cuaca macam nak start hujan. Hujan pun dah turun renyai-renyai. Lepas kitorang makan bekalan yang mak sediakan, kitorang terus bergerak turun. Around pukul 12 tengah hari kitorang sampai kat parking kereta semula. Sempat lah jugak cicah-cicah kaki kat air terjun kecil yang ada kat situ. Mujur Adda tak wat hal nak mandi kat situ. Hahaha. Elok pulak bile tang turun, hujan dah berhenti.

Masa nak turun aku bagi dua piliha pada mereka bertiga sama ada nak turun ikut trek yang kitorang naik tadi atau ikut trek yang lebih landai dan santai. Pikir punye pikir, dorang decide untuk turun ikut trek yang mencanak naik tu. Well, kate pendaki muka pinggan!!! Barulah ade beran!!! So, bila turun dengan trek yang menjunam kene lebih berhati-hati dalam melangkah dan memijak akar kayu. Well, nak dijadikan ceritanya...aku kan lupe trek Lambak camno ghuperrye, so aku naik Lambak pakai sandal hiking aku. Time naik okay ke. Time tang nak turun tu. Sandal aku agak licin bile memijak. Tergelincir jugak lah. So, aku decide untuk berkaki ayam jer lah. Jangan buat selalu ye kawan-kawan. Bahaya jugak bile berkaki ayam ni. Risau terpijak dan tersadung akar je. Dah turun harga hantaran kahwin Cik CT. 

Actually, kitorang kene kejar masa untuk sampai KL sebelum lewat petang. Sebab tu tak lama sangat kat Lambak. Kalau tak memang aku nak ngajak depa p cari kopi Kluang. Balik tu Lydia drive sampai ke Bangi. Alhamdulillah, perjalanan kami balik sangat dipermudahkan. Aku drop Adda, Lydia dan Nabila kat HOA dan aku terus balik ke Setia Alam. 1st time aku drive ye kawan-kawan balik Setia Alam. Well, bila 1st time dan sorang, nervous die terlebih sikit. Hahaha. Salah masuk susur itu biasa ye walaupun dah follow Google Maps. Sape yang salah? Aku yang tak pandai baca maps atau maps tu yang tak clear bagi petunjuk??? 🤔🤔

Disebabkan salah masuk susur tu lah aku buat tawaf satu Putrajaya petang tu. Siot betul. Hahahaha.

Tapi takpe, pengalaman itu penting. Well, pengalaman naik Trans Payong, pengalaman digelar scammer terunggul di Gunung Lambak, kenangan pusing satu Putrajaya, kenangan kene game dengan tol Touch n Go. Adoiiii...Semuanya memberikan aku memori yang sangat indah. Dan haruslah aku coretkan di Blog Cik CT ini.

Oh ya...pengalaman aku kene game dengan tol. Tak silap aku mase aku sesat dan aku kene masuk highway MEX. Well, bila dah salah Google Maps reroute lah balik mapskan. So, masuk MEX highway. Bile masuk highway kene masuk tol kan. Nak dijadikan cerita, time aku nak touch kad Touch n Go aku, aku tak jumpe pun mesin touch tu. Omaigadd..camner ni??? 😱😱 Aku yang cuak terus bagi hazard light. Tapi tak sampai seminit aku turn off hazard light sebab mata aku nampak kaunter touch n go ade kat depan. Siot ahhh..kene game aku weiii. Malu siot..mesti kereta belakang pelik awat aku tetibe stop dan bagi hazard light. Dah lah baby O time tu transparent lagi. Malu mak nak!! Dalam baby O aku bantai gelak sorang2. Tapi, itu lah kenangan manis aku yang 1st time bawak kete ni. Hahaha...

So, korang layan kan jer lah gambar-gambar kenangan yang sempat kitorang ambil kat puncak Gunung Lambak ni.











Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...