Skip to main content

Pendakian kali ke-2 ke Gunung Lambak bersama Pika dan V

Assalamualaikum..

Weekend baru-baru ni, yus balik kampung. Nak celebrate birthday mak dan ayah. Dan kebetulan pulak Vajidah ajak naik Lambak Sabtu pagi tu. Molek sangatlah kan. Yus pun dah lama tak panaskan badan sejak habis puasa ni. Asyik makan je kojenye. Hehehe..

Seperti biasa, tiga hari sebelum bertolak yus beli tiket balik Pontian online. Malangnya, Maju Ekspres dah tak ada untuk perjalanan pukul 8.30 malam. Next trip adalah pukul 10.30 malam. Yus tak nak lah sampai kampung lewat pagi sangat. So, yus decide beli tiket online dengan bas S&S International. Alhamdulillah, ada kosong lagi pukul 8.20 malam. 

Yus sampai kampung around pukul 12.30 tengah malam camtu. Adik lelaki yus yang amik yus kat depan. Ibab pun ikut sekali. Dorang boleh pulak paw yus pagi-pagi buta tu p 7E beli eskem. Sabo je lah. Hehehe.

Bestnye dapat jumpa mak dan ayah.

Yus kene tidur awal sebab esok pukul 5.30 pagi dah nak kene bangun. Nak gerak ke Kluang pulak. Adik yus yang no 4 ikut sekali naik Lambak.

Paginya, bangun-bangun siap-siap semua, adik yus Fatihah antar yus dan Pika ke bustop depan bomba. V akan pickup kitorang berdua kat situ. Lama gak lah tunggu V tiba. Rupa-rupanya V terlajak tidur. Huhuhu. Sempat lah jugak yus snap picture signboard Rengit pepagi buta tu. Hehehe..Ajak adik yus berselfie kat situ. Tapi dorang berdua tak nak. Katanya buat malu je la ko ni long. Sabo jer lah dapat kakak suka berselfie ni. Hahaha...


RENGIT INDAH & CERIA

Dalam 20 minit menunggu, akhirnya V sampai. Kitorang kene p hantar anak buah V ke Sekolah Menengah Dato' Menteri dulu coz dia ada seminar motivasi UPSR. 

Around pukul 8.30 pagi kitorang sampai di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lambak. Seperti biasa, memang dah ramai orang. Mokcik pokcik bersenam robik pun dah ramai dah. Rajin depa semua ni bersenam.


Kitorang bertiga start mendaki pada pukul 8.45 pagi. Buat sikit aktiviti panaskan badan dulu. Kang tak pasal-pasal kejung tengah perjalanan. Hahaha.

Fuuhh, yus lama dah tak mendaki. Mengah jugak nafas dibuatnya. 

Seperti yang kita semua tahu, track Lambak boleh tahan mencanaknya. Terdapat dua laluan naik disepanjang perjalanan. Dua-dua track ni same je die punye tahap kesukaran. Ikut lah nak lalu route yang mane satu. Panjat memang lah kene panjat. Tak ada escalator pulak nak naik gunung ni. Hahaha.


Antara laluan yang nak naik kene guna tali tu. Boleh tahan susah lah bila nak turun tu. Ni kalau time hujan memang pakat gelongsor je lah.



View ni yus snap kat laluan lain. V naik ikut laluan yang lain.



Panjang sungguh akar pokok ni kan. Menjalar-jalar. Mujur ada akar-akar ni. Boleh lah bantu kami semua ni panjat.




Pika di awal pendakian. Tengok, cool je Pika kan?? Ini kali pertama Pika mendaki gunung. Yus bajet adik yus punye stamina ni stronglah. Rupa-rupanya, belum sampai kat tapak Selamat Datang Ke Gunung Lambak dia dah pancit. Seriously, pucat giler muka Pika. Yus dan V dah cuak dah. Buatnya pengsan tengah hutan ni nyaya kitorang berdua. Last-last kitorang mintak jugak die jalan slow-slow sampai ke papan tanda selamat datang tu. So, pika rest kat situ the yus dan V teruskan pendakian kami hingga ke puncak.

Perjalanan ke puncak sangat melelahkan. Stamina yus tak berapa nak baik sangat. Slow je langkah menapak tu. 4-5 langkah menapak, yus stop kejap amik nafas. Alhamdulillah, dalam pukul 10 pagi camtu kami berjaya sampai ke destinasi.


Dah nampak cahaya kan tu, maknanya dah sampai lah ke kemuncak gunung lambak.

Sampai-sampai je kami merehatkan diri dahulu sebelum aktiviti amik-amik gambar. Tiba kat atas tak ramai pun pendaki yang lain. Maybe sebab dorang semua dah turun. Ataupun dorang mendaki terus ke arah terletaknya Big Tree. Barulah yus tahu kalau terus meredah hutan dalam 30 minit lagi, kita akan berjumpa dengan Big Tree. Katanya kat situ terdapat sebuah pokok yang sangat besar. Ukur lilit batang pokoknya menyamai dengan sepuluh pemeluk. Perghh, besar gak tu. 

Disebabkan kederat kami yang sangat kelelahan, kami decide tak nak teruskan perjalanan ke sana. Lagipun hari dah panas terik. Kesian pulak Pika tunggu kat bawah lama-lama nanti. Mungkin pendakian yang ketiga, yus akan kesana. 



Gambar dua keping di atas ni credit to  https://piathesearchingwoman.wordpress.com/2015/03/08/gunung-lambak-kluang-johor-malaysia//

So, dah rehat barang 10-15 minit yus dan V start lah mengabadikan momen-momen kat atas puncak ni. Tak ramai orang so, kami berkesempatan untuk memanjat tiang yang ada disitu.





Biasalah, kemuncak Gunung Lambak tak ada apa yang dapat dilihat. View pun terbatas dengan pokok-pokok yang ada. Kalau nak abadikan kenangan kat atas tu, boleh amik gambo kat papan tanda yang ada disediakan disitu. Alorhh, sebagai petanda kita dah jejakkan kaki kat atas tu.



Nak selfie dengan Mr Mon pun boleh. Boleh tahan debab juga dorang ni. Yang penting, makanan yang berplastik jaga. Depa ni pantang tengok orang keluarkan plastik dari dalam beg. Yus hari tu pun, slow-slow monyet tu nak ke arah yus sebab yus keluarkan plastik tisu dari dalam kocek beg. Adoiii.
 

Lebih setengah jam rehat kat atas tu, yus dan V decide untuk turun. Kami berdua gerak turun dalam pukul 10.30 pagi. Time turun memang time yang paling best. Tak rasa penat sangat bila turun ni. Rasa best je. Kaki pun laju je melangkah. Yang penting kene berhati-hati. Lebih kurang dalam setengah jam lebih kami sampai ke tempat Pika berehat. Perghh, sedap sungguh dia bantai tidur kat situ. Nasiblah tak ada monyet yang mengacau. 

Kat sini pun tak sah kalau tak bergambo. By the way, bertukar jugak papan tanda kat atas ni. Dah cantik dah. Yang dulu punye dah nak tercabut dah. Berkarat pulak tu. Yang baru ni nampak macam kayu. So, harap2nya tahan lama la ek. hehehe



Amboii Pika...Dah tak nak pengsan ke???


Yeehaa..kami berjaya juga mendaki Gunung Lambak.

Start turun dari point ni kami tak ikut route yang kami naik pagi tadi. Kami bertiga ikut route yang lebih landai dan straight. Cuma agak jauh lah. Tapi tak ape asalkan tak mendaki. Hehehe. So, around pukul 11.15 pagi kami sampai ke tempat parking kereta. Alhamdulillah..Sangat penat. Tapi menyeronokkan. Tak dapat naik Ledang, naik Lambak pun jadilah. Actually, plan naik Lambak ni pun plan V sebab hujung bulan ni dia ada trip 4 hari 3 malam ke Yong Yap. 

So, kak yus doakan V berjaya ya. hehehe. Yus tak ready nak join camping dalam hutan ni, setakat daypack tu boleh lah lagi.

Ramai orang kata, tak penat ke daki gunung ni? Sokmo memanjat je koje si yus ni.

Bagi yus sendiri, satu kepuasan bila mendaki. Walaupun adakalanya, emosi dan fizikal agak terganggu di tengah pendakian, kaki tetap diteruskan melangkah. Kalau tak melangkah takkan lah nak berhenti setakat situ saja kan. Dah alang-alang naik, biar sampai ke puncak. Dah alang-alang penat, biar penat betul. Hahaha.

So, pendakian kali kedua ke Gunung Lambak success.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...