Skip to main content

Cerita Raya Yus - Vitamin C Shaklee Sustained Release

Kita sambung semula cerita raya yus tahun ni.

Macam biasalah, petang raya pertama kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman belah Cik Ani pulak. Kampung Semaloi, Endau. Nak dekat-dekat bunyiknya dengan Sepanyol kan. Cik Ani selalu cakap kampung tempat dia dibesarkan dekat Sepanyol. Amboii Cik Ani..curlass u jah!!!

Tapi perjalanan kami pada petang itu delayed sampai ke lewat petang disebabkan ramai pulak tetamu yang datang beraya ke rumah. Takkanlah orang datang beraya kami nak halau pulak kan. Kan biadap namanya tu. So, nak dijadikan cerita dalam pukul 6 petang baru kami bergerak menuju ke Endau. Selalunya pukul 3 petang kami dah gerak balik dah then akan sampai kampung pukul 7 malam. Tapi raya tahun ni kami sampai kampung pada pukul 9 malam. Huhuhu.

Balik raya tahun ini juga dengan dua buah kereta. Adik lelaki yus, Faiz drive Pak Itam dengan ditemani Pak Sarip sebagai co-pilot. Yus pulak naik Cik Biru, adik yus yang ketiga sebagai drivernya sambil ditemani oleh Cik Ani, Pika dan juga Ibab. Seperti tahun-tahun yang lepas, Ibab memang akan ikut kami sekeluarga balik kampung. Macam ibab ni tak ada kampung lain gamaknya. Hahaha.

Tahun ni jugak adik perempuan yus, Angah tak dapat balik kampung semaloi. Tahun ni giliran dia beraya kat KL, keluarga mentua dia. Dia just balik raya Johor pada malam hari raya kedua. So, dia dan suaminya terus balik ke Rengit. Tak singgah kg semaloi.

Sampai-sampai je macam biasa, bersalaman dulu dengan makcik-makcik yang ada. Seperti biasa jugak, rumah Tok Pah memang ramai anak cucunya yang balik beraya. Mereka semua dah ade sehari sebelum raya lagi. Dan seperti biasa juga, tak tahu nak tidur mana sebab dah tak ade ruang nak tidur. Hahaha. Nak dijadikan ceritanya, Tok Pah suruh kami sekeluarga tidur kat rumah Cik Ros dan Pak Jali. Dorang berdua dah balik beraya rumah keluarga Cik Ros. So, selesa lah kitorang sekeluarga melepak kat rumah Cik Ros. Nak mandi pun senang. Aurat tak ade lah terdedah. Tapi untuk sehari tu je. Raya kedua kami sekeluarga dah tidur semula rumah Tok Pah sebab mak long pak long dan anak-anaknya dah balik. Giliran mereka beraya Senggarang pulak. So, anak-anak dara tidur kat bilik Tok Pah.

Oh ya..Pagi hari raya kedua tu Faiz dah siap-siap nak balik Kg Merlong semula. Dia mana nak duduk lama-lama kat kampung tu. Lagipun tak ada sape tolong tengokkan bengkel Pak Sarip. Angah pun nak balik malam tu dengan suami dan anaknya. So, kalau ada Faiz baguslah jugak. Yus dan lain balik hari raya ketiga. Subuh-subuh lagi kitorang dah gerak. Lagi satu peel Pak Sarip ni dia akan gerak balik awal-awal pagi. Lepas subuh dah gerak dah. So, bangun je dari tidur, cuci je muka tak mandi pun terus kami sekeluarga gerak balik Kg Merlong. Tiap tahun macam tu lah. Cik Ani pun relaks je. Jenis tak kisah. Tok Pah pun relaks je. Memang paham jenis menantu lelaki dia macam tu. Hahaha.

Tapi sepanjang beraya rumah Tok Pah, boleh dikatakan best lah jugak. Cuma tahun ni je tak dapat berswafoto kat sawah bendang. Tak dan weh. Lagipun padi tengah kering. View tak berapa nak cantik sangat.

Raya tahun ni jugak macam biasa akan singgah rumah peninggalan arwah Tok Bak. Moksu Jama, pak ngah Za semua ada. Kitorang konvoi raya rumah sedara mara Cik Ani. Pergi kenduri kahwin anak kawan Pak Sarip masa dalam tentera dulu. Sebab tu lah tak dan nak menyinggah bendang. Balik-balik je kat rumah Tok Pah, pakcik-pakcik yus tengah sibuk berbbq ayam, lembu dan kambing. Sedap giloss. Memang lesap ayam-ayam tu bila dah siap bakar. Hahaha.

Okay. Biasalah bila raya ni macam-macam makanan masuk dalam perut. Dari kuah kacang, lemang, sampailah ke kuih raya. Sokmo makan jer kejenye. Dan bila dah banyak sangat makan yang berminyaklah, berkacanglah, berkolestrollah mulalah jerawat pun naik berketul-ketul. Raya ri tu je dua biji jerawat besar naik kat dahi yus ni. Perghh..stress giler ahh. Tak cantik tau gambar i is. Berbenjollah jerawat besar dua ketul tu. Apalagi, cepat-cepat lah yus telan Vitamin C Shaklee. Nak kasi jerawat tu cepat kecut. Memang tak sampai sehari je jerawat yus kat dahi dah kecut dah. Tapi tu lah. Bila dah kecut jerawat tu tinggalkan kenangan. Tinggalkan bekas lah. Serious tak cantik wei. Jerawat yus jenis yang besar-besar so, bila dia dah kecut dia akan tinggalkan bekas hitam. Lagi satu hal pulak nak hilangkan bekas-bekas tu. Tapi mujur jugak yus consume ESP. Baik untuk kulit. Menghasilkan jaringan-jaringan kulit baru dan memudarkan parut jerawat. Tapi, mayb agak lama jugaklah masa yang diambil untuk hilang. Tapi, not bad. Tak lah teruk sangat bekasnya sekarang. Konsisten consume in sha Allah, hilanglah tu nanti.

Dua benda ni memang yus takkan pernah skip. Memang tiap-tiap hari akan consume. Vitamin C Sustained Release Shaklee & ESP, dua-dua ni produk hot keluaran Shaklee.

Yus memang consume dua produk ni disebabkan sebelum ni yus punya problem kulit. Raya hari tu memang tak tinggallah Vitamin C, Herblax dan Lecithin. Cuma ESP je tinggal kat rumah sewa Subang. Besar lah kot kalau nak bawak balik tong ESP naik bas tu. Hahaha.

Seperti biasa sedikit info mengenai Vitamin C Sustained Release Shaklee

Vitamin C Shaklee dinamakan sustained release kerana menpunyai kuasa untuk bertahan selama 5 jam dalam badan dengan melepaskan 100mg setiap sejam.

Maka, 1 biji = 500mg - tahan 5 jam

Berbeza dengan jenama lain yang serta merta singkirkan vitamin c melalui buah pinggang.

Kenapa??

Kerana badan kita hanya mampu menyerap 100mg vitamin sahaja dalam satu masa. Selebihnya akan dibuang melalui air kencing.

Kan membazir namanya tu.

Sebab itu, ramai mendapati vitamin C supplement tak mampu cantikkan kulit pun...

KECUALI JENAMA SHAKLEE!!!

Yus share sikit apa kebaikan yang kita bakal perolehi dengan Vitamin C Shaklee ini.

~ gebukan kulit dan hilangkan parut
~ menguatkan gusi dan tulang
~ menguatkan imuniti  badan dari jangkitan penyakit
~ menguatkan saluran darah
~ membantu proses tambah sel darah merah
~ sebagai antioksida
~ bantu penghasilan kolagen dalam badan
~ tingkatkan kesuburan

Best kan!!! In sha Allah, korang pasti akan menyukai Vitamin C Shaklee ini. Yus sendiri mengamalkannya. 

Badan kita memang memerlukan vitamin C. Mampukah kita untuk makan 7 biji oren sehari bagi memenuhi keperluan vitamin c dalam badan kita?

By the way, Vitamin C Shaklee is a real food, not chemical bond processed vitamin c.

Bagi yus sendirilah sebagai pengguna Vitamin C Shaklee, yus akan consume dua biji sehari. Yus amik sebiji pada waktu pagi. Selalunya bangun-bangun tidur jer yus dan telan sebiji dengan diikut air masak segelas. Sebiji lagi pada waktu malam sebelum tidur. Dah jadi satu rutin mesti akan consume vitamin C ni.

Selain dari itu jugak, Vitamin C Shaklee jugak boleh dijadikan sebagai masker. Yus selalunya akan hancurkan sebiji vitamin C. Larutkan dengan sedikit air dan tepek ke muka. Mula-mula yus buat, punye lah gatal merenyam. Tahan jer. Tapi lama-lama okay dah. Rasa berangin. Suprisingly, jerawat lagi cepat kecut dan hilang.

Vitamin C Shaklee juga sesuai untuk mereka yang selalu sakit-sakit. Selsema. Batuk-batuk. Vitamin C jugak boleh meningkatkan imun dalam badan kita. So, ini akan mencegah kita dari terdedah dengan masalah kesihatan. Apa-apa pun, kita berbalik semula kepada Yang Maha Esa, sebagai penyembuhnya.

Untuk cara makan bagi mereka yang demam selalunya boleh amik 4 biji sehari. Tapi gap kan masa makan tu selang 5 jam.

Ohh ya...pengambilan cafein sangat tidak digalakkan bila kita amalkan Vitamin C supplement. Tak kisahlah apa jenis supplement pun. Kalau nak jugak amik kopi ke nescafe ke, amik selepas 5 jam. Kalau tak sia-sia jer lah kita consume vitamin C tu. Hehehe.

So, raya hari tu memang yus tak tinggal consume Vitamin C Shaklee ni. Wajib kene makan. Hehehe..

Sedikit cerita raya yus bersama Vitamin C Shaklee. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai Vitamin C Sustained Release Shaklee ni boleh saja terus tinggalkan komen dibawah dan wassup terus yus.

Nak dapatkan harga Vitamin C ini dengan murah pun boleh segera wassup yus. Hehehe.

Yus - Shaklee Independent Distributor
ID : 1253398
013-7986489
 

P/S: For next entri yus akan sambung pulak cerita raya yus dengan ESP, minuman berprotein yang pastinya disukai ramai.




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...