Skip to main content

ReVoNGeN RaYa 2017

Selamat Hari Raya..Aidilfitri Mulia..
Ampun Maaf di Pinta..
Mensuci Hening Dosa..

Echeewaahhh..Nyanyi gitu cik yus ye. Hehehe..

Hai..Bertemu kembali. Kali ni punye entri nak hapdet pasal Jamua Raya Revongen yang baru-baru je lagi kami sambut. Meriah uollss dengan kehadiran staff2 setia Revongen dan juga tetamu kehormat big boss kami.

Alhamdulillah, jamuan diraikan dengan cukup meriah tahun ini. Lain dari yang sebelumnya tau. Kali ni weollss panggil catering okay. RM28 satu kepala, mestilah makanannya pun sedap-sedap belaka. Berbaloilah dengan harganya. Hiks..Hiks..Hikss..

Jamuan raya tahun ini dikendalikan oleh salah satu anak syarikat Revongen iaitu Myhalmart yang diketuai oleh CEO nya sendiri iaitu Puan Zaza berserta anak-anak buahnya, Kak Adah dan Hakim. Kali ni our big boss kami, Mr Law sponser lebih kurang RM5K untuk jamuan raya ni. Wooowwww...

Before ni tak pernah tau. Before ni bajet under RM1.5K jer. Kali ni yang membezakan jamuan yang sebelum ni ialah ada Lucky Draw tau. Hadiah lucky draw datang dari produk-produk Myhalmart sendiri. Seperti biasanya, yus ni memang tak dikira bertuah lah. Sebab no cabutan bertuah yus iaitu 743 langsung tak disebut. Hampess sungguh!!! Tapi yang bestnya yus dapat hadiah cabutan bertuah dari Ms Yau, my boss department. Dapat jus delima. Hehehe..


Bebalik semula kepada acara jamuan, jamuan dimulakan pada pukul 5 petang sehingga pukul 7 malam. Hurmm..Ramai yang datang rupenye. Sampai tak cukup tempat kat dalam auditorium tu. Lepas ni memang kene suruh Mr Law pasang kanopi lah kat luar opis. Hehehe...Acara dimulakan dengan kata-kata aluan dari Big Boss kami, Mr Law dan seterusnye acara makan-makan didoakan oleh Encik Amin. Tahu dahh..memang masing-masing dah lapar kan. So, memang tak nak tunggu lama, baik cepatkan sikit program tu. Hehehe. 

Yus pandang makanan-makanan yang ada atas meja pun rasa macam nak terkam tau.

Kali ni punye jamuan raya macam-macam ada. Ada satay ayam dan daging. Rasanya satay kajang tu. Sedap semacam.



Ada jugak roti jala...yang ni paling best. Makan roti jala dengan serawa durian. Masha Allah..sedap giler weii. Serawa durian ni paling cepat habis. Hishh..sampai la ni rase terliur tau. Yus dengan member-member lain berapa kali dah duk tambah. Hahaha..



Roti jala dengan kuah kari tak berapa nak popular. Tapi apa-apa pun dua-dua menu ni memang ohsemm...

Menu yang paling sedap selain dari serawa durian roti jala tu ialah soto. Lagi sekali, Masha Allah..sedap giler soto. Soto tersedap yang kedua lepas cik Ani punye soto. Hahaha. Mestilah soto cik Ani lagi sedap.


Seriously, memang soto Zai Catering semuanya cukup rasa. Makan dengan bergedil die tu. Fuhh..meleleh. Bertambah gak kitorang makan soto tu.

Menu yang lain, antaranya Rendang Ayam dan lemang. Actually, kitorang semua ni main cuit-cuit sikit je. Amik satu mangkuk banyak-banyak then kongsi sama-sama. Bukan apa, sebab nak merasa semua. Dah kalau semua sorang satu pinggan, kang makanan yang ada tak dan nak makan sebab perut dah penuh. Hahaha...


Kuih muih pun ada. Ada kuih Seri Muka dan Karipap Kentang. Tapi tak berapa nak laku lah pulak. Dalam laku tak laku tu habis jugak tau. Staff Revongen ni kan ramai. Tak habis memang kitorang bawak balik lah.


Bercerita pasal tapau bawak balik ni, memang banyak giler makanan hari tu. Ingatkan dah habis tu tak bertambah. Rupa-rupanya pelayan Zai Catering tu tambah lagi makanan. Fuuhh..memang best lah. Aku apalagi, tapau lah satay daging, kuih muih, kuew teow goreng. Malam tu pas mandi semua, makan lagi. Adudududuhhh..makan lagi. Hahaha...


Hasil tangkapan untuk makan malam pulak.


Ehhh...bila dah ada jamuan raya ni, memang tak sahlah kan kalau tak ada gambar. Tahun ni Myhalmart siap set up photo booth lagi tau.


Kat sini lah kami bergambar. Gambar every department ada pada kak Eza. Kat yus pulak gambar mana yang sempat geng yus snap la. 


Our big boss dan finance team. Ehh..apa Faizul buat kat situ???


Senyum memang tak perlu kata apa-apa.


My boss department and the big boss..


Time ni kak Adah snap. Before pukul 5 yus p turun auditorium kacau kak Adah. hahaha



Apa-apa pun Raya Revongen 2017 sangat meriah. Makanan pun memang semuanya sedap-sedap belaka. Memang berbaloi sangatlah kitorang amik dengan Zai Catering ni.

In sha Allah, jamuan raya tahun depan kita buat macam ni lagi . Kalau boleh kita buat kat hotel ke. Barulah grand kan. Hahaha..Cuma satu je yang kurang. Every  year pasti akan ada kek tapi tahun ni tak ada. Takper lah. Makanan yang ada ni pun tak terhabis. Hehehe...

Soalan yang pasti akan ditujukan untuk diri yus sendiri. Tahun depan celebrate lagi ke Jamuan Raya kat Revongen ni????

Kita tunggu dan lihat.. Daaaa...

***************************************************************
Selingan Iklan...

KAIN SENDAT LEPAS OPEN OFFICE

Meriah ofis yus hari ni. Penuh dengan makanan

Yus makan sampai tak ingat dunia

Sedar-sedar je kain dah sendat. hahaha

Nasib baik boleh kancing lagi. Balik ni wajib telan herblax dan lecithin.

Yus suka herb lax ni sebab lepas je ambik confirm tak lama lepas tu akan ke tandas terus buang balik apa yang yus dah makan tadi

Dalam Herb lax  ni ada daun senna tau.

Daun Senna ni digunakan oleh masyarakat cina sebagai julap semulajadi

Jadi ianya selamat untuk tubuh badan

Dan lecithin pun yus suka sebab dia bagi inch loss cepat

Kalau nak kurus 2 benda ni wajib ada dalam tas tangan korang

Jom order dengan yus. Open house berderet lagi kan!!!!

Yus - Shaklee Independent Distributor
ID : 1253398
013-7986489




Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...