Skip to main content

Cerita Raya Yus - Lecithin & Herblax

Pejam celik pejam celik dah masuk raya ke-11 dah. Cepat kan masa berlalu meninggalkan kita. 

Aura raya masih lagi terasa kehangatannya. Open House pastinya akan diadakan bagi menjemput kawan-kawan, sanak saudara bertemu dan saling bermaaf-maafan. Tapi bagi yus untuk masa ni tak ada lagi jemputan open house yang yus terima. 

Tiba-tiba rindu lah pulak lemang, ketupat rendang, kuah kacang dan kuih muih. Tu lah..masa kat kampung malu-malu nak melantak. Katenye nak jaga kesihatan. Hahaha. Hampeh lah semua tu. Ingat lagi masa pagi raya, macam biasa bangun kenelah awal. Nak kene bebel dengan cik Ani ke bangun lewat?? Tahan lagi kalau kene bebel dengan cik Ani tapi tak leh tahan kalau kene bebel dengan Ateh. Mulut die boleh tahan sakit hati kita dibuatnya. Sabo jer lah.

Mandi-mandi, siap-siap pakai baju raya, selfie adik beradik dekat ruang depan then baru p meja makan menjamu selera. Macam biasa, menu cik Ani di hari raya tak sah lah kan kalau tak ada ayam masak merah, nasi impit dan kuah kacang. Ohh ya..tak lupa jugak rendang ayam. Alahai..sedapnya. Terliur sudah ini. Pak Sarip awal-awal lagi dah p masjid nak solat sunat hari raya. Faiz pulak masih lagi membuta. Ntah ape-ape budak tu. Tapi bangun jugak lah bile cik Ani dah kejut tu.


Okay...mulanya, plan nak makan sikit jer lauk-lauk yang ada atas meja tu. Almaklumlah, setelah sebulan berpuasa, berat pun berjaya turun tapi tiba-tiba di pagi hari raya kau melantak tak hengat duniya. Confirmlah kembali tong badan tu. Hahaha. 

Tapi kalau dengan adanya Lecithin dan Herblax, yus dah tak perlu risau dah. Makan jer lah apa yang dah tersedia tu. Hari raya kan. Rugilah kalau tak merasa semua tu. Bila lagi nak jumpe ketupat, lemang, rendang ayam, lepat lui, burasak dan macam-macam makanan lagi. By the way, ni baru menu kat rumah cik Ani tau. Belum lagi p rumah nenek Embon. Pulak tu mak long lena yang masak. Memang ko tak boleh kata tidak lah. Memang ko bukan setakat pandang je lah lauk tu. Hohohoho.

Jangan risau kalau dah siap sedia dengan Lecithin dan Herblax. Before makan tu telan dulu Lecithin 6 biji, herblax 3 biji, in sha Allah..lemak-lemak yang tersimpan banyak tu akan dihapuskan terus. So, berat tu akan tetap maintain. So, makan lah dengan penuh gumbira.


Set Bajet Kurus


Lecithin - Membantu membakar lemak-lemak tepu yang ada dalam badan kita. Better amik sebelum makan k.


Herblax - salah satu agen detoks. Membersihkan usus-usus kita yang berkerak lama tu. So, toksin-toksin jahat akan dibuang melalui proses pencernaan. Memang smooth giler time memerut tu. Perut pun rasa kempis je. Tak caya??? Cuba lah....

So, dah setel siap-siap dan makan-makan kat rumah, kami terus bergerak ke rumah nenek Embon. Tahun ni tak ramai yang balik sebab pakcik makcik aku masing-masing beraya di rumah mertua mereka. So, kehangatan raya tu tak berasa sangatlah. Seperti biasa, pagi tu diadakan sedikit kenduri doa selamat yang diketuai oleh ayah yus, Pak Sarip. Pagi tu hujan memang agak lebat. Alhamdulillah, hujan rahmat kata orang. Lepas dah habis doa selamat tu, kitorang pun startlah sesi makan-makan. Mak aii..mak long lena kalau masak macam beratus orang yang nak makan. Macam lauk orang kenduri. Macam-macam ada antaranya ayam masak merah, kari daging, rendang daging, sayur lodeh dan menu paling best ialah sate daging mak long lena. Hisshh..memang bertambah pingganlah jawabnya. Itsokay, Lecithin dan Herblax ada. Dun wurry. jangan risau.

Macam biasa, lepas makan tentu saja anak-anak dara ditugaskan untuk mencuci pinggan. So, aku dengan rela hatinya melaksanakan tugas itu. Mujur tak ramai anak-anak nenek embon pagi tu, kalau ramai memang aku suruh adik sepupu aku yang lain yang basuh. Hahahaha.

Lepas makan-makan tu baru sesi bergambar. Sempatlah amik gambar family. Cuma tak ada faiz dan angah je. Oh ya, angah tahun ni tak beraya di johor. Giliran die beraya di KL. Dia dan suami balik malam raya kedua. Terus balik Merlong tak balik kampung semaloi.


Tahun ni, tema raya kami warna pink tapi nampak gaya macam warna ungu pulak. Hoho..

Aterr..yus nak bercerita ni. Dah makan makanan yang ada banyak minyak. So, tak sah lah kalau muka tu tak naik jerawat kan. Problem lemak tak perlu risau dah sebab ada set bajet kurus (Lecithin & Herblax). Ni tang jerawat naik mengganas ni. Aduhaii..bikin spoil raya yus je. Raya ni dua ketul jerawat naik tang dahi. Actually, lame dah tau jerawat tak naik tang dahi. Kali ni die naik pulak. Spoil gambo raya yus. Hahaha.

Tapi yus dah tak risau dah. Sebab yus dah ada senjata penghapus jerawat. Ehhh..apa tu?

Nak tahu??? Baca next entri raya yus pulak ye. Yus bercerita lagi pasal raya yus dan agen penghapus jerawat yus. Btw, jerawat yus yang kat dahi tu dah kering. Yuhuuu..

Jumpe di next entri.

Yus - Shaklee Independent Distributor
ID : 1253398
013-7986489

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...