Tuesday, 11 July 2017

Dah ada Akaun Tabung Haji 10 Julai 2017

Alhamdulillah...Yus dah bukak dah akaun tabung haji. Baru je bukak semalam. Tak daftar haji pun lagi. Kene ada RM1.3K baru boleh daftar haji. Kalau bukak akaun, RM 2 pun boleh. Hehehe.

Tapi yus masukkan RM50 je.


Gigih yus amik half day semata-mata nak p bukak akaun Tabung Haji ni. Mujur lah jugak p dengan Intan. So, after habis kerja kul 1 tu yus terus shoot ke rumah sewa. Letak dulu motor dan tunggu Intan pick up kat rumah. Kitorang berdua p Tabung Haji area Shah Alam. Kat Anggerik Mall.

Diringkaskan ceritalah ye...Hampir 2 jam jugaklah menunggu angka giliran kami dipanggil. Bila angka giliran yus dah dipanggil, boleh pulak yus salah p kaunter. Yus p kaunter 6, sepatutnya kaunter 5. Yus peliklah kenapa staff TH tak assist yus. Yus tolehlah mata kat papan elektronik angka giliran. No 3067 kaunter 5. Adusss...malunye!!! Cepat-cepat yus p kaunter 5. Staff TH kaunter 6 gelakkan yus. Hahaha...Mujurlah Intan yang ada kat kaunter 5 tu so, yus tunggu die selesai dulu. Huhuhu.

Alhamdulillah..dalam pukul 5 petang, kami berdua dah ada akaun Tabung Haji. Lepas ni menabung pulak kat Tabung Haji lah kita. Hehehe...


Wajah kesedihan menunggu no giliran dipanggil tak disebut-sebut pun. Huhuhu. Dah la lapar. 

Setelah hampir sejam setengah menunggu, perut masing-masing pun dah berbunyik, kitorang keluar dari TH dan cari tempat makan. 


Alhamdulillah..kekenyangan. Kitorang makan pun dengan tergesa-gesa. Risau no giliran dah dipanggil. Hahaha...


Finally, dah boleh p Haji..Ehhh..kumpul RM1.3K dulu..Daftar haji dulu. Hehehe..


No comments:

Post a Comment

Hi Blog Cik CT 2025 - Cik CT kembali

Hello Blog Cik CT..... Ommoo...ommoo...Lame giler tak bukak blog Cik CT ni. Berhabuk giler dah. Bukan ape cuma tak de masa nak mengupdate. S...