Skip to main content

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Holaa...

Hari ni yus balik kampung. Tapi bas yus malam. Pukul 8.30 malam. Macam biasalah, menumpang kak Nazihah antar sampai ke TBS.

Serasanye malam ni mesti jammed kan?? Selalunya perjalanan dari TBS ke kampung yus mengambil masa 4 jam tapi memandangkan weekend ni Raya, esok pun anak-anak dah tak bersekolah pastinya ibu bapa memulakan perjalanan mereka ke kampung halaman pada malam ni. So, assume je lah kita akan duduk kematu dalam bas tu lagi dua jam. Huhuhu.

Yang penting dapat balik kampung. Itu lah rasanya perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Berkumpul sanak saudara. Bermaaf-maafan di pagi hari raya. 

Ramadhan yang bakal kita tinggalkan ini diharapkan memberikan kita semua banyak pahala yang berganda. Serasa sayu pulak hati ini. 

Bertemu kembalikah kita dengan Ramadhan tahun depan???

In sha Allah, jika diizinkan olehNya pasti kita akan bertemu kembali Ramadhan, bulan yang sangat mulia. 

Yus balik dua hari sebelum menjelangnya raya. Serasanya, adik-adik yus memang dah preparekan tugasan yus dalam membersihkan rumah. Seperti biasa, mengemop lah. Hehehe. Teringat kembali persediaan raya tahun lepas. Yus mengelat mop lantai rumah. Yus mop ruang tamu dan dapur je. Ruang luar rumah yus mop pagi hari raya. Hahaha. Kene bebel lah jawabnya.

Tahun ini adik yus yang dah berkahwin akan beraya dulu di rumah mertuanya di KL ni. In sha Allah, katanya malam hari raya kedua baru balik kampung Johor. Mujurlah jugak yus cuti lama. Sempatlah bermanja dengan anak buah yus yang seorang tu, Ismail.

Kiranya, balik kampung Endau tahun ini tanpa kehadiran adik yus dan suaminya lah. Tak aper lah. Nak buat lagu mana kan. Dah berumah tangga. Bila difikirkan balik, ada bagusnya jugak yus masih lagi single. Yus tak perlu pening-pening kepala nak balik raya kampung mana dulu. Tak payah gaduh-gaduh. Hehehe...

Duit raya tahun ini yus hanya peruntukkan seratus sahaja untuk diberikan kepada sepupu yang kecil-kecil. Letak je RM2 dalam tu. Tapi kene datang bersalaman dengan yus lah. Tak salam tak dapat okay. Yang perempuan je lah salam. Hahaha...

Alhamdulillah...boss yus dah masukkan advance gaji kitorang sempena raya ni. Boleh lah buat modal duit raya pada mak dan ayah serta adik-adik. Hehehe. Tapi, kelemasan jugaklah yus lepas raya nanti. Kihkihkih. Takper lah. itu kita fikirkan kemudian. Lepas raya.

By the way, tetibe yus terkenangkan peristiwa yus di tipu oleh mat salleh or mat negro mana ntah tahun lepas. Adoiyaii..cepat sungguh masa berlalu kan...Ehhh..chopp..yus kene tipu tu tahun lepas ke or dua tahun yang lepas??

Hurmm..kene double check semula. Tapi barang yang lepas usah lah dikenang kembali. Jadikanlah ia suatu pengajaran yang sangat berguna supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari.

Panjang sudah yus berceloteh. Nanti yus sambung lagi petang ye. Tak pun dalam bas nanti k...

Assalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...