Tuesday, 26 March 2019

Doctor Run - 24 Mac 2019 -

Doctor Run ~ event larian aku untuk yang ketiga kalinya bagi bulan Mac ini. Aku buat 6KM. Organizer by PERDIM (Persatuan Doktor Islam Malaysia). Bayaran untuk larian sejauh 6KM tempoh hari cuma RM53.40, itu pun sebab aku register time early bird. Murah lah sikit.



Cantikkan medal Doctor Run 2019 ni

Running couple masih lagi Adda. Thanks Adda teman kak yus berlari walaupun kite hanya bertemu di finishing line jer. Hahaha. Rajin si gadis manis ini join event larian. Next larian dia untuk bulan 4 ni ialah RCCB run. Aku tak join lah pulak.


Inilah Adda ~ My running couple ~ Adda je lah yang sudi join lari bersama. Huhuhu

Doktor Run hari tu semuanya berjalan dengan baik. Aku just join Fun Run 6KM, so berlarilah dengan suka rianya. Tak perlu terkejar-kejar walaupun sebenarnya aku dah terlewat 15 minit dari waktu flag off 6KM. Hahaha. Aku rasa aku dah keluar awal giler dari rumah. Gigih aku bangun pukul 5 pagi siap2 terus gerak ke LRT Taipan. Siap solat subuh kat surau stesen tu je. Namun lewat jugak sampainye. Actually, tak ade lah lewat sangat aku sampai. Cuma flag off untuk larian kali ini awal.

Namun, okay je aku nak catch up cut off time tu. COT 6KM hari tu ialah 1jam 35 minit. So, aku berjaya habiskan larian gembira dengan masa 57 minit.

Macam biasa lepas dapat medal dan sedikit refreshing dari pihak penganjur, aku, Adda dan peserta yang lainnya tunggulah acara yang dinanti-nantikan, iaitu acara lucky draw. Mane lah tahu no bib aku 10333 bertuah. Namun, ternyata sekali lagi hampa belaka, masih tak cukup bertuah rupenye. Huhuhu...Tak ape lah, dah tak ade rezeki. Nak wat lagu mana kan...

Dalam pukul 1, kitorang gerak balik ke destinasi masing2. Cadangnye nak pergi tengok wayang, tapi Adda ada hal pulak. Aku pun dah start pusing kepala rasa mcm nak pitam. Maybe cuaca pagi tu panas sangat kot. Baguslah jugak tak jadi p tengok wayang. Dengan berpeluhnye lagi. Huhuhu.

Balik rumah aku dah start sakit kepala yang amat sangat. Mandi, segarkan badan dan tido. Padahal 6KM jer aku buat. Bukannya sampai 12KM atau 17 KM pun. Maybe sebab tak ade training kot. Last aku berlari time Seniman Run bulan Feb hari tu je lah. Hahahaha..

Tapi syukur sangat masa berlari pagi tu aku tak pening atau pun cramp. 

Untuk larian bulan 4 masih tak reg mane2 event larian pun. Mungkin aku sekadar nak buat virtual run kot. Lagipun dah lama aku tak berlari lepas waktu bekerja. Huhuhu. Kojenye makan je. Hahaha...

Jom ahh, kita layan gambo masa Doctor Run Ahad yang lalu.



Lepas berlari dapat refreshment dr organizer. Macam-macam ada.


Masih tak cukup bertuah bib no. 10333. Huhuhu..




Apa-apa pun aku berjaya habiskan 6KM Fun Run



We did it Adda and Good Luck for ur next run.

2 comments:

  1. kite suke tengok ramai yang suka join run.. i sokong dari tepi jele hehe..

    ReplyDelete

2024 - Tahun happy kan diri sendiri

Happy New Year 2024..... Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni hari ketiga kita di tahun baru..Blog Cik CT ni pun dah hampir 2 tahun ditingg...