Skip to main content

Review Novel: Sonata Cinta Afro

Novel: Sonata Cinta Afro

Novelis: Azie Yana

Rate: 7/10

Tarikh Pembacaan: 1 Mac - 2 Mac 2019


Apa, ingat aku tak cukup hensem ke?!

Sinopsis Kulit Belakang:

Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah.....sebab rambut aku kot. Kembang macam sarang tebuan!

Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ade aje. Maklumlah...Anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah....

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

"Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk  saya." - Samira

"Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?" - Afro

Itulah permulaan kisah cinta kami. Permulaan yang lucu belum tentu berakhir dengan bahagia, Aku suka Samira. Tapi...... 
.
.
.
Review Cik CT: 

Novel ni dah aku habis baca malam semalam. Punye lah sanggup tak layan borak Norma semata-mata nak perabihkan novel ni. Hahaha. Sorry Norma!!! Takkanlah hang tak tahu roommate hang ni bile dapat novel camne. Hikhikhik.

Novel RM1 yang aku beli kat jualan gudang karangkraf bulan Lepas. Aku pilih baca novel ni dulu sebab aku baru lepas bace novel thriller, Anding Ayangan II. So, aku perlukan novel yang agak santai, yang boleh buat aku tergelak dan tersenyum. Bagi aku, novel ni okay lah. So...So..

Membawa tema cinta berlainan usia. Usia yang agak jauh tak menghalang seseorang itu untuk jatuh cinta. Kalau hati sudah suka, apa yang nak dikatakan lagi. Lautan dalam sanggup direnangi, api membahang sanggup ditempuhi. Chewahh!!!!

Banyak jugak pengajaran dan nilai murni yang boleh diambil melalui novel ini. Antaranya, perbuatan suka mengumpat dan mengeji orang merupakan satu dosa besar tau. Tak terampun dosanya melainkan dia memohon maaf kepada orang yang diumpat atau diaibkannya itu. Cuba kalau orang tu tak memaafkan, bawaklah dosa tu sampai ke sana nanti.  Mintak dijauhkan.

Berbuat baiklah kepada ibu bapa biarpun mereka bukan ibu bapa kandung kita. Tanpa mengambil  kira layanan yang diberikan kepada kita, wajar kita mentaati dan melayani mereka selagi mereka tak mengarahkan kita untuk melakukan perbuatan yang mungkar.

Sweet tengok karektor Afro. Seorang remaja lelaki yang berambut kembang Afro, lemah lembut tutur kata, sedikit chubby dan boleh tahan jugak bila melenting. Hehehe...Mujur dia berjumpa dengan Samira. Sweet pertemuan mereka berdua. Tak boleh blah lah bila Afro sanggup berkubang dan menyelam dalam sungai yang kotor tu. Huhuhu. Seorang abang yang baik jugak. 

Jalan cerita teratur dan kemas. Walaupun tak banyak unsur humor tapi boleh lah. Aku terhibur baca novel ini. 

Sonata Cinta Afro!!!! Dapat jua bahagia yang Afro cari. 😍😍 



Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...