Baru nak update pasal lagu baru Santesh ni...Kesinambungan dari lagu Amalina chuollsss. Perkahwinan campuran dari dua bangsa iaitu Indian & Malay. Kalau dulu Amalina menjadi satu fenomena yang telah menaikkan nama Santesh, kini dengan kehadiran Mymuna bakal terus mengekalkan nama Santesh di persada muzik tanah air.
Semua duk ternanti-nantikan official video lagu Mymuna ni tau. Tak terkecuali lah aku. Sokmo tiap hari usha YouTube tu dah keluar ke belum official lagu ni. Hahaha...
Finally, tanggal 22 Feb lagu ni secara rasminye keluar. Sebelum lagu sebenar keluar Datu Entertainment release dulu Mymuna: Chapter 1. Kirenye macam teaser lah. Hahaha. La ni, video clip Mymuna dah mencecah 3.1M view. Perghh!! Salah satu penyumbang viewnye tentulah aku. Kihkihkih.
Aku suke weii lagu ni. Ade lenggok dangdut sikit. Mendayu-dayu gitu. Tambah pulak dengan suara si Santesh tu. Unsur Hindi pun ade sikit. Tak bosanlah tengok byk kali. Cume official video berdurasi agak panjang. So, korang skip terus ke minit 4.07. Kat situ lagu dah start. Dengar sore Santesh start lagu terus cair weehhh.. Hahaha...memang Santesh sangat sesuai dengan lagu ini. Di part akhir agak seram sikit. Aku terus skip part tu. Hahaha..Why Amalina jadi hantu pulak ni???? HALLA! HALLA! HALLA! Pasti ade sambunganya nanti.
Lirik lagu Mymuna pun best. Kasih sayang seorang ayah kepada anak yang sangat dikasihinya. Permata yang tidak ternilai yang diberikan oleh isteri yang tersayang. Pengikat cinta si suami dan si isteri. Mengharapkan si anak menjadi seorang anak yang berguna yang pandai menjaga tingkah laku dan imannya biarpun telah dewasa.
Jom layan official video Mymuna
Lirik lagu:
Mymuna Mymuna
Buah hatiku cantik menawan
Mymuna Mymuna
Manis paras rupamu ayu jelita
Mymuna Mymuna
Wajahmu selalu aku terbayang
Mymuna Mymuna
Yang selalu ku rindu
Di saat ku jauh
Siang aku terbayang
Malam terkenang-kenang
Engkau yang aku sayang
Membuat hatiku tenang
Semenjak kau hadir di hidup ini
Kaulah bidadari yang menghibur hati
Gelak tangismu bagai irama murni
Tanpamu hidup sehari sungguh sunyi
Mymuna Mymuna anak Amalina
Mymuna Mymuna buah hati kita
Mymuna Mymuna
Kelak bila kau telah dewasa
Mymuna Mymuna
Pelilhara cinta hingga ke hujung nyawa
Sebesar kasihku
Kepada dirimu
Jagalah imanmu
Jagalah hatiku
baru festime dengar. yang Amalina tu pernah dengar =D
ReplyDeleteHehehe...Selamat mendengar..moga terhibur dengan lagunye...
Delete