Skip to main content

Sayang Tentoobee (Part 1)

HANIS NAZIHAH BINTI HASMAD

Antara orang pertama yang aku jumpa masa aku masuk rumah sewa Tentoobee. Kak Hanis lah ketua rumahnya. Berumur 29 tahun pada tahun ini. Lahir pada tahun 1986. Berasal daripada salah satu negeri di utara Malaysia iaitu negeri Kedah. Tak silap aku di Sungai Petani. Anak bongsu dari tiga orang adik-beradik. Manja ni tau. Anak mak dan ayah. Hehehe. Dulunya bekerja sebagai seorang researcher di salah satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu CARIF yang berpusat di Subang Jaya Medical Centre. More to breast cancer punye researchlah.

Macam mane aku nak describe orangnya ye. Boleh aku katakan disini, kak Hanis ni seorang yang baik hati, lemah lembut, suke tersenyum dan kadang-kala aku tengok dia ni banyak berfikir. Hehehe. Kak Hanis ni bijak orangya. Graduan dari oversea lagi. Kak Hanis ni dia sentiasa berfikir. Bercakap dan berbual dengan kak Hanis bukan berbual-bual kosong semata-mata tau. Perbualan yang ada pengisiannya. Kadang-kadang apa yang dia cuba sampaikan kat kitorang memang tak sampai pun kat kitorang. Hahaha. Kadang-kadang susah nak hadam apa yang dia nak cakap tu. Yang lawaknya, kak Hanis ni lambat sikit penerimaan dan reaksi bila kitorang cuba buat lawak dengan dia. Dia ingat kitorang serius dengan apa yang kitorang cakap tu. Padahal kitorang tengah melawak. Hahahahaha. Bukan tak sampai langsung, cume lambat sikitlah nak sampai lawak tu kat dia.

Kak Hanis ni sangat details dan teratur orangnya. Dia duduk bilik Master room. Bilik dia sentiasa kemas dan bersih. Lagi satu aku nak bercerita pasal kak Hanis ni, dia ni seorang yang sangat pandai Excel. Aku yang budak IT ni pun tak expert bab Excel ni. Kalau nak tahu, jadual bayaran sewa rumah selama ni die memang pakai Excel. Sangat teratur dan details. Sekarang ni aku yang ambil alih bayaran sewa rumah Tentoobee. Actually, aku ketua rumah sekarang. Kak Hanis dah berhenti kerja dari CARIF tu. Dia kata cukuplah tiga tahun dia berkhidmat kat situ. Dia nak improvisekan diri dia lagi. Nak buat benda yang lain pulak. Pendek kata, dia dah tak ade kepuasan untuk meneruskan khidmat dia kat situ. Dengar cerita sekarang dia nak sambung belajar ke peringkat PHD pulak. Mudah-mudahan tercapai impian kak Hanis tu. Aku rasa kak Hanis ni nak jadi seorang pensyarah atau saintis kot. Hehehehe.

Berbalik pasal Excel tadi, sebelum kak Hanis pindah rumah dia menurunkan segala ilmu Excel pada aku. Mula-mula memang aku tak dapat tangkap tau apa yang dia ajar tu. Lama-lama tu aku dah expert. Malulah kalau budak IT, nak guna Excel pun tak tahu kan. Hahahaha..Tapi sekarang pengiraan bil-bil rumah dan sewa rumah ternyata amat mudah dengan menggunakan Excel. Hahahaha...Thank you kak Hanis. Love u laahhh... 

Kak Hanis ni masih single tau. So, kalau ada sesapa yang berkenan dengan dia boleh lah PM aku. Hahahaha....

NUR HIDAYAH BINTI SAID

Okay..Kita story pulak pasal kak Dayah. Kak Dayah jugak antara orang yang pertama aku jumpa masa aku mula-mula masuk Tentoobee. Kak Hanis dan Kak Dayah lah yang mula-mula menyewa kat sini. Orangnya manis. Sweet. Suka tersenyum. Masa mula-mula aku kenal kak Dayah, dia masih lagi seorang student Master Engineering kat UiTM Shah Alam. Sambil-sambil tu dia bekerja sebagai personal assistant dekat Honda Service Glenmarie. Tapi sekarang kak Dayah dah pindah dah. Lepas habis belajar hari tu dia dapat kerje dekat salah satu company perunding kejuruteraan di KL. Disebabkan jarak yang jauh antara KL dan Subang, dia mengambil keputusan untuk berpindah. Rumah dia sekarang di Taman Cempaka, Ampang.

Masa kak Dayah still duduk dekat Tentoobe, dia ni seorang yang easy-going. Baik hati, lemah lembut dan sopan santun. Hehehehe. Kak Dayah ni kalau bercakap memang sangat lembut. Kalau nak tahu sepanjang aku duduk dekat Tentoobe tu, aku tak pernah tengoh kak Dayah marah tau. Tak pernah langsung. Kalau dia marah pun macam bukan marah sebenarnya. Tak pernah langsung tunjukkan muka ketat atau tak puas hati kat kitorang. Kalau ada benda yang dia nampak kitorang buat silap, dia akan tegur baik-baik. Lembut pulak suaranya tu. Kak Dayah ni memang suka ketawa. Sokmo ketawa je la kojenye. Sebab tu dia nampak awet muda kot. Hahahaha.

Kak Dayah ni sebaya dengan kak Hanis dan masih single lagi. Berasal dari negeri Pahang. Dekat daerah Chemomoi. Kak Dayah anak ketiga dari empat orang adik beradik yang semuanya perempuan. Kak Dayah ni rajin memasak tau. Kalau dulu masa dia duduk kat Tentoobee lagi, memang kadang-kadang dia yang masakkan untuk kitorang. Lagi satu, kak Dayah pandai buat kopi susu tau. Hahaha. Padahal malas nak bancuh sendiri. Nak jugak kak Dayah buatkan. Alasannya, kopi susu yang kak Dayah buat sedap giler. Penuh dengan kasih sayang. Chewahh....Hahahahahaha.

Lagi satu kak Dayah ni rajin orangnya tau. Selain dari rajin memasak, dia jugak rajin berkebun. Kalau nak tahu, belakang rumah kitorang dulu, time dia ada macam-macam ada kat belakang tu. Serai ada lebih kurang lima rumpun. Cili padi lah. Peria lah. Daun kari lah. Kak Dayah ni tangan dia semacam ada magic tau. Semua yang dia tanam pasti menjadi. La ni je bila dia dah tak ada belakang rumah tu dah jadi semak, Serai pun dah buruk dan rosak. Huhuhu. Masing-masing malas nak bercucuk tanam kat belakang tu. Kak Dayah jugak pandai tau buat kerja-kerja menukang. Kiranya dia ni memang boleh buat kerja lasak-lasak lah. Betulkan pintu lah. Repair lampu lah. Betulkan sinki lah. Semua bagi kat dia lah. Tak payah panggil orang nak betulkan. Tapi lama-lama kena jugak panggil orang yang lagi expert sebab asyik berulang je kerosakan yang sama. Lebih-lebih lagi sinki kat rumah kitorang sekarang ni. Tersumbat lagi. Adooiiii.


NUR HAIZA BINTI ZAKARIA


Nak bercerita mengenai kak Haiza pulak. Kak Haiza ni kawan kak Hanis dan kak Dayah masa duduk rumah sewa lama dorang dulu. Pulak tu kak Haiza ni satu geng dengan kak Dayah masa dorang berdua ikut latihan SL1M under Sime Darby. Kak Haiza satu bendera dengan kak Hanis. Berasal dari Kedah. Tapi macam more to Penang. Hehehe. Anak bongsu jugak ni tapi aku tak berapa pasti daripada berapa orang adik beradik. Seorang engineer di Sime Darby Plantation. Tak silap aku kak Haiza tak duduk lama dengan kitorang kat Tentoobe. Mungkin tak silap aku ada lah dalam setahun kot. Jarak dari Subang ke tempat kerja dia di Oasis Damansara yang membuatkan dia ambil keputusan untuk berpindah. Actually, dekat je sebenarnya. Tapi sokmo jem je kat situ. Tu yang dia fedup kot. Hahaha.

Macam mane orangnya kak Haiza ni ye. Kak Haiza pun baik. Sporting. Kak Haiza ni dia ala-ala boyish sikit lah. Suka main redah je. Relaks dan cool je. Dan dia sangat sukakan aktiviti lasak. Aktiviti yang selalu kitorang buat dengan dia ialah hiking dan jalan-jalan lah. Hahaha. Kak Haiza jugak seorang yang suka travel backpackers. Minggu depan depa semua nak p Korea. Aku tak dapat nak join disebabkan ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan. Banyak tempat dah kak Haiza ni p travel dengan kengkawan backpackers dia. Antaran negara yang pernah die pergi ialah India, Indonesia, Vietnam, Thailand dan lain-lain lagi. Hihihi.

Kak Haiza ni dia tak berapa berkenan dengan kucing tau. Bukanlah benci dengan kucing tu cuma tak berkenan je. Kucing banyak bulu. Dia tak suka bulu kucing tu. Mungkin dia alah pada bulu kucing kot. Hehehe. Apa yang boleh aku katakan pasal kak Haiza ialah dia seorang yang sporting dan jenis tak berkira. Sedia membantu kita bila kita dalam kesusahan. Coz baru-baru ni aku ditimpa dugaan yang tak disangka-sangka, nasib baiklah dia ada dan sudi membantu aku walaupun aku kena bebel dan kena marah disebabkan kesilapan dan kecuaian aku tu. Huhuhu.

Pape pun, Yus luv u lah kak Haiza...Thank you so much. Tak terbalas rasanya budi dan pertolongan yang kak Haiza bagi tu. And once again, I am sorry...


Inilah wajah kakak-kakak kesayanganku...
Dari kiri: Kak Haiza, Kak Hanis, Kak Dayah


Mereka lah insan-insan yang aku sayangi dan hormati. Yus sayang akak-akak semua. Terima kasih coz sudi berkawan dengan yus. Layan kerenah yus yang kadang-kadang biol ni. Maafkan salah dan silap yus jugak ye akak-akak....

Antara aktiviti yang kitorang selalu lakukan bersama-sama. Actually, ada beberapa orang lagi rakan-rakan teratak Tentoobee. Untuk entri kali ini, aku bercerita mengenai mereka-mereka yang aku hormati dulu. Yang lebih tua dari aku. Hehehe. Akak-akak aku...


Gambar ni di ambil masa dorang bertiga datang ke rumah ku di Johor. Sama-sama meraikan hari bahagia adik aku. Thank you akak-akak. Yus sayang akak-akak semua. Dapat jugak pergi rumah yus walaupun sebelum nak bertolak tu kereta kak Dayah baru lepas eksiden.


Gambar ni diambil semasa kami dalam perjalanan pulang dari kenduri kawen Watif di Kedah. Lepak sat kat sawah padi yang menghijau tu. Time ni kami stay rumah kak Hanis kat Sg Petani. Dan time ni lah, iioollss first time naik kapal terbang uuollss...hahaha..


Aktiviti hiking ke Gunung Angsi. Ni dah sampai puncak. Kak Hanis tak dapat ikut. Kami bertiga je pergi. Huhuhu.


Kami pergi berkuda masa ni. Seronok sangat. First time tau naik kuda. Masing-masing sangat teruja.




Masa ni kitorang ikut kak Haiza jadi sukarelawan untuk tolong mangsa-mangsa banjir.


Craving nak makan makanan korea katenya. Idea aku ajak dorang pergi cafe ni. Pengaruh Safiyya kat tv la ri tu. Akhirnya, sedar diri yang diri masing-masing punya tekak orang Melayu. Hahaha..First time and last time  masuk cafe ni.


Cari buku-buku murah di Big Bad Wolf. Pukul 5 pagi kami sampai rumah.



Lets hiking Buki Tabur..


Ice Skating time. Mall belum bukak lagi kitorang dah sampai tau.


Jalan-jalan Festival Floria Putrajaya. Putera Ayyan pun ada tau. Sekarang ni Ayyan dah besar dah. Dah ada dik dah pun. Hehehe.


Wefie di pelaminan adik kak Dayah. Sama-sama meraikan hari bahagia adiknya. Kak Dayah bila lagi????Krikk..krikk..


Pergi wedding rakan sekuliah kak Dayah. Makan free sape yang tak nak kan. Hahaha...


Gambar diambil masa kitorang pergi jobfair. Tak silap aku kat PWTC ni kot. Time ni adik aku pun ada sekali datang Subang. So, bawak lah dia jalan-jalan KL.


Akhirnya jejak jugak kaki ke negeri Terengganu. Melawat Fatin kat sana. Gambar di ambil semasa Fatin bawak kitorang pergi jalan-jalan Tasik Kenyir.

Terlampau banyak aktivit-aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Bukan setakat dengan kak Hanis, kak Dayah dan kak Haiza je. Rakan-rakan semua yang lain pun ada. Entri yang akan datang aku bercerita lagi mengenai rakan-rakan serumah yang lain pulak....Wink..Wink..

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...