Skip to main content

Jamuan Hari Raya Revongen 2015

Tinggal lagi beberapa hari je lagi Syawal bakal meninggalkan kita semua. Lepas ni masuk pulak bulan Zulkaedah. So, tak terlambat lagi kalau aku nak story mory la sikit pasal Jamuan Hari Raya Revongen 2015 yang telah diadakan pada hari Khamis, 30 Julay 2015 yang bertempat di Auditorium. Masing-masing berpakaian baju raya.

Minggu sebelumnya kak Eza kutiplah sorang RM10 untuk jamuna ni. Mr Law pulak topup RM500. Banyak jugak lah juadah yang disediakan pada hari tu. Macam-macam ada. Kami disajikan dengan nasi tomato, lemang, satay, nasi impit, rendang dan juga kek. Dan tak lupa juga, Mr Law belikan satu pickup durian yang di bawak khas dari Batu Kurau. Jauh tu. Hehehe..Tapi dalam 2-3 ulas je aku makan. Segan katanya. Hahaha.




Before majlis makan-makan tu, Mr Law bagi sedikit briefing mengenai company kitorang ni. Aku dengar je lah dengan penuh khusyuk. Sekali sekala berpandangan mata dengan member-member sebelah dengan senyuman yang agak sinikal. Mengapa dan kenapa kami berperilaku sedemikian, biarlah kami sahaja yang tahu. Hehehe. P&C. Time briefing tu Mr Law perkenalkanlah jugak team-team development Revongen. Yang mana kami tak kenal sekarang dah kenal. Time briefing tu jugak diperkenalkan dengan staf-staf baru Revongen. Tahun ni ramai staff-staf baru Revongen. Tapi semuanya datang dari team sales. Tak silap aku time ni ada 2 orang budak baru sales. Hakim, Fazlina dan Chiew..

Our CEO, Mr Law sedang memberi sedikit taklimat sebelum acara makan-makan bermula..

 Our CEO, Mr Law sedang memberi sedikit taklimat sebelum acara makan-makan bermula..
 






Hakim sedang memperkenalkan dirinya. Maaflah, dapat gambar sisi je.


Bawah ni pulak, Fazlina sedang meng"introduce"kan dirinya...



Yudee, manager baru yang incharge Vivantis dan Profound (Kalau aku tak silap la...)


Tinggi lampai ni Chiew...Chiew tak silap aku sekarang handle GBM Malaysia. (Errkk..bukan GBMM kata nak bubar ke...)







Tiga orang gadis diatas ni pulak student yang buat intership kat Vivantis Lab. Nama aku tak ingat...hahaha..




Amboi..nampaknya masing-masing memang khusyuk benar dengar briefing dari Mr Law ni. Tekun dan serious je wajah masing-masing. Ke dah tak sabar nak melantak tu. Almaklumlah..kan depan mata dah terhidang macam-macam makanan yang sedap-sedap. Hehehe..

 Dalam pukul 12.15 tu kami start menjamu selera. Pergh..rambang mata jadinya. Nak ambil yang mana dulu untuk dimakan. Penuh jugak lah satu pinggan tu. Satay jangan cakaplah. Bukan main banyak lagi kitorang ambil. Hahahaha.


Aku perasan lah setiap kali company buat acara makan-makan, kek mesti wajib ada. Datang dari Secret Recipe pulak tu. Tapi apa yang penting kek-kek dia sedap sangat.


Acara-acara yang memang ditunggu-tunggu. Masing-masing sedang sibuk mencedok juadah ke dalam pinggan masing-masing. Takut habis katanya nanti.







Geng makan anjung yang sentiasa bersama. Makan bersama..Gossip jugak bersama...

Memang kenyang hari tu. Mana taknya penuh makanan dalam pinggan masing-masing. Jimat duit makan untuk sehari. Hehehe. Majlis tamat pada pukul 1 petang. Tak sharp pun pukul 1. Aku masuk lebih kurang dalam pukul 1.30. Tak ape lah..bos pun tak kata apa-apa kan. Hehehe..

Perut pun dah kenyang kan. So, kuranglah sikit kecergasan bekerja tu petang tu. Mata layu je. Tahankan je lah.
Apa-apa pun sangat best. Perut kenyang, hati pun girang. Harap-harap sepanjang tahunlah diadakan jamuan macam ni. Bukan setakat Hari Raya je..Chinese New Year..Deepavali dan juga Krismas. Majlis makan-makan sape yang tak suka kan. Semua orang suka makan. Pulak-pulak kalau yang free. Hahahaha....

Tahun ketiga sambutan Hari Raya di Revongen. Tapi mungkinkah aku  masih lagi di sini untuk sambutan hari Raya bagi tahun keempat?? Jeng..jeng..jeng...Kita tunggu dan lihat....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI REVONGEN...KITA JUMPA TAHUN DEPAN PULAK YEEE....

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...