Skip to main content

BYDC - BAB 10


“Okey....ini kunci bilik U Jasmin. U berehatlah dulu ye.” kata Encik Hakimi menyerahkan kunci bilik hotel padaku. Kami baru je sampai di Hotel Sri Malaysia setelah melalui perjalanan hampir empat jam. Aku dan dia beriringan menuju ke lif untuk ke bilik penginapan masing-masing.
Oh, bilik dia sebelah bilik aku je. Aku melihat Encik Hakimi memutar tombol biliknya.
“Opss....before I forget, malam ni kita ada makan malam bersama client kita dari Singapore. After maghrib I call U okey!” terang Encik Hakimi di depan pintunya.
Aikk....makan malam dengan client mana pula ni? Setahu aku perbincangan dengan pihak JCorp je esok malam. Monolog ku sendirian. Aku terpaku sebentar didepan pintu bilik sambil memandang tepat wajah Encik Hakimi meminta kepastian.
Sorry Jasmin. Actually, I pun baru dapat call dari diorang. Kebetulan kita dah berada di sini, so diorang suggest untuk berjumpa. And, diorang sendiri sangup turun JB. U tak kisah kan Jasmin?” tanya Encik Hakimi pula meminta pendapatku.
Aku hanya menggelengkan kepala tanda aku tidak kisah sambil tersenyum ke arahnya.
“I tak kisah Encik Hakimi. Okey, jumpa after maghrib ye.” Kataku pula sambil memutar tombol pintu untuk masuk kedalam bilikku.
Takkanlah aku nak kata aku tak mahu pergikan. Silap-silap aku balik KL malam ni juga. Malaslah nak fikir, aku nak rehatkan badan aku ni dulu. Melekit dah aku rasa. Mengantuk pun ada sebenarnya. Perjalanan yang mengambil masa empat jam tadi kurasakan terlalu lama. Aku mengeluarkan tuala dan kain basahan dari dalam beg dan terus meluru kearah bilik air.
Aku merendamkan badanku di dalam tab mandi. Aroma harum bunga lavender menenangkan fikiranku dan juga merelakskan badanku. Aku memanjakan diriku sambil mengimbau kembali perjalanan yang kurasakan lama tadi.
Ni si Nazrin punya pasallah. Di saat-saat akhir dia tak dapat join sekali trip ke JB ni. Nazrin mendapat perkhabaran dari kampungnya di Perak bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Takkan nak dihalang pula pemergian Nazrin ke kampungnya untuk urusan pengebumian ayahnya. Maknanya, tanpa kehadiran Nazrin aku berdua ajelah dengan Encik Hakimi menempuh perjalanan ke JB.
Di dalam kereta, aku tidak banyak bercakap walaupun aku ni boleh dikategorikan sebagai makhluk yang ringan mulut. Tapi apabila berhadapan dengan Encik Hakimi, aku bagaikan patung cendana. Tegak berdiri. Dengan kata lain, aku akan terkelu apabila berhadapan dengannya. Aku tidak boleh nak berbual dengan dia. Lidahku kelu. Lebih-lebih lagi berdua-duaan dengannya.
Kehadiran Encik Hakimi juga tidak membenarkan aku untuk melupakan Jojo. Aku dapat rasakan kehadiran Jojo dalam dirinya. Itu yang membuatkan aku rasa berdebar-debar. Argh...malaslah nak fikir. Jam pun dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Pukul lapan nanti dinner dengan client Encik Hakimi pula. Aku segera membersihkan badanku yang sudah penuh dengan buih-buih sabun ni.
Malam itu aku hanya mengenakan sehelai baju kurung cotton berwarna kuning cair berbunga halus. Aku mengenakan selendang dan menggayakannya seperti gaya Diana Amir. Ni semua berkat tunjuk ajar adik aku kat kampung tu lah. Kalau tak, memang aku lebih selesa mengenakan tudung bawal atau tudung sarung.
Aku meriaskan sedikit wajahku yang berbujur sireh ini dengan bedak sapu. Aku tidak memerlukan untuk memakai sebarang foundation kerana kulitku memang sudah sedia bersih. Wah...memuji diri sendiri nampaknya.
Aku bersyukur kerana dikurniakan kulit yang sihat dan tidak berminyak. Itu sebabnya aku jarang memakai alat-alat make-up. Jika aku pergi ke pejabat, aku akan berias sedikit kerana tuntutan kerjaku memerlukan aku sentiasa anggun dan cantik. Padahal kalau aku tak make-up, aku lagi nampak cantik tau.
“Ting..Ting..Ting...” kedengaran bunyi loceng dari pintu bilikku. Mesti Encik Hakimi sudah siap ni. Aku mencapai tas tangan yang berada di atas katil. Setelah memastikan penampilanku dicermin nampak sempurna aku terus meluru ke pintu.
“Assalamualaikum...Maaf Encik Hakimi. Saya terlewat sikit.” Kataku laju sebaik sahaja pintu dibuka. Aku hairan melihat Encik Hakimi bagaikan patung cendana tercegat di depan pintu. Selalunya aku yang jadi patung cendana depan dia. Ni dah terbalik pula. Dia pula yang jadi patung cendana depan aku.
“Encik Hakimi...Encik Hakimi....” aku menepuk kuat kedua belah tanganku bagi menyedarkan lamunan bos ku itu. Kelihatannya dia terkejut dan tersentak dengan kelakuan ku itu. Aku cuba menyembunyikan senyuman geli hatiku daripada pandangan dia.
“Oh...sorry..sorry...” katanya gelabah. Aku hanya tersenyum melihat kegelabahannya.
Awatlah Encik Hakimi ni gelabah semacam malam ni. Selalunya dia sentiasa control kemachoaannya tu. Hehehe......
Shall we go boss...” kataku pula bila melihatkan Encik Hakimi masih mamai. Apahal lah bos aku ni. Serba tak kena dibuatnya.
Kami berdua berjalan beriringan keluar dari lif. Aku lihat banyak mata memandang ke arah kami berdua. Cantik sangat ke aku malam ni.
Tapi bila diperhatikan semula, sebenarnya banyak mata wanita-wanita yang lebih menjurus ke arah Encik Hakimi rupanya. Mata mereka bagaikan tidak mahu lepas dari memandang Encik Hakimi yang kacak itu. Memang tak dapat kunafikan kekacakkan Encik Hakimi. Ketinggiannya yang lebih kurang 1.78 m serta badan yang tough dan tegap memang membuatkan wanita-wanita di luar sana gila bayang dengan bos aku ni. Termasuklah aku sendiri.
Masa di hadapan pintu bilikku tadi, aku pun terpesona melihat kekacakkan wajah Encik Hakimi hingga membuatkan aku terbayangkan Jojo tadi. Tapi mujur aje Encik Hakimi yang mengelamun tadi. Kalaulah dia nampak aku yang gugup tadi, malunya aku Tuhan sahaja yang tahu. Aku memandang dia di sebelah. Eh...mamat ni tersengih pula dia. Apalah yang disukakan sangat tu. Mana tak sukanya, semua mata memandang ke arah dia. Menyampah aku.
“Jasmin..U nampak comellah malam ni. Manis I tengok U berbaju kurung ni. Sweet sangat. Sampaikan I terpegun melihat U kat depan pintu tadi tau.” Tiba-tiba aje Encik Hakimi menegurku begitu membuatkan wajahku panas. Pipiku terasa panas. Aduhai....comel sangat ke aku malam ni. Rasanya aku berias biasa je tadi. Make-up pun tak pakai.
Thanks Encik Hakimi” kataku tersenyum malu.
“U nampak cantik Jasmin tanpa sebarang make-up di wajah U tu. I suka tengok wajah neutral U. I harap I boleh sentiasa tengok wajah U yang neutral tu Jasmin.” Kata Encik Hakimi romantis membuatkan aku terpana seketika. Kata-kata Encik Hakimi tadi begitu terkesan di jiwaku. Kata-kata yang mengingatkan aku kepada seseorang. Iaitu Jojo....tiba-tiba aje aku rasakan dadaku sebak.
Are u okey Jasmin? Sorry, if I buat U rasa tak selesa.” Kata Encik Hakimi lagi bila melihatkan aku muram. Aku hanya menggelengkan kepalaku.
“Eh...I’m okey Encik Hakimi. By the way, thanks atas pujian encik tu.” kataku tersenyum cuba menyembunyikan rasa sebak dan sebal di hati.
Sebenarnya, aku sudah tidak terasa nak makan malam ni. Bersama dengan Encik Hakimi, lebih-lebih lagi kami berdua, benar-benar membuatkan ingatanku terlayar pada Jojo. Ini membuatkan aku rasa tidak selesa. Senyuman, lirikan mata dan kata-kata Encik Hakimi tadi benar-benar persis Jojo. Jelas sekali aku tidak dapat melupakan Jojo walaupun kini aku sudah ada Hisyam di hatiku. Aku risau dan bimbang jika aku kembali jatuh cinta pada Jojo. Ya Allah, tolonglah hambuMu ini.
Makan malam bersama dengan client dari Singapore tidak menceriakan aku. Fikiranku menerawang jauh. Sepatah mereka bertanya, sepatah jugalah aku menjawab. Jujur aku katakan yang aku hilang mood tiba-tiba. Encik Hakimi perasan akan perubahan aku itu.
“Jasmin...U okey?  Kalau U rasa tak sihat, U boleh naik bilik dulu. I handle the rest.” Kata Encik Hakimi perlahan di tepi telingaku.
Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang aku mengangguk. Aku meminta izin dari Encik Hakimi dan juga client untuk naik ke bilik. Aku lihat wajah Encik Hakimi kelihatan amat risau apabila aku menolak pelawaannya untuk menghantarku ke bilik.
Aku bukannya sakit, aku hanya perlukan rehat dan masa dari memikirkan masalah yang melandaku ini. Aku tidak mahu tumpuan kerjaku esok terjejas disebabkan hal ini.
Apabila sampai sahaja di bilik, aku merebahkan tubuhku di atas tilam yang empuk. Aku berasa amat tenang dan relaks. Tetapi, tiba-tiba terbit rasa bersalahku pada Encik Hakimi atas layananku padanya dan client kami tadi. Aku mengetuk dahiku sendiri atas kekhilafanku. Ya Allah..apa dah aku buat tadi?? Kenapa aku tinggalkan perjumpaan tadi. Aku mesti minta maaf dengan Encik Hakimi nanti.
Tiba-tiba kedengaran lagu “Touch My Body” dendangan Mariah Carey dari telefon bimbitku. Panggilan dari Encik Hakimi, lantas aku mengangkat taliannya.
“Assalamualaikum Jasmin.” salam Encik Hakim memulakan bicara.
“Are U Okey Jasmin? U tak apa-apa ker? Kalau U rasa tak sihat, mari I hantar U ke klinik. Risau I tengok keadaan U tadi. Muka U nampak pucat dan U nampak tertekan.” kata Encik Hakimi panjang lebar tanpa sempat aku membalas salamnya tadi. Ini membuatkan aku lagi bertambah sedih dan sebak. Aku cuba menahan air mataku daripada keluar. Pertanyaan dan kerisauan Encik Hakimi terhadapku mengingatkan aku pada Jojo. Jojo juga dulu begitu. Begitu prihatin dan alert jika aku sakit atau berada dalam keadaan tertekan. Tiba-tiba aku rasa rindu pada Jojo.
“Jasmin....Are u there? Jangan buat I risau Jasmin.” Kata Encik Hakimi risau. Aku tersentak dari lamunan. Air mata yang sudah mengalir ke pipi, aku seka dengan tanganku.
“Are u crying honey?” tanya Encik Hakimi lagi. Tanpa sempat aku membalas pertanyaan Encik Hakimi aku terdengar ketukan bertalu-talu di muka pintu. Aku terus menuju ke pintu dan melihat gerangan siapakah yang berada dihadapan pintu bilikku kini. Rupa-rupanya Encik Hakimi yang berada di hadapan bilikku dengan wajah yang penuh dengan kerisauan. Lantas aku membukakan pintu setelah sempat aku mencapai selendang bagi menutupi rambutku.
“Jasmin....awak kenapa ni? Awak menangis? Awak tak sihat ke? “ tanya Encik Hakimi bertalu-talu. Raut wajahnya kelihatan tegang kerana risau melihat keadaanku. Hampir sahaja dia ingin menggenggam jari jemariku. Aku tidak bermaksud sama sekali untuk merisaukan Encik Hakimi.
I’m okey Encik Hakimi. Tapi kalau tak keberatan, boleh saya berbual-bual dengan Encik Hakimi sekejap?” tiba-tiba aje aku berkata padanya. Dia kelihatan sedikit terperanjat.
Aku sendiri tidak pasti kenapa tiba-tiba aku mengajak Encik Hakimi berbual denganku. Mungkin sahaja aku perlukan seorang kawan untuk meluahkan apa yang aku rasakan sekarang. Tapi kenapa pula Encik Hakimi? Bukankah dia orang yang membuatkan aku jadi tidak tenteram begini? Kenapa tidak sahaja aku  telefon dan bercerita pada Hisyam atau pun Intan. Aku sendiri kurang pasti dengan tindakanku ini.
“Ya..ya..sure..” pantas Encik Hakimi menyetujui permintaanku. Kami berdua berjalan seiringan di sekitar taman hotel ini. Masih lagi terdapat ramai pengunjung hotel di situ menikmati suasana malam walaupun jam sudah pun berganjak ke angka satu pagi.
Aku cukup terpesona dengan keindahan taman di hotel ini. Dengan suasananya yang tenang, lampu-lampu yang berwarna-warni membuatkan hati rasa tenang dan damai. Hilang seketika masalah yang melandaku sebentar tadi. Kami berdua menuju ke arah sebuah gazebo yang terdapat di taman itu. Masing-masing masih lagi diam membisu. Aku tiba-tiba jadi kelu hendak mengeluarkan kata-kata.
“Jasmin...are U okey?” tanya Encik Hakimi prihatin sekaligus memecahkan suasana sunyi antara kami. Aku hanya tersenyum manis ke arahnya. Walaupun Encik Hakimi seorang yang tegas di pejabat, tapi dia merupakan seorang majikan yang prihatin dan bertoleransi. Staf-staf yang lain senang bekerja di bawah arahannya. Cuma mungkin aku sahaja yang masih lagi tidak selesa dengan dia.
“I’m okey Encik Hakimi. Terima kasih coz sudi temankan saya berbual-bual. Menyusahkan Encik Hakimi je saya ni. Saya sebenarnya nak minta maaf dengan encik sebab saya biarkan encik berurusan dengan client kita dari Singapore tu berseorangan.” Kataku memohon maaf. Aku rasa bersalah kerana aku lari dari tugas aku. Aku tahu aku mendapat permission dari Encik Hakimi sendiri tapi aku tidak sepatutnya terbawa-bawa rasa sedihku dalam tugasan.
“It’s okey Jasmin. U tak sihat kan? So, I nak U rehat secukupnya coz esok kita akan jumpa client terpenting kita and pergi ke site. So, I tak mahu apa-apa terjadi pada U nanti.” jelas Encik Hakimi cuba mententeramkan hatiku.
But, I think U ada masalah lain yang U sedang fikirkan. If U tak keberatan, U boleh luahkan pada I. Manalah tahu bila U luahkan apa yang U rasa tu dapat meredakan kegelisahan U.” Katanya lagi mengajakku berbual, meluahkan rasa hatiku.
Memang kini aku rasa gelisah, rasa tak selesa. Semua rasa ini berpunca dari Encik Hakimi sendiri. Dialah penyebabnya aku jadi begini. Tapi perlukah aku berkongsi kenanganku duhulu dengan dia?
“Encik Hakimi...honestly, saya katakan yang saya tak berapa selesa dengan encik. Saya sendiri tak tahu kenapa.” Kata ku berhati-hati memulakan perbualan. Aku tak mahu Encik Hakimi terasa hati dengan kata-kataku nanti. Aku meneruskan lagi ceritaku.
“Encik Hakimi telah mengingatkan saya pada seseorang yang saya sangat sayangi dulu. Saya minta maaf pada encik coz saya mencampur-adukkan perasaan dengan kerja saya. Tapi saya tak mampu. Setiap kali saya berhadapan dengan encik, saya pasti akan terkenangkan si dia. Seolah-olah saya sedang berhadapan dengan dia. Apa yang encik lakukan serupa sangat dengan dia. Suara encik, senyuman encik, kata-kata encik, panggilan encik untuk saya.. Semua itu mengingatkan saya pada dia. Maafkan saya Encik Hakimi.” kataku sebak sambil menundukkan wajahku ke lantai gazebo.
“I sebenarnya yang patut minta maaf dengan U Jasmin. I minta maaf coz dah membebankan perasaan dan hati U and after this I akan panggil U dengan panggilan Jenna je.” Katanya padaku lagi memohon maaf.
“Tak Encik Hakimi. Encik tak perlu minta maaf dengan saya. Dan encik tak perlu menukar panggilan encik untuk saya. Saya yang bersalah. Saya tak pandai kawal emosi saya sendiri. Saya masih lagi terbawa-bawa kenangan silam saya hingga ke hari ini.” Kataku kesal padanya.
Memang silap aku kerana masih lagi ingatkan kenangan lama itu. Masih tak bisa melupakan Jojo. Kenapa dengan aku ni? Kalau Hisyam tahu hati aku tidak sepenuh untuknya mesti dia sedih sangat. Maafkan Jenna, Hisyam.
“Tapi kalau tak keberatan, boleh I tahu ke mana si dia yang U maksudkan itu?” tanyanya lagi padaku. Nak cerita ke tidak ye pada dia. Seboleh mungkin aku tidak mahu lagi bercerita kisah dahulu. Dengan Intan pun sampai sekarang aku tidak pernah membuka cerita mengenai kisah cintaku yang tak kesampaian ini. Hisyam juga begitu.
“Dia dah tak ada Encik Hakimi. Dia dah pergi tinggalkan saya macam tu aje.” Kataku jujur.
“Dia dah meninggal dunia ker?” tanya Encik Hakimi lagi berhati-hati. Takut mengguriskan hatiku.
Wallahualam.....saya tak tahu. Dia pergi tinggalkan saya macam tu je. Tanpa kata-kata, tanpa pamitan, tanpa penjelasan. Sampai sekarang saya tak tahu di mana dia.” Kataku jujur padanya. Yang peliknya, aku rasa tenang dan senang hati setelah meluahkan rasa hatiku pada Encik Hakimi.
“Mungkin dia hadapi sebarang masalah yang membuatkan dia pergi begitu saja. Meninggalkan awak. Mungkin dia ada sebabnya tersendiri yang tak boleh diberitahu pada awak. Dan InsyaAllah satu hari nanti, akan terserlah juga kebenaran kenapa dia buat begitu.” Kata Encik Hakimi cuba memujukku.
“Bila waktunya encik? Bila? Saya dah tunggu dia selama lapan tahun untuk tahu kebenarannya. Saya harap dia datang pada saya menceritakan apa yang berlaku. Tapi sampai sekarang tiada khabar berita langsung dari dia.” Kataku lagi mempertahankan diri. Memang sudah cukup lama aku menantikan kehadiran Jojo. Menantikan kata-kata penjelasan daripada dia. Dan sampai ke saat itu jugalah aku menutupi pintu hatiku untuk lelaki lain. Hati ini kutetapkan hanya untuk Jojo seorang. Sampailah kehadiran Hisyam yang telah berjaya membuka pintu hatiku dan aku redha dan cuba untuk melupakan Jojo.
“U masih sayangkan dia Jasmin?” tanya Encik Hakimi lagi. Soalan yang tidak mudah untuk dijawab. Aku keliru dan buntu dengan perasaanku sendiri. Tapi manakan boleh untuk melupakan cinta pertama.
“Saya tak tahu Encik Hakimi. Dia cinta pertama saya. Mana mungkin dapat saya lupakan dia begitu saja. Tapi dia yang senang saja melupakan saya. Melupakan kisah cinta kami. Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan kenangan itu dan akhirnya saya berjaya. Tapi bila saya berjumpa dengan encik buat pertama kalinya, saya rasa keliru. Saya rasa hati saya berbolak-balik.” Kataku terus terang dengan perasaanku sendiri.
Sebenarnya memang itu yang kurasakan apabila bertemu dengan Encik Hakimi buat pertama kali. Aku rasa Jojo sudah kembali padaku.
“Maafkan saya Jasmin. Kalau boleh I tahu, apa yang ada pada diri I yang membuatkan U teringatkan dia?” tanya Encik Hakimi tiba-tiba.
Aku yang sedang melihat seorang kanak-kanak bermain kejar-kejar dengan seorang budak lelaki yang mungkin itu abangnya terkejut dengan soalan Encik Hakimi itu. Semua yang ada pada dirinya ada pada Jojo.
“Semuanya.....suara, senyuman, lirikan mata. Yang paling mengejutkan saya adalah wajah Encik Hakimi dan dia seiras. Memang benar-benar sama.......” kataku lagi membuatkan Encik Hakimi terperanjat. Tidak percaya dengan kata-kataku.
*******************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...