Skip to main content

BYDC - BAB 15


Berakhir sudah majlis perkahwinan Intan dan Razlan. Aku berasa amat gembira dan seronok kerana dapat sama-sama meraikan hari bersejarah Intan. Selamat tinggal zaman bujang dan zaman suka ria. Selamat datang pula kepada alam perkahwinan. Selepas ini turn aku pula untuk mengikuti jejak langkah Intan. Naik pelamin dengan Encik Hakimi yang dahulunya adalah bos aku.
Tetapi, bila teringatkan aku akan mengakhiri zaman bujangku dengan Encik Hakimi, aku rasa impian yang aku dan Jojo lakarkan dahulu sudah menjadi kenyataan. Aku tidak pasti kenapa aku boleh berperasaan sebegini. Mungkinkah wajah mereka yang seiras membuatkan aku rasa dia adalah Jojo. Tapi apa yang nyata sekarang lelaki yang akan menjadi suamiku adalah Encik Hakimi dan bukan Jojo. Kenangan bersama Jojo dan juga Hisyam akan terus menjadi kenangan buatku sampai bila-bila. Mereka berdua adalah insan yang pernah mengajar aku erti percintaan.
Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Intan sekeluarga, aku dan Encik Hakimi meminta izin untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku dan Intan sama-sama menitiskan air mata dengan perpisahan itu. Persahabatan yang terbina selama lebih kurang lapan tahun membuatkan hubungan kami berdua begitu akrab. Bagaikan hubungan adik beradik. Aku telah lama menganggap Intan adalah saudaraku sendiri. Susah dan senang, suka dan duka kami lalui bersama.
Di dalam kereta, aku hanya mendiamkan diri sahaja. Aku sedih sebab lepas ni tak ada lagilah member tempat aku bergurau dan juga bergaduh. Mesti aku akan rasa sunyi duduk dalam rumah tu sorang-sorang.
“Sayang, kenapa ni? Senyap ajer dari tadi.” Tanya Encik Hakimi menghentikan lamunanku tadi.
Aku memandang wajahnya yang sedang memandu. Wajahnya kelihatan bersih. Terasa damai seketika hatiku ini bila memandang wajah tunangku itu.
“Jasmin okey. Tak ada apa-apa. Cuma Jasmin sedihlah. Lepas ni, Jasmin dah tak ada kawan nak bergurau, nak bergaduh. Selalunya, Intanlah tempat Jasmin berbual, berkongsi masalah. Bergaduh, bergusti pun ye tau.” Ujarku sambil tergelak kecil bila teringatkan saat-saat aku dan Intan main gusti-gusti dulu. Bukan gusti apapun, gusti lengan je. Gamat satu rumah dengan hilai tawa kami berdua.
“Mak oi, Jasmin dengan Intan bergusti. Biar betul korang berdua ni.” ujarnya tidak percaya.
“Hahaha..Kitorang berdua bergusti lengan aje lah Kimi.” Ujarku pula sambil ketawa. Ke situ pula tunang aku ni fikir.
“Lepas ni tinggallah Jasmin sorang-sorang kat rumah tu. Tak adalah kawan lagi. Sunyilah Jasmin nanti.” kataku sedih.
“Kalau macam tu, apa kata biar Kimi aje yang temankan Jasmin. Kalau ada Kimi, mesti Jasmin dah tak sunyi lagi. Sebab Jasmin dah ada teman berbual, bergurau. Kalau kita nak bergusti pun boleh. Bukan setakat gusti lengan, gusti lain pun boleh sayang.” Ujar Encik Hakimi sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Ishh, mamat ni. Tengah memandu pun sempat loyar buruk lagi. Siap main kenyit-kenyit mata pulak tu.
“Ish, mana boleh Kimi nak temankan Jasmin kat rumah tu. Nak kena tangkap ke?” kataku lagi sambil menjegilkan mataku padanya. Dia hanya tergelak besar.
“Hahaha. Boleh aje sayangku. Kita cepatkan tarikh kahwin kita. Jasmin setuju tak?” tanya Encik Hakimi tiba-tiba. Terkedu aku dibuatnya.
“Sebenarnya Kimi risau Jasmin duduk kat rumah tu sorang-sorang. Kimi tak ada kat situ nak jaga Jasmin. Nak tengok-tengokkan Jasmin. Okey ye sayang kita cepatkan tarikh kahwin kita?” tanya Encik Hakimi lagi memohon persetujuanku.
Nak cepatkan tarikh perkahwinan? Alamak, sudah cukup bersediakah aku hendak memikul tanggungjawab seorang isteri. Sekarang ni pun, aku masih lagi belajar untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan belajar cara-cara untuk menguruskan rumah tangga dengan baik. Sudah cukupkah ilmu-ilmu itu semua didadaku ini.
“Berilah Jasmin fikir dulu, Kimi. Lagipun, keluarga-keluarga kitakan dah sepakat majlis kita enam bulan dari sekarang. Kita nak langsung cepat-cepat takut pula menyusahkan mereka semua. Nak urus itu ini.” Kataku lagi memberi alasan.
“Sebab itulah Jasmin kena buat keputusan sekarang. Bila kita berdua dah capai kata sepakat, kita discuss dengan diorang semula. Umi pun tak sabar-sabar tau nak dapat menantu sulung dia.” Ujar Encik Hakimi sambil tersenyum memandangku. Aku hanya memandangnya yang sedang kejap memegang stereng.
Kalau ikutkan emak pun memang nak sangat cepatkan tarikh perkahwinan aku dan Encik Hakimi. Dia pun tak sabar-sabar nak terima menantu lelaki sulungnya. Mesti emak dan umi gembira kalau kami berdua nak cepatkan tarikh perkahwinan.
“Kimi, Jasmin ikut ajelah keputusan Kimi tu.” kataku memberi persetujuan.
Encik Hakimi terus memberikan signal kanan dan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Nasib baiklah kami berdua lalu dalam kawasan kampung. Boleh main berhenti tepi jalan. Kalau highway mana boleh berhenti tiba-tiba kat tepi jalan. Memanglah tunang aku ni.
Selepas mematikan mp3 keretanya, Encik Hakimi memandangku dengan pandangan yang bersinar-sinar. Aku nampak blink-blink pada matanya. Hehehe...
“Are you serious honey?” tanya Encik Hakimi lagi tidak percaya. Ishh mamat ni. awatlah teruja sangat dia ni.
“Yup, Im really serious my dear fiancée. Okey je kalau kita cepatkan majlis kita.” Kataku lagi sambil tersenyum manis.
“Jasmin tak sabar-sabar nak jadi isteri Kimi ye.”
Eh,eh mamat ni. Bukan dia ke yang beria-ia ajak aku kahwin cepat tadi.
“Eh..eh..Bukan Kimi ke yang tak sabar-sabar?” tanyaku pula sambil mencubit manja lengannya.
“Hahaha. Kimi memang dah tak sabar-sabar. Kalau boleh sekarang ni kita kahwin tau.” Ujarnya membuatkan aku tersenyum malu.
“Kalau gitu, kita balik ni kita call emak dan umi key. Kita beritahu diorang kita nak cepatkan majlis kahwin kita. m sure diorang berdua excited.” Kata Encik Hakimi teruja. Terpancar kegembiraan di wajahnya. Aku hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum memandangnya.
Seterusnya, kami berdua bergerak semula meneruskan perjalanan kami ke Kuala Lumpur. Nampak gayanya, tak lama lagi aku bakal naik pelamin. Lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Sepanjang perjalanan aku lihat Enck Hakimi masih lagi tersenyum gembira. Aku berdoa moga Tuhan mempermudahkan urusan kami berdua nanti.
************
Emak dan umi begitu teruja mendengar perkhabaran kami ingin mempercepatkan majlis perkahwinan kami berdua. Terus aje mereka berdua sibuk mencari catering, baju pengantin, dewan dan lain-lain lagilah. Pendek kata, semua persiapan akan diuruskan sepenuhnya oleh emak dan umi. Ayah dan abi hanya menggelengkan kepala melihat kerenah isteri tersayang masing-masing.
Aku dan Encik Hakimi hanya disuruh membeli barang-barang hantaran dan mencuba baju pengantin sahaja. Di kampung pula, emak dan ayah sudah sibuk menjemput orang-orang kampung datang ke majlisku yang akan berlansung sebulan lebih dari sekarang. Majlis lagi sebulan, tapi persiapan macam esok majlis ku berlansung. Kata emak dan umi pula, biarlah buat awal-awal dari sekarang, nanti majlis tak adalah kelam kabut sangat.
Mujurlah juga majlisku akan diadakan pada waktu musim cuti sekolah. Kedua-dua adikku, Jannah dan Jasrina akan pulang ke kampung sama-sama meraikan hari bersejarahku nanti. Di rumah, Jazrillah orang yang paling sibuk sekarang. Mana taknya, habis dikerah ayah buat itu dan ini. Tak menang tangan budak tu dibuatnya. Namun, adik lelaki tunggalku itu memang seorang adik dan anak yang baik.
Adik-adik Encik Hakimi juga akan balik ke Malaysia meraikan hari bersejarah kami berdua nanti. Masing-masing akan pulang seminggu sebelum majlis kami berlansung. Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan mereka berdua. Bakal adik-adik iparku.
Rakan-rakan di pejabat terperanjat besar bila aku edarkan kad jemputan kahwinku kepada mereka semua. Lebih memeranjatkan apabila mereka melihat nama pengantin lelakinya.
“Jenna, awak main-main yer?” tanya Selvi memandang wajahku dengan serius. Berkerut dahinya.
“Jenna, awak ni biar betul. Ribut tak ada, angin tak ada. Bila masanya korang berdua bercinta ni?” tanya Azila pula.
Banyak jugalah soalan yang aku terima di pejabat. Sampai tak terlayan aku hendak menjawabnya.
“Baik awak explain pada kami semua. Senyap-senyap aje ye bercinta dengan bos kita tu. Tup..tup, dah nak kahwin.” Kata Selvi masih tidak puas hati.
“Kawan-kawan semua, Jenna nak minta maaf sebab tak beritahu kamu semua. Encik Hakimi yang nak rahsiakan hal ini dulu. Kami buat majlis bertunang pun simple je. Jemput keluarga-keluarga terdekat ajer. Jenna minta maaf ye kawan-kawan. Tapi, majlis Jenna dan Encik Hakimi nanti datang tau.” Kataku memberikan penjelasan sekaligus memohon maaf kepada mereka semua.
“Mesti kami pergi. Tak apalah tak dapat pergi majlis bertunang kamu berdua. Masa majlis perkahwinan nanti, confirm kami semua datang. Akhirnya, tercapai hasrat kami nak tengok bos kita tu naik pelamin.” Kata Azila kepadaku. Rakan-rakan yang lain hanya menganggukkan kepala mereka sambil tersenyum.
“Alamat, frust menonggenglah minah-minah perasan company ni yang tangkap leleh dengan bos kita tu. Bos kita dah nak jadi suami orang dah. Bertuahnya awak Jenna. Tahniah. Tapi, saya memang dah agak dari awal lagi yang awak dengan Encik Hakimi tu mesti ada pape.” Ujar Selvi tergelak besar. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Aku hanya tersenyum malu.
Aku gembira dan bersyukur kerana semua rakan-rakan menerima dengan gembira berita perkahwinanku dengan Encik Hakimi. Tapi, tak kurang juga ada yang mencebikkan bibir mendengar khabar itu. Biarkan sahaja mereka dengan tanggapan mereka itu. Jangan diambil kisah, nanti buat sakit hati ajer.
Aku dan Encik Hakimi sudah sibuk membeli barang-barang yang akan dibuat hantaran. Pihak Encik Hakimi akan menghantar tujuh buah dulang hantaran dan pihak aku akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Banyak juga tu.
Tapi, mujurlah mak long ku memang mahir dalam menghias dan mengubah barang-barang hantaran perkahwinan. So, jimatlah sikit belanja. Tak payah upah orang luar. Emak dan ayah juga akan memanggil orang kampung bergotong-royong memasak pada hari majlisku nanti. Tradisi biasa di kampung apabila ada majlis perkahwinan. Mesti emak-emak dan ayah-ayah sibuk membuat itu dan ini.
Intan juga akan sama-sama meraikan hari bersejarahku nanti. Kali ini dia pula yang akan menjadi pengapitku. Terperanjat besar Intan apabila aku khabarkan padanya aku dan Encik Hakimi mempercepatkan majlis kahwin kami. Terus saja dia memelukku dengan erat.
“Alhamdulillah, akhirnya tak lama lagi Jenna pula jadi isteri orang. Seronoklah. Buatnya kita sama-sama pregnant nanti lagilah seronok. Boleh kita bersalin di hospital yang sama kan?” ujar Intan teruja. Masa itu aku berjumpa dengannya di Time Square. Intan juga baru balik dari berbulan madu di Korea. Bukan main banyak buah tangan yang dibelikannya untuk aku dan keluarga.
“Eh..eh..kesitu pula Intan ni. Tapi...manalah tahu kan. Mudah-mudahan. Kalau Intan dapat anak lelaki dan Jenna pula dapat anak perempuan bolehlah kita jodohkan yek. Jadilah kita berbesan.” Kataku pula tergelak besar. Intan juga ketawa besar mendengar impianku itu. Dan petang itu, kami berdua menghabiskan masa kami bersama-sama tanpa ditemani oleh pasangan masing-masing.
Akhirnya, hari dan saat yang dinanti telah pun tiba. Aku telah sah bergelar isteri kepada Syed Hakimi Herizal Syed Lokman dengan sekali lafaz sahaja. Ketika upacara membatalkan air sembahyang, suamiku memakaikan aku seutas rantai bertakhtahkan berlian dileherku. Dia mengucup lembut dahiku dan aku menyalami tangan suamiku itu dan menciumnya. Hatiku terasa cukup damai sekali. Kini, aku telah bergelar seorang isteri. Banyak tugas dan peranan yang perlu aku galas dan laksanakan nanti. Aku berdoa pada Yang Maha Esa agar diberikan keyakinan dan kekuatan untuk menghadapi segala macam onak duri dalam rumah tangga.
Ramai juga rakan-rakan sepejabat dan rakan-rakan seuniversitiku dulu datang meraikan hari bahagiaku. Mereka mengucapkan tahniah dan berdoa agar perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sebenarnya, itulah juga harapanku.
Adik-adikku masing-masing sibuk di hadapan melayan tetamu dan di dapur menyediakan apa yang patut. Merekalah orang kuat dalam memastikan majlisku berjalan dengan lancar. Keluarga mentuaku juga datang sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan kami berdua. Kedua-dua adik iparku juga tidak menang tangan membantu apa yang patut. Bertuah rasa hati ini mempunyai adik-adik dan adik ipar yang begitu rajin dan sporting.
Sepanjang menunggu masa untu majlis sambut menantu, aku dan Encik Hakimi tidak dibenarkan untuk tinggal bersama lagi. Itu pesan dan nasihat dari oyang sebelah ayahku. Tidak kupasti kenapa dan mengapa sebabnya. Tetapi disebabkan, oyang merupakan orang yang paling lama dan tua dalam keluargaku emak dan ayah hanya menurut sahaja. Umi dan abi pun tiada halangan. Nampak gayanya suamiku itu akan mengikuti mertuaku balik ke Kuala Lumpur semula.
Tapi yang paling aku kasihan, tentulah suamiku itu. Taknak dilepasnya aku bila keluarga mertuaku sedang sibuk mengemas pakaian untuk balik semula ke KL.
“Ishh, tak best betullah. Dah kahwin pun still tak boleh bersama isteri lagi. Alorhh, lama tu nak tunggu lagi seminggu. Mesti abang rindu giler pada Jasmin nanti.” ujar suamiku sambil mengucup lembut tanganku. Aku hanya mengusap lembut wajahnya. Ketika itu, kami berdua sama-sama berada di dalam bilik sementara menantikan waktu suami dan keluarga mertuaku bertolak pulang ke KL.
“Abang ni, tak lama lagikan. Seminggu aje lagi. Abang sabar ye.” Kataku cuba memujuknya. Dia hanya memandang wajahku dengan pandangan yang kecewa.
Encik Hakimi mengucup lembut dahiku dan mencium kedua-dua belah pipiku tika aku menghantar pemergiannya dan mertua. Sepertinya kelihatan sukar sekali suamiku itu hendak mengikut keluarganya balik ke Kuala Lumpur.
“Abang Kimi...dah-dah lah tu. Macam budak-budaklah abang ni. Minggu depan kan kak Jasmin datang semula. Ishh, abang ni terlebih overlah.” Ujar adik iparku, Haikal sambil tergelak melihat karenah abangnya itu. Semua keluarga yang ada di situ ketawa apabila melihat wajah suamiku yang menjelirkan lidah pada adiknya itu. Dah macam budak kecil suami aku ni. Manjanya lain macamlah pula. Dulu taklah macam ni sangat.
“Okey sayang. Abang balik KL dulu ye. Jangan lupa datang tau next week nanti. Kalau tak datang, abang gigit Jasmin nanti.” ujar Encik Hakimi membuatkan semua orang yang ada di situ tergelak besar lagi sekali. Ishh, suami aku ni la haii...
“Abang ni..ye, Jasmin datang. Takkanlah pengantin perempuannya tak datang kot masa majlis sambut menantu. Abang ni risau sangatlah.” Kataku menjeling manja padanya.
Selepas aku mengucup dan memeluk suamiku dan keluarga mertuaku, mereka bergerak balik ke KL untuk menguruskan pula majlis menyambutku nanti minggu hadapan.
Tinggallah aku bersama emak, ayah dan adik-adikku mengemas barang-barang selepas majlis. Banyak juga yang perlu dibereskan ni. Periuk belanga tak bersusun lagi. Mujur juga sebelum ini aku, suamiku, adik-adikku dan adik-adik iparku bergotong royong membasuh semua periuk belanga yang telah digunakan. Kalau tak, nyayalah aku. Khemah-khemah pula masih belum diturunkan lagi.
Malam tu, aku duduk berlunjur diatas katil sambil mengurut kaki yang terasa lenguh. Akhirnya, segala barang-barang telah terkemas. Penat juga bila buat majlis yang besar-besar macam ni. Aduhai...Suami dan juga keluarga mertuaku sudah selamat sampai ke KL maghrib tadi. Alhamdulillah, perjalanan keluarga mertuaku di berkati oleh Allah.
********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...