Skip to main content

BYDC - BAB 11


Pemantauan di tapak projek telah berakhir. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pihak JCorp juga banyak memberikan kerjasama yang terbaik. Kini, projek membaik pulih Plaza Kotaraya sedang dijalankan. Dijangkakan akan siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri hujung tahun depan.
Kini, aku di dalam bilik hotel sedang mengemas barang-barang untuk di bawa pulang. Perbincangan berakhir sehari lebih awal dari tarikh yang sebenar. Jadi, aku bercadang untuk meminta kebenaran Encik Hakimi untuk pulang ke kampungku di Kota Tinggi sekejap. Perancanganku ini belumku khabarkan kepada Encik Hakimi lagi. Mungkin masa di lobby hotel nanti akan ku beritahu padanya perancanganku itu.
Selesai mengemas segala pakaian dan bahan-bahan projek ke dalam beg, aku keluar dari bilik hotel untuk check-out. Di hadapan pintu, aku terserempak dengan Encik Hakimi yang sedang keluar dari biliknya. Sama-sama untuk check-out dari hotel. Aku tersenyum manis padanya. Dia membalas senyumanku itu. Selepas pertemuan tempoh hari, aku rasa lebih selesa bila bersama dengan Encik Hakimi kini. Encik Hakimi juga ku lihat seperti biasa saja.
Selepas aku menceritakan semua kisah cintaku padanya malam itu, terus sahaja dia mengajakku balik ke hotel kami. Katanya lagi usah difikirkan sangat tentang hal itu. Aku sendiri juga tidak mengerti kenapa Encik Hakimi menyuruh aku supaya tidak terlalu memikirkan masalah itu. Padahal bukan dia yang berada dalam situasi yang aku rasai sekarang. Tapi apabila difikirkan kembali, ada benarnya kata-kata Encik Hakimi tu. Dia bukanlah lelaki yang aku sayangi dan cintai dulu. Mereka berdua berbeza. Mungkin kebetulan sahaja wajah mereka sama, seiras. Benar kata Encik Hakimi, aku harus menerima hakikat cintaku sudah lama berakhir.
“Dah prepare nak check out?” tanya Encik Hakimi padaku ketika kami sama-sama jalan beriringan menuju ke lif. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Tapi Encik Hakimi, saya nak minta permission untuk balik ke kampung saya kat Kota Tinggi. Dah lama rasanya saya tak balik kampung saya. So, saya harap encik izinkan saya singgah sekejap.” Tanyaku mengharapkan keizinan Encik Hakimi.
“Oh...U orang Kota Tinggi yer? Okey, I benarkan. Lagipun meeting kita habis awal. So, kita ada lagi sehari. Kalau U nak stay semalam pun tak per. I tak kisah.” Katanya memberikan persetujuan. Riang hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Akhirnya, dapat juga balik ke kampung.
“Terima kasih Encik Hakimi.” kataku mengucapkan terima kasih. Senyuman yang cukup manis aku berikan kepadanya.
Come...I hantarkan U balik?” pelawa Encik Hakimi untuk menghantarku pulang ke kampung.
Nak hantar aku balik? Kecoh satu kampong nanti aku bawa balik seorang lelaki. Lebih-lebih lagi mak. Mesti dia ingat aku bawa calon menantu sulung dia. Ish, tak boleh jadi ni. Aku kena tolak pelawaan Encik Hakimi ni.
“Eh, tak perlah Encik Hakimi. Menyusahkan encik je nanti. Saya boleh balik sendiri naik bas.” Kataku sekaligus menolak pelawaannya itu.
“Ala, tak pe. I tak kisah pun. I lagi suka bila I dapat pastikan U sampai betul ke kampung tu. Bahaya U naik bas sorang-sorang ni.”
Eh..Eh..mamat ni. Macamlah aku tak biasa naik bas sorang-sorang. Dulu masa belajar aku selalu ulang-alik naik bas dari JB ke Shah Alam. Tak ada apa-apa pun yang jadi. Saja je tau bos aku ni.
“Lagipun kita ikut highway. Lepas I hantar U balik, I teruslah on the way balik KL. Tak menyusahkan I pun. So, I hope U accept my pelawaan ni. Kalau U tolak, I tarik balik keizinan yang I beri tadi.” Ugut Encik Hakimi sambil tersenyum sumbing.
Ish..geramnya aku. Tak suka betullah. Main ugut-ugut pula. Tadi dah beri permission, ni nak tarik balik pula. Kalau aku tak terima pelawaan dia nanti, tak dapatlah aku balik kampung. Aku dah rindu mak dan ayah ni. Alah, terima ajelah. Dah orang nak hantar kita. Jimat sikit belanja aku. Kalau mak tanya nanti cakap ajelah bos aku yang hantar aku balik.
“Erm..Okey! Saya terima pelawaan encik.” Kataku memberi persetujuan. Kulihat Encik Hakimi tersenyum puas. Sukalah tu dapat mengugut orang. Geramnya.
“Okey..Kita check out sekarang and then terus gerak.” Kata Encik Hakim penuh excited.
Apasallah mamat ni excited semacam. Macam seronok aje dapat hantar aku balik kampung. Biarkan ajelah. Aku maklumkan kepulanganku kepada mak. Aku katakan padanya aku akan balik bersama kawan. Cepat je mak bertanyakan aku balik dengan siapa lelaki ke perempuan. Aku cakap lelaki. Apalagi menjerit sakanlah mak. Tak sabar-sabar menunggu kepulanganku. Alahai mak aku ni. Memanglah. Nanti dah sampai aku ceritakan perkara yang sebenarnya. Lagipun Encik Hakimi hanya menghantarku pulang sahaja. Lepas tu dia akan terus gerak balik KL.
Di dalam perjalanan pulang, kami tak banyak berbual. Hanya bersuara apabila aku memberikan arahan arah tuju ke kampungku. Tapi sedari tadi aku lihat Encik Hakimi asyik tersenyum. Dari lobi hotel lagi. Apa yang disukakannya pun aku tak tahu.
Aku sampai di rumah ibu dan bapaku apabila jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Yang tak boleh blahnya, mak dan ayah siap tunggu depan pintu rumah menyambut ketibaanku. Ni mesti diorang dah fikir yang bukan-bukan. Aduhai. Pening-pening.
“Anak mak Jenna dah balik. Jenna, rindunya mak pada kamu.” Emak memelukku erat sebaik sahaja aku memberi salam dan mencium tangan kedua-dua orang tuaku.
Bersalah pula aku pada mak dan ayah kerana jarang pulang ke kampung. Mesti diorang berdua rindukan aku.
“Ni ke kawan kamu yang kamu katakan tu Jenna?” tanya ayah kepadaku  setelah melihat Encik Hakimi berdiri di sebelahku. Tanpa berlengah lagi, dia menyalami tangan ayah dan juga ibuku. Bagus juga Encik Hakimi ni. Pandai hormat orang tua. Aku lihat mak bukan main tersenyum lebar memandangku.
“Aah mak, ayah. Encik Hakimi ni bos tempat Jenna kerja.” Kataku pada mak dan ayah.
“Yer makcik, pakcik. Saya Hakimi, rakan sekerja Jenna.” Perkenal Encik Hakimi pada mak dan ayah.
“Kebetulan kami ada meeting kat JB, tu yang saya hantar Jenna balik kampung.” Jelas Encik Hakimi lagi.
“Ni nak balik KL juga ke hari ni? Kamu tak tidur sini Jenna?” tanya mak sayu.
“Eh.. Jenna tidur sini semalam mak. Esok baru Jenna balik KL. Encik Hakimi jer yang balik KL hari ni mak. Dia hantar Jenna je tadi.” Kataku pada mak menerangkan perkara sebenar.
“La..kenapa nak balik cepat sangat. Tidur je kat sini Kimi. Esok-esok je kamu balik.” Kata ayah mempelawa Encik Hakimi.
Eh, ayah ni nak ajak Encik Hakimi tidur sini pula. Aduhai. Biar aje lah dia balik KL. Bisik hati kecilku. Kalau Encik Hakimi tidur sini, nampaknya banyaklah soalan ayah dan mak tanya pada dia nanti. Aduh. Harap-haraplah Encik Hakimi menolak pelawaan ayah.
“Eh, boleh ke pakcik, makcik? Tak menyusahkan pakcik sekeluarga ke?” tanya Encik Hakimi pula. Aduh, dia nak terima pelawaan ayah ke? Aku menjeling tajam padanya tapi dia langsung tidak mengendahkan jelinganku tadi. Dia buat dek aje. Pulak tu bukan main tersenyum lebar. Betullah mamat ni. Apa yang ada dalam kepala dia ni. Aku merengus tanda tidak puas hati.
“Eh, taklah Kimi. Pakcik sekeluarga mengalu-alukan kedatangan kamu ke rumah kami ni. Terima kasih pada kamu sebab sudi hantar Jenna balik sini. Dah, tidur sini aje malam ni. Esok je kamu balik. Sambil-sambil tu bolehlah kita berbual panjang.
“Eh, masuklah Kimi. Kita makan tengah hari dulu. Makcik kamu tu pun dah siapkan makanan tengah hari untuk kita semua. Dengar je Jenna nak balik tadi terus dimasaknya makanan kesukaan si Jenna ni, ikan keli masak lemak cili api. Kamu makan tak ikan keli Kimi?” tanya ayah pada Encik Hakimi.
Aku memandang wajahnya yang tiba-tiba aje berkerut bila sebut ikan keli. Mesti dia ni tak pandai makan ikan-ikan sungai ni. Padan muka. Nak sangat kan tidur sini. Rasakan kena makan ikan keli hari ini. Gelakku dalam hati. Encik Hakimi ku lihat hanya menganggukkan kepalanya sahaja sambil tersenyum pada mak dan ayah.
“Saya tak berapa makan sangat ikan keli. Tapi takpelah. Nak juga saya merasa masakan makcik ni. Mesti sedapkan?” kata Encik Hakimi cuba mengambil hati mereka berdua.
“La..tak makan ikan keli ke? Kimi jangan risau, ikan keli ni bersih. Makanlah. Makcik kamu ni kalau masak memang sedap tau. Silap-silap kamu siap tambah berpinggan-pinggan nasi nanti.” kata ayah sambil tergelak besar. Aku dan mak hanya tersenyum melihat ayah dan Encik Hakimi.
“Mak, Ril mana? Jenna tak nampak dia pun dari tadi?” tanyaku pada emak mengenai adik bongsuku, Jazril Hafizan. Dari aku sampai tadi aku tak nampak kelibat dia di rumah.
“Ril pergi sekolah. Ada kelas tambahan katanya. Kan tahun ni dia nak ambil SPM. Petang nanti baliklah tu.” kata mak sambil meneruskan makannya.
Kami makan tengah hari bersama-sama. Berpeluh-peluh Encik Hakimi merasai kepedasan ikan keli masak lemak cili api buatan emak. Itu belum lagi dia merasai masakan buatan aku. Aku suka kalau lagi pedas. Kalau Encik Hakimi rasa masakan yang aku buat, confirm dia keluar masuk tandas nanti. Hahaha..
Tapi ku lihat Encik Hakimi pandai sungguh menyesuaikan dirinya dengan suasana kampung dan pandai menghormati orang tua. Walaupun aku tahu Encik Hakimi dibesarkan dalam keluarga yang berada dan tidak pernah merasai suasana kampung apatah lagi hidup susah, tetapi dia pandai menyesuaikan dirinya. Tak banyak kerenah, tak kekok langsung dan tak juga cerewet. Tidak seperti anak-anak orang kaya di luar sana yang tidak betah duduk di rumah papan. Masakan kampung. Tapi Encik Hakimi berbeza orangnya. Aku suka dengan sikapnya itu. Mak dan ayah lagilah bertambah suka. Mak sempat menunjukkan ‘thumbs up’ padaku tanda aku memilih calon menantu yang tepat untuknya. Aduhai, mak ni.
“Malam itu aku dan Encik Hakimi duduk bersantai di pangkin di bawah pokok mempelam mak. Sudah lebat nampaknya buah mempelam mak ni. Esok aku nak panjatlah. Nak bawa balik KL. Mesti Intan suka giler kalau dapat buah mempelam ni. Lebih-lebih lagi yang masih muda tu. Kalau makan cicah dengan kicap campur lada, pergh....memang meliurkan. Aku dan Intan boleh habiskannya satu malam tu juga sambil layan drama korea kesukaan kami berdua.
Kami berdua di temani juga oleh adikku, Jazril Hafizan ditemani dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Bahaya kalau duduk berdua je dengan Encik Hakimi. Tak pasal-pasal nanti kena tangkap basah dek orang kampung. Kecoh satu kampung nanti. Mak ada di dalam rumah. Tengah buat apa pun aku tak tahu. Ayah pula solat Isyak di masjid. Malam ni Encik Hakimi tidur di rumah kami. Ni mak dengan ayah punya kerjalah ajak dia tidur sini. Elok-elok dah orang tu nak balik KL. Encik Hakimi pula ‘bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal’ memenuhi je permintaan ayahku.
“Encik Hakimi, saya minta maaf kalau encik rasa tak selesa duduk kat rumah saya ni. Rumah orang kampung memang macam ni. Banyak kekurangannya. Nyamuk banyak pula tu.” kataku padanya memulakan bicara sambil duduk meghirup udara malam yang segar. Bangga aku dengan kampungku ini. Masih lagi suci dari di cemari pencemaran udara yang teruk. Udara nyaman di kampung ni membuatkan aku sayang nak tinggalkan kampung berhijrah ke KL. Kalau kat KL, aku takkan dapat merasai dan menghirup udara sesegar ini. Tapi aku risau jika orang di sebelahku ini tidak betah berada di sini. Lebih betah duduk di rumah besarnya di KL tu.
“Jasmin, boleh tak kalau I minta U buang title encik pada nama I tu? Boleh tak panggil I Hakimi atau Kimi je? Kan lebih mesra dan taklah terlalu formal sangat. Kita bukan berada kat pejabat sekarang.” Kata Encik Hakimi sambil sedang asyik melihat Jazril memetik gitar mendendangkan lagi “Luahan Hati” secara akustik. Pandai rupanya adik aku ni bermain gitar.
Apa? Nak panggil dia Hakimi. Aku sudah terbiasa dengan panggilan encik pada pangkal nama dia tu. Lagipun dia kan bos aku. Buat apa nak tukar-tukar panggilan pula.
“Tapi encik..Saya dah biasalah panggil encik dengan panggilan Encik Hakimi. Rasa kekok pula lidah ni nak tukar-tukar.” Kataku memberi jawapan yang aku rasakan cukup munasabah. Munasabah kot.
“Kat pejabat U memang kena panggil I Encik Hakimi. But, kat luar I nak U panggil nama I aje. Tak susah kan bagi U?” katanya lagi sambil mengangkat sebelah keningnya menunggu reaksi dariku. Ni arahan ke yang aku terima?
“Okey Encik....Opss..Sorry..Kimi.” kataku sambil tersenyum. Nak tak nak aku terpaksa juga melembutkan lidahku memanggil dia dengan panggilan itu. Dia tersenyum puas.
“Yes, good girl. That’s my girl.” Kata Encik Hakimi lagi sambil tersenyum lebar yang membuatkan aku tersentak. Bila masa pula aku jadi girl dia ni. Perasan betullah bos aku ni. Mentang-mentang dia bos, suka hati dia aje nak cakap apa kan.
“I suka kampung U ni Jasmin. Aman damai. Tenang je saya rasa. Jauh dari hiruk pikuk kat kota tu. I sebenarnya memang sukakan suasana kampung. Thank you becoz U sudi bawa I ke sini.” Kata Encik Hakimi lagi sambil mengenyitkan matanya padaku. Ish, dia ni. Sakit mata ke?
Tapi bila masa pula aku yang bawa dia ke sini. Bukan dia ke yang beria-ia nak ikut aku balik. Siap kena ugut lagi kalau tak kasi dia ikut. Dari hari-hari, aku rasakan perubahan pada diri Encik Hakimi. Dia nampaknya seperti cuba mengambil hatiku. Cuba merapati aku dengan lebih rapat lagi. Eh, aku ni. Terlebih perasanlah pula.
“Kalau boleh kan Jasmin, one day I nak bawa anak isteri I stay kat kampung je. Hidup harmoni dan aman damai. And I hope U dapat bersama dengan I that day Jasmin.” Katanya sambil memandang tepat ke dalam anak mataku. Aku cuba membalas renungan matanya itu namun aku tidak berjaya. Dadaku seakan-akan berdetak-detak untuk membalas renungan matanya itu.
Untuk mengelakkan renungannya terus menusuk ke jantung hati ku, cepat-cepat aku melangkah kearah Jazril meninggalkan Encik Hakimi keseorangan. Aku semakin bertambah pelik dan hairan dengan tingkah lakunya. Kenapa dia berkata begitu pada aku. Apa maksudnya tu. Jangan-jangan dia suka kat aku kot. Masalahnya hatiku pun dah rasa macam berbolak-balik. Macam mana dengan Hisyam nanti. Aku tak mahu mengecawakan hati orang yang aku sayangi.
“Ril, esok kita panjat pokok mempelam ni ye.” Kataku selamba.
“Along nak bawa balik KL lah nanti. Kalau kak Intan dapat ni bukan main suka lagi tau.” Kataku lagi pada Jaril tanpa memandangnya. Banyaknya buah mempelam mak ni. Besar-besar pula tu.
“Eh, along ni...Nak panjat pula. Biar betul. Awak tu bukan budak kecil lagi tau. Awak tu kalau dah kahwin anak dah tiga empat orang tau. Tak elok orang perempuan panjat-panjat pokok ni. Kalau along nak, esok Ril kaitkan.” Mencerlung mata Ril memarahiku. Kan tak pasal-pasal dapat ceramah percuma dari Jazril.
Tulah, mengada-ngada tunjuk perangai budak-budak aku ni. Tapi nak buat macam mana memang aku suka memanjat. Hahaha...
Jazril Hafizan, adik bongsuku yang sudak berumur 17 tahun ni memang seorang adik yang baik dan prihatin. Dia seoranglah satu-satunya adik lelakiku di dalam keluarga. Sebab semua adik beradikku perempuan. Adikku yang nombor dua, Nur Jannah Iman berumur 23 tahun sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Adikku yang nombor tiga pula, Nur Jasrina Inarah berumur 21 tahun baru sahaja melanjutkan pelajarannya ke Universiti of Dublin dalam jurusan perubatan bulan lepas. Jazril Hafizan pula sedang bersiap sedia untuk menghadapi SPM tahun ini. Jadi, dialah yang tinggal dan masih beersekolah di kampung walaupun sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya ke MRSM. Tetapi dia menolak tawaran itu. Katanya nak duduk di kampung sahaja. Temankan ayah dan mak. Aku bangga mempunyai adik-adik seperti mereka semua.
“Alah Ril ni. Dah lama tau along tak panjat pokok. Bagilah along lepas gian.” Kataku tidak putus asa dan cuba memujuknya.
“Dah..Tak payah. Along jangan nak mengada-ngada. Nanti Ril bagitahu ayah dan emak baru tahu. Tak elok tau. Kan abang Kimi ada kat sini. Buatnya dia nampak along dengan gagahnya panjat pokok ni mahu pengsan dia tau.” Kata-kata Jaz itu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak.
Ye tak ye jugakkan. Buatnya Encik Hakimi nampak aku panjat pokok mempelam ni jatuhlah saham aku. Silap-silap dia boleh cerita satu pejapat anak pak cik Idris ni panjat pokok mempelam sebab nak lepas gian lasak. Masak aku di buatnya nanti.
“Ehmm...Ehmm...Abang macam dengar ada orang sebut-sebut nama abanglah. Along mengumpat abang ke Ril?” tanya Encik Hakimi tiba-tiba di belakangku. Alamak, dia dengar ke perbualan aku dengan Jazril tadi. Malunya kalau dia dengar.
“Hahaha..Taklah abang Kimi. Along ni ha dia nak panjat sangat pokok mempelam ni.” tunjuk Jazril kearah pokok mempelam di sebelah kami. Aku sempat menekup mulut Jaz apabila dia hendak berkata-kata lagi. Bertuah punya adik. Di malukannya aku. Muka aku dah naik merah menahan malu.
“Eh, along Ril ni pandai ke panjat pokok? Amboi, tak padan dengan perempuan. Nampak bukan main lembut dan ayu, rupanya boleh tahan lasak ye.”
Eh..Eh..Encik Hakimi ni pandang aku tak ada mata nampaknya. Entah-entah dia tu yang tak pandai panjat pokok. Almaklumlah budak bandar katakan.
“Abang Kimi bukan tak tahu, along ni juara kalau panjat-panjat pokok ni. Kira mamanjat pokok ni hobi dialah. Dulu masa kitorang kecil lagi, along pernah kena sebat dek ayah tau. Gara-gara ikut Ril pergi panjat pokok rambutan kat dusun belakang ni ha.” Tunjuk Jazril kearah dusun rambutan di belakang rumah kami.
“Orang suruh dia tunggu bawah, kutip buah rambutan yang jatuh. Alih-alih je dia dah ada kat pokok sebelah. Balik-balik kena rotan dengan ayah. Hahahaha..” Cerita Jazril dengan penuh terujanya.
Apalagi, ketawa terbahak-bahaklah makhluk dua orang ni. Bertuah punya adik. Habis pecah rahsia yang aku simpan selama ni. Ish, malu.
“Amboi Ril.. Seronok ye bahan along. Jahat tau. Tak naklah kawan dengan Ril lagi. Kimi, awak tidur luar malam ni.” kataku merajuk pada Encik Hakimi dan Jazril sambil terus meluru masuk ke dalam rumah. Sebenarnya aku lebih rasa malu apabila aku terpandang akan renungan mata Encik Hakimi yang redup memandang tepat ke dalam mataku walaupun suasana malam kelihatan agak suram.
Siap kamu lepas ni Jaz. Kamu dah jatuhkan saham along tau.
Dari dalam rumah kedengaran lagi sura gelak tawa mereka berdua. Apalah agaknya yang mereka bualkan lagi tu. Seronok benar nampaknya. Janganlah si Jazril ni cerita yang bukan-bukan pasal aku. Kalau cerita yang baik-baik tak mengapa. Naikkan saham along mu ini wahai adikku.
Opss, kejap yer. Kenapa aku beria-ia minta si Jazril naikkan saham aku depan Encik Hakimi. Buang tebiat ke aku ni. Encik Hakimi kan bos aku. Apa sudah jadi dengan hati mu wahai Nur Jenna Jasmin Idris.
“Mak...buat apa tu? Nak Jenna tolong apa-apa tak?” kataku pada emak apabila aku masuk ke ruangan dapur tadi. Mak sedang menggoreng keropok sayur dan keropok lekor. Sedapnya. Sudah lama aku tidak merasai keenakan keropok lekor Kota Tinggi.
“Mak tengah goreng keropok tu. Nanti ayah kamu balik dari masjid bolehlah kita makan sama-sama nanti. Nanti ajak sekali si Hakimi tu. Kamu buatkanlah air kopi tu.” arah emak padaku lantas itu juga aku menjerang air dan mengambil serbuk kopi dan gula.
“Jenna, pandai kamu pilih calon suami ye. Hormat orang tua. Pandai ambil hati mak dengan ayah. Mak suka sangatlah kalau kamu dengan si Hakimi tu. Orangnya pun segak. Kerja pun bagus.” Kata mak lagi panjang lebar memuji bos aku tu.
“Mak ni..Ke situ pula perginya. Itu bos Jenna lah mak. Jenna tak ada apa-apa hubungan dengan dia pun. Kami rakan sekerja je.” Kataku menerangkan keadaan yang sebenar mengenai hubunganku dan Encik Hakimi.
Aku tidak mahu emak dan ayah salah faham dan menaruh harapan yang tinggi terhadap hubungan kami. Lagipun bukan Encik Hakimi calon menantu emak dan ayah yang ingin aku perkenalkan pada mereka berdua. Calon menantu emak dan ayah ialah Hisyam.. Nanti akan aku bawa Hisyam berjumpa kedua orang tua ku itu.
“Ala..Kalau kamu jadi dengan dia pun apa salahnya. Mak tak ada halangan pun. Mak lagi suka sebab kamu dah jumpa bakal suami kamu.” Kata emak penuh pengharapan.
Ishh, emak ni memanglah. Tak habis-habis dengan calon suami aku. Takut betul aku tak kahwin. Tapi kenapa lidah aku kelu nak berkata pada emak yang aku sudah punya calonku sendiri iaitu Hisyam. Berat benar lidah ini kurasakan. Aku sendiri tidak tahu kenapa.
“Mak, Jenna panggil Ril dengan Hakimi masuklah ye. Ajak dorang makan sekali.” Kataku cepat cuba mengelak untuk terus bercerita mengenai calon suami. Emak hanya memandangku dengan gelengan kepalanya sahaja. Lantas aku keluar ke perkarangan rumah, aku ternampak ayah juga ada bersama mereka berdua sedang berbual-bual. Ayah baru balik dari masjid nampaknya.
“Ayah, mak panggil naik makan keropok.” Kataku pada ayah yang sedang asyik sangat berbual dengan Encik Hakimi sambil diperhatikan Jazril.
“Kamu bawa je turun ke bawah ni Jenna. Kita makan ramai-ramai kat sini. Cuaca malam ni pun nyaman je.” Arah ayah menyuruhku membawa makanan turun ke bawah.
Tanpa bantahan aku terus meluru masuk ke dalam rumah semula. Kami berlima makan dengan penuh berselera dan gembira. Banyak perkara yang di bualkan. Banyak juga cerita zaman kecilku terkeluar. Ayah dengan maklah ni seronok sangat bercerita. Encik Hakimi apalagi ketawa terbahak-bahak lah bila dia mendengar cerita yang lucu megenai aku.
Aku curi-curi pandang wajah Encik Hakimi. Tidak  di sangka, aku kini senang bila berada di sampingnya. Aku rasa selesa walaupun kadang-kadang aku rasa hati ini berdebar-debar. Sedang aku asyik memandang wajahnya, tiba-tiba pandangan matanya merenung tepat ke mataku. Aku jadi gugup. Aku jadi kelu lalu tertunduk malu. Kini, perasaan dan hatiku benar-benar keliru. Aku tidak tahu apa yang aku rasakan kini.
*********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...