Sudah
lebih kurang dua minggu hal kedatangan Encik Hakimi ke kampung halamanku di
Kota Tinggi aku tinggalkan. Aku juga sudah lama tidak bertemu wajah dengannya.
Kata Kak Wahida, Encik Hakimi kini berada di kota London. Ada urusan perniagaan
yang perlu dia selesaikan di sana.
Hal
antara aku dan dia juga kembali seperti biasa. Seperti tiada apa-apa yang telah
berlaku di antara kami berdua. Walaupun ketika di kampung dia ada menunjukkan
rasa sukanya pada aku. Ahh....mungkin saja aku yang terlebih perasan. Walhal,
Encik Hakimi tiada niat langsung. Walaubagaimanapun, kini aku cukup senang
bersama dengan Encik Hakimi. Dia seolah-olah sahabat yang setia dan boleh
mendengar segala luahan perasaan ku. Aku tidak kekok untuk bercerita sesuatu
dengannya.
Hisyam
juga sejak kebelakangan ini jarang sekali dapat kuhubungi. Setiap kali aku
menelefon telefon bimbitnya hanya kedengaran suara operator yang kedengaran.
Aku mula rasa sedih dan gelisah. Mungkinkah sejarah akan berulang lagi. Aku
tidak mahu semua itu berlaku. Apabila aku menelefon ke pejabatnya,
setiausahanya kata dia keluar berjumpa dengan klienlah, dah balik rumahlah.
Seolah-olah
Hisyam cuba untuk menjauhi aku. Namun, resah yang aku rasai tidak berpanjangan.
Petang itu, aku menerima panggilan telefon darinya mengajak aku keluar untuk
berjalan-jalan. Katanya juga ada sesuatu yang ingin diberitahukan kepadaku.
Petang
itu, selepas waktu kerjaku berakhir, Hisyam mengambil aku di pejabat. Kali ini aku perasan wajahnya kelihatan gusar
dan risau akan sesuatu. Aku kurang pasti apa yang telah berlaku kepada Hisyam.
Di dalam kereta pun suasana terasa amat tegang dan sunyi. Hisyam tidak
mengeluarkan sepatah perkataan pun padaku. Diam seribu bahasa. Aku tidak berani
pula untuk menanyakan masalahnya.
Hisyam
membawa aku ke Taman Tasik Putrajaya petang itu. Suasana petang sungguh
mendamaikan dan menyenangkan. Terdapat beberapa orang pelancong asing datang
bersiar-siar disitu. Mengambil gambar-gambar kenangan untuk di bawa pulang ke
negara mereka nanti. Kelihatan juga seorang dua sedang duduk memancing di
kawasan tasik itu. Senang aku melihat pemandangan di hadapan ku ini.
Namun,
aku perasan Hisyam tidak kelihatan ceria langsung sejak kami turun dari kereta
sehinggalah kini kami berdua duduk di gazebo yang tersedia di taman tasik ini.
Lalu untuk memecahkan tembok kesunyian ini, aku menegur lembut Hisyam.
“Hisyam.....are u okey? Hisyam ada masalah ke ni?
Dari tadi Jenna lihat Hisyam diam aje. Apa yang sedang menggusarkan hati Hisyam
ni? Ceritalah pada Jenna. Mana tahu Jenna boleh redakan sedikit kerisauan yang
sedang melanda Hisyam ni.” kataku panjang lebar menunggu respon daripada
Hisyam. Hisyam sekilas menoleh dan memandangku dengan pandangan yang sayu dan
sedih.
“Tak
tahulah Jenna. Sejak kebelakangan ini Hisyam rasa risau, gelisah dan sedih.
Hisyam dapat rasakan akan kehilangan Jenna. Hisyam tak boleh hidup tanpa Jenna.
Jenna lah wanita pertama yang berjaya membuka hati Hisyam ini untuk bercinta
lagi selepas putus tunang dengan Shasya dulu. Jenna teramat penting dalam hidup
Hisyam.” Kata Hisyam lagi sambil memandang wajahku sayu.
Aku
pelik melihat sikap dan tingkah Hisyam petang ini. Hisyam yang aku kenal bukan
begini orangnya. Hisyam yang aku kenal seorang yang optimis dan sentiasa
memandang ke hadapan.
“Apa
yang Hisyam cakapkan ni? Jenna pun tak mahu kehilangan Hisyam dan Hisyam juga
tak akan kehilangan Jenna melainkan mati yang akan memisahkan kita Hisyam.”
Kataku lagi cuba memujuk perasaannya.
“Jenna,
janji takkan tinggalkan Hisyam kan?” tanyanya lagi beria-ia sehingga dia
menggoncang kuat tanganku menyuruh aku berjanji. Semakin pelik aku melihat
perangai Hisyam petang itu.
“Ye.
Jenna janji takkan tinggalkan Hisyam. Dan Hisyam pun mesti berjanji pada Jenna
takkan tinggalkan Jenna juga tau.” Kataku senyum sambil menunjukkan jari
kelingkingku padanya menyuruh dia berjanji juga. Hisyam membalas tautan jari
kelingkingku dan tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.
Setelah
itu kami berdua menghabiskan masa bersama-sama bersiar-siar di sekitar taman
tasik itu menghirup udara petang yang segar dan nyaman. Sambil melihat juga
karenah-karenah dan pelbagai ragam manusia.
Jam
sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Tak sangka hampir dua jam juga kami
menghabiskan masa bersama-sama. Hisyam mengajakku pulang ke rumah. Aku
bertambah pelik kerana tidak semena-mena dia yang mengajakku pulang dahulu.
Selalunya aku yang akan mengajaknya pulang. Dan beria-ia juga dia tidak mahu
pulang dahulu. Katanya mahu berlama-lamaan denganku lagi. Tapi lain pula halnya
petang ini.
Sedang
kami berdua melintas jalan untuk ke kereta yang berada di seberang, aku terasa
badanku bagaikan ditolak kasar ke tepi jalan. Sehingga aku terjelopok jatuh ke
kawasan rumput yang berada di situ. Punggungku terasa sengal-sengal dan ada
luka besar di lenganku yang telah mengeluarkan darah merah.
Aku
terdengar juga bunyi dentuman kuat dihadapanku. Aku lihat dengan jelas tubuh Hisyam
terpelanting jauh keadapan jalan lalu terus terjelupuk ke tanah. Ternampak
sebuah kereta Waja sedang berhenti mengejut dihadapanku. Terdengar juga bunyi
decitan tayar bergeser dengan jalan tar.
“Hisyam!!!!!”
jeritku kuat memanggil nama Hisyam. Tanpa menghiraukan kesengalan punggungku
dan lukaku, aku gagahkan kaki menuju ke jasad Hisyam yang terbujur kaku. Aku
terus memangku kepalanya di atas ribaanku sambil menatap sayu wajahnya yang
berlumuran darah.
“Hisyam,
bangun Hisyam.
Jangan buat Jenna macam ni? Bangunlah Hisyam. Kita kan dah berjanji takkan tinggalkan
antara satu sama lain.” Aku menjerit histeria disitu cuba mengejutkan Hisyam
dari lena tidur yang panjang.
Kelihatan
ramai orang awam mengerumuniku dan Hisyam dan ada juga yang ingin menghulurkan
bantuan. Aku menepis kuat tangan mereka tidak mahu mereka menyentuh Hisyam.
“Hisyam,
bangunlah. Hisyam jahat buat macam ni pada Jenna. Hisyam bangun.” Aku menangis
semahu-mahunya sambil memeluk erat tubuh Hisyam. Lama-kelamaan aku rasakan
pandanganku semakin berbinar-binar. Orang-orang yang berada dihadapanku
kelihatan berputar-putar. Selepas itu aku terjelupuk ke tanah tidak sedarkan
diri lagi.
************
“Jenna,
maafkan Hisyam Jenna. Hisyam tak dapat tunaikan janji Hisyam pada Jenna. Hisyam
terpaksa pergi dahulu. Tapi Hisyam gembira yang Jenna sayang dan cintakan
Hisyam. Hisyam nak Jenna teruskan hidup Jenna. Jangan tangisi pemergian Hisyam
lagi. Hisyam nak Jenna gembira di luar sana. Insya Allah, Jenna akan dapat
seseorang yang boleh menggantikan tempat Hisyam untuk menjaga Jenna. Hisyam
pergi dulu ye Jenna. Selamat tinggal Jenna.” Hisyam tersenyum manis padaku.
Wajahnya kelihatan sangat bersih dan ceria. Aku ingin sekali memeluk erat
dirinya. Tapi setiap kali aku ingin berada dekat dengannya, semakin jauh Hisyam
pergi dariku.
“Hisyam,
jangan tinggalkan Jenna. Hisyam!! Hisyam!!” panggil aku lagi mengharapkan
Hisyam kembali kepadaku.
“Jenna...Jenna,
bangun nak.” Aku kenal akan suara itu. Itu suara ibuku.
Perlahan-lahan
aku membuka mataku. Dikiri dan kananku ada emak, ayah, adik beradikku, Intan
dan juga Razlan. Dimanakah aku sekarang? Hisyam mana? Kenapa Hisyam tiada
disini?
“Alhamdulillah,
akhirnya anak kita sudah sedar bang.” aku lihat emak memandang ayah sambil
menangis. Ayah memeluk erat bahu emak. Aku tidak faham situasi yang berlaku
sekarang. Aku keliru.
“Maaf
ye pakcik, makcik. Pesakit baru aje sedar. Saya harap boleh beri masa pada
pesakit untuk rehat yang secukupnya.” Tutur lembut jururawat yang baru sahaja
masuk ke dalam wad yang menempatkan aku sekarang.
“Jenna,
ayah dengan mak balik dulu ye. Nanti kami datang lihat kamu lagi.” Kata ayah
padaku sambil mengusap lembut ubun-ubun kepalaku. Emak mencium kedua-dua belah
pipiku. Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
“Jenna,
Intan dan Razlan balik dulu ye. Nanti
petang Intan datang lagi.” kata Intan pula sambil mencium kedua-dua belah
pipiku. Aku hanya tersenyum manis pada mereka berdua. Tinggallah aku
keseorangan. Aku masih lagi samar-samar tentang apa yeng telah berlaku.
Kepalaku terasa berat semula. Perlahan-lahan aku memejamkan mataku dan terus terlelap.
“Assalamualaikum
Jenna...” aku terdengar suara seorang perempuan memberi salam padaku. Aku
tersenyum memandang wajah sahabat karibku itu.
“Waalaikumussalam
Intan. Intan datang seorang je ke? Razlan mana?” tanyaku pada Intan. Belum
sempat Intan menjawab soalanku tadi, aku menanyakan lagi soalan padanya.
“Intan,
Hisyam mana ye? Kenapa Jenna ada kat hospital ni? Pagi tadi tak sempat nak
tanya pada emak dan ayah Jenna.” Tanyaku lagi pada Intan. Intan hanya mengeluh
halus.
“Jenna..Jenna
lupa ye apa yang sudah berlaku? Jenna tak ingat apa-apa ke?” tanya Intan
mengabaikan soalanku tadi.
Aku
cuba sedaya upaya untuk mengimbau kembali kejadian yang telah berlaku.
Tiba-tiba air mata bercucuran mengalir laju di pipiku. Kini, barulah aku sedar
dan ingat apa yang sudah terjadi pada diriku.
“Intan,
Jenna nak jumpa Hisyam. Bawa Jenna jumpa Hisyam.” Kataku mendesak sambil cuba
untuk turun dari katil. Aku mahu bertemu dengan Hisyam. Hisyam cuma pengsan je
tadi.
“Jenna,
jangan macam ni Jenna. Ingat Tuhan Jenna. Hisyam dah tak ada lagi Jenna. Hisyam
sudah pergi buat selama-lamanya. Allah lebih sayangkan dia Jenna. Sabar Jenna.”
Pujuk Intan sambil memelukku erat. Aku menangis tersedu-sedan mengenangkan
kehilangan orang yang tersayang buat kali keduanya. Kali ini Hisyam pergi
meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Hisyam tipu aku. Hisyam lupa janji kami
berdua.
“Intan,
Hisyam tipu Jenna. Dia beria-ia minta Jenna jangan tinggalkan dia. Tak boleh
hidup tanpa Jenna disisinya. Tapi Hisyam yang mungkir janji. Hisyam yang
tinggalkan Jenna.” Kataku menangis semahu-mahunya di bahu Intan. Aku tak sangka
bahagia yang ingin aku kecapi tidak bertahan lama. Aku kehilangan orang yang
aku sayangi.
************
Telah
dua minggu Hisyam pergi menemui TuhanNya. Dua minggu juga aku tidak datang
bekerja. Kini aku berada di kampung cuba untuk merawat hatiku yang luka ini.
Aku juga bersedia jika aku diberhentikan kerja. Aku rasa sudah tidak berdaya
lagi. Emak dan ayah risau melihatkan keadaan aku yang tidak terurus ini. Puas
sudah mereka berdua memberikanku kata-kata nasihat. Hanya aku yang cuba
memekakkan telingaku sendiri. Aku tahu emak sedih dengan sikapku ini. Tapi aku
sendiri tidak bersedia lagi untuk kehilangan Hisyam.
“Jenna,
makan nak. Mak dah masakkan lauk kegemaran Jenna. Ikan keli masak lemak cili api.
Mak buat yang pedas-pedas untuk Jenna. Keluar makan nak.” Kata emak diluar
pintu bilikku. Aku masih lagi terperuk di dalam bilik. Tidak mahu keluar.
**********
“Oh
Kimi...Jemputlah masuk Kimi. Lama kamu tak datang sini Kimi? Maafkan Jenna ye
Kimi sebab dah lama dia tak masuk bekerja. Macam tulah perangai dia sekarang.
Puas dah makcik pakcik kamu nasihatkan dia. Berbuih mulut kami ni. Tapi macam
tu juga perangai dia. Terperuk je dalam bilik. Taknak keluar. Taknak makan.
Makcik kamu ni siang malam menangis memikirkan hal Jenna ni. Jenna dah tak
macam dulu. Jenna dulu orangnya kuat dan tabah.” Jelas ayah panjang lebar pada
Encik Hakimi.
“Jenna..Encik
Hakimi datang ni. kKeluarlah nak. Dia nak jumpa Jenna ni.” kata emak
memanggilku untuk keluar.
Encik
Hakimi datang? Kenapa dia datang sini? Tapi sebenarnya aku memerlukan seorang
sahabat yang boleh mendengar luahan dan rasa hati yang aku rasai kini. Dan
Encik Hakimilah orangnya. Tapi aku tak tahu mengapa.
Emak
terperanjat melihat kelibatku keluar dari dalam bilik. Dia tersenyum gembira
melihatkan perubahanku itu. Aku memandang wajah emak. Wajah emak kelihatan
sedikit pucat. Baru aku sedar akan kekhilafanku selama ini. Disebabkan
terbawa-bawa denga rasa sedih, aku mengabaikan perasaan emak dan ayah.
Aku
dan Encik Hakimi duduk berdua di pangkin di bawah pokok mempelam emak. Terimbau
kembali kenangan bersama dia sebentar.
“Awak
dah okey Jasmin? Takziah saya ucapkan atas pemergian Hisyam.” Kata Encik Hakimi
memulakan bicara. Dadaku tiba-tiba sahaja kembali sebak bila mendengarkan nama
Hisyam.
“Jasmin,
yang pergi tu biarlah dia pergi. Jangan dikenang lagi orang yang telah pergi.
Kita yang tinggal ini perlu teruskan hidup.” Katanya lagi memberikanku
kata-kata peransang.
Tapi
masalahnya bukan dia yang berada ditempat ku sekarang. Dia tak rasa apa yang
aku rasakan. Aku masih juga terus diam membisu.
“Jangan
siksa diri awak Jasmin. Semua orang di sini masih sayangkan awak Jasmin. Mereka
semua tak mahu lihat awak bersedih macam ni. “ kata Encik Hakimi lagi. Aku
menoleh menmandang wajahnya.
“Encik
Hakimi tak rasa apa yang saya rasakan sekarang. Orang yang saya sayangi pergi
didepan mata saya sendiri. Saya rasa sangat sedih. Orang yang saya harapkan
dapat membahagiakan saya pergi dari hidup saya. Cukuplah sekali orang yang saya
sayang dulu tinggalkan saya. Kenapa Tuhan ambil Hisyam dari saya?” kataku
menangis teresak-esak.
“Astagfirullah
Jasmin. Apa awak cakap ni? Awak tak percaya pada takdir Allah ke Jasmin? Semua
yang berlaku pada awak kini semuanya dah ditentukan oleh Dia. Pasti ada hikmah
di sebalik semua yang berlaku ni. Ingat Allah. Ingat keluarga awak Jasmin.
Masih ramai lagi insan yang sayangkan awak. Saya pasti juga Hisyam mahu lihat
awak gembira, bahagia. Pasti dia sedih bila melihatkan keadaan awak sekarang.
Meratapi pemergian dia. Lagi satu Jasmin, ibu awak tu. dialah orang yang paling
susah hati lihat awak macam ni. Dia menangis siang malam melihatkan keadaan
awak Jasmin. Awak tak kasihankan ibu awak ke? Jangan disebabkan awak kehilangan
orang yang awak sayangi awak abaikan perasaan orang yang masih sayangkan awak.
Saya pasti ibu awak terseksa Jasmin.” Jelas Encik Hakimi panjang lebar
membuatkan aku tersedar akan kekhilafanku selama ini. Aku sekaligus telah
melukakan hati keluargaku terutamanya emakku dengan sikapku ini. Ya Allah,
ampunilah dosaku kerana telah melukakan hati ibuku sendiri. Ya Allah.....
Tanpa
sempat membalas kata-kata Encik Hakimi tadi, aku meluru masuk ke dalam rumah
mendapatkan emak yang berada di dalam bilik. Ayah juga berada disitu.
“Emak,
maafkan Jenna mak. Jenna banyak buat silap pada mak. Jenna sedihkan hati mak
dengan perbuatan Jenna ni. Jenna terlalu ikutkan hati dan perasaan sendiri.
Maafkan Jenna mak.” Rayuku bersungguh-sungguh memohon kemaafan daripada ibuku.
Aku memeluk erat tubuh tuanya. Air mata sudah bercucuran membasihi pipiku dan
emak.
“Ya
Allah Jenna. Syukur Ya Allah. Kau dah kembalikan anakku. Jenna tak buat salah
apa-apa pun pada mak. Malah mak bersyukur Jenna dah kembali kepada diri Jenna
sendiri. Itu yang mak harapkan selama ini. Mak faham perasaan Jenna. Dah...tak
mahu nangis-nangis lagi.” Kata emak tersenyum sambil menyapu lembut air mata
dipipiku.
Aku
pergi pula kepada ayah memohon kemaafan daripadanya.
“Ayah,
maafkan Jenna yah. Jenna dah buat keluarga kita susah hati dengan perangai dan
sikap Jenna ni.” kataku pula pada ayah sambil mencium tangan tuanya. Ayah
mengusap lembut kepalaku.
“Dahlah
tu Jenna. Yang lepas biarlah lepas. Sekarang yang penting ayah nak tengok kamu
gembira dan bahagia. Doakan kebahagiaan dan kesenangan Hisyam di akhirat sana.
Jangan tangisi lagi pemergiannya. Kamu perlu teruskan hidup kamu.” Kata ayah
lagi. Kami bertiga saling berpelukan.
Di
luar pintu, Encik Hakimi dan Jazril terharu melihat kami bertiga. Jazril
kelihatannya mengalirkan air mata gembira. Aku pandang wajah Encik Hakimi. Mata
kami bertaut. Aku memandangnya dengan senyuman manis tanda berterima kasih
kepadanya. Dia hanya tersenyum sambil mengangkat tiga jari belakang tanda “no
hal”.
Terima
kasih Encik Hakimi kerana telah menyedarkan aku dari dibuai rasa sedih yang
berpanjangan. Buat Hisyam, dirimu akan sentiasa tersemat kukuh di dalam hati
ini. Terima kasih di atas segalanya. Hanya doa dapatku kirimkan buatmu di sana.
Moga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Pesanmu
agar ingin melihatku terus bahagia dan gembira dalam menjalani kehidupan
tanpanmu disisi akan aku kotakan. Terima kasih Nur Hisyam Amin Zulkifli. Terima
kasih kerana kau telah membahagiakan aku walaupun untuk seketika.
******************************************************************
Comments
Post a Comment