Skip to main content

BYDC - BAB 13


Kenangan bersama Hisyam tidak mungkin dapat ku lupakan sampai bila-bila. Kenangan bersamanya akan terus terpahat di dalam lubuk hati ini. Memori indah yang terukir bersamanya akan kujadikan kenangan manis buat peneman untuk aku teruskan hidup ini.
Kini, aku telah dapat meneruskan kehidupanku tanpa Hisyam disisi. Aku juga telah kembali ke tempat kerja meneruskan kembali kerja-kerja yang aku tinggalkan sebelum ini. Terima kasih kuucapkan kepada Encik Hakimi kerana masih lagi sudi untuk menerima aku bekerja di syarikat ini. Padahal kalau diikutkan peraturan, aku telah dibuangkan kerja kerana tidak masuk bekerja selama lebih dua minggu tanpa sebarang notis. Tapi kata Encik Hakimi lagi dia cukup memahami situasiku waktu itu. Ternyata Encik Hakimi seorang majikan yang bertimbang rasa dan prihatin.
Orang yang paling gembira dengan kemunculanku di pejabat pagi itu, tentu sahaja kak Wahida, Selvi dan Azila. Begitu juga rakan-rakan sepejabat yang lain. Tidak ketinggalan juga ada yang kurang senang dengan kemunculan semula diriku di pejabat ini. Namun, aku tak mahu ambil “port” tentang semua itu. Biarlah mereka berterusan berkata apa saja yang mereka ingin katakan. Bukan mereka semua yang berada ditempatku. Merasai apa yang aku rasai.
“Jenna....kami semua rindukan awak tau. Opis ni sunyi tau bila awak tak ada. Saya pula tak ada teman bergosip. Tapi nasib baiklah awak dah balik semula.” Kata Selvi dengan cerianya sambil memelukku erat. Diciumnya kedua-dua belah pipiku. Bagaikan tidak berjumpaku dalam tempoh yang cukup lama.
“Selvi ni memang tau Jenna. Awak nak tahu, sayalah yang kena jadi mangsanya dengar celoteh dan gossip dia tiap-tiap hari. Naik tebal telinga saya ni tau.” Balas Azila sambil menunjukkan cuping telinganya di hadapan ku.
Bila mendengarkan saja Azila berkata begitu, pantas saja dia mencebikkan bibirnya pada Azila. Rakan-rakan yang lain ketawa melihat keletah mereka berdua. Aku juga rasa cukup terhibur dengan gurauan dan keletah mereka berdua. Benarlah kata Encik Hakimi bahawa ada lagi sinar indahnya hidup ini jika diteruskan. Ramai lagi kawan-kawan, teman-teman lain disisi menemani hidupku.
“Amboi..amboi..meriahnya suasana opis ni akak tengok.” Tiba-tiba kedengaran suara kak Wahida yang baru keluar dari bilik Encik Hakimi. Aku terus menuju ke arahnya bersalaman mencium tangannya. Kak Wahida mengusap lembut kepalaku yang dilitupi tudung sambil tersenyum manis memandangku.
“Takziah akak ucapkan pada Jenna atas apa yang telah berlaku. Akak dan staf-staf lain doakan agar Jenna terus tabah dan cekal dalam meneruskan hidup ini. Kami semua disini ada menemani Jenna.” Nasihat kak Wahida  lagi. Hatiku rasa sebak. Aku sedaya upaya cuba untuk menahan air mata daripada keluar. Aku nekad tidak mahu menangis lagi.
Suasana di opis terus meriah kerana tidak ku sangka kak Wahida dan juga rakan-rakan sepejabatku yang lain sepakat mengadakan jamuan selamat kembali untukku. Aku rasa cukup terharu di atas keprihatinan mereka semua. Akhirnya, air mataku tumpah jua. Namun, ianya adalah air mata kegembiraan bukan lagi kesedihan.
Encik Hakimi tidak ada di dalam jamuan yang diadakan untukku itu. Kata kak Wahida dia kini berada di Dubai kerana ada urusan perniagaan di sana. Walaupun kehadiran Encik Hakimi tiada pada hari ini, aku bersyukur kerana masih lagi punya rakan-rakan yang sangat menyayangiku dan mengambil berat akan diriku.
Setelah majlis jamuan untukku selesai, aku terus menuju ke meja kerjaku untuk menyiapkan kembali kerja-kerja yang aku tinggalkan. Mujur saja ada kak Wahida yang sudi membantu aku dan memberikan aku tunjuk ajar dan informasi sepanjang aku tidak masuk bekerja. Sedang aku meneliti sebuah fail mengenai projekku sebelum bercuti dulu, kedengaran mesej masuk di telefon bimbitku. Ada dua mesej yang masuk rupa-rupanya. Dan kedua-duanya daripada Encik Hakimi.
Mesej pertama darinya....
Assalamualaikum Jasmin...selamat kembali ke pejabat. I senang dengan kepulangan U ke pejabat. Sorry, tak dapat join jamuan sempena menyambut kepulangan U.
Tersenyum aku membaca mesej itu. Aku bersyukur kerana Encik Hakimi dengan senang  hati menerima kepulanganku ke pejabat. Tapi sebenarnya jauh dilubuk hati ini, terkilan rasa kerana Encik Hakimi tiada untuk sama-sama meraikan kepulanganku.
Ish, apa kena dengan aku ni. minta yang bukan-bukan pula. Namun, aku sedar sejak-sejak akhir ini, aku jadi rindu padanya dan aku ingin melihat wajahnya. Aku ingin berbual dengannya.
Mesej kedua pula aku baca. Mesej yang berbunyi....
Jasmin, after I selesaikan urusan disini, I want to see U. Kita akan celebrate kepulangan U sama-sama. Just both of us ok!! Jasmin, I miss U so much...I’m really miss U..
            Mesej yang benar-benar membuatkan jantungku berdegup dengan cukup kencang dan laju. Encik Hakimi rindukan aku? Betul ke ni? Ye, aku juga rindukannya. Aku jadi tidak sabar hendak berjumpa dengannya. Tapi tidak diberitahu pula padaku bila dia akan pulang ke Malaysia. Nak tanya pada kak Wahida, hati terasa malulah pulak. Apalah yang dah jadi pada aku ni.....
How’s suasana opis tadi?” tanya Intan ketika kami berdua sedang menonton televisyen selepas makan malam tadi. Sedap pula Intan masak tadi. Jarang juga aku rasa masakan si Intan ni. Tapi nampaknya makin mantap skill memasak dia. Mungkin belajar dari mak mertua dia kot. Almaklumlah, orang dah nak kahwin.
“Ya Allah, dah datang balik dah penyakit dia. Jenna!!” terperanjat aku dengan tepukan kuat Intan dihadapan wajahku.
“Ish..Ish..Jenna ni...suka sangatlah mengelamun. Tapi tak apa. Sebenarnya, Intan rindu tau dengan penyakit sewel Jenna ni. Hahahaha...suka mengelamun.” Gelak besar Intan membuatkan aku mencebikkan bibirku padanya. Kurang asam betul punya member, dikatanya hobi kuat mengelamun aku ni penyakit sewel. Aku buat muka menyampah. Namun, lagi sekali Intan ketawa besar.
“Tu lagi satu penyakit sewel Jenna. Suka benar buat muka macam tu. Hahahaha...rindunya Intan. Lama tau tak dapat tengok muka Jenna macam tu.” Ishh..ish..bukan main suka Intan gelakkan aku. Namun, sebenarnya aku rasa gembira dengan situasi sekarang. Gelak ketawa kini memenuhi hari-hari dalam hidupku.
“Okey! Okey! Stop!” kata Intan cuba menghentikan ketawanya itu. Aku hanya tersenyum melihat kerenah Intan. Terubat rindu di hati.
“Jenna lah ni..Okey..Intan nak tanya tadi, how’s suasana opis tadi?” tanya semula Intan soalan yang masih belum ku jawab tadi.
“Alhamdulillah...good! semua staf seronok terima kepulangan Jenna tau. Jenna tak sangka diorang semua rindukan Jenna sangat-sangat. Diorang siap buatkan Jenna majlis kepulangan Jenna tau, Intan. Jenna rasa terharu sangat-sangat.” Ujarku pada Intan dengan senyuman yang manis.
“Encik Hakimi ada sekalilah tu.” kata Intan lagi sambil mengenyitkan matanya. Encik Hakimi?
“Hahaha.....dia tak adalah Intan. Dia kat Dubai sekarang ni. Kawan-kawan opis je tadi.” Kataku lagi cuba untuk tidak bercerita mengenai mesej-mesej yang dihantar Encik Hakimi pagi tadi. Kalau aku bercerita nanti, lagi kecohlah si Intan ni. Nanti diberitahunya pada mak dan ayah kat kampung tu. Bukan boleh percaya sangat minah seorang ni.
“Owh..Watak utama lelaki tak adalah ni. Tak apa...Intan rasa watak utama lelaki nak celebrate berdua je dengan watak utama perempuan. Betul tak?” tanya Intan cuba menyerkap jarang. Betullah minah ni. Macam tahu-tahu aje.
“No komen...” ujarku pula membuatkan Intan membulatkan matanya. Aku tergelak kecil melihat reaksi wajah Intan yang comel tu.
“Intan suka tengok Jenna dah kembali ceria macam dulu. Jenna dah kembali kepada Jenna yang Intan kenal dulu. Yang kelakar, suka mengelamun. Hahaha....” tambah Intan lagi.
“Ini semua berkat doa mak dan ayah, Intan dan juga rakan-rakan yang lain. Kalau tak ada korang semua, mesti Jenna masih lagi terus meratapi pemergian Hisyam.” Ujarku sambil meletakkan kepalaku manja di bahu Intan.
And terima kasih pada Encik Hakimi juga kan?” tanya Intan lagi membuatkan aku mengangkat semula kepalaku dari bahunya.
“Yer..terima kasih juga pada Encik Hakimi yang telah banyak memberi pendorong dan kata-kata semangat untuk Jenna teruskan hidup tanpa Hisyam disisi. Dialah juga yang menyedarkan Jenna dari lena yang cukup panjang.” Kataku lagi pada Intan.
“Jenna, Intan sukalah kalau Jenna dengan Encik Hakimi. Daripada pemerhatian Intan, Encik Hakimi memang sukakan Jenna tau. Dari cara dia merenung Jenna, layanan dia pada Jenna. Hisyam dah tak ada lagi Jenna. Jenna harus teruskan hidup ini. Hisyam tentu saja ingin melihat Jenna bahagia kan. Ada insan lain yang boleh menjaga dan menyayangi Jenna.” Ujar Intan lagi sambil mengenggam erat jari-jemariku.
Hidup perlu diteruskan. Akan ku kotakan permintaan terakhir Hisyam itu. Namun, bukanlah untuk jangkamasa yang terdekat ini. Hisyam masih lagi dalam hatiku walaupun dari hari ke hari nama dan wajah Encik Hakimi sering memenuhi ruang fikiranku. Aku sendiri tidak pasti dengan perasaan Encik Hakimi. Benarkah pemerhatian Intan itu yang Encik Hakimi sememangnya ada menyimpan perasaannya padaku.
Memang sebelum ini, Encik Hakimi ada berkias-kias mengatakan perasaan sukanya padaku tapi itu aku anggap sebagai gurauannya sahaja. Mungkin dia juga tidak memaksudkannya.
Hampir dua minggu aku kembali bertugas di pejabat ini. Menyelesaikan semua kertas kerja dan projek yang aku tinggalkan. Mujurlah juga ada Ruhil, penolongku menguruskan semua yang patut aku lakukan dengan bantuan kak Wahida. Jelas sekali aku telah menyusahkan kak Wahida dan juga Ruhil. Terutamanya tentu saja Ruhil, tertekan dengan kerja yang melambak-lambak. Yang tak pernah berhenti. Aku mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Ruhil kerana telah menjalankan tugasku dengan baik sekali. Ruhil dengan berbesar hatinya bersedia menolong dan membantuku. Katanya lagi, dia mendapat banyak pengalaman dan belajar perkara-perkara yang baru dari tugas-tugas yang dilakukannya itu. Senang hati aku mendengar kesediaan Ruhil itu.
Hari ini hari Sabtu, aku hanya berehat sahaja di rumah menghabiskan masa cutiku. Intan awal-awal pagi lagi sudah keluar bersama Razlan membeli barang-barang persiapan perkahwinan mereka berdua. Intan dan Razlan akan melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi. Mesti banyak persiapan yang perlu dilakukan.
Minggu itu mungkin aku akan mengikut Intan balik ke rumah orang tuanya. Intan beria-ia meminta aku menjadi pengapitnya. Namun, aku masih belum memberi kata putus kerana sebenarnya aku berasa segan untuk meminta cuti lagi. Sebelum ini aku sudah bercuti cukup lama. Tapi sedaya upayaku akan kucuba mengotakan dan memenuhi permintaan Intan itu.
Sedang asyik aku menonton filem Hindustan, Mohabbatein di TV3, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Lekas aku melihat nama pengirimnya dan tertera nama Encik Hakimi di screen. Lantas aku menekan punat ‘read’ untuk membaca sms yang dihantarnya.
Assalamualaikum Jasmin.....I sekarang ada kat depan rumah U ni. Boleh tak I ajak U keluar? Please Jasmin....
Apa? Encik Hakimi ada kat depan rumah aku? Biar betul dia ni? Kelam kabut aku dibuatnya. Apa aku nak balas ni. Kata je lah aku tak ada kat rumah. Balik kampung ke. Kat opis ke.
Eh..eh..alasan ada kat opis macam tak relevanlah pulak. Kan sekarang hari minggu. Rajinlah sangat nak datang opis tu. Alasan balik kampung tu pulak memang tak kena. Kampung aku tu bukannya dekat kalau setakat nak balik sehari je.
Sedang aku berhempas pulas memerah otak mencipta alasan untuk membalas mesejnya itu, kedengaran pula nada dering dari telefon bimbitku menandakan ada panggilan yang masuk. Cepat-cepat aku melihat nama yang tertera di screen. Alamak, Encik Hakim telefonlah. Aduh..tanpa rasa hati yang separuh rela aku menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Jasmin....” salam Encik Hakimi ceria memulakan bicara.
“Err..er...Waalaikumussalam...” itu saja yang terkeluar dari bibirku. Sebenar aku tak tahu nak kata apa. Tiba-tiba aku jadi fail bahasa melayu.
Are U okey Jasmin?” tanya Encik Hakimi lagi kerana aku masih terus membisu.
“Ya..ya..I’m here Encik Hakimi. Betul ke encik ada kat depan rumah saya ni?” tanyaku untuk mendapatkan kepastian. Pasti Encik Hakimi sedang bergurau denganku sekarang.
“Ya..I betul-betul ada depan rumah U ni Jasmin. Kalau U tak percaya, U selak langsir rumah U tu.” kata Encik Hakimi lagi. Terdengar senyuman kecilnya di corong telefon.
Lantas aku bergerak ke tepi tingkap dan menyelak sedikit kain langsir. Ya, tepat sekali Encik Hakimi kini berada di hadapan rumahku.
“Betulkan? Jasmin, boleh I ajak U keluar?” tanya Encik Hakimi lagi mengajakku keluar.
“Er..er..Okey, but give me 15 minutes. I nak siap-siap dulu.” balasku meminta masa padanya untuk aku menyiapkan diri.
Setelah mengucapkan salam dan mematikan talian lantas aku menyiapkan diri. Mujur juga aku sudah mandi tadi kerana hendak menunaikan solat zuhur. Kalau tidak lagi lamalah Encik Hakimi tunggu di luar.
Setelah aku rasakan penampilanku nampak memuaskan dengan blaus ungu, berskirt hitam labuh dan bertudung bawal warna ungu, aku bergegas keluar dari rumah. Encik Hakimi tersenyum melihat kemunculanku di muka pintu. Aku juga membalas senyumannya itu. Dia membukakan pintu keretanya untukku. Sungguh gentleman sekali.
Di dalam kereta, aku hanya diam sahaja. Tapi aku lihat Encik Hakimi tersenyum-senyum sendiri. Aku dalam berani-berani takut cuba menyapanya.
“Kenapa Encik Hakimi tersenyum-senyum ni? Apa yang buat hati Encik Hakimi gembira ni?” tanyaku memulakan bicara. Tiba-tiba wajah Encik Hakimi bertukar redup. Aik, cepat benar mamat sebelah aku ni bertukar mood.
“Jasmin, are U forget what U should address me?” tanya Encik Hakimi dengan nada yang aku rasakan kini dia sedang merajuk. Eh, dah pandai merajuklah bos aku ni.
“Opss, sorry Kimi. Saya lupa.” Kataku lagi sambil menepuk lembut dahiku sendiri. Barulah aku lihat senyuman manis Encik Hakimi semula. Senyuman itu cukup manis. Senyuman persis Jojo.
But, apa yang menggembirakan hati Kimi ni? Dari tadi saya tengok Kimi tersenyum-senyum aje.” Tanyaku lagi padanya.
Actually, I gembira lihat keadaan U sekarang ni Jasmin. Jasmin dah kembali semula kepada Jasmin yang I kenal dulu. Yang comel, kelam kabut dan kuat mengelamun.” Katanya sambil tersenyum sekilas memandangku di sebelah.
Aku tersenyum manis melihatnya.
“Kimi nak bawa saya pergi mana ni?” tanyaku lagi. Kemanalah Encik Hakimi nak bawa aku ni.
“I nak bawa U ke satu tempat yang cukup special. Kan I dah janji nak celebrate kepulangan U ke pejabat hanya kita berdua je. Just both of us.” Kata Encik Hakimi lagi. Dia benar-benar memaksudkan kiriman smsnya tempoh hari. Namun kata-kata rindunya itu tidak aku tahu kesahihannya.
Encik Hakimi membawa aku ke sebuah restoran makanan laut yan betul-betul diatas air dan mengadap Laut China Selatan. Tidak ku ketahui bahawa ada restoran di sini. Nanti aku nak ajak Intan dan Razlan makan kat sinilah.
Opps, tidak. Aku nak rekemenkan kat mereka berdua tempat ni. Tempat ni sesuai benar untuk pasangan yang sedang dilamun cinta. Dapat menikmati hembusan angin pantai yang lembut. Dan juga dapat sama-sama menikmati keindahan terbenamnya matahari. Kalau Hisyam ada alangkah bahagianya.
Jasmin...are U okey? Tak habis-habis dengan hobi U yang suka mengelamun tu tau.” Kata Encik Hakimi sambil mencuit lembut hidungku. Tersentak aku dibuatnya.
Opps, sorry Jasmin. I tak sengaja.” Kata Encik Hakimi memohon kemaafan diatas kekhilafannya sebentar tadi.
It’s okey Kimi. Sorry, saya ni suka sangat mengelamunkan. Hehehe. But, tempat ni so nice. Thanks coz sudi bawa saya ke sini.” Kataku ikhlas.
“Welcome my dear. I’m glad becoz U like this place. Puas tau I cari tempat yang menarik untuk bawa U. And U know that, kita sama-sama akan tunggu dan menikmati keindahan matahari terbenam, okey?” kata Encik Hakimi dengan ceria. Aku perasan yang Encik Hakimi kelihatan terlebih ceria.
Tunggu matahari terbenam? Nampaknya malamlah aku sampai rumah. Huhuhu. Tapi tak apalah. Lagipun Encik Hakimi sudah bersusah payah cari tempat yang menarik untukku. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang telah dia buat untukku. Aku kena inform Intan aku balik lewat sikit malam ni. Nanti risau si Intan tu.
Kami berdua menikmati keindahan laut yang indah dan cantik itu sementara menunggukan waktu terbenamnya matahari. Banyak juga perkara yang kami bualkan bersama petang itu. Cerita dia di oversea menguruskan perniagaannya. Cerita keluarganya yang tidak henti-henti menyuruhnya mencari calon isteri. Aku lebih banyak mendengar ceritanya. Menjadi pendengar setianya pula.
Tiba-tiba, soalan yang tidak ku jangka keluar dari bibir Encik Hakimi.
“Jasmin, apa reaksi U kalau ada rombongan meminang datang meminang U di kampung nanti?” itu soalan dia yang membuatkan aku terpana seketika.
Sebelum ini, ada aku menyuarakan isi hatiku pada mak dan ayah bahawa aku bersedia menerima pinangan sesiapa sahaja yang datang meminangku. Aku menyerahkan segalanya kepada kedua orang tuaku. Aku pasti pilihan orang tuaku itu yang terbaik. Aku dah serik dan penat untuk mencari pilihan hati sendiri. Biarlah pula mak dan ayah yang carikan.
“Jasmin?” tegur Encik Hakimi mengejutkan lamunanku tadi.
“Kalau mak dan ayah setuju dengan pinangan itu, saya pun setuju juga. Saya pasti mak dan ayah saya inginkan yang terbaik untuk saya. So, saya yakin dengan pilihan mereka.” Kataku membalas pertanyaan Encik Hakimi tadi.
“U tak kisah ke kalau kahwin dengan orang yang U tak kenal Jasmin?” satu soalan lagi ditujukan kepadaku.
“Bercinta bertahun lamanya pun kadang-kadang tak menjaminkan kebahagiaan dalam berumah tangga Kimi. Ada yang bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya perkahwinan yang dibina putus di tengah jalan. So, bagi saya, saya mahukan percintaan sebelum kahwin. Mungkin lebih indah dan manis. Memang dulu saya dan Hisyam inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia. Namun, takdir tak menyebelahi kami Kimi. Dia pergi dulu. Jadi sekarang saya dah penat nak bercinta lagi.” Jelasku dengan sejelasnya perasaanku pada Encik Hakimi.
Encik Hakimi ku lihat hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“I minta maaf kalau soalan I tadi mengingatkan U pada Hisyam. So, U tak kisah lah ye kahwin dengan orang yang U tak kenal?” tanya Encik Hakimi lagi.
“Ya..I tak kisah. I yakin dengan pilihan kedua orang tua I. Mesti diorang nak kan yang terbaik untuk I.” Jelas ku lagi.
Encik Hakimi tersenyum puas mendengarkan jawapanku tadi. Kenapa dia ni nampak macam excited sangat ye. Tidak ku ketahui apa yang berada di dalam fikirannya kini.
Kami menghabiskan masa berdua menikmati saat indah terbenamya matahari. Hatiku sungguh damai dan tenang dengan kehadiran Encik Hakimi di sebelah. Jikalaulah Encik Hakimi yang menghantar rombongan meminangku, akulah insan yang paling bahagia ku rasakan. Ishh, melalut betullah aku ni. Betullah aku ni kuat benar berangan.
“Assalamualaikum Jenna. Mak ni. mak nak beritahu, semalam ada rombongan datang nak meminang kamu. Mak dan ayah dah terima pinangan tu. Kamu tak kisahkan? Kami buat keputusan yang terbaik untuk kamu Jenna.” Itulah kata emak apabila aku menerima panggilan dari kampung pagi tadi.
Terkejut aku bangun dari tidur kerana terperanjat menerima perkhabaran dari emak. Ada orang datang meminang aku? Mak dan ayah terima pinangan itu tanpa berbincang dengan aku dulu? Tapi bukankah aku sendiri yang membenarkan mereka berdua membuat keputusan untukku. Aku pasti keputusan yang emak dan ayah buat adalah yang terbaik untukku.
“Jenna, mak dah bagi alamat rumah kamu pada bakal tunang kamu tu. Mungkin hari ini dia datang jumpa kamu. Nanti dia sendiri yang akan jelaskan pada kamu.” Kata emak lagi membuatkan jantungku berdegup laju. Bakal tunangku datang nak jumpa aku hari ini. Aduh.....
Perbualan dengan emak tadi benar-benar buat aku rasa buntu. Siapalah pula yang datang meminang aku ni. Kenal pun tidak. Mungkin anak kawan-kawan emak dan ayah. Takpun ni mesti planning makcik-makcik aku.
Petang itu, Intan mengetuk pintu bilikku. Katanya ada seseorang ingin berjumpa denganku. Katanya bakal tunangku yang datang. Apa? Dia dah datang ke. Aku jadi tak tentu arah. Aku berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilikku sendiri. Tergelak besar Intan melihat keadaanku yang serba tidak kena itu. Bagaikan cacing yang sedang kepanasan. Tapi, boleh pula si Intan ni gelakkan aku.
“Intan, boleh tak Intan kata Jenna tak ada kat rumah? Cakaplah Intan dah keluar ke. Intan masuk pejabat ke.” Kataku beria-ia sambil memegang kuat bahu Intan. Aku benar-benar tidak mahu berjumpa dengan tunangku itu. Aku taknak. Aku tak bersedia lagi.
“Ya Allah Jenna. Bawa bertenang. Kenapa kalut sangat ni. Relakslah Jenna. Intan kan ada kat sini. Jenna jumpa je dia. Dia pun dah tak sabar-sabar nak jumpa Jenna tau. Dia ada kat bawah tu dengan Razlan. Tengah berborak sakan diorang berdua tu.” Kata Intan lagi cuba mententeramkan aku.
Eh..eh..Intan ni, dia suruh aku relaks. Dahlah aku tak kenal bakal tunang aku tu. Entah sape-sapelah mak dan ayah terima pinangan tu. Eh, tapi macam mana pula Intan tahu yang datang tu bakal tunang aku ye. Siap boleh berbual sakan dengan si Razlan pulak tu. Macam dah kenal lama je. Something fishy here.
Belum sempat aku bertanyakan apa benar Intan telah mengenali siapa bakal tunangku itu, Intan menolak aku masuk ke dalam bilik air.
“Dah, pergi siap cepat. Intan tunggu kat bawah. Intan nak pergi tengok dorang berdua kat bawah tu. Apalah gamaknya yang dibualkan tu.” ujar Intan lagi membuatkan prasangka ku tadi tepat. Diorang bertiga memang dah kenal antara satu sama lain.
“Ish, minah ni mengelamun pula dia. Siap cepat Jenna...” nyaring suara Intan menjerit di cuping telingaku. Melatah aku dibuatnya. Cepat-cepat aku masuk ke bilik air.
Selepas hampir siap aku bersiap ala kadar, Intan menjenguk masuk ke bilikku.
“Dah siap da? Yok, kita turun bawah. Dah bersedia untuk jumpa bakal tunang sendiri?” tanya Intan sambil tersengih panjang. Aku buat muka cencurut. Malas nak jawab soalan Intan tu. Kalau Intan tak ada memang aku takkan buka pintu. Biarlah entah siapa mamat tu duduk kat luar lama-lama.
“Dah, kita turun bawah.” Ujar Intan menolakku keluar bilik.
Dari tingkat atas, aku dengar suara dua orang lelaki sedang berbual-bual. Tapi, yang membuatkan dadaku tiba-tiba berdebar-debar ialah suara lelaki yang seorang lagi tu. Macam biasa dengar. Takkanlah dia. Tak mungkin kot.
Ketika kakiku menginjak ke anak tangga yang terakhir, aku terpaku melihat wajah itu. Wajah yang cukup aku kenali. Benarkah dia orangnya? Benarkah dia bakal tunangku sekaligus akan menjadi suamiku? Benarkah???
********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...