Skip to main content

BYDC - BAB 9


Aku keluar makan tengah hari bersama-sama dengan Azila dan Selvi di restoran yang berdekatan dengan opis kami. Restoran Molek, menyediakan masakan kampung dari negeri Kelantan. Aku dan rakan-rakan sepejabat suka makan tengah hari disini. Masakannya sedap dan harga pun berpatutan. Tak adalah mahal sangat.
Sepatutnya, aku makan tengah hari bersama dengan Intan tapi tadi di pejabat, Intan call aku dia terpaksa cancelkan temu janji kami. Dia kena ikut Razlan makan tengah hari di rumah bakal emak mertuanya. Selain ada hal yang perlu mereka bincangkan sekeluarga. Sekarang, Intan dan Razlan sedang sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka berdua. Takku sangka mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan mereka.
Terperanjat aku bila Intan mengkhabarkan hal itu padaku. Sedih pun ada tau. Yer la, selepas ini aku tinggal berseoranganlah. Alah..tak best betullah. Boleh tak kalau kau tak payah kawin lagi Intan. Huhuhu. Tapi mana aku boleh menghalang kebahagian Intan dan Razlan. Mereka pun sudah lama bercinta. Eloklah kawin cepat-cepat.
Maknanya, aku pun perlu berkahwinlah kalau taknak berseorangan. Mesti mak orang pertama yang suka kalau aku kata aku nak kawin. Hehehe....Intan memujuk aku agar jangan bersedih. Katanya, tiap-tipa minggu dia akan kerumah menjengukku. Lepas ni, tak adalah teman aku berbual, bertekak, bergaduh dan bergurau. Dan, selepas ini tak adalah orang suka sergah-sergah aku dari belakang lagi. Hehehe....
Mood makan aku pun hilang hari ni. Makan nasi berlaukkan ikan goreng dan kerabu mangga pun aku rasakan macam menelan pasir aje. Azila dan Selvi pelik melihat tingkahku hari itu. Kalau tak, akulah selalunya yang ceria bercerita macam-macam dengan mereka berdua. Selvi pun ada member bergosip. Bila mereka berdua bertanyakan masalah apa yang aku hadapi, aku hanya menggelengkan kepala sahaja.
Sedang kami berjalan kaki menuju ke bangunan pejabat, kami terdengar seseorang menyebut namaku. Siapalah panggil nama aku tengah-tengah panas ni. Lantas, aku toleh ke belakang dan ternampak sesusuk tubuh wanita tinggi lampai, muda, bergaya dan seksi sedang menuju ke arahku dan kawan-kawan. Wajah wanita itu kelihatan angkuh dan sombong. Tak menampakkan langsung akhlak yang baik sebagai seorang wanita. Pakaian pun jangan cakaplah. Boleh terjojol mata lelaki-lelaki yang ada disini.
“U ni Nur Jenna Jasmin Idris kan??” Boleh I bercakap dengan U sekejap?” tanya wanita itu tanpa memperkenalkan dirinya.
Aku pandang wajah wanita di depanku ini. Setahu aku, aku tak pernah jumpa wanita ni. Tiba-tiba aje ajak aku berbual. Nak berbual pasal apa pulak ni.
“Kalau boleh saya tahu, cik ni siapa ye?” tanyaku pula. Taknaklah aku ikut orang yang aku tak kenal langsung. Entah-entah wanita ni agen mencari wanita-wanita untuk dijadikan keldai dadah. Eee..tak mahulah aku. Simpang 44 malaikat. Dunia sekarang ni macam-macam boleh berlaku.
“Nama I Shasya. Mesti U pernah dengar kan nama ni? Kita pernah berbual di telefon dulu.” kata wanita itu dengan angkuhnya.
“Shasya??” Macam pernah dengarlah nama ni..
“Shasya?? Yang telefon saya hari tu dan mengatakan dia tunangan Hisyam?” tanyaku pula inginkan kepastian.
Wanita itu menganggukkan kepalanya dengan angkuh sekali. Berlagaknya perempuan ni.
“Yer, Boleh kita berdua berbual sekejap. Ada perkara yang perlu I selesaikan dengan U.” kata wanita itu lagi sambil menjeling sinis pada rakan-rakanku, Azila dan Selvi.
“Azila, Selvi..U all balik pejabat dulu la. Jenna ada hal sikit dengan Cik Shasya ni.” Kataku kepada kedua-dua rakanku itu. Mereka berdua hanya menganggukkan kepalanya dan terus berjalan meninggalkan aku dan Shasya.
Waktu rehatku berbaki setengah jam lagi. Aku ingin cepat-cepat menamatkan pertemuan ini. Lagipun aku perlu menunaikan solat Zuhur. Kami berdua berada di restoran Secret Recipe dan memesan dua cawan kopi. Aku sudah tidak senang duduk. Asyik-asyik tengok jam di tangan. Namun, aku lihat Shasya sedang asyik menikmati kopinya.
“Cik Shasya, ada hal apa yang cik nak bincangkan dengan saya ni? Saya kejar masa sebenarnya. Waktu rehat saya pun dah hampir tamat. Kalau company tu bapak saya yang punya, tak aperlah saya masuk lewat.” Kataku geram memulakan bicara. Kelihatannya, Shasya sedikit tersentak dengan kata-kataku tadi.
“Nampaknya U tak faham-faham apa yang I cakapkan tempoh hari kan? I tak nak U ganggu Hisyam lagi. Hisyam tu tunang I. Kenapa U masih ganggu dia lagi?” Tanya Shasya sambil menghempaskan cawan kopinya.
Ish, minah ni...buatnya pecah cawan restoran ni kan nyaya. Buat malu ajerlah. Pelanggan keliling dah memandang kami berdua dengan pandangan dan senyuman sinis. Malu aku dibuatnya.
“Maafkan saya ye cik Shasya. Setahu saya, cik dah tak ada apa-apa lagi hubungan dengan Hisyam. Hisyam sendiri bagitahu saya yang dia dah putus dengan cik. Pulak tu, cik sendiri yang putuskan pertunangan tu. So, saya tak ada apa-apa yang perlu dicakapkan lagi.” Kataku acuh tak acuh pada wanita seksi dihadapanku ini.
Entah apa-apalah dia ni. Dah orang taknak tu still lagi terkinja-kinja kejarkan orang tu. Dulu orang tu sayang separuh mati dengan dia, dia buat peel pulak. Sekarang terhegeh-hegeh nak kembali semula. Malulah....dah ludah jilat balik.
“Siapa kata I dah putus dengan Hisyam? I tahu Hisyam masih harapkan I lagi tau. Masih cinta dan sayangkan I.” kata shasya dengan penuh yakinnya. Yakinnya perempuan ni.
“Dah la cik Shasya. Sebenarnya, saya malas nak layan perkara yang remeh-temeh ni. Banyak lagi benda yang perlu saya fikirkan selain dari ni semua. Pasal hubungan cik dengan Hisyam, cik setelkan sendiri dengan Hisyam. Tanya dia sendiri sama ada dia masih lagi sayangkan cik ke tidak. Kalau jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati cik, saya tak boleh nak buat apa. Itu hak dia. Hati dia. Kalau sayalah, saya malulah dengan apa yang dah saya buat pada dia dulu. Saya takkan terhegeh-hegeh nak balik semula pada dia. Saya rasa macam saya dah jilat balik apa yang saya dah ludah tu.” kataku tegas. Baru puas hatiku bila dapat basuh wanita dihadapanku ini cukup-cukup.
“Eh perempuan....Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan Hisyam akan kembali ke pangkuan aku. Aku akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan dia kembali. Aku sesekali takkan benarkan kau hidup bahagia dengan Hisyam. Hisyam milik aku seorang.” Kata Shasya dengan suara yang lantang sambil jarinya menuding tepat ke wajahku. Lalu, terus dia keluar dari restoran itu meninggalkanku.
Pelanggan di dalam restoran lagi sekali memandang kami berdua. Malu aku dibuatnya. Mesti mereka ingat kami bergaduh pasal seorang lelaki. Betullah minah ni. Buat malu aku aje. Aku hanya mampu tersengih memandang mereka semua.
 Aku masuk ke pejabat dengan perasaan yang menjengkelkan. Tapi, aku teringat semula kata-kata amaran yang dilemparkan Shasya kepadaku tadi. Aku mula jadi gelisah dan berdebar. Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayangi lagi. Aku takut mimpi yang aku alami sejak kebelakangan ini menjadi kenyataan. Aku berdoa pada yang Maha Esa moga perhubunganku dengan Hisyam terhindar dari khianat orang lain.
Selepas menunaikan solat Zuhur di ruangan solat pejabat di tingkat atas, aku kembali ke meja kerjaku. Rupa-rupanya ramai lagi kawan-kawan aku yang belum masuk ke pejabat. Manalah diorang tak masuk lagi ni. Dah pukul berapa ni. Sedang aku ingin memulakan kerja yang tergendala tadi, Azila dan Selvi datang ke meja ku. Mesti nak tanya pasal wanita yang kami terserempak tadi.
“Ermmm...Jenna, awak okey ke tak ni?” tanya Selvi memulakan bicara. Aku pandang wajah mereka berdua dengan wajah yang pelik dan hairan.
“Apa yang tak okeynye? Saya okeylah.” Balasku pula. Walaupun sebenarnya hatiku resah mengenangkan pertemuan tadi tapi aku tidak mahu memikirkannya sangat.
“Tak adalah, saya tengok itu perempuan macam mahu serang awak tau. Awak ada apa-apa problem ke dengan perempuan tu? Atau korang tengah bergaduh pasal lelaki ni?” serkap Selvi.
Selvi ni memanglah. Ada je spekulasi yang nak ditimbulnya. Tahulah suka bergosip. Memamg molek sangatlah kalau dia ni tukar kerja je. Pergi mintak kerja jadi wartawan hiburan. Aku lihat Azila menjegilkan matanya pada Selvi. Selvi pula buat muka tak bersalahnya. Aku hanya tersenyum memandang mereka berdua. Aku malas nak beri sebarang komen tentang spekulasi yang ditimbulkan oleh Selvi itu. Buat semak kepala aku jer. Lagipun aku belum bersedia untuk berkongsi masalah peribadiku dengan mereka berdua.
“Ala..Tak da apa-apalah Selvi, Azila. Perempuan tu member lama Jennalah. Lama tak jumpa. Tak sangka pulak boleh jumpa kat tengah jalan tadi.” Balasku pula menyembunyikan hal sebenar.
“Tapi gaya perempuan tu kan kasar sangatlah. Macam korang berdua ni bukan sahabat lama. Tapi musuh lama. Sombong pulak tu perempuan tadi.” kata Selvi lagi tanda tidak puas hati.
“Ehmm..ehmm...”
Sedang aku memerah otak membalas kata-kata Selvi tadi, kami terdengar deheman seseorang. Alamak...Encik Hakimilah..habislah kitorang..Agak-agak dia dengar ke perbualan kitorang tadi.
“Dah pukul berapa ni? Kenapa tak start kerja lagi?” tanya Encik Hakimi serius.
Mulalah masing-masing kelam kabut kembali ke tempat duduk masing-masing. Rakan-rakan pejabat yang lain pun semua sudah berada di meja masing-masing.
“Jasmin, U masuk bilik I sekejap.” arah Encik Hakimi kepadaku dan terus berjalan menuju kebiliknya.
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Aku mengambil sebatang pen dan juga planner yang berada diatas mejaku. Lalu menuju ke arah bilik bos ku itu. Hal apa agaknya Encik Hakimi nak jumpa aku ye. Kak Wahida cuti hari ini kerana balik kampung suaminya. Melihat mertuanya yang sedang sakit. Aku mengetuk pintu bilik Encik Hakimi dan terus memasukinya apabila mendapat kebenaran dari orang di dalam.
“Okey Jasmin. Next week, I nak U ikut I ke JB. Kita akan memantau kerja pembinaan semula bangunan Plaza Kotaraya. Katanya ada sedikit masalah di sana. So, I nak U sediakan beberapa dokumen-dokumen mengenai projek tu dan juga plan projek tu. Don’t forget to inform Nazrin sekali. Dia akan follow kita sekali.” Arah Encik Hakimi tanpa sempat aku duduk di kerusi. Betullah Encik Hakimi. Kalau ye pun bagilah aku duduk dulu. Aduhai...makanya, aku mencatat semua arahannya sambil berdiri.
“Eh...why U still standing up there. Duduk.” Arah Encik Hakimi bila melihat aku masih lagi berdiri tegak dihadapan meja kerjanyanya. Aku hanya tersengih dan mengucapkan terima kasih.
Outstation ke JB lah. Kampung halamanku kat Kota Tinggi. Nampaknya bolehlah aku balik kampung sekejap. Hehehehe...Seronoknya.
“Jasmin, are u okey?” tanya Encik Hakimi tiba-tiba.
Mungkin melihatkan aku yang sedang tersengih-sengih. Alamak, mesti dia ingat aku suka sangat pergi outstation dengan dia. Padahal aku seronok sebab dapat balik kampung walaupun sekejap aje.
“Eh..I’m okey Encik Hakimi. Don’t worry. Saya akan sediakan semua dokumen-dokumen dan plan projek di sana nanti. Bila kita akan bertolak dan nanti kita nak jumpa di mana ye Encik Hakimi?” tanyaku pula.
“Kita jumpa kat lobby syarikat nanti. Kita pergi sama-sama nanti. Nanti U bagitahu Nazrin. Tarikh tu I inform U later. I dah suruh kak Wahida bookkan hotel untuk kita.” Jelas Encik Hakimi dengan sejelas-jelasnya.
Alamak..Pergi dengan dia ker?? Ala...tak dapatlah balik kampung macam ni. Yer la, takkanlah sesuka hati aku je nak minta Encik Hakimi balik kampung aku sekejap. Nampaknya bulan depanlah aku jumpa mak dan ayah. Alahai...rindunya kat diorang berdua.
“Okey..tak ada apa-apa lagi. So, U boleh keluar.” Kata Encik Hakimi.
Aku keluar dari bilik dia dan terus menuju ke meja kerjaku untuk meneruskan kembali kerjaku yang tergendala tadi. Aku kena siapkan apa yang patut sebelum kami bertolak ke JB nanti. Before pergi nanti aku kena informkan pada Hisyam dulu. Esok aku akan jumpa dia. Rindunya pada Hisyam.
****************
Keesokan harinya, seusai solat Maghrib aku bersiap-siap untuk keluar dating dengan kekasih hatiku, Hisyam. Hampir dua minggu aku tidak berjumpa dengannya. Rindunya rasa. Banyak cerita yang ingin aku kongsikan bersama dengannya. Cerita tentang hal kerjaku, rakan-rakan sekerjaku, Intan. Dan tak lupa juga tentang pertemuanku dengan Shasya tempoh hari.
Hisyam berjanji akan mengambilku dirumah selepas solat Maghrib. Katanya lagi, dia hendak membawa aku ke suatu tempat yang amat special dan ada kejutan yang menanti aku. Kejutan apalah yang dikatakan Hisyam tu agaknya.
Tok..tok....
Sedang aku merapikan tudung di kepalaku terdengar ketukan dimuka pintu. Tak lain tak bukan mesti si Intan ni. Lantas, aku melaung menyuruhnya masuk kedalam bilikku.
“Amboi..cantiknya orang tu. Tak sabar nak jumpa buah hati tersayang dialah tu.” sakat Intan dengan senyuman manis.
“Dapatlah orang tu lepaskan kerinduan yang teramat sangat tu. Jangan lupa balik dahla yer Jenna.” Sakat Intan lagi sambil dia dah berguling-guling di atas katilku. Aku terus ke katil dan mencubit manja lengan sahabat baikku itu.
“Ada-ada ajerlah Intan ni tau. Ada pulak Jenna tak balik rumah. Kalau Jenna tak balik rumah, Jenna nak balik mana pulak cik akak oii...Suka ye menyakat Jenna. Jeleslah tu. Aikk...tak keluar dengan cik abang sayang awak ker?” tanyaku pula sambil tergelak besar.
Intan kulihat hanya mencebikkan bibirnya sahaja.
“Razlan pergi outstationlah Jenna. Seminggu dia kat Perlis nanti. Katanya ada masalah kat anak syarikat ayahnya kat sana. So, dia kena uruskan semua. Bosannya dia tak ada Jenna. Jenna pulak nak keluar dating dengan Hisyam. Huhuhu..” kata Intan sambil memuncungkan bibirnya tanda merajuk. Sedihlah tu.
“Yok, ikut Jenna dating sekali nak?” pelawaku pada Intan. Kasihanlah pula nak tinggalkan Intan sorang-sorang kat rumah.
“Hahahaha. Tak mahulah. Ada ke ajak Intan ikut Jenna pergi dating. Intan taknaklah kacau daun orang nak melepaskan kerinduan ni. Tak bestlah. Lagipun taknaklah Intan jadi tiang bendera nanti.” kata Intan panjang lebar sekaligus menolak pelawaanku.
Tiba-tiba deringan lagu “Aku Tak Berdaya” dendangan Intan Dewi Pertiwi berkumandang dari telefon bimbitku. Hisyamlah tu yang telefon aku. Memang aku dah set kan lagu ni bila dia call aku. Mesti dia dah sampai depan rumah tu. Lalu aku mengangkat talian Hisyam.
“Amboi, abang sayang dia dah sampailah tu. Bukan main tersengih ea. Sampai ke telinga. Tak sabar-sabar nampaknya ye.” Kata Intan sambil mengenyitkan sebelah matanya ke arahku. Aku hanya tersenyum gembira dan lantas kami berdua menuju ke luar bilik.
“Hehehe. A’ah, dia dah sampai dah tu. Keylah, Jenna pergi dululah yer. Kalau Intan nak kirim apa-apa call Jenna key.” Kataku di depan pintu sambil mencium kedua-dua belah pipi Intan.
“Okey. Apa-apa nanti Intan call Jenna. Have nice dinner and enjoy your night dear.” Ujar Intan tersengih.
Aku tersenyum dan terus menuju ke kereta Hisyam yang terparkir di luar pagar. Kelihatan Hisyam berdiri di depan keretanya sambil tersenyum manis ke arahku. Rindunya aku pada Hisyan tidak terkata. Seusai aku memberi salam padanya kami berdua masuk ke dalam perut kereta. Hisyam menggerakkan keretanya selepas melambaikan tangannya pada Intan.
Di dalam kereta, dendangan lagu “I be with you” berkumandang membuatkan suasana didalam kereta tenang dan sunyi. Terbuai seketika aku dengan kemerduan dan kesyahduan lirik lagu itu. Disebelahku, Hisyam menjeling melihatku asyik mengelamun.
“Sayang!!! Sayang tidur ke ni?” tanya Hisyam sambil menggoncang lembut bahuku. Mesti dia ingat aku dah tertidur. Aku tersentak dari lamunanku. Terkejut pun ia benonye. Yerlah, tengah asyik-asyik aku layan lagu cinta, Hisyam pulak mengganggu. Kacau betullah sayang aku ni.
“Taklah, Jenna tengah menghayati dan menikmati lagu-lagu romantik ni. Mendalam sungguh maknanya.” Jelasku padanya sambil memandangnya di sebelah.
“Hisyam ingatkan Jenna tidur tadi. Sedih hati ni tau. Kan kita dah seminggu tak jumpa. Hisyam nak lepaskan kerinduan ni tau. Ingatkan Jenna tidur tadi rupa-rupanya mengelamun pulak dia. Sayang! Sayang!..”katanya sambil mencuit lembut hidungku yang sedikit mancung ni. Perasan betullah kau ni Jenna.
“Hehehe. Sorry sayang. Jenna pun rindu kat Hisyam tau. Hisyam nak tahu, kalau Jenna rindu Hisyam, Jenna selalu tengok gambar-gambar kita berdua. Takpun Jenna pandang cincin pemberian Hisyam ni. Sampaikan Intan tegur Jenna, Jenna pun tak perasan tau.” kataku sambil mengelus lembut cincin berlian yang elok tersarung di jari manisku. Intan suka menyakatku kat rumah. Katanya aku sudah angau betul dengan Hisyam. Memang patut kahwin pun. Mestilah aku rindu dekat Hisyam.
Profesion Hisyam tidak membenarkan aku untuk selalu bersamanya. Macam mana lah gayanya kalau aku sudah berkahwin dengan Hisyam nanti. Sudahlah aku memang tak boleh berenggang dari dia. Hisyam kulihat tersenyum mendengar kata-kataku.
“Hisyam nak bawa Jenna ke mana ni?” tanyaku pada Hisyam.
Memang tadi Hisyam tak inform ke mana arah tujuan kami malam ni. Katanya nak buat kejutan untuk aku. Tapi sekarang aku memang dah terkejut betul. Bukan setakat terkejut, aku dah takut. Seriau pun ada. Mana taknya, jalan yang dilalui oleh Hisyam ni kiri kanannya kebun getah. Biar betul mamat ni. Nak bawa aku ke mana pula malam-malam ni. Kata nak bawa aku ke tempat yang special. Apa yang special sangat kebun getah ni. Malas pula aku nak tanya pada Hisyam lagi. Sudah beberapa kali aku tanya padanya mana nak bawa aku pergi, tapi jawapannya hanyalah senyuman manis dia tu. Katanya lagi suruh aku bersabar. Kejap je lagi nak sampai.
Selang beberapa minit, kami sampai di sebuah restoran. Gilerlah. Ada pula restoran buka tengah-tengah kebun getah ni. Siapa punya idealah ni. Tapi dikiri kanan jalan menuju ke restoran itu tadi diterangi dengan cahaya lampu warna-warni. Macam cahaya lampu yang ada dekat I-city tu. Memang cantik. Hisyam memarkirkan keretanya di tempat yang disediakan. Banyak juga kereta-kereta yang terparkir di situ. Lalu kami keluar dari kereta dan Hisyam mengajak aku masuk kedalam restoran.
Apabila kaki aku melangkah je ke dalam ruangan dalam restoran mata aku terpegun seketika. Tak percaya dengan apa yang aku lihat.
 Aku terpegun melihat keunikan restoran ini. Restoran ini cukup unik dan klasik dipandangan mataku. Ciri-ciri kotemporari dan Inggeris digabungkan dalam mewujudkan suasana romantis restoran ini. Dipadankan pula dengan hiasan air terjun buatan di penjuru restoran menggambarkan seolah-olah kita berada di dalam suasana hutan. Cukup aman dan damai. Sesuai untuk pasangan yang sedang bercinta macam aku dan Hisyam. Hehehe. Cukup kreatif pengusaha restoran ini. Monolog ku sendirian di dalam hati.
Kakiku melangkah mengikuti hayunan langkah Hisyam. Hisyam membawaku ke sebuah meja di penjuru restoran yang tertutup sedikit dari pandangan orang lain. Cukup untuk mendapatkan privasi. Hisyam menarik kerusi untukku duduk. Seorang pelayan datang dan mengambil pesanan kami lalu beredar pergi setelah pesanan diambil. Hisyam memandangku dengan senyuman menggoda. Aku tersenyum pelik melihat tingkahnya itu.
“Awat senyum-senyum kambing ni? Ada yang pelik ke Syam?” tanyaku pada Hisyam. Aku meraba pipiku. Kot-kot ada kertas ke..kain ke..tisu ke..yang melekat kat pipi aku ni.
“Jenna nampik jelita malam ni tau. Nampak anggun. Nampak cantik.” Amboi...tinggi melangit pujian yang diberikan Hisyam untuk aku ni. Hehehe...aku tersenyum manis pada Hisyam...
“Terima kasih banyak-banyak. Tapi janganlah tengok Jenna macam tu. Segan Jenna tau.” Kataku sambil menundukkan wajahku.
Malu sebenarnya. Sudah lama tak berjumpa membuatkan aku rasa segan pula dengan Hisyam ni. Hisyam hanya tergelak kecil melihatku malu-malu.
“Serius. Jenna nampak cantik malam. Nampak lain. Yer la, lama Hisyam tak menatap wajah bersih Jenna. Hisyam rindu tau.”kata Hisyam padaku.
Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan kedatangan pelayan restoran yang sedang menolak troli yang membawa sebiji kek. Kek????
“Selamat Hari Lahir Sayang.....” ucap Hisyam sambil tersenyum manis memandangku.
Aku cukup terperanjat. Tidak aku sangka Hisyam mengingati hari lahirku. Padahal aku sendiri tidak ingat hari ini merupakan hari lahirku. Serius aku tak ingat.
“Ya Allah Hisyam....serius Jenna tak ingat hari ni hari lahir Jenna. Ya Allah...Terima kasih Hisyam.” Kataku pada Hisyam sebak.
“Ni untuk Jenna. Tapi yang ini Jenna kena buka kat rumah.” Kata Hisyam sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah padaku dan sebuah kotak kecil berbentuk segiempat sama. Aku mengambil hadiah itu dari tangan Hisyam. Aku mencium bau bunga ros itu. Amat harum.
“Terima kasih Hisyam. Oh..yang ni kena buka kat rumah ye. Apalah agaknya yang ada dalam ni ek?” tanyaku sambil menggoncangkan kotak kecil itu. Hisyam hanya tersenyum sahaja.
“Sama-sama sayang. Hadiah tu khas untuk Jenna. Jenna mesti suka.” Kata Hisyam lagi.
Malam itu aku cukup seronok berjumpa dengan Hisyam. Banyak perkara yang kami berkongsi. Aku bercerita banyak hal pada dia. Bercerita pasal kerja, pasal rakan-rakan dan juga bercerita mengenai pemergian aku ke JB nanti. Hisyam membenarkan aku pergi dan juga mendoakan keselamatanku disana.
Aku katakan juga padanya aku hendak balik ke kampung sekejap. Katanya dia mahu mengikutiku balik ke kampung. Mahu berjumpa dengan kedua-dua orang tuaku. Tapi aku katakan padanya mungkin di hari yang lain aku akan membawa dia bersama.
Aku juga bercerita tentang kedatangan Shasya tempoh hari. Hisyam seperti biasa menyuruh aku agar mengabaikan sahaja apa yang dikatakan oleh Shasya itu. Hisyam juga meminta aku jangan terlalu memikirkan hal Shasya. Tapi sebenarnya aku risau. Aku risau jika Shasya tekad untuk berbuat sesuatu yang bisa menghancurkan hubungan aku dan juga Hisyam. Perempuan seperti itu boleh bertindak nekad untuk mendapatkan apa jua yang diinginkannya.
Aku hanya berdoa di dalam hati agar Shasya tidak bertindak sejauh itu. Aku pun tidak mahu memberatkan kepala dan juga tak ingin merosakkan makan malam kami. Maka, aku diamkan sahaja hal mengenai Shasya.
*****************************************************************


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...