Skip to main content

BYDC - BAB 14


Kenapa dia? Kenapa dia yang hantar rombongan meminang aku. Betulkah Tuhan telah memperkenankan apa yang terlintas di kepalaku tempoh hari? Tak ku sangka rupa-rupanya rombongan yang datang meminangku ialah rombongan Encik Hakimi. Bosku sendiri.
Patutlah mak dan ayah tanpa berfikir panjang menerima lamaran itu. Dan patutlah juga Intan beria-ia memintaku berjumpa dengan bakal tunangku. Rupa-rupanya dia dah tahu dan kenal siapa bakal tunanganku.
Akhirnya, terjawablah sudah senyuman kepuasan yang terukir dibibir Encik Hakimi tempoh hari. Dan tahulah aku kenapa Encik Hakimi bertanyakan aku soalan itu.
            Kini tinggallah aku berdua dengan Encik Hakimi di ruan tamu. Intan dan Razlan awal-awal sudah berlalu ke dapur memberi kami berdua ruang untuk berbincang. Aku merenung tajam wajah Encik Hakimi ingin meminta penjelasan atas semua yang sedang berlaku.
“U janganlah pandang I macam tu Jasmin. Cara U pandang I macam nak telan I jer lah.” Kata Encik Hakimi takut-takut. Memang aku rasa nak telan je makhluk yang ada depan aku ni. Suka-suka dia aje hantar rombongan meminang aku. Bukan nak diberitahu dulu. Nasib baiklah aku ni tak ada penyakit jantung, kalau tak dah lama aku goal.
“Boleh awak jelaskan apa yang sedang berlaku, Encik Hakimi?” tanyaku dingin padanya. Angin aku dah naik satu badan dengan kerenahnya itu. Aku tak sangka dia akan melakukan tindakan yang drastik seperti ini.
First of all, I nak minta maaf dengan U, Jasmin. I tak ada niat nak membelakangkan U. Tapi apa yang I pasti, apa yang I tahu, I benar-benar ikhlas dengan U. I benar-benar inginkan U sentiasa berada disisi I. Boleh menjadi pendamping dan peneman I. Sebenarnya, I dah lama jatuh cinta pada U Jasmin. Sejak pertama kali kita jumpa dulu. Memang I betul-betul jatuh hati pada U. Tapi I pendamkan apa yang I rasa sebab I dapat tahu U sudah punya kekasih hati. I redha U bukan tercipta untuk I. I sedia berundur diri. Tapi akhirnya I rasa benar-benar gembira kerana U kini sendirian. Tapi itu bukan bermakna I harapkan Hisyam tiada lagi di dunia ini. Tidak terlintas lansung difikiran I nak Hisyam pergi. Tapi mungkin Allah sudah tetapkan yang U memang tercipta untuk I, Jasmin. I mungkin bukan pencinta yang terbaik seperti Hisyam tapi akan cuba dan terus cuba sedaya upaya untuk membahagiakan U. I takkan sesekali kecewakan U. I benar-benar maksudkannya, Jasmin.” Panjang lebar Encik Hakimi menerangkan hal sebenar sekaligus meluahkan rasa hatinya pada aku. aku terkesima mendengar tiap-tiap bait kata yang dituturkannya. Tak ku sangka selama ini Encik Hakimi menyukaiku. Dan aku sendiri?
“Terima kasih Kimi sebab menyayangi dan menyintai saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi berilah saya sedikit masa untuk memikirkan hal ini dulu. InsyaAllah, jikalau betul kita berdua ditakdirkan bersama, kita akan tetap bersama. Saya harap Kimi boleh bagi saya masa.” Kataku meminta masa untuk memikirkan pro dan cons lamaran darinya itu. Aku perlu bertanya pada hatiku ini apa perasaanku yang sebenarnya pada Encik Hakimi.
“Baiklah Jasmin. U boleh ambil seberapa banyak masa yang U nak. I akan tetap menunggu jawapan dari U.” Kata Encik Hakimi lagi sambil tersenyum memandangku. Aku turut membalas senyuman manisnya itu.
Malam itu aku duduk seorang diri diatas katil mengenangkan lamaran Encik Hakimi itu. Emak dan ayah sudah pun menerima lamaran itu. Dan aku sendiri bagaimana. Apa keputusanku. Sejujurnya, aku masih ragu-ragu dengan perasaanku sendiri. Tidak dapat kunafikan, terbit rasa sayang padanya tapi itu kurasakan sebagai rasa sayang pada seorang sahabatnya. Peningnya aku. Tapi haruskah aku mengatakan ya pada lamaran Encik Hakimi tu? Mungkinkah telah tersurat bahawa kisah cintaku bermula selepas kahwin nanti. Mungkin lebih manis dan indah agaknya.
“Bukan main gembira emak dan ayah mendengarkan persetujuanku mengenai lamaran dari Encik Hakimi. Lebih-lebih lagi Encik Hakimi sendiri. Dia benar-benar gembira dan teruja kerana aku menerima lamarannya. Selepas saja aku mengatakan penerimaanku, terus saja Encik Hakimi mengajakku berjumpa ibu dan ayahnya.
Bukan main gementar aku kerana inilah kali pertama aku berjumpa dengan keluarga Encik Hakimi merangkap bakal mertuaku. Pertama kali kakiku jejak ke rumah banglo tiga tingkat ini, aku rasa berdebar-debar dan bimbang memikirkan penerimaan mereka terhadapku.
Almaklumlah, mereka datang dari keluarga yang berada dan dihormati. Tapi, aku benar-benar bersyukur kerana layanan yang diberikan oleh umi dan abi panggilan ibu dan ayah Encik Hakimi cukup baik. Mereka teruja dengan kehadiranku. Dengan kata lain, mereka menerimaku dengan hati yang terbuka pilihan hati anak teruna mereka. Aku pun sudah tidak kekok walaupun baru pertama kali berjumpa dengan umi dan abi. Kata umi, seluruh keluarga tak sabar-sabar nak lihat aku dan Encik Hakimi naik pelamin. Mesti sama cantik dan sama padan. Merah padam wajahku bila umi berkata begitu.
Sejak kedatangan umi dan abi ke kampung membawa rombongan meminangku, hubungan antara emak  ayah dan keluarga Encik Hakimi juga bertambah erat. Kedua-dua keluarga tak sabar-sabar melihat aku dan Encik Hakimi ke jinjang pelamin.
Akhirnya, majlis pertunanganku diadakan pada minggu itu juga setelah perbincangan dengan kedua-dua belah pihak menemui kata sepakat. Mungkin agak terlalu cepat dan pantas.
Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun Intan sibuk dengan persiapan perkahwinannya yang diadakan dua minggu lagi, dia tetap meluangkan masa bersamaku dihari pertunanganku. Akhirnya, aku kini bergelar tunangan orang. Tunangan pada lelaki bernama Syed Hakimi Herizal Syed Lokman.
            “Jasmin, terima kasih kerada sudi menerima I menjadi tunang U. I akan sedaya upaya berikan yang terbaik untuk U. Bahagiakan U. InsyaAllah.” Ujar Encik Hakimi ketika kami berdua bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa, melihat keindahan waktu petang.
Mata kami berdua saling bertatapan. Tapi aku cepat-cepat mengalihkan pandangaku kerana aku tak berdaya untuk membalas renungan matanya itu. Aku rasa bagaikan jantungku nak terkeluar dari badan. Pipiku mula terasa kehangatan.
            Tak ku sangka yang kini aku sudah bergelar tunangan orang. Tunangan pada bos aku sendiri. Majikan tempatku bekerja. Pertunangan kami berdua juga hanya diketahui oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak dan juga teman rapatku, Intan dan Razlan. Kawan-kawan sepejabat juga tidak mengetahui akan hal ini.
Hanya kak Wahida seorang sahaja. Terperanjat besar kak Wahida bila aku mengatakan yang aku akan bertunang dengan Encik Hakimi. Dia tak tahu bila masa kami bercinta. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata kak Wahida itu. Aku katakan juga padanya agar tidak menghebahkan hal ini pada rakan-rakan sepejabat yang lain. Mungkin akan kukabarkan bila saat aku dan Encik Hakimi disatukan nanti.
Tempoh pertunanganku dengan Encik Hakimi hanya enam bulan sahaja. Selepas tempoh enam bulan itu, kami akan diijabkabulkan. Itulah persetujuan diantara kedua-dua belah pihak. Aku dan Encik Hakimi menerimanya dengan senang hati.
            “InsyaAllah, Jasmin doakan agar hubungan kita akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Jasmin sedaya upaya akan cuba untuk menjadi seorang isteri dan teman yang terbaik buat Kimi. Jasmin harap Kimi boleh beri sedikit masa untuk Jasmin sesuaikan diri.” Kataku jujur pada lelaki dihadapan ku sekarang.
            “Ye, Kimi juga doakan yang sama untuk kita berdua. Jangan risau Kimi akan buat Jasmin jatuh cinta pada Kimi. Sampaikan Jasmin tak mahu lepaskan Kimi langsung.” Katanya sambil tersenyum nakal. Apalagi, merahlah kedua-dua pipiku bila disakat begitu oleh tunangku itu. Gatal rupa-rupanyan bos aku ni.
            Ya..insyaAllah, mudah-mudahan terbit rasa cinta dan sayangku pada lelaki dihadapanku ini. Akan ku cuba sedaya upaya untuk menyintai dan menyayangi dirinya.
            Hisyam, kini Jenna hampir mengecapi kebahagiaan. Jenna hampir mengotakan impian Hisyam itu. Jenna harap Hisyam tenang dan bahagia di sana. Walaupun Encik Hakimi masih belum kuat bertaut dalam hati ini, Jenna akan sedaya upaya untuk membahagiakan dirinya.
******************
Majlis perkahwinan Intan tinggal lebih kurang dua hari lagi. Sekarang aku berada di rumah keluarga Intan di Perak membantu sahabatku itu. Dan aku sendiri diminta untuk menjadi pengapit si Intan. Molek benarlah dengan aku yang kini berstatus tunangan orang kalau menjadi pengapit sahabatnya. Bak kata orang-orang tua dulu minta keberkatan. Benar ke tidak fakta itu, tak kupastikan kesahihannya. Tapi apa-apa pun aku doakan hubungan yang terjalin antara diriku dengan Encik Hakimi diberkati oleh Allah.
Mujur juga permohonan cuti seminggu aku diluluskan oleh pihat syarikat. Ditambah pula dengan sokongan dari tunangku sendiri. Pada mulanya, aku suarakan keinginan untuk memohon cuti pada Encik Hakimi. Dan seperti biasa, ternyata tunangku itu seorang yang bertimbang rasa dan prihatin membenarkannya dan menyuruhku kebahagian sumber manusia untuk pengesahan. Untung juga bekerja di syarikat tunang sendiri ni. Tapi ada juga cakap-cakap belakang mengatakan aku ini anak emas syarikat. Begitu mudah cutiku diluluskan oleh syarikat.
Bukan maksudku untuk mengambil kesempitan di atas kelebihan yang aku miliki, tapi aku sedaya upaya untuk sama-sama menceriakan hari bahagia sahabat karibku sendiri. Aku suarakan juga kerisauan dan kegelisahanku itu pada Encik Hakimi. Katanya lagi usah ambil kisah cakap mereka semua itu. Jangan ambil peduli. Biarlah mereka terus berkata-kata. Penat nanti dorang berhenti. So, aku ikutkan saja keputusan Encik Hakimi itu. Dan kini aku berada di Perak bersama-sama Intan.
Encik Hakimi akan menyusulku sehari sebelum majlis persandingan Intan dan Razlan. Rindunya aku pada Encik Hakimi tidak terkata. Sejak dua minggu aku menjadi tunangannya, dia memang seorang yang romantik dan baik hati. Selalu ambil berat akan diriku. Setiap pagi dia akan memberikan aku sekuntum bunga ros merah menemani pagiku. Sehinggakan Azila dan Selvi hairan dan pelik. Yer la, mesti diorang sedang memerah otak siapakah agaknya yang punyalah romantik bagi aku bunga ros setiap pagi. Sehingga ke hari ini, aku dan Encik Hakimi berjaya menyimpan rahsia pertunangan kami berdua.
Selain dari itu, Encik Hakimi rajin bertanyakan khabarku. Setiap 10 minit akan ada mesej yang akan masuk ke telefon bimbitku. Mesej rindu dan kata-kata romantik darinya. Hatiku jadi berbunga-bunga. Hatiku pun aku rasai mulai mencair dengan tingkahnya yang romantik dan penyayang. Aku rasakan hidupku kini mula diwarnai dengan cinta Encik Hakimi buatku. Aku berdoa hubungan ini akan terus berpanjangan.
Hubunganku dengan bakal mertuaku juga bertambah baik dan rapat. Setiap hujung minggu, Encik Hakimi akan membawaku ke rumah besar keluarganya. Makan tengahari dan minum petang bersama-sama mereka. Aku juga sekarang sedang mempelajari masakan ketam masak lemak lauk kegemaran bakal suamiku itu. Rupa-rupanya dia suka makan ketam. Aduh, dahlah aku ni tak berapa berkenan dengan ketam. Nak masaknya amatlah melecehkan. Namun, apa-apapun aku kena juga membiasakan diri dari sekarang.
Aku juga memperlihatkan skill memasakku pada bakal mertuaku. Lauk yang wajib aku masak tentu sekali ikan keli masak lemak cili api. Mujur juga umi dan abi meminati ikan keli. Kiranya, Encik Hakimi sahajalah yang tak pandai makan ikan keli ni. Hehehehe.
Dan barulah aku tahu juga bahawa Encik Hakimi mempunyai tiga orang adik beradik. Dua lelaki dan seorang perempuan. Encik Hakimi merupakan anak yang sulung. Adik lelakinya sekarang sedang menuntut di University of East London dalam bidang perubatan. Adik perempuan bongsunya pula sedang menuntut di University of Tokyo dalam bidang perniagaan. Aku masih belum bertemu muka dengan kedua-dua adik Encik Hakimi. Hanya gambar mereka sahaja yang telah kulihat. Tetapi, aku gembira adik-adik Encik Hakimi dengan senang hati menerima bakal kakak ipar mereka.
“Jenna...” sergahan dari Intan yang tiba-tiba benar-benar membuatkan aku terperanjat.
“Hahaha...tu lah. Mengelamun lagi. Jenna ni suka sangatlah mengelamun. Sedang mengelamunkan apa tu? Mesti tengah teringatkan tunang dialah tu. Sabarlah sikit wahai sahabatku. Lagi dua hari jejaka pujaan awak tu datanglah jumpa awak.” Kata Intan sambil tergelak-gelak. Suka sangat menyakat aku tau. Pulak tu cepat je tangan dia menggeletek pinggang aku. Apalagi menjerit kegelianlah aku. Aku memang tak boleh kalau ada orang geletek pinggang aku. Geli. Sensitif tau.
“Janganlah Intan. Jenna gelilah.” Kataku sambil menepis tangan Intan dari terus menggeletekku. Intan masih juga terus ketawa.
“Sorry lah Jenna. Jenna lah ni, Intan banyak kali panggil nama Jenna tau. Tapi Jenna buak dek je. Jauh sangat Jenna mengelamun tadi. Dah sampai mana entah agaknya tu. Pulak tu tersenyum-senyum sorang. Nasib baik aje lah Jenna kat dalam bilik Intan ni. Kalau buatnya Jenna ada kat luar mahu orang kampung kata minah gila manalah terlepas ni.”
Amboi-amboi, memang laser betullah mulut minah ni. Takder insurans langsung. Tapi, aku tak kisah pun. Gurauan kami yang pada pandangan orang luar nampak kasar inilah yang membuatkan hubungan persahabatan aku dengan Intan bertambah kukuh dan erat.
Majlis perkahwinan Intan berlansung dengan sungguh meriah sekali. Pandai Intan dan Razlan pilih warna tema perkahwinan diorang berdua. Gabungan dua warna, pink dan biru. Cantik dan nampak sweet. Baju persandingan Intan dan Razlan pula warna merah jambu. Dan aku pengapit mengenakan sepasang baju kurung moden warna biru. Yang paling aku tak tahan ada soksek mulut makcik-makcik kat situ kata si pengapit lagi menyerlah dari pengantin. Kembang kuncup aku dengar pujian tu. Tapi kalau dengar dek Intan mahu mengamuk dia ni. Hahaha. Tapi aku pasti dan yakin si Intan takkan mengamuk punyalah. Lagi dia suka adalah. Nasib baiklah pasangan pengapit lelaki bukan tunang aku tu. Kalau tak memang sentiasalah aku kena sakat dengan Intan tu.
Tunangku, Encik Hakimi sedang sibuk mengambil gambar perkahwinan Intan dan Razlan. Kesian dia, habis je meeting di JB terus dia gerak on the way pergi Perak. Patutnya dia datang sehari sebelum perkahwinan Intan tapi kerana urusan kerjanya itu terpaksalah dia datang ketika majlis berlansung.
Tak sempat aku nak layan tunang aku tu kerana tugasku menjadi pengapit Intan. Tapi sempat juga aku berjumpa dengan Encik Hakimi tadi. Terpegun dia melihat aku dengan baju kurung moden tu. Aku apalagi, naik merahlah pipi ni. Katanya lagi, ni baru pakai baju untuk pengapit belum pakai baju pengantin lagi. Dia tak sabar-sabar nak tengok aku pakai baju pengantin dengan dia. Ada-ada ajelah tunang aku ni.
Alhamdulillah, majlis perkahwinan Intan dan Razlan berakhir dan berjalan dengan lancar. Aku, Encik Hakimi, Intan dan juga Razlan sedang duduk berbual-bual di bawah kanopi sambil menghirup kopi panas.
“Tahniah di atas perkahwinan kamu berdua. Saya doakan semoga perkahwinan kamu berdua berkekalan hingga akhir hayat. Ni hadiah perkahwinan dari saya untuk kamu berdua.” Encik Hakimi menghulur sekeping sampul surat berwarna biru kepada Intan dan juga Razlan. Tidak ku tahu apa isi kandungan di dalamnya.
“Terima kasih. Ish..susah-susah je lah Hakimi ni. Awak dah datang ni pun dah kira macam hadiah buat kami berdua tau.” Kata Razlan tersenyum pada Encik Hakimi.
Aku dan Intan sedang menilik isi di dalam sampul surat tu. Intan mengoyak tepi sampul surat tu. Terkejut aku melihat isi kandungan surat itu.
“Ya Allah Kimi. Thanks banyak-banyak coz bagi kami hadiah ni. Buat susah-susah ajer.” kata Intan menjerit tiba-tiba. Aku pun teruja sama bila melihatkan dua tiket kapal terbang MAS pergi dan balik ke Korea Selatan. Pulak tu percutian honeymoon selama lapan hari tujuh malam. Seronoknya Intan dapat pergi Korea. Nak ikut.
“Ya Allah, budak dua orang ni. Rupa-rupanya dia dah selidik dulu apa isi surat tu. Patutlah senyap aje dari tadi. Intan..Intan..” kata Razlan sambil menggelengkan kepalanya melihat isterinya yang cukup teruja kerana dapat honeymoon ke tempat yang memang dia teringin sangat pergi.
Almaklumlah, peminat fanatic drama korea. Aku dan juga Intan memang berazam akan jejakkan kaki ke bumi Korea Selatan itu. Melihat sendiri kawasan-kawasan cantik yang kami berdua tengok dalam drama. Tapi, nampak gaya memang rezeki Intan pergi dululah. Sedihnya. Aku nak juga.
“Saya harap kamu berdua suka dengan hadiah yang saya bagi ni. Perbelanjaan di sana nanti jangan risau. Akan saya tanggung semuanya.” Ujar Encik Hakimi lagi. Lagilah terbeliak biji mata si Intan. Pulak tu dia senyum-senyum kambing pada aku. Menyampah aku dibuatnya.
“Nampaknya, Intan pergi dululah ye jumpa hero pujaan hati kita Jenna. Nanti Intan sampaikan salam pada Choi Siwon, Dong Hae dan Lee Min Ho ye.” Kata Intan gelak jahat. Aku hanya mencebikkan bibir pada Intan.
“Ya Allah, minah dua orang ni. Dah-dah lah tu. Intan, awak tu dah jadi isteri orang la ni. Cuba elok sikit perangai tu.” Apalagi tergelak sakanlah aku bila Razlan ‘sound’ Intan.
“Jasmin, tak elok ketawakan kawan karib macam tu. Awak tu pun tak lama lagi nak jadi isteri orang. Elok sikit perangai tu.” Apalagi, Intan gelak balik pada aku bila tunangku pula ‘sound’ aku. Selepas itu, kami berempat sama-sama ketawa gembira malam itu. Cukup manis memori malam itu.
********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...