Skip to main content

BYDC - BAB 5


Malam itu Hisyam menelefonku lagi tapi aku tidak menghiraukan panggilannya. Hatiku masih lagi sebal dan sedih. Teringat aku kembali pada perbualan aku dengan Intan. Terperanjat Intan bila aku mengatakan yang Hisyam sudah bertunang dan tunangan si Hisyam memberiku amaran supaya tidak lagi mengganggu dia. Intan tidak percaya dengan kata-kata perempuan itu. Nasihat Intan padaku supaya berhadapan dengan Hisyam dan bertanyakan hal itu. Biarlah ianya keluar dari mulut Hisyam sendiri. Benarkah dia sudah bertunang. Ada benarnya kata-kata Intan itu. Aku cuma mendengar dari sebelah pihak sahaja. Ya, mungkin saja aku tersilap dan mungkin juga tidak. Arghh...pening kepala aku memikirkannya.
Aku keluar awal pagi untuk ke pejabat. Aku hendak menenangkan diriku sendiri dengan menaiki bas ke pejabat. Pelik Intan mendengar kataku tadi apabila aku memberitahunya aku nak tenangkan diri dengan menaiki bas. Tak pernah dibuat dek orang. Tapi itulah yang aku ingin buat. Moga dengan melihat pelbagai ragam manusia di kotaraya ini bisa membuatkan aku lupa seketika dengan masalah yang melanda diriku ini. Aku masih tidak bersedia untuk berdepan dengan Hisyam lagi. Aku perlukan kekuatan untuk berhadapan dengannya. Beberapa kali juga Hisyam datang kerumah sewa kami untuk berjumpa denganku. Tapi kerap itu jugaklah Intan yang menjadi perantaraan kami. Kesian Intan kerana bersusah payah menyediakan jawapan untuk soalan Hisyam. Yer..tak lama lagi aku akan berhadapan denganmu Hisyam. Cuma masanya belum tiba ajer...
Aku sampai awal ke pejabat hari itu. Maklumlah baru pukul 7.00 pagi. Semua orang masih lagi diulit mimpi indah. Mimpi aku jerlah yang tak berapa nak indah. Asyik termimpikan aku bergaduh besar dengan Hisyam. Adus...benci betullah..
Sedang aku duduk mengelamun di mejaku, aku terdengar bunyi sesuatu di bilik pantri. Bunyinya seperti orang sedang memunggah sesuatu.  Adus...siapa pulak pagi-pagi ni yang buat bising. Aik..takkanlah pencuri kot. Desis hati kecilku. Alamak, kalau betullah pencuri habislah aku..dahlah aku seorang je kat pejabat ni. Manalah pulak staf-staf yang lain tak sampai-sampai lagi ni. Aku melihat jam ditangan. Ahh..baru pukul 7.30 rupanya. Patutlah, pejabat ini beroperasi pada pukul sembilan pagi. Aku mula rasa menyesal kerana datang awal ke pejabat. Kalau tahu jadi begini baik aku tumpang Intan je tadi.
Bunyi dari pantri masih lagi kedengaran. Makin kuat pulak bunyinya. Seperti ada seseorang mencampakkan sesuatu ke lantai. Aku mula rasa tidak sedap hati. Hantu ke?? Kalau pencuri boleh aku terima lagi. Sebab pencuri tu sah-sah manusia. Kalau hantu, alamat pengsanlah aku kat pejabat ni nanti.
Dalam takut-takut aku memberanikan diri menuju kearah pantri. Aku ingin memastikan apa yang sedang berlaku di pantri itu. Tiba–tiba aku ternampak sebatang penyapu di balik pintu. Mungkin ini penyapu makcik Senah, cleaner di pejabat ini. Aku menggenggam erat batang penyapu bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perlahan-perlahan aku menuju kearah pantri dan bunyi dari dalam semakin kuat. Aku mebuka sedikit pintu pantri itu dan dikala itulah aku ternampak satu lembaga berbadan besar berwarna hitam berdiri betul-betul dihadapanku. Aku tergamam. Sedikit demi sedikit kurasakan pandanganku menjadi kabur. Makin lama makin kabur. Dan aku terus jatuh ke lantai tak sedar apa-apa lagi.
“Hisyam..Hisyam..jangan tinggalkan Jenna...” aku merayu pada Hisyam agar jangan tinggalkan aku. Aku ternampak kelibat Hisyam bersama dengan seorang perempuan. Perempuan itu memandangku dengan pandangan yang sinis. Hisyam disebelahnya hanya memandangku dengan pandangan yang sayu. Aku menangis tersedu-sedu. Aku tidak ingin kehilangan Hisyam seperti mana aku telah kehilangan Jojo. Air mata menitis laju dipipiku. Tiba-tiba aku rasakan ada sepasang tangan kasar menyapu air mataku.
“Cik, bangun...” kata suara itu sambil menampar lembut pipiku. Aku dapat rasakan juga ada sapuan air dimukaku. Lalu aku membuka mata-mata perlahan. Dihadapanku kini seorang lelaki duduk disebelahku sambil menyapu air ke sekitar mukaku. Aku terkedu seketika. Tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku hanya memandang wajah lelaki itu.
“Kamu tak apa-apa ke??” tanya lelaki itu lembut. Aku hanya menggelengkan kepala ku. Aku tidak mampu untuk bersuara. Aku masih terkejut dengan apa yang ada dihadapanku kini. Lelaki itu......lelaki itu menghulurkan segelas air masak kepadaku. “Nah, minum air ni dulu. Awak terkejut lagi tu.” Kata lelaki itu prihatin.
Aku mengambil air dari tangan lelaki itu lalu menghirup sedikit demi sedikit. Lelaki itu hanya memandangku sahaja. Tiba-tiba kendengaran pintu pejabat dibuka dan kedengaran suara riuh rendah manusia. Teman sepejabat yang lain telah sampai ke pejabat. Pukul sembilan dah ke sekarang ni??? Desisku dalam hati.
Mereka semua kelihatan terperanjat melihat keadaanku. Cepat-cepat kak Wahida menuju kearahku.
“Kenapa ni Jenna?? Muka nampak pucat??” tanya kak Wahida prihatin. Rakan-rakan sepejabat lain telah mengelilingiku untuk mengetahui keadaanku.
“Dahlah tu..biarlah dia berehat dulu. “ tiba-tiba lelaki itu menegur menyebabkan semua staf yang lain kembali ke tempat duduk mereka masing-masing.
“Kak Wahida, ikut saya masuk bilik sekejap.” Arah lelaki itu kepada KakWahida. Siapa lelaki ini??? Jangan-jangan dialah Encik Hakimi. Lelaki itu kulihat masuk kedalam bilik CEO Megah Maju Holdings diikuti dengan kak Wahida. Sah..itu memang Encik Hakimi. Kataku sambil mengetuk perlahan dahi.
“Kau okey ke tak ni Jenna?? Kenapa kau pengsan tadi? Kitorang tengok tadi kau dengan Encik Hakimi. Pulak tu muka nampak pucat semacam. Encik Hakimi ada buat apa-apa dengan kau ke Jenna??” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mereka membuatkan aku pening kepala seketika.
“Ish..korang ni. Encik Hakimi kata apa tadi?? Jangan kacau Jenna ni. Biarlah dia berehat dulu. Dah...dah..balik tempat masig-masing. Nanti bila Jenna dah elok, korang tanya jelah dia apa-apa. Sekarang bagi dia rehat dulu.” Arah Azila kepada rakan-rakanku yang lain membuatkan mereka sedikit mencebikkan bibir. Tanda tidak puas hati. Nasib baik ada Azila tadi, kalau tak mahu berpinar kepala aku nak menjawab soalan-soalan diorang ni. Aku hanya tersenyum tawar melihat gelagat mereka.
“Jenna okey dah ke ni?? Kalau tak okey elok kita pergi hospital??” tanya kak Wahida prihatin melihatkan keadaanku yang pucat lesi itu. Dia baru keluar dari bilik Encik Hakimi. Apalah agaknya Encik Hakimi ceritakan pada kak Wahida ye.
“Tak payahlah kak..Jenna okey dah ni..rehat kejap ni okey la nanti.” kataku memberi penjelasan kepada kak Wahida. Aku bukannya sakit teruk sangat. Aku cuma terkejut je. Dengan lembaga hitam yang kunampak tadi dan juga lelaki yang telah mengingatkan aku kepada seseorang.
Kak Wahida yang telah duduk disebelahku hanya mengangguk perlahan. “Apa sebenarnya yang berlaku ni Jenna?? Tadi Encik Hakimi kata dia nampak Jenna dah terjelupuk ke lantai. Tak sedarkan diri. Apa dah jadi sebenarnya ni??” tanya kak Wahida ingin mengetahui kejadian yang sebenarnya.
Aku masih lagi mendiamkan diri. Lembaga apa yang aku nampak di pantri tadi tu. Aku mula rasa seram sejuk.
“Jenna...”sapa kak Wahida bila melihatkan aku tidak mengambil respon akan soalannya tadi. Aku memandang sekilas wajah kak Wahida lalu tersenyum.
“Entahlah kak...tadi saya datang awal..dalam pukul tujuh saya dah sampai pejabat. Tiba-tiba saya dengar bunyi kat dalam pantri. Saya pergi jenguklah nak tengok siapa ada kat pantri. Alih-alih, bila saya buka sikit je pintu pantri ada satu lembaga hitam berdiri depan saya. Apalagi saya terkejut dan tergamamlah. Dah tu saya dah tak ingat apa-apa lagi sampai lah saya nampak Encik Hakimi depan mata saya. Itu ke Encik Hakimi kak?” Tanyaku selepas aku menceritakan pengalaman aku menyebabkan aku jatuh pengsan. Ternganga mulut kak Wahida mendengar ceritaku. Wajahnya nampak cemas.
“Ish..seramlah pulak akak dengar cerita Jenna ni. Lembaga apa yang Jenna nampak tu? Hantu ke??” tanya kak Wahida dengan wajah yang sedikit pucat. Penakut jugak kak Wahida ni ye. Alah..aku pun apa kurangnya. Kalau tak takkannya aku pengsan kat depan pantri tadi. Nasib baiklah ada Encik Hakimi.
“Tak tahulah kak...saya pun tak tahulah apa yang saya nampak tadi. Mungkin perasaan saya kot tadi.” Kataku menyedapkan kati kak Wahida dan juga hatiku sendiri. Biarlah apa yang aku nampak tadi aku lupakan saja. Mungkin benda tu saja-saja hendak mengusik aku. Kan orang pernah kata benda-benda macam tu suka menyakat manusia lebih-lebih lagi manusia itu berada dalam keadaan tertekan dan rungsing.
“Mungkinlah kot. Hehehe...tapi nasib baiklah Encik Hakimi ada tadi tau. Nampak risau wajah dia tadi. Iyelah..dia cerita dengan akak tadi hampir sejam jugak Jenna tak sedarkan diri tadi. Nak je terus dia bawa Jenna ke hospital.” Kata kak Wahida menceritakan apa yang dibualnya dengan Encik Hakimi kepada aku.
“Kak..itu ke Encik Hakimi?” tanyaku sekali lagi pada kak Wahida. Tadi kan dia tak jawab soalan aku gara-gara teruja nak tahu apa yang sebenarnya berlaku padaku tadi.
“A’ah..itulah Encik Hakimi..bos kita..amacam?? handsome tak??” kata kak Wahida sambil mengenyitkan sebelah matanya. Lupa seketika soal lembaga hitam yang aku nampak tadi di pantri.
Aku hanya tersenyum manis. Tiba-tiba pintu bilik rehat diketuk dari luar. Dan terjengullah kepala Selvi dari balik pintu sambil tersengih.
“Hai Jenna..awak okey dah ke??” tanya Selvi prihatin. Selvi adalah salah seorang staf di pejabat ini. Dia seorang ceria dan gila-gila. Aku senang berkawan dengannya.
“Kak Wahida, Encik Hakimi cari akaklah. Ish, akak ni. Mengular pulak ea dia kat sini.” Kata Selvi sambil tersengih. Pandai pulak Selvi menggunakan kosa kata mengular yang bermaksud curi tulang menyakat kak Wahida.
“Ish..kamu ni Selvi..pandai-pandai aje ye..” ujar kak Wahida sambil mencubit manja lengan Selvi.
“Aduh...sakitlah kak.” aduh Selvi saja-saja kesakitan. Aku hanya tersenyum riang melihat gelagat mereka berdua.
“Okeylah Jenna. Kamu rehat dulu. Dah okey nanti, kamu keluarlah. Confirm rakan-rakan yang lain tu nak dengar cerita mistik kamu tadi.” Kata kak Wahida sambil tersenyum padaku. Selvi di sebelah sudah mengerutkan dahinya tanda ingin tahu apa yang sebenarnya sudah terjadi.
Aku hanya menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan kak Wahida. Pasti kecoh sekejap lagi kalau aku ceritakan pengalaman aku tadi pada mereka semua. Mesti ada yang tidak mahu stay up lama kat pejabat nanti. Aku hanya tersengih di dalam hati.
Tapi ada lagi perkara yang bermain dibenak fikiranku kini. Wajah Encik Hakimi. Persis wajah Jojo dan juga persis wajah lelaki yang aku nampak di Kinokuniya ketika keluar bersama dengan Hisyam tempoh hari.
Dan Hisyam...serta mimpi yang aku alami tadi...Arghh...terlalu banyak persoalan di benak fikiranku kini. Aku perlukan rehat sekejap. Aku ingin melelapkan mata buat seketika. Malas mahu berfikir tentang masalah-masalah itu sekarang. Perlahan-perlahan mataku terkatup rapat.
*******************************************************************
  

Comments

  1. BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
    Kami menyediakan berbagai macam judi online seperti :

    - Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
    - Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
    - Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
    - Fishing World
    - POKER ONLINE
    - Slot Games
    - Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)

    Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!

    Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
    Link Website Resmi kami :
    www.bolavita.site

    Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...