Skip to main content

MANUSKRIP BAHAGIA YANG DICARI - BAB 1


Kehidupan sebagai seorang pelajar membuatkan diri ini lelah sepanjang hari. Tapi mujurlah ada teman-teman yang sudi bersama-sama menempuhi ranjau suka dan duka pengajian. Teringat dahulu ketika memulakan pengajian di peringkat diploma di Segamat dan ijazah di Shah Alam. Paling segar dalam ingatanku ketika aku menjejakkan kaki di bandaraya Shah Alam. Sampai juga akhirnya aku di Shah Alam, ibu negeri Selangor ini.
“Jenna, belajar elok-elok kat sini. Ingat pesan ayah dan mak. Ini sahaja yang boleh kami bagi pada Jenna. Ilmu....Esok hari gunakan ilmu yang Jenna dapat di sini sebaik mungkin. Jenna boleh balas jasa mak dan ayah.” pesan ayah pada diri ku.
Ketika itu, aku dapat rasakan air mata sudah mengalir di pipi. ”Sudahlah Jenna, baik mak dan ayah bertolak sekarang. Lagipun dah lama tu pakcu tunggu di kereta. Malam ni mak dan ayah tidur dulu di rumah pakcu. Esok pagi-pagi baru kami bertolak balik ke Johor. Jaga diri baik-baik Jenna. Ingat pesan ayah tadi...” kata ayah kepadaku.
”Baik ayah, Jenna akan ingat pesan ayah dan emak” janjiku pada kedua orang tuaku itu.
Proses pendaftaran telah berakhir. Penatnya begitu terasa sekali.  Akhirnya aku ditempatkan di kolej Mawar.
“Assalamualaikum...ada orang ke katil ni?” tiba-tiba satu suara menyapaku. ”Walaikumsalam....eh, takder lagi. Kita berdua je rasanya. Masuklah. Selamat berkenalan. Saya Nur Jenna Jasmin Idris. Panggil je Jenna.” kataku memulakan perbualan.
”Saya pula Intan Nurain Razali...panggil je Intan. Selamat berkenalan”. Tutur gadis berbaju kurung moden dan rambutnya berikat ekor kuda. Memang nampak manis dan comel.
Maka bermulalah perkenalanku dengan sahabat bilikku yang sentiasa disisi ku saban waktu dan hari.
Peristiwa semasa berada di tahun satu dahulu terus segar dalam ingatan. Kini aku masih lagi di UiTM Shah Alam meneruskan pengajianku dalam bidang perniagaan di peringkat ijazah sarjana pula. Suka duka sepanjang lima tahun berada di sini telah membuatkan diriku begitu lali dengan hiruk-pikuk bandar Shah Alam. Persahabatan yang terjalin di antara aku dan Intan Nurain, rakan sekelasku juga bagaikan sebuah keluarga yang besar menggantikan ibu dan ayah. Ikatan yang terjalin ini tidak mudah luput dari ingatan. Saling bantu-menbantu begitu penting antara kami berdua. Kami bagaikan sebuah keluarga yang besar.
Teringat aku akan satu kejadian di mana pada satu malam yang hening tiba-tiba aku mengalami sakit perut yang amat teruk. Teruk juga rakan-rakanku bergegas memanggil warden untuk memberitahu keadaanku. Yang paling aku terharu apabila bersungguh-sungguh Intan Nurain menangis melihat keadaanku. Aku cukup terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh Intan. Benarlah kata pepatah, “sahabat suka dan senang memang mudah dicari tetapi sahabat dikala duka mungkin hanya satu dalam seribu”.
“Jenna, Intan nak pergi beli makanan ni kat DC. Jenna nak kirim apa-apa tak?” Tanya Intan kepadaku suatu hari.
“Takper la Intan, Jenna pun nak turun sekali ni nak pergi koperasi sekejap. Dah alang-alang tu Jenna ikut Intan sekali la.” kataku menjawab pertanyaan Intan tadi. Jadi kami berdua pergilah menuju ke destinasi yang ingin di tuju.
Di waktu itu, di DC aku lihat sudah ramai pelajar yang beratur untuk membeli makanan masing-masing. DC atau nama penuhnya Dataran Cendiakawan merupakan satu-satunya tempat di mana pelajar-pelajar kolej berkumpul. Selalu diadakan aktiviti-aktiviti anjuran universiti di situ.
Aku terperanjat apabila dengan tiba-tiba sahaja Intan berhenti di pertengahan jalan dengan mengejut. Hampir saja aku tersungkur ke tanah.
”Ishh, Intan ni dia buat pulak brek mengejut kat DC.” kataku di dalam hati.
Lalu aku bertanya kepada Intan. ”Intan, kenapa ni tiba-tiba jer berhenti? Nasib baik Jenna tak tersungkur tadi tau.” kata ku kepada Intan.  
“Jenna, Intan nak naik bilik la. Intan tiba-tiba takde selera.” kata Intan dengan tiba-tiba.
Pelik aku dibuatnya. Tadi bukan main beria-ia kata lapar. Perut dah berbunyi-bunyi mendendangkan lagu keroncong buat Ana. Alih-alih tak jadi pulak nak makan.  
Intan terus berlalu dari situ tanpa sempat aku menahannya. Akhirnya aku meneruskan juga misiku untuk mendapatkan makanan kegemaranku setelah Intan mengatakan dia tidak mahu memesan apa-apa makanan apabila aku mengirimkan pesanan ringkas ke telefon bimbitnya tadi.
Tiba-tiba mataku terarah ke arah sepasang pasangan yang duduk di meja McD DC. Rupa-rupanya barulah aku tahu apa penyebab mengapa Intan tiba-tiba berubah laku.
Tiba saja di bilik, aku lihat Intan sudah menyelubungkan dirinya di dalam selimut. Lalu dengan perlahan aku menegurnya. ”Intan, kenapa ni? Janganlah macam ni. Jenna tau apa yang menyebabkan Intan jadi begini. Sudahlah tu. Maybe, itu kawan sekelas Razlan kot. Diorang  tengah discuss final project kot.” kataku cuba memujuk Intan.  
Intan tiba-tiba mengeluarkan kepalanya dari dalam selimut. Hampir saja aku melatah melihatnya.
“Ish, buat aku terkejut jer la minah ni“ bebelku dalam hati.
“Buat projek kelas apanya kalau mesra macam tu. Pulak tu berdua je. Bukan ke kerja projek mesti ramai, dalam kumpulan?” bangkah Intan sambil menumbuk teady bear besar pemberian Razlan. Mungkin Intan terbayangkan wajah Razlan kot. Hehehe....
 Nampak benar api kemarahan Intan terhadap Razlan. Sampaikan tidak terfikir yang kerja dalam kumpulan itu tidak semestinya seramai enam hingga lapan orang. Dua orang pun sudah memadai. Itulah padah orang bercinta. Tak boleh berfikiran rasional langsung.
”Eeee...geramnya Intan. Sampai hati Razlan buat Intan macam ni. Takpe-takpe, esok Intan nak serang dia. Intan nak break dengan dia. Biar padan dengan muka dia. Eeee..geramnya Intan, Jenna...” kata Intan dengan geram sambil terus menumbuk ‘Razlan’.
Faham benar aku dengan perangai Intan ni. Selama hampir lima tahun mengenalinya, aku sudah masak dengan perangai Intan yang terlalu kuat cemburu dan suka menerjah seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu. Ramai lelaki tidak tahan dengan perangai Intan. Razlan Hakimi Nazri ini kurasakan kekasihnya yang paling lama bertahan dengan kerenah dan perangai cenburu buta Intan. Aku harapkan Razlan masih lagi mempunyai tahap kesabaran yang tinggi terhadap Intan.
Pada satu pagi, aku dikejutkan dengan panggilan daripada Razlan yang mengatakan ingin berjumpa denganku. Petang itu, aku keluar ke bandar Shah Alam untuk berjumpa dengan Razlan tanpa pengetahuan Intan. Tahu dek Intan habislah aku pulak yang kena serang.
 Kami berjanji untuk berjumpa di Taman Tasik Shah Alam. Aku menaiki bas rapid T603. Bas ini memang disediakan untuk pelajar-pelajar kolej untuk keluar ke Bandar Shah Alam.
Petang itu bas tidaklah terlalu penuh. Mungkin kebanyakan pelajar lebih selesa duduk di dalam bilik sahaja berbanding keluar ke bandar dan adakalanya mereka lebih memilih untuk berjogging kalau keluar ke bandar.
Akhirnya aku dapat tempat duduk di bahagian belakang sekali. Dalam pada aku melihat keindahan luar, dapat aku rasakan seperti ada sepasang mata yang asyik merenung tajam ke arahku. Bila aku arahkan mataku ke arahnya, dengan segera lelaki itu melihat ke tempat lain. Aku berasa tidak selesa diperhatikan sebegitu. Tapi nasib baiklah juga lelaki yang memandangku itu elok rupa parasnya. Kulit lelaki itu hitam manis dan berkaca mata. Tinggi lampai orangnya. Kalau aku berdiri di sebelahnya, aku rasakan ketinggianku hanya diparas ketiaknya saja.
Lelaki misteri itu masih lagi terus memandangku. Aku biarkan saja. “Argh...biarlah mamat tu nak pandang ke tak. Dah aku ni memang cantik dan lawa. Memang semua orang nak pandang.” kataku di dalam hati memuji diri sendiri.
Yang penting sekarang aku kena berjumpa dengan Razlan. Apalah agaknya perkara yang hendak disampaikan kepadaku itu. Sampai di tempat yang dijanjikan, aku lihat Razlan sedang berdiri di gigi tasik lalu aku memberi salam padanya.
”Assalamualaikum, lama menunggu? Sorry lah ya Razlan. Awak faham-faham jer la kan kalau keluar naik bas ni.” kataku dengan senyuman terukir di bibir.
”Waalaikumsalam, takpe..saya faham. Lagipun saya pun baru sampai juga ni. Yoklah, kita duduk kat bangku tu.” kata Razlan sambil jari telunjuknya mengarah ke bangku yang ada di tepi tasik itu.
“Sebenarnya macam ni Jenna, saya cukup tertekanlah dengan perangai Intan. Cemburunya saya rasakan sudah mencapai tahap kronik. Awak nak tau, pagi semalam boleh dia serang saya di depan kawan-kawan saya. Malu saya dibuatnya. Apa salah saya? Tuduh saya ada perempuan lain pulak. Mana ada saya perempuan lain. Intan tu seoranglah kekasih awal dan akhir saya Jenna. Saya rasa tertekan dengan perangai dia. Adakalanya saya rasakan tahap kesabaran saya makin menipis. Kalau ikutkan hati saya ni, memang lama dah saya tinggalkan Intan. Tapi saya masih sayangkan dia. Tolonglah saya Jenna..awak kan sahabat baik dia...” luah Razlan kepadaku dengan nada kecewa dan sedih.
Nampak benar kekusutan di wajahnya. Sedih pula aku lihat keadaan Razlan tu. Tak sangka pulak aku yang Intan benar-benar menyerang Razlan. Aku ingatkan Intan cuma main-main dengan katanya itu.
Lalu aku pun berkata  “Saya percayakan awak Razlan. Tapi awak tau kan macam mana tahap cemburu buta Intan tu. Lebih-lebih lagi bila dia nampak awak berdua dengan seorang perempuan. Mesra pulak tu. Mana dia tak hangin.” kataku kepada Razlan.
”Tapi Jenna, itu teman sekuliah saya. Memang saya tak nafikan yang kawan perempuan saya tu agak gedik dan manja orangnya. Memang dia cuba hendak mendekati saya tapi percayalah yang Intan tetap nombor satu di hati saya, Jenna. Saya takde apa-apa hubungan dengan perempuan tu.” Kata Razlan meyakinkan aku.
“Okey la..kalau itu yang awak terangkan kepada saya, saya boleh terima. Tapi saya tak tau la pulak penerimaan Intan macam mana. Apa-apa pun saya akan bantu awak. Awak dengan Intan kawan baik saya. Saya tak mahulah hubungan kamu berdua putus macam tu ajer. Saya tahu awak memang betul-betul sayangkan Intan. Kalau tak, masakan awak boleh bertahan dengan perangai cemburu buta Intan tu. Balik nanti saya slow talk dengan dia yer. Awak jangan lah risau.” kataku berjanji kepada Razlan.
“Terima kasih ya Jenna. Nasib baiklah ada awak. Kalau tak, tak tahulah saya macam mana nak handle Intan tu.” ujar Razlan dengan penuh rasa leganya.
So, dari sekarang awak kenalah pandai handle perangai cemburu si Intan tu. Nanti dah kahwin susah pulak jadinya. Takkanlah pula malam-malam saya kena datang rumah korang berdua jadi pendamai. Hehehe...” Lawakku kepada Razlan.
 “Dan yang paling penting dalam perhubungan, mestilah kena ada komunikasi yang baik, saling percaya-mempercayai. Saya yakin yang Intan tu percaya pada awak, tapi awak tahulah kan kisah silam dia macam mana...” kataku kepada Razlan.
”Okeylah, hari pun dah petang sangat ni. Saya nak balik dululah...” kataku kepada Razlan.
”Marilah saya hantarkan awak balik kolej.” pelawa Razlan padaku mengajakku balik bersamanya.
Aku menolak pelawaan Razlan dengan baik. Aku lebih selesa menaiki bas. Dan tanpa aku sedari ada sepasang mata merenung ke arah kami berdua.
 Sesampai di bilik aku lihat Intan tiada di katilnya.
”Mana lak minah ni pergi??” kataku di dalam hati.
Sedang aku bersiap untuk mandi aku dikejutkan dengan hempasan pintu yang cukup kuat. Terperanjat aku di buatnya.
Rupa-rupanya Intan yang menghempas pintu itu.
“Aikk..apasal pulak minah ni?? Marah lagi dengan Razlan ke? Tak cukup-cukup lagi ke semalam pergi serang mamat tu..aduhai, kawan aku sorang ni. Perangai mengalahkan budak kecil. Tak faham aku.” kataku bermonolog di dalam hati.
Aku malas nak menegur. Nantilah dulu. Aku perlukan kesegaran. Mungkin lepas mandi nanti aku akan kembali segar.
Seusai mandi aku balik ke bilik. Intan sedang terlentang di atas katil. Lalu aku menegur Intan. ”Intan, dah mandi ke belum ni? Pergilah mandi..masam tau bau tu.” kata ku cuba berseloroh.
Tapi Intan tidak mempedulikan langsung jenakaku itu sebaliknya dia terus menutup mukanya dengan bantal. Aku pun tidak mahu menegurnya lagi. Aku perlu menunaikan solat maghrib dahulu. Seusai solat aku duduk di birai katil. Aku tidak selesa berkedaan dingin sebegini dengan sahabat sendiri. Inilah satu situasi yang paling aku tidak sukai. Hubungan yang tiba-tiba dingin. Senyap sunyi suasana di dalam bilik itu. Tiada lagi gelak tawa kami kedengaran.
Aku pun menegur Intan bagi memecahkan tembok kesunyian kami.
”Intan, kenapa ni?  Marah lagi ke dengan Razlan? Dah la tu...dalam hati Razlan tu Jenna yakin cuma ada Intan seorang je tau...tak baik muncung-muncung tau..nampak dek Razlan nanti mahu gelak sakan dia nanti..hehehe” kataku cuba menggembirakan hati Intan.
Intan masih buat muka “dek” lagi. Aku mulai rimas.
 ”Intan, Intan tau tak apa masalah Intan ni? Intan ni terlalu kuat cemburu. Cemburu buta tau. Mana ada lelaki tahan kalau lihat awek diorang kuat cemburu. Pulak tu cemburu yang tak berasas. Semua orang nak diserangnya. Intan kena pandai kawal cemburu Intan tu.” Kata ku pada Intan.
Tidak aku sangka aku boleh berkata yang sedemikian kepada Intan. Mungkin aku terlalu penat menjadi pendamai di antara Intan dan Razlan dan mungkin juga aku sudah muak dengan perangai cemburu buta Intan.
Panggg.............kus semangat. Melayang sekejap jantung aku mendengar bunyi kaca berderai. Rupa-rupanya Intan yang membaling kaca itu. ”Eiii...Jenna, jangan nak sibuk ambil tahu hal Intan. Intan tak suruh pun Jenna ambil peduli tentang perangai Intan. Lantak la Intan nak cemburu ke tak...biarlah..Jenna janganlah memandai-mandai nak nasihatkan Intan. Suruh Intan kawal cemburu Intan tu. Biasalah orang bercinta. Jenna apa tau..Jenna tak pernah bercinta kan? Tak payahlah Jenna pandai-pandai nak bagi nasihat pada orang lain.” luah Intan.
Berhangin jugak kepala aku bila Intan berkata begitu.
”Ye..memang Jenna ni jahil bab-bab bercinta ni. Tapi Jenna tak ada la memberatkan kepala dengan cinta-cinta ni. Banyak lagi benda yang kita kena fikirkan..study kita ni lagi penting. Jenna tau, Jenna ni tak pernah bercinta. Tapi Jenna tak mahulah sahabat baik Jenna sendiri hanyut dengan cinta. Tak dapat kawal emosi. Kalau nak tahu Razlan tu dah cukup baik tau sebab masih lagi bertahan dengan cemburu buta Intan tu. Kalau ikutkan hati dia, memang dia dah lama tinggalkan Intan. Tapi Jenna tau yang Razlan takkan buat macam tu pada Intan sebab Razlan terlalu menyintai Intan. Beruntung Intan dapat insan semacam Razlan tu. Kalau nak dibandingkan dengan Jenna dulu......................” dengan tiba-tiba lidah aku terkelu.
”Dah la..Jenna keluar dulu. Tapi ingat pesan Jenna, jagalah hati Razlan tu. Buang sifat cemburu buta Intan tu kalau Intan tak mahu kehilangan Razlan.” kataku sebak lalu terus keluar dari bilik.
Aku perlukan udara yang segar untuk mengembalikan kewarasan akal fikiranku. Di bilik, terduduk Intan di birai katil sedih mengingatkan kata-kata jujur dari Jenna tadi. Dia benar-benar rasa bersalah pada Razlan dan yang paling utama, dia benar-benar rasa bersalah pada Jenna.
Sedihnya hati ini bila mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut sahabat baik sendiri. Sedih jugak bila teringatkan si dia yang kini hilang entah ke mana. Menghilangkan diri secara tiba-tiba tanpa ucapan selamat tinggal langsung. Terimbau kembali pada kenangan masa dulu.
***************
“Jenna, kau nak tahu tak apa yang aku nampak kat bawah tadi??” tanya Nadia kepadaku. Tapi bila memandangkan aku masih lagi buat muka sardin dia menampar lembut bahuku.
”Ish kau ni..wei...kau nak tahu tak siapa yang aku jumpa kat gazebo tadi??” tanya  Nadia lagi hampir menjerit.
“Woi..apa ke hal kau ni..giler apa terjerit-jerit kat sini. Bisinglah kau ni. Tak nampak ke aku tengah study ni??” kataku membalas pertanyaan Nadia tadi. Pantang bagi aku apabila ada orang mengganggu waktu belajarku.
“Kau ni memang tak tahu kot. Betullah romantik si Jojo ni..hehehe..seronokla kalau dapat pakwe macam dia tu. huhuhu” kata Nadia lagi sambil memeluk bantal berbentuk hati miliknya.
Hampir terlepas pen yang aku pegang bila mendengarkan Nadia menyebut nama panggilan insan tersayangku.
“Apa kau cakap tadi Nad? Jojo? Kau biar betul ni? Jangan nak buat lawak bodoh dengan aku wei...” kataku tak percaya.
“Eh..eh..minah ni. Betulah. Buah hati pengarang jantung kau ada kat bawah tu. Kat gazebo. Aku jumpa dia tadi. Dia suruh aku panggilkan kau turun bawah. Dah, pergilah siap. Dia tunggu kau kat bawah tu. hehehe” giat Nadia lagi.
Macam tak percaya je Jojo datang Segamat bertemu denganku. Sebelum ini bukan main lagi berdolak-dalik bila aku suruh datang menjengukku di Segamat. Selalunya kami akan berjumpa di KL. Jojo akan menjemputku di KL Sentral.
Aku bersiap ala kadar sahaja. Aku tak mahu make-up tebal sangat. Faham benar dengan perangai Jojo yang tidak suka bila buah hatinya ber”make-up” tebal. Katanya biarlah nampak natural. Itulah Jojo yang aku kenal.
”Wah...cutenye kau Jenna. Walaupun kau ni tak make-up tebal sangat tapi wajah kau tu tetap berseri tau. Hehehe. Untunglah Jojo dapat lihat wajah kau yang natural tu.” kata Rianna juga teman sebilikku selain Nadia.
”Tapi kalau kau make-up, sure lagilah meletop tau..terbeliak biji mata si Jojo tu. hehehe” sambung pulak Nadia menyakatku.
“Dah-dahlah sahabat-sahabatku sekalian...tak payahlah puji aku tinggi melangit, nanti jatuh menyembah bumi pulak aku. hehehe..dah la, aku turun dulu. Lama tu Mr. Jojo aku tunggu. Kesian pulak kat dia. Hehehehe. Kalau nak kirim pape mesej aku tau.” kataku mengakhiri perbualan kami bertiga. Kalau dibiarkan memang sahlah panas punggung cik abang aku di gazebo tu.
Sesampainya aku di tangga terakhir, aku lihat Jojo sedang duduk bersantai sambil sedang bermain dengan Blackberrynya. Aku memberi salam pada Jojo.
”Assalamualaikum...” ujarku memberi salam pada buah hati ku ini.
”Waalaikumussalam...apa khabar sayang??? Terkejut tak lihat abang kat sini?? ”kata Jojo kepada ku.
”Hehehe..abang ni memang la..terkejut sayang tau...nak datang bagi tahulah..alih-alih je dah ada kat bawah ni..tak percaya tau tadi bila Nad cakap abang dah ada kat gazebo. Hehe..” ujarku gembira pada Jojo.
“Hehehe..abang nak buat surprise pada sayang. Key la, yok kita pergi jalan-jalan. Sayang bawak abang. Abang bukannya tau area Segamat ni.” Kata Jojo padaku.
”Okey la..kat Segamat ni pun bukannya banyak tempat yang menarik bang. Kita pergi jalan-jalan kat bandar je lah..Sayang nak ajak abang makan burger segamat. Okey??”  kata ku pada Jojo. 
“Okey sayang..yok!!” ujar Jojo gembira.
Syed Nadzrizal Hakim Syed Lokman a.k.a Jojo...jejaka yang mulanya aku kenal melalui sms akhirnya menjadi kekasih hatiku. Perkenalan bermula dari berbalas-balas mesej akhirnya membuahkan bibit-bibit cinta antara kami. Pertemuan pertama kami di KL Sentral di mana ketika itu aku hanya memakai baju kurung berbunga kuning serta bertudung sarung ketika berjumpa dengannya. Cukup ringkas. Dia dengan segak dan tampan bergaya dengan denim hitam dan t-shirt polo dilengkapi dengan cermin mata dari koleksi ‘Ray Ban’. Sungguh bergaya Jojo ketika itu. Malu jugak aku ketika berjalan beriringan dengan Jojo. Tapi pada masa yang sama aku bangga mempunyai seorang kekasih sepertinya.
Aku membawa buah hati ku ini berjalan di sekitar Bandar segamat. Penat berjalan kami berhenti di sebuah cafe menghilangkan dahaga di tekak. Jojo memulakan bicara. ”Sayang...sebenarnya abang datang sini ada sebab.......”
*************
“Jenna...........” tegur Intan tiba-tiba. Terperanjat aku dengan kedatangan Intan sekaligus mematikan lamunanku terhadap kenangan dahulu. Intan mengambil tempat di sebelahku.
”Jenna, Intan nak minta maaf. Intan dah bersalah pada Jenna dan Razlan. Intan tahu Intan tak pandai jaga emosi Intan. Intan tahu Intan tak pandai nak kawal cemburu buta Intan ni. Intan janji lepas ni Intan akan buang sifat cemburu Intan. Betul cakap Jenna tu, Razlan dah banyak bersabar dengan kerenah Intan. Intan tak patut buat Razlan macam tu. Intan nak minta maaf pada Razlan nanti. Sebelum tu Jenna maafkan Intan kan???” kata Intan pada ku penuh pengharapan.
“Baguslah kalau Intan dah sedar. Cemburu ni bagus sebenarnya. Tanda kita sayang pada seseorang tapi janganlah kerana cemburu itu, hubungan kita tercalar dan Jenna yakin Intan dapat buang sifat  cemburu Intan tu. Kesian Jenna tengok Razlan tadi. Semak kepala dia Jenna tengok tau...Dia amat sayangkan Intan. Beruntung Intan tau. Nanti Intan pergi jumpa dia yer. Berbincang baik-baik dengan dia.” kataku memberi nasihat pada Intan.
“Baiklah Jenna. Intan akan jumpa Razlan nanti. Tapi Jenna maafkan Intan kan??” tanya Intan.
”Yer..Mestilah Jenna maafkan Intan. Kita kan sahabat baik. Tak mahulah gaduh-gaduh..tak best kan..?? hehehe.”  kata ku pada Intan.
 ”Yer..kita kan BFF..Best Friend Forever..hehehe” ujar Intan gembira sambil mencium pipiku.
*********************************************************************

Comments

  1. BOLAVITA merupakan Agen Judi Online Terpercaya
    Kami menyediakan berbagai macam judi online seperti :

    - Sportsbook (SBOBET, MAXBET, 368BET, CBO855, GD88 )
    - Live Casino (SBOBET, MAXBET, CBO855, GD88, SV388)
    - Bola Tangkas (TANGKASNET, 88TANGKAS, TANGKAS365)
    - Fishing World
    - POKER ONLINE
    - Slot Games
    - Sabung Ayam (S128, SV388, CFT2288)

    Dapatkan bonus hingga Rp.50.000.000,- dari kami!! Hanya dengan minimal deposit sebesar Rp. 50.000,- anda sudah bisa bermain games yang anda mau!!

    Hubungi kami customer service kami yang ramah yang standby 24jam melalui :
    Link Website Resmi kami :
    www.bolavita.site

    Situs Pembuatan Akun Sabung Ayam Online S128, SV388, CF88
    Wechat : Bolavita
    WA : +62812-2222-995
    Line : cs_bolavita
    BBM PIN : BOLAVITA ( Huruf Semua )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...