Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

BYDC - BAB 15

Berakhir sudah majlis perkahwinan Intan dan Razlan. Aku berasa amat gembira dan seronok kerana dapat sama-sama meraikan hari bersejarah Intan. Selamat tinggal zaman bujang dan zaman suka ria. Selamat datang pula kepada alam perkahwinan. Selepas ini turn aku pula untuk mengikuti jejak langkah Intan. Naik pelamin dengan Encik Hakimi yang dahulunya adalah bos aku. Tetapi, bila teringatkan aku akan mengakhiri zaman bujangku dengan Encik Hakimi, aku rasa impian yang aku dan Jojo lakarkan dahulu sudah menjadi kenyataan. Aku tidak pasti kenapa aku boleh berperasaan sebegini. Mungkinkah wajah mereka yang seiras membuatkan aku rasa dia adalah Jojo. Tapi apa yang nyata sekarang lelaki yang akan menjadi suamiku adalah Encik Hakimi dan bukan Jojo. Kenangan bersama Jojo dan juga Hisyam akan terus menjadi kenangan buatku sampai bila-bila. Mereka berdua adalah insan yang pernah mengajar aku erti percintaan. Selepas bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Intan sekeluarga, aku dan E...

BYDC - BAB 14

Kenapa dia? Kenapa dia yang hantar rombongan meminang aku. Betulkah Tuhan telah memperkenankan apa yang terlintas di kepalaku tempoh hari? Tak ku sangka rupa-rupanya rombongan yang datang meminangku ialah rombongan Encik Hakimi. Bosku sendiri. Patutlah mak dan ayah tanpa berfikir panjang menerima lamaran itu. Dan patutlah juga Intan beria-ia memintaku berjumpa dengan bakal tunangku. Rupa-rupanya dia dah tahu dan kenal siapa bakal tunanganku. Akhirnya, terjawablah sudah senyuman kepuasan yang terukir dibibir Encik Hakimi tempoh hari. Dan tahulah aku kenapa Encik Hakimi bertanyakan aku soalan itu.             Kini tinggallah aku berdua dengan Encik Hakimi di ruan tamu. Intan dan Razlan awal-awal sudah berlalu ke dapur memberi kami berdua ruang untuk berbincang. Aku merenung tajam wajah Encik Hakimi ingin meminta penjelasan atas semua yang sedang berlaku. “U janganlah pandang I macam tu Jasmin. Cara U pandang I macam nak tela...

BYDC - BAB 13

Kenangan bersama Hisyam tidak mungkin dapat ku lupakan sampai bila-bila. Kenangan bersamanya akan terus terpahat di dalam lubuk hati ini. Memori indah yang terukir bersamanya akan kujadikan kenangan manis buat peneman untuk aku teruskan hidup ini. Kini, aku telah dapat meneruskan kehidupanku tanpa Hisyam disisi. Aku juga telah kembali ke tempat kerja meneruskan kembali kerja-kerja yang aku tinggalkan sebelum ini. Terima kasih kuucapkan kepada Encik Hakimi kerana masih lagi sudi untuk menerima aku bekerja di syarikat ini. Padahal kalau diikutkan peraturan, aku telah dibuangkan kerja kerana tidak masuk bekerja selama lebih dua minggu tanpa sebarang notis. Tapi kata Encik Hakimi lagi dia cukup memahami situasiku waktu itu. Ternyata Encik Hakimi seorang majikan yang bertimbang rasa dan prihatin. Orang yang paling gembira dengan kemunculanku di pejabat pagi itu, tentu sahaja kak Wahida, Selvi dan Azila. Begitu juga rakan-rakan sepejabat yang lain. Tidak ketinggalan juga ada yang kuran...