Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Cara Faiross Urus Duit Gaji

Cara Faiross menguruskan kewangannya.... Dalam tak ade benda nak dibuat kat office, aku duk google lah cara nak menguruskan duit gaji dengan baik atau paling efisyen. Dalam pada duk google, terjumpalah satu blog yang bertajuk " 5 Formula urus duit gaji " Ini link nye.... https://jomurusduit.com/2016/12/5-formula-urus-duit-gaji.html Habis baca dah kan??? Then, dapat aku simpulkan di sini bahawa yang selama ini aku uruskan duit gaji aku hampir-hampir mengikut formula yang kedua. Formula: 50 / 30 / 20. Duit gaji dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut peratusan tertentu iaitu 50%, 30% dan 20%. Bahagian 50% bila aku kira memang untuk komitmen tetap seperti bayaran rumah sewa USJ12, hutang pinjaman PTPTN, bagi mak ayah, bayaran bulanan air coway untuk kegunaan family kat kampung dan juga buat pembayaran postpaid UMobile aku every month. Ternyata, bila dikira-kira semula memang banyak balance dari 50% komitmen tetap aku ni. Boleh lah buat topup untuk bay...

Movie Review : Dendam Pontianak

Siapa dah tengok Dendam Pontianak lakonan pelakon cantik Malaysia, Nur Fazura??? Bagi sesiapa yang belum tengok lagi, cepat-cepatlah ke pawagam yang berdekatan dengan rumah korang untuk menontonnya. Actually, tak rugi pun kalau kita keluarkan sedikit wang untuk support industri filem-filem Malaysia. Berapa bintang aku bagi untuk filem ini????? Hurmmm...🤔🤔 berapa aku nak bagi ekkk???? 🤭🤭🤭🥰🥰🥰 Untuk filem Dendam Pontianak ini aku boleh bagi 3 dari 5 bintang. Iyeeee!!! 3 bintang jer. Sebab apa??? First, sebab ini 1st citer seram hantunya tersangatlah lawa, cantik, gojes dan menawan. Benarlah kata orang, Nur Fazura ni mempunyai aura yang tersendiri. Wajah yang klasik. Seriously, pontianak lawa beb. Even, Fazura di make up kan dengan solekan wajah yang pucat, rambut panjang mengurai tapi itu tak melenyapkan langsung kecantikkan dia. Aku siap cakap dengan adik aku, Farah Afiqah "Fazura muka macam tu pun lawa kan dik??" Farah Afiqah pun mengiyakannya....

Happy Malaysia Day

Happy Malaysia Day!!! Hari ni 16 September. Semua rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia. Yang ke berape ye??? Hehehe. Lupe lah..😅😅 Dengan berakhirnya hari Malaysia hari ini, maka berakhirlah jugak bulan kemerdekaan Malaysia. By the way, Malaysia menyambut hari Kemerdekaan yang ke - 62 pada 31 Ogos yang lepas.  Harapanku semoga negaraku yang tercinta ini sentiasa kekal aman tanpa anasir-anasir jahat di luar sana. Kita semua patut sayangkan negara sendiri. Negara tumpahnya darahku.  MALAYSIA!!!!!

Balik Kampug Lagi

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung halaman menjenguk mak dan ayah. Syukur!! Benarlah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Macam kes aku lah, aku kan still single so anytime boleh balik kampung tanpa perlu meminta keizinan sesiapa pun. Kalau dah kahwin, terlalu banyak faktor yang perlu difikirkan. Betul tak??? Bulan sembilan ni Alhamdulillah dua kali aku pulang ke kampung. Minggu pertama dan ketiga. Minggu pertama ri tu sebab ada majlis kenduri pertunangan Fatihah. Minggu ni balik sesaja pulak. Lagipun cuti sampai hari Isnin sempena Hari Malaysia. So, adalah sangat rugi kalau tak balik kampung. Lagi pulak, bulan sepuluh nanti every week aku akan ada aktviti. So, aku rasa bulan sepuluh nanti memang aku tak balik kampung. So, minggu ni kira topup untuk bulan depan lah. Hehehe. Bas delayed sejam tadi. Patutnye gerak dalam pukul 8.30 tadi tapi bas hanya sampai pada pukul 9 malam. Kul bape lah gamaknye aku tiba depan kampung ka...

Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future

Finally, aku berada di dalam cabaran yang terakhir untuk Blogger Challenge. Tak sangka erkk rajin jugak aku layan challenge ni. Nampak sangat tak de benda nak buat. Hahaha. Okay lah, jom kita akhiri cabaran dengan Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future. Pertama: Memiliki sebuah kereta idaman. Buat masa ini aku masih belum mempunyai kereta lagi. Bukan tak mahu beli, tapi bagi aku bukanlah suatu keperluan buat masa sekarang. Bila mana jarak office ko dari rumah tersangatlah dekat ditambah pulak dengan kawasan kejiranan yang begitu unlimited parking, memang hasrat untuk membeli kereta itu ditunda sekejap. Tapi, in sha Allah in progress untuk memiliki sebuah kereta idaman tidak lama lagi. Bagi aku cukuplah sekadar AXIA sahaja. AXIA warna MERAH. Hehehe... Kedua: Memiliki simpanan yang banyak. Perlukah aku "state" kan berapa simpanan yang aku perlu ada? Tak perlulah kan. Cukuplah sekadar simpanan itu dapat menampung kehidupan aku di ma...

Blogger Challenge 14: Do You Love Your Job???

Do i really-really love my job?  Yes, sure. Definitely! This job now yang berikan aku peluang untuk makan dan beli apa yang aku suka selama ini. Tentu saja aku suka. Aku hargai. Diam tak diam dah hampir 6 tahun aku di Revongen Corporation. Banyak kali cakap nak resign, nak resign, tapi tak resign2 jugak. Masih jugak kat situ. Pejam celik pejam celik 6 tahun sudeyyyhh.. Environment kerja di sini sangat best. Dengan kawan-kawan yang semuanya giler2. Muda2. So, aku terasa aku pun muda sekali. Hahahaha...Top management pun okay. Alah, biasalah semua company ada ceritanya tersendiri mengenai top management kan. Yang penting aku happy dan orang tak kacau kerja aku cukuplah.  Buat masa ni perancangan nak cari pengalaman baru tu memang ada. Tapi tak tertunai-tunai lagi sampai sekarang. Hehehe. In sha Allah, mungkin tak lama lagi.

Novel Review: Cutenya Dia!!

Novel: Cutenya Dia Novelis: Azleya Shadzalin Rate: 6/10 Tarikh Pembacaan: Sebulan yang lalu... " Biarlah rindu yang menjadi saksi " Sinopsis Kulit Belakang: Cinta pandang pertama - "Hmm...aku tak percaya pada ungkapan ni sebenarnya. Tapi, sejak bertemu Naura...kenapa hati rasa lain?? Naura nampak cute sangat. Mana tahu kalau ini memang jodoh aku! Terima aje lah." - Ammar Bakhtiar Tak kenal maka tak cinta - " Aduh, macam mana nak cinta kalau kenal pun tak? Macam kahwin dengan orang asing. Kenapa pulak lelaki ini tiba-tiba setuju? Suka-suka hati dia aje. Atau dia ada agenda lain? Dia nak jual aku ke? Ibu, tolong!" - Naura Namun, walau macam mana pun kata hati Ammar dan Naura, mereka tetap disatukan. Bahtera itu harus dikemudi dengan apa cara sekali pun. Kalau karam, lemaslah mereka. Kalau dilanda badai, hancurlah semua. Selebihnya biarkan cinta bercerita.... . . . . Review Cik CT: Aku suka tema yang dibawakan ...

Novel Review: Cinta Perisa Dia

Novel: Cinta Perisa Dia Novelis: Lynn Dayana Rate: 6/10 Tarikh Pembacaan: Seminggu yang lalu... . " Kalau cinta ini asid, larutlah aku merinduimu. " Sinopsis Kulit Belakang: Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanilla, coklat atau strawberi....itu haknya. Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi giginya rongak? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita? Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang gara...

My Sista Engagement - 20190831 -

Hampir seminggu rupenye majlis pertunangan adik perempuan aku, Siti Fatihah selamat dilangsungkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancarnya. Memang sangat mudah dan pantas perancangan jodoh adik perempuan aku yang sorang ni. Dikenalkan oleh Mak Long Lena aku then berkawan dalam tempoh beberapa bulan je dah terus diajak bertunang. Dan jangan tak tahu, mereka bakal melangsungkan hari perkahwinan pada tanggal 7 Disember ini disebelah pihak kami. Mak aiiii...mudah sungguh perjalanan jodoh Ateh yer. In sha Allah, mudah2han kesemuanya berjalan dengan baik nanti. Ameen.. Family belah Cik Ani. Pakcik2 kesayangan kami adik beradik. Adik dah, kakaknya bila lagi??? Tahniah Cik Ani dan Pak Sarip bakal terima menantu lelaki lagi. Dua je ni lah yang tinggal lagi. Ibab tu tak masuk, kecik lagi. Hahahaha. Comelnye jari. Kalau Ateh tahu aku upload gambo ni dlm blog mampuihh aku kene bebel. Hahahaha. Mastermind - Mak Long Lena. Perancangan Allah memang yang ...