Skip to main content

Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future

Finally, aku berada di dalam cabaran yang terakhir untuk Blogger Challenge. Tak sangka erkk rajin jugak aku layan challenge ni. Nampak sangat tak de benda nak buat. Hahaha.

Okay lah, jom kita akhiri cabaran dengan Blogger Challenge 15 : Five Things You Hope To Have In Your Future.


Pertama: Memiliki sebuah kereta idaman. Buat masa ini aku masih belum mempunyai kereta lagi. Bukan tak mahu beli, tapi bagi aku bukanlah suatu keperluan buat masa sekarang. Bila mana jarak office ko dari rumah tersangatlah dekat ditambah pulak dengan kawasan kejiranan yang begitu unlimited parking, memang hasrat untuk membeli kereta itu ditunda sekejap. Tapi, in sha Allah in progress untuk memiliki sebuah kereta idaman tidak lama lagi. Bagi aku cukuplah sekadar AXIA sahaja. AXIA warna MERAH. Hehehe...

Kedua: Memiliki simpanan yang banyak. Perlukah aku "state" kan berapa simpanan yang aku perlu ada? Tak perlulah kan. Cukuplah sekadar simpanan itu dapat menampung kehidupan aku di masa hadapan kelak.

Ketiga: Memiliki rumah idaman. Adalah menjadi impian setiap individu untuk memiliki rumah idaman sendiri. Mak ayah di kampung pun dah bertanya-tanya "tak nak beli rumah ke long??" Bukan tak mahu, tapi ...in sha Allah, kalau dipermudahkan segala urusan. Amiin. Hehehe...

Keempat: Memiliki ramai anak. Hehehe. Yang ni tak tahu tercapai ke tidak. Kalau sepasang pun syukur Alhamdulillah.

Kelima: Nak anak tentulah kena ada suami kan. Hahaha. Ingin memiliki seorang suami yang boleh membimbing diri ini ke jalan syurga. Sama-sama melalui dan mengharungi suka duka, liku-liku hidup berumah tangga. Sama-sama mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Dan kalau diizinkanNya kekal sentiasa bersama hingga hujung nyawa. In Sha Allah....

Sekian sudah Blogger Challenge Blog Cik CT. Fuhhh!! Lega...Hahaha.

Blogger Challenge 1
Blogger Challenge 2
Blogger Challenge 3
Blogger Challenge 4
Blogger Challenge 5
Blogger Challenge 6
Blogger Challenge 7
Blogger Challenge 8
Blogger Challenge 9
Blogger Challenge 10
Blogger Challenge 11
Blogger Challenge 13
Blogger Challenge 14

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...