Skip to main content

Blogger Challenge 4 : Describe Your Partner or Someone You have Feelings For

Hurmmm....cmne nak describe seseorang tu kalau aku tak de someone untuk di"describe"kan?? Okaylah, someone yang pernah aku menaruh hati. Ramai jugak kalau diikutkan. Kalau aku rasa someone to good looking, mulalah aku menaruh hati. Tapi sekadar taruh hati jer lah. Tak lebih dari itu pun. Sebab tu lah aku terlepas ex-crush aku tu. Hahaha.

Tapi, dulu kan aku ada someone yang buat aku menaruh hati pada dia walaupun aku tak pernah sekali bersua muka dengan dia. So, aku describe die je lah. Walaupun die hanya tinggal kenangan tapi kenangan itulah tak dapat nak aku lupa kan. 

Nama die Syed Johermie Wafie. Aku tak tahu lah macam mana aku boleh kenal dengan dia. Memang pelik bila ko sukekan seseorang itu tapi kau tak mengenalinya in person. Berjumpa tak pernah. Call ape ntah lagi. Pelikkan...tapi itu yang terjadi pada aku. Bila dipikirkan balik sekarang, giler ke aku menaruh hati pada orang yang tak pernah aku jumpa. Hanya sekadar bermesej *dulu takde whatsap2 sume ni* dia buat aku fall in love. 

Kalau tak mesej sehari bagaikan hidup sehari tu tak kena. Hahaha. Banyak yang aku tak tahu pasal dia. Tapi dia tahu pasal aku. Aku senang bercerita dengan dia. Gile kan. Ko tak pernah jumpa tapi ko dah boleh bercerita macam2 dengan dia. Even gambo dia pun ko tak ade. Yang aku cume tahu, dia asal Perlis. Stay di Melaka waktu tu. Bercita2 nak jadi doktor tapi dilupakan hasrat itu untuk meneruskan legasi perniagaan ayah die. 3 beradik. Seorang kakak perempuan dan adik lelaki. Dia anak yang kedua. Berkali aku ajak jumpa tapi dia bagaikan mengelak. Ntahlah die ni jujur dengan aku ke tak. Time tu aku baru masuk kolej PTPL. Dia sepertinya berada dekat dengan aku. Sebab dia tahu aku buat ape, aku keluar dengan siapa. Hari ni aku pakai baju kaler ape. Aku ade kelas apa. Rasa macam stalker pun iye jugakkan.
Tapi time tu aku tak tahu menahu term stalker ni. Time tu aku rasa happy sebab ade orang perhatikan aku. Hahaha...ala, time tu budak2 baru nak up kan. Seronoklah ada orang admirer. Ceh!! 

Sampai lah aku masuk Diploma di UiTM Segamat, aku masih lagi contact dengan dia. Jumpa langsung tak pernah. Pernah lah jugak sekali tu before nak balik Johor, plan nak jumpa tapi dia cancel last minit tetiba. Entahlah, kalau dulu iye aku percaya. Tapi kalau sekarang aku tak akan percaya. Kalau betul dia sukakan aku, dia patut berjumpa depan2 dengan aku. Jangan bagi aku harapan. Ternyata, sehingga kini harapan itu masih ada. Aku masih mengharapkan dia memperkenalkan diri. Jelaskan perkara yang sebenar-benarnya. Apa motif dia berkawan dengan aku dulu. 

Kalau korang nak tahu, kisah aku dan dia aku garapkan sedikit di dalam nukilan novel pendekku "Bahagia Yang Dicari". Kalau rajin scroll lah archive aku tu. Hahaha.

Bila pikirkan balik, aku rasa kelakar. Tapi itulah pengalaman manis yang pernah aku alami dan rasai.


Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...