Skip to main content

Salah kah???

Aku tak faham, salahkah kalau aku upload gambar yang aku ambil ketika hiking, travelling mahupun ketika menjalani rutin harian ke dalam laman sosial sendiri? Aku menganggu pandangan dan emosi mereka di luar sana ke? Tidak kan? Jadi mengapa perlu bersusah payah mengambil tahu apa yang aku cuba lakukan. Bukannya aku berperilaku tidak senonoh pun. Bukan gambar-gambar yang mengaibkan yang aku pertontonkan. Semua itu gambar di mana boleh dijadikan sebagai tanda kenangan dan ingatan suatu hari nanti.

So, jangan pernah kisah dengan apa yang aku upload atau tulis. Kalau coretan atau gambar aku menganggu tumpuan kalian mahupun menjengkelkan kamu semua, tidak menjadi masalah untuk kalian unfollow aku. Aku tak paksa kalian semua untuk baca apa coretan yang aku tuliskan. Aku tak paksa kalian semua untuk belek satu persatu gambar apa yang aku upload. Kalau tak mahu tengok, tak mahu baca, kalian boleh sahaja scroll down ke bawah. Sesuatu yang sangat mudah bukan?

Berikanlah aku kebebasan untuk aku menulis apa yang aku suka. Berikanlah aku kebebasan untuk aku abadikan kenangan yang aku lalui. Aku tak perlukan duit kalian untuk melakukan semua itu. Aku harap bila aku tiada lagi didunia ini, tulisan dan kenangan yang pernah tercoret di laman sosial ku ini akan menjadi tatapan rakan-rakan dan juga keluarga ku. Moga hilang rasa rindu mereka terhadapku.

Adakah aku ini seorang yang mudah cepat sangat emosinya?

Adakah aku ini seorang yang mudah cepat sentap?

Entahlah, kalau ditanya pandangan aku. Iye, terkadang memang aku seorang yang mudah emo. Mudah juga berkecil hati. Tapi tidaklah sampai menerbitkan rasa dendam di hati ini. Bukan niat untuk tunjuk perasaan. Bukan niat untuk mengemokan diri sendiri. Tapi kalian juga janganlah buat sesuatu yang menyakitkan perasaan ini. Aku tak kacau kalian, so kenapa kalian mengacau aku. Iye, aku faham niat baik kalian itu tapi biarlah kena pada caranya.

Sepertimana kalian tidak suka ada orang lain yang sibuk-sibuk ambil tahu hal kalian, begitu juga aku. Bukanlah aku jenis seorang yang tidak mahu mendengar teguran dan nasihat namun biarlah kena pada cara dan nada yang betul. Aku khuatir jika kalian berkasar, aku juga bisa menjadi lebih kasar dari kalian. Ye, aku memang seorang yang senang diajak bergurau. Namun, biarlah gurauan itu tidak mengecilkan hati orang lain. Bergurau itu ada caranya. Biar kena pada tempatnya.

Jangan pernah terfikir semua orang bisa menerima gurauan kasar kita. Tidak ya!! Walaupun mereka senyum, tapi di dalam hati tidak ada sesiapa yang tahu melainkan tuan empunya badan sendiri.

Semua orang melihatkan Siti Faiross seorang yang menghiburkan dan mudah terhibur. Ya, aku sendiri senang dengan karektor sebegitu. Aku suka tersenyum, ketawa. Aku juga suka melihat orang lain tersenyum dan gembira.

Tapi tidak kalian tahu, orang yang mudah tersenyum dan ketawa yang sepertinya tiada sebarang masalah ini, rupa-rupanya menyimpan jauh dilubuk hati paling dalam apa yang mereka kesalkan. Apa yang mereka sedihkan. Apa yang mereka sakit hatikan. Orang yang sebegini tidak mahu memperlihatkan kesedihan mereka, kegusaran mereka. Termasuklah aku. Iye, aku memang suka bercerita dengan semua orang. Tapi tidak semua perkara boleh aku kongsikan. Aku pendam sendiri apa yang aku rasa. Bagi aku, diari ataupun Blog Cik CT inilah tempat aku untuk meluahkan apa yang aku rasa. Aku lebih senang meluahkannya di situ berbanding meluahkannya kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan...