Skip to main content

Larian Negaraku 2019 - 3 Ogos 2019 -

Ini adalah larian kali ke-4 aku untuk tahun 2019 ini. Target memang every month akan join mana-mana larian. Namun apakan daya kekangan masa membataskan. Actually, dah lama daftar Larian Negaraku ini. Aku daftar sama-sama dengan Adda, my geng running. Dia jer lah rakan berlari aku buat masa ini. Hehehe.




Okay, berbalik semula kepada running event Larian Negaraku 2019, race kit aku mintak Adda yang tolong ambilkan since pada tarikh nak collect race kit aku berada di luar negara bercuti bersama dengan kawan-kawan yang lain. Bercuti ke mana? Ke Vietnam ajer. Aku kan bulan 7 memang fully utilize. Hahaha.

Larian diadakan pada waktu malam. Flag off lebih kurang dalam pukul 9 macam tu selepas sedikit ucapan dari VVIP jemputan. Aku tak dan nak tahu siapa yang bercakap tu since aku dan Adda pun baru sampai dataran waktu tu. Ramai giler participant yang dah start beratur untuk acara perlepasan 7KM. Dalam ramai-ramai tu, terjumpa pulak dengan Nuqman. Terkejut jugak aku tetiba ada orang panggil nama aku.. "Kak Yus..Kak Yus.." Aku buat derk je lah takut salah orang kan. Tapi Adda pun perasan. So, bila toleh rupa-rupanya Nuqman. Hahaha. Dah lama tak jumpa dengan adik aku yang sorang ni lah hai.



By the way, nak dijadikan ceritanya lagi best, aku dan Adda pagi Ahad tu nanti akan hiking Bukit Kutu pulak. Eksaited register Bukit Kutu sampai aku lupa yang aku ada run malam tu. Hohoho. Start hike pukul 3 pagi. Konon-kononnya nak sunrise attack lah. So, kene gerak dari USJ ke KKB dalam pukul 12 tengah malam. Kelam kelibut jugaklah aku dan Adda lepas run tu. Setel larian dalam lebih kurang 1 jam 10 minit, take a medal, snap pic barang sekeping dua then terus shoot balik USJ naik LRT. Tak dan nak tunggu luky draw tu semua.





Sampai USJ lebih kurang pukul 11.30 malam. Pada mulanya tak nak mandi tau. Tapi bila mengenangkan badan dan berpeluh-peluh berlari tadi takkanlah taknak mandi pulak. Takkanlah nak hiking dengan rasa tak selesa. So, we decided untuk bersihkan diri dan solat Isyak dahulu. Afiq dan Lydia on the way ke rumah aku. Adda memang dah ada kat rumah aku pun. Dalam pukul 12.30 tengah malam kami bertolak menuju ke KKB.

Aku time tu dah start pening kepala. Rasa malas dan tak bersemangat. Hampir sahaja nak lipak. Tapi si Afiq sound aku, " Kau jangan nak mengada Yus. Bukan lari FM atau HM pun. 7KM jer kot. Takdenye penat sangatlah." Begitulah lebih kurang isi ayatnya. Hahaha. Masalahnya aku sendiri yang faham dengan kemampuan tubuh badan aku sendiri. Next entri aku story pulak pasal pengalaman aku mendaki Bukit Kutu buat kali ke-3.

Overall, Larian Negaraku 2019 berjalan dengan lancar. Aku dapat tamatkan larian dalam masa sejam 10 minit. Bolehlah kan. Medal dan baju tee quite smart cuma agak sedikit malap dan suram. Based black and white. Lagi-lagi berlari waktu malam. Haha. Cuma tak banya pun sponser kot. So, takde pun goodies bag. Setel larian dapat sebiji pisang jer. Air pun dorang bagi air mineral dan tuang je dalam cawan. Masa kat water station jugak begitu. Tak ada air isotonik disediakan pun. Bayaran boleh tahan mahal jugak. Huhuhu. Tak perlah. Dah itu je rezeki kami semua untuk malam tu. 







Next larian aku adalah Standard Chatered 5KM Fun Run. Kali ini aku lari bersendirian jer. Huhuhu.

Comments

Popular posts from this blog

Hajat - Haida (Lirik)

Hajat - Hajat Bisakah kau tempuh ranjau ini Yang pastinya jurang menghalang Sanggupkah engkau Susah payah bersamaku Janganlah pula nanti Kau menyesali Setelah melalui Ku sekadar mawar di jalanan Tak bererti duri yang dipandang Rupa adalah diangankan setiap insan Betapa jauh jarak kita berdua Janggal digandingkan Pernahkah kau fikir satu masa nanti  Sayangku apa kan terjadi Pasti gelora yang akan melanda Kita berdua akan karam Ohh kasihh...... Sungguhku mengerti Tulus benar oh kasihmu tak kusangsikan Seputih hatiku itulah kasihmu dari dulu dan kini Ohh sayangku..... Lupakanlah semua hajat untuk memiliki diriku ini Tak sanggup rasanya dirimu dicerca  Maka retak kasih saudara Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga engkau tahu Tidak semua cinta bersatu

Novel Review : Dia Imamku

Novel: Dia Imamku Novelis: Siti Rosmizah Rate: 9/10 Tarikh Bacaan: 27 - 28 Jun 2020 "Lemah ke seorang lelaki andai dia menitiskan air mata?" Sinopsis Kulit Belakang: Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata. "Suka kamu kata Bangla. Budin ni ada kebun pisang." tegur Nenek Bunga. Kebun pisang? Lagilah Humairah tak pandang. Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan. Boleh pula jatuh cinta dengan Rafiq, kekasih Humairah. Peranglah jawabnya. Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka. Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato' Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cin...

Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin

Tarikh : 16 September 2020 Tempat : Bukit Sapu Tangan ❤ Tasik Cermin Starting Point : Alam Budiman Trail Tempoh Pendakian : 4 jam 35 minit turun dan naik  Total Jarak Pendakian : 13KM Tahap Kesukaran : Easy to Moderate Log perjalanan  Baru aku tahu yang area aku duduk sekarang ni rupa-rupanya ada 1 trail hiking yang kian dikenali dan menjadi pilihan hikers untuk melakukan aktiviti hiking mereka. Tak ku sangka, kawasan hutan tepi rumah aku ini merupakan satu kawasan hutan simpan. Patutlah kadang-kadang hari minggu penuh kereta bersusun tepi jalan sampaikan sekarang dah tak dibenarkan park disitu lagi since telah menganggu pengguna jalan raya yang lain. Kawasan hiking yang aku maksudkan ialah Setia Alam Community Trail . Dekat je dengan rumah aku. Keluar je kawasan apartment, lepas Petron amik simpang ke kiri jalan besar. 1st simpang tiga masuk kiri. Haaa..situ lah starting point nak ke Bukit Sapu Tangan & Tasik Cermin. Actually, lame sangat teringin nak ke sini. Namun tak a...